You are on page 1of 15

SKEMA JAWAPAN PSPM AE025 SESI 2015/2016

BAHAGIAN A OBJEKTIF (30 MARKAH)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

A
D
A
C
B
B
C
B
B
C

11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

D
C
D
C
B
A
D
D
D
B

21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.

C
A
D
D
B
B
B
C
C
A

BAHAGIAN B
1. Jadual 2 menunjukkan butiran pendapatan sebuah negara bagi tahun 2014.
Butiran
Perbelanjaan penggunaan awam
Perbelanjaan penggunaan swasta
Pembentukan modal tetap kasar awam
Pembentukan modal tetap kasar swasta
Perubahan dalam stok
Eksport
Import
Cukai tak langsung
subsidi
(a)

Apakah maksud pembentukan modal tetap kasar?

RM billion
78.7
309.2
68.4
73.2
0
615.0
505.9
12.5
10.0
[2 markah]

Pembentukan modal tetap kasar ialah perbelanjaan ke atas aset tetap (atau pelaburan)
(1markah) seperti komputer dan mesin bagi tujuan menggantikan barang modal yang rosak@
menambahkan barang modal baharu@menambahkan kapasiti pengeluaran.(1markah)
(b)

Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp)

[2 markah]

KDNKhp = C + I + G + (X-M) markah


= 309.2 + (73.2+0) + (78.7+68.4) + (615.0-505.9) 1markah
= RM 638.1 bilion markah
(c)

Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos factor (KDNKkf)

KDNKkf = KDNKhp + sudsidi cukai tak langsung markah


= 638.6 + 10 12.5 1 markah
= RM 636.1 bilion
markah

[2 markah]

(d)
Hitung peratus sumbangan perbelanjaan penggunaan awam dan perbelanjaan
penggunaan swasta masing-masing terhadap KDNKhp.
[2 markah]
Perbelanjaan penggunaan awam
KDNKhp

X 100

78.7/638.6 x 100 = 12.32%


Perbelanjaan penggunaan swasta
KDNKhp

X 100

309.2/638.6 x 100 = 48.42%


Pengiraan markah dan jawapan markah

(e)

Jika jumlah penduduk negara tersebut ialah seramai 28 juta, hitung KDNKhp perkapita
[2 markah]

KDNKhp perkapita = KDNKhp/jumlah penduduk

markah

= RM 638.6 bilion/28 juta orang 1 markah


= RM 22,807.14

markah

2. Jadual 3 menunjukkan jumlah penawaran wang dan indeks harga pengguna Malaysia dari
tahun 2010 hingga 2013.
JADUAL 3
Tahun
2010
2011
2012
2013
(a)

Penawaran Wang (RM juta)


M1
M2
224,384.0
1,060,153.6
258,956.2
1,215,603.8
289,735.6
1,333,387.7
327,920.1
1,438,884.3

apakah maksud penawaran wang M1 dan M2?

Indeks harga Pengguna


100.0
103.2
104.9
107.1
[2 markah]

Penawaran M1 ialah wang dalam edaran/penawaran wang yang digunakan secara langsung
untuk tujuan urusniaga (dalam definisi yang sempit) markah.
M1 meliputi duit syiling, wang kertas dan deposit semasa markah.
Penawaran M2 ialah penawaran wang dalam definisi yang luas. markah. M2 merangkumi M1
dan wang hampir yang sempit/contoh. markah. Tujuan urusniaga dan penyimpanan nilai.
2

(b)

hitung jumlah wang hampir pada tahun 2011 hingga 2013

[3 markah]

Jumlah wang hampir = M2 M1


2011 = RM 1,215,603.8 juta RM 258,956.2 juta = RM 956,647.6 juta
2012 = RM 1,333.387.7 juta RM 289,735.6 juta = RM 1,043,652.1 juta
2013 = RM 1,438,884.3 juta RM 327,920.1 juta = RM 1,110,964.2 juta
Jalan kerja markah, jawapan markah

(c)

Hitung kadar pertumbuhan penawaran wang M2 pada tahun 2011 hingga 2013
[3 markah]

Kadar pertumbuhan M2(gm2) = M2t M2t-1/M2t-1 x 100


2011 = gm2 2011 = 1,215,603.8 1,060,153.6/1,060,153.6 x 100 = 14.66%
2012 = gm2 2012 = 1,333,387.7 1,215,603.8/1,215,603.8 x 100 = 9.69%
2013 = gm2 2013 = 1,438,884.3 1,333,387.7/1,333,387.7 x 100 = 7.91%
Jalan kerja markah, jawapan markah

d)

Hitung indeks nilai wang pada tahun 2012 dan 2013.

INW = IHP tahun asas/IHP semasa X 100


INW = 100/104.9 x 100 = 95.33
INW = 100/107.1 x 100 = 93.37
Jalan kerja markah, jawapan markah

[2 markah]

3. Jadual 4 menunjukkan Keluaran Dalam Negeri kasar (KDNK) nominal dan KDNK benar bagi
Malaysia.
JADUAL 4
Tahun
KDNK nominal (RM juta)
2010
821,434
2011
911,733
2012
971,252
2013
1,018,821
Sumber:Bulletin Perangkaan bulanan Bank Negara Malaysia, Jun 2015
(a)

KDNK benar (RM juta)


821,434
864,920
912,261
955,260

Nyatakan perbezaan antara KDNK nominal dan KDNK benar

[2 markah]

KDNK nominal mengukur nilai keluaran barang dan perkhidmatan akhir (1/2 markah) dalam
sesebuah negara mengikut harga pasaran/tahun semasa.(1/2 markah).
KDNK benar mengukur nilai keluaran barang dan perkhidmatan akhir (1/2 markah) dalam
sesebuah negara berdasarkan harga tetap dalam tahun asas. (1/2 markah)
Atau
KDNK nominal mengambil kira kesan inflasi/mengambil kira harga dan kuantiti.
KDNK benar tidak mengambil kira kesan inflasi/mengambil kira kuantiti.

(b)

Hitung kadar pertumbuhan KDNK benar pada tahun 2011 hingga 2013.

[3 markah]

Kadar pertumbuhan KDNK benar (g) = KDNKbt KDNKt-1/KDNKbt-1 x 100


2011= g2011 = 864,920 821,434/ 821,434 x 100 = 5.29%
2012 = g2012= 912,261 864,920/ 864,920 x 100 = 5.47%
2013 = g2013 = 955,260 912,261/ 912,261 x 100 = 4.71%
Jalan kerja markah, jawapan markah
(c)

Hitung indeks harga pengguna pada tahun 2011 hingga 2013.

IHP = KDNKn/KDNKb x 100


2011 = IHP 2011 = 911,733/864,920 x 100 = 105.41
2012 = IHP 2012 = 971,252/912,261 x 100 = 106.47
2013 = IHP 2013 = 1,081,821/955,620 x 100 = 106.65
Jalan kerja markah, jawapan markah
4

[3 markah]

(d)

Hitung kadar inflasi pada tahun 2011 dan 2012

[2markah]

Kadar Inflasi = IHPt IHPt-1/IHPt-1 x 100


2011= kadar Inflasi 2011 = 105.41 100/100 x 100 = 5.41%
2012 = Kadar inflasi 2012 = 106.47 105.41/105.41 x 100 = 1.01%

4. Jadual 5 menunjukkan jutang Kerajaan persekutuan Malaysia bagi tahun 2010 dan 2011.
JADUAL 5
BUTIRAN

RM Juta
2010
390,356
4,320
81,500
260,993
43,543
16,745
9,355
7,390

Hutang dalam negeri


Bil perbendaharaan
Terbitan pelaburan
Sekuriti kerajaan
Lain-lain pinjaman
Hutang luar negeri
Pinjaman pasaran
Pinjaman projek
Sumber:Buletin Perangkaan Bulanan Bank Negara Malaysia, Jun 2015
(a)

Hitung jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 dan 2011. [2 markah]

Hutang Kerajaan persekutuan (H) = Hutang dalam negeri + hutang luar negeri
2010= H2010 = RM 390,356 juta + RM 16,745 juta = RM 407,101 juta
2011 = H2011 =RM 438,025 juta + RM 18,103 juta = RM 456,128 juta
Jalan kerja markah, jawapan markah
(b)

Hitung peratus hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 dan 2011
[2 markah]

Peratus hutang dalam negeri(HDN) = Jumlah Hutang dalam negeri


Jumlah hutang kerajaan persekutuan
2010=HDN2010 = RM 390,356juta/RM 407,101 x 100 = 95.89%
2011=HDN2011 = RM 438,025/RM 456,128 x 100 = 96.03%
Tiada peratusan tolak markah daripada keseluruhan markah 4(b)
Jalan kerja markah, jawapan markah

X
100

2011
438,025
4,320
110,000
277,713
45,992
18,103
10,403
7,700

(c) Hitung peratus perubahan hutang dalam negeri dan perubahan hutang luar negeri antara
tahun 2010 dan 2011.
Peratus perubahan hutang = Hutang t Hutang t-1X 100
Hutang t-1
Peratus perubahan HDN = RM 438,028 juta RM 390,356 juta x 100
RM 390,356
= 12.21%
Peratus perubahan HLN = RM 18,103 juta RM 16,745 juta x 100
RM 16,745
= 8.11%
Jalan kerja markah, jawapan markah
(d) Jelaskan dua (2) kebaikan hutang dalam negeri.

[3 markah]

1. Tidak berlaku bocoran wang ke luar negeri


- Bayaran balik pinjaman dan bunga berlaku di kalangan sector awam dan swasta di dalam
negara/ tiada aliran wang ke negara lain.
- tidak berlaku perpindahan sumber kekayaan ke luar negara.
2. Mudah memperoleh pinjaman
- syarat pinjaman yang lebih mudah
- akses pinjaman lebih mudah kepada institusi tempatan
3. Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing
-

Walaupun nilai ringgi menurun, jumlah pinjaman kekal


Ketaktentuan dalam kadar pertukaran tidak menjejaskan kemampuan meminjam
kerajaan.

Fakta 1 markah,huraian markah.


5. Jadual 6 menunjukkan kuantiti permintaan dan penawaran mata wang Yen (JPY) di Malaysia
pada suatu tahun tertentu.
Harga Yen (JPY)dalam
ringgit Malaysia (MYR)
0.020
0.025
0.030
0.035
0.040

JADUAL 6
Kuantiti permintaan Yen
(juta)
22
20
18
16
14
6

Kuantiti penawaran Yen


(juta)
16
17
18
19
20

(a)

Apakah maksud kadar pertukaran asing system boleh ubah?

[2markah]

Kadar pertukaran asing sistem boleh ubah ialah harga matawang asing dalam mata wang
tempatan (1markah) yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing dalam
pasaran pertukaran asing.(1markah)
(b)

(i) Tentukan kadar pertukaran keseimbangan. Berikan satu (1) alas an.

[2markah]

Kadar pertukaran keseimbangan:MYR 0.030 = JPY 1. (1 markah)


Alasan: keseimbangan tercapai apabila permintaan mata wang asing bersamaan dengan
penawaran mata wang asing iaitu sebanyak 18 juta Yen. (1 markah)
(b)
(ii) berdasarkan jawapan 5 (b)(i), lukiskan gambarajah yang menunjukkan
keseimbangan pasaran tukaran asing.
MYR/JPY
D

S
Y

0.0
3

0
QY markah
Paksi markah, keluk

18

Nilai 0.03 dan 18 1 markah


Paksi dan keluk, jika salah satu daripada paksi dan keluk salah, maka hilang markah paksi dan
keluk.
(c)
(i) Jika kerajaan Malaysia menetapkan kadar pertukaran pada MYR 0.025 = JPY 1,
jelaskan kesannya kepada keseimbangan pasaran pertukaran asing.
Berlaku lebihan permintaan (1/2 markah) terhadap Yen sebanyak 3 juta Yen (1/2markah)
Kesan:
Ringgit Malaysia terlebih nilai, ATAU Yen terkurang nilai, ATAU ringgit telah ditetapkan
pada nilai yang lebih tinggi berbanding keseimbangan pasaran. (1markah).

(c)

(ii) nyatakan harga minyak sawit yang bernilai RM 300 dalam sebutan Yen.
7

(2markah]
Harga minyak sawit dalam Yen =
Harga minyak sawit dalam RM x 1/Yen dalam sebutan RM
RM 300 x (1/0.025) = JPY 12,000
Rumus markah, jalan kerja 1 markah,jawapan markah
BAHAGIAN C
6. (a) Huraikan tiga (3) factor penggalak pertumbuhan ekonomi.
1.
Anugerah kekayaan alam
- Kekayaan alam terdiri daripada sumber alam seperti tanah dan galian.
- sumber bahan mentah boleh menarik pelaburan asing.
- sumber ini boleh digunakan untuk menjana kegiatan ekonomi.
2.
Pertumbuhan penduduk/tenaga buruh mahir
- Bilangan penduduk yang ramai menyediakan sumber tenaga buruh/menambhakan saiz
pasaran tempatan/guna tenaga/taraf hidup
- tenaga buruh mahir yang ramai meningkatkan produktiviti melalui inovasi pengeluaran/output
dan pendapatan negara meningkat.
3.
Perkembangan teknologi
- Akan meningkatkan
Kecekapan pengeluaran
Merendahkan kos pengeluaran
Menambahkan keluaran
- menghasilkan keluaran baru/menarik pelaburan baru/meningkatkan kualiti produk.
4.
Peningkatan tabungan dan pembentukan modal tetap
- pertambahan tabungan masyarakat dapat meningkatkan pembentukan modal tetap/pelaburan.
-keupayaan ekonomi bertambah/keluaran meningkat.
-ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
5.
Peluasan pasaran
- Peluasan pasaran ke luar negara melalui aktiviti eksport akan meningkatkan keluaran negara.
- ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
6.
Perkembangan sistem sosial dan sikap masyarakat
- system social positif dan politik yang stabil akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan
cara meransang kemasukan pelaburan asing.
- sikap masyarakat yang mudah menerima perubahan idea dan teknologi baharu
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

7.
Galakan kerajaan
- Langkah kerajaan melalui skim galakan dan insentif meningkatkan kegiatan pelaburan dalam
negara dan pengeluaran.
- Ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
8.
Dasar Kerajaan
- dengan menyediakan kemudahan infrastruktur atau meningkatkan perbelanjaan R&D bagi
tujuan meningkatkan inovasi.
Mana-mana 3 jawapan. Fakta markah, huraian 1.1/2 markah.
(b)
Terangkan dua (2) dasar makroekonomi yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
1.
Dasar Fiskal
- Dasar kerajaan yang mengubah perbelanjaan dan struktur percukaian untuk mempengaruhi
tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
- untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan melaksanakan dasar fiscal
mengembang dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan/atau pengurangan cukai.
2.
Dasar Kewangan
- langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah bekalan wang untuk mengawal kadar bunga
dalam ekonomi untuk mempengaruhi tingkat kegiatan dalam ekonomi.
- untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, bank pusat melaksanakan dasar kewangan
mengembang untuk mengurangkan kadar bunga/peningkatan penawaran wang.
3.
Dasar kawalan langsung
- Dasar kawalan langsung kerajaan dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
- untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, dasar harga minimum dan tingkat upah minimum
dilaksanakan bertujuan meningkatkan perbelanjaan agregat.
4.
Dasar Sebelah penawaran
- Dasar ini mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi penawaran output dalam ekonomi.
- peningkatan pertumbuhan ekonomi berlaku melalui peningkatan kecekapan dan kemampuan
sector swasta untuk menawarkan barang dan perkhidmatan pada kos yang lebih rendah dan
menghasilkan kualiti barang yang lebih baik.
Mana-mana dua jawapan.
Fakta markah, huraian 11/2 markah.
Huraian perlu menjurus kepada pertumbuhan ekonomi. Definisi dasar adalah penting.

7. Terangkan lima (5) masalah yang dihadapi dalam pengiraan pendapatan negara.
1.
Masalah pengumpulan data
- bukan semua nilai output daripada kegiatan ekonomi direkodkan. Bagi negara yang sedang
membangun, maklumat yang dikehendaki tidak disimpan dengan baik atau tidak lengkap.
- maklumat yang diperoleh mungkin tidak tepat kerana data mungkin dibuat secara anggaran
sahaja.
- kekurangan maklumat menyebabkan penghitungan pendapatan negara kurang tepat.
2.
Masalah pengiraan dua kali
- kesukaran menentukan sama ada sesuatu barang itu ialah barang perantaraan atau barang
akhir.
-menyebabkan nilai barangan tersebut mungkin dikira beberapa kali.
- pengiraan dua kali menyebabkan nilai keluaran negara menjadi lebih tinggi daripada yang
sebenarnya.
3.
Barang dan perkhidmatan yang tidak dibayar dengan wang
- pengiraan pendapatan negara menjadi terkurang nilai apabila kegiatan produktif yang tidak
dibayar dengan wang tidak diambil kira.
- sebagai contoh kegiatan yang dilakukan oleh suri rumah tidak diambil kira tetapi kegiatan yang
sama dilakukan oleh pembantu rumah yang dibayar gaji diambil kira.
4.
Aktiviti haram
- aktiviti seperti perjudian dan penyeludupan merupakan kegiatan produktif tetapi salah di sisi
undang-undang.
- Pendapatan negara menjadi terkurang nilai kerana sumbangan kegiatan ini tidak dimasukkan
dalam pengiraan pendapatan negara.
5.
Masalah penentuan tingkat harga
-kesukaran menentukan tingkat harga kerana harga barang dan perkhidmatan yang berubahubah dari semasa ke semasa dan harga bagi barang yang sama tetapi berbeza antara satu
tempat dengan tempat yang lain.
-ini menyebabkan pengiraan pendapatan negara kurang tepat.
6.
Masalah pengiraan susut nilai
- jangka hayat asset berbeza-beza mengikut jenis asset.
- tiada ukuran yang piawai untuk susut nilai kerana nilai asset berbeza.
-susut nilai hanya anggaran.
7.
Barang dan perkhidmatan yang tidak dipasarkan
- kegiatan yang tidak melibatkan sebarang pembayaran wang tidak akan diambilkira walaupun
kegiatan itu produktif.

10

8.(a)

Jelaskan maksud dan hubungan antara kecenderungan mengguna sut (MPC) dengan
kecenderungan menabung sut (MPS)

Kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah ukuran perubahan dalam penggunaan (C) kesan
perubahan pendapatan/pendapatan negara/pendapatan boleh guna. (1markah)
ATAU ukuran perubahan dalam C kesan daripada perubahan setiap ringgit dalam Y
Kecenderungan menabung sut (MPS) ialah ukuran perubahan dalam tabungan (S) kesan
perubahan dalam pendapatan negara. (1markah)
ATAU ukuran perubahan dalam S kesan daripada perubahan setiap ringgit dalam Y.
MPC berhubung secara songsang/negative dengan MPS, jika MPC meningkat, MPS berkurang.
(1markah)
ATAU MPC + MPS = 1 dan sebaliknya. (1markah)
Nota: jika mpc atau mps dinyatakan dalam bentuk rumus, tidak ada markah yang boleh
diberikan.
Jika mpc atau mps dinyatakan sebagai rumus dalam bentuk ayat, juga TIDAK ADA markah
yang boleh diberikan.
(b)

Jelaskan tiga (3) faktor yang meningkatkan pelaburan.

1. Pendapatan negara
- meningkatkan penggunaan dalam ekonomi
- peningkatan penggunaan mendorong firma meningkatkan output
- untuk meningkatkan output, firma meningkatkan pelaburan.
2. Kecekapan sut modal/MEI
- merujuk kepada tambahan pulangan modal bagi setiap tambahan pelaburan firma.
- jika kecekapan sut modal tinggi, maka pulangan pelaburan tinggi.
- pulangan pelaburan tinggi, maka firma menambah pelaburan
3. Kemajuan teknologi
- teknologi yang canggih dapat meningkatkan daya pengeluaran atau mengurangkan kos
pengeluaran.
- untung firma meningkat
-menggalakkan pelaburan.
4. Jangkaan masa depan
- Ramalan keadaan ekonomi masa depan yang memberangsangkan/baik.
-Pelabur menjangkakan keuntungan akan meningkat
- pelaburan akan ditingkatkan.
11

5. Kos Pengeluaran
- Penurunan kos pengeluaran akan meningkatkan keuntungan, ini akan menyebabkan
pertambahan pelaburan.
6. Dasar kerajaan
- Dasar kerajaan yang memberi insentif kepada pelabur akan menggalakkan pertambahan
pelaburan.
- Pengurangan kadar cukai keuntungan syarikat akan menggalakkan pelaburan.
7. Kadar bunga
- Kadar bunga adalah kos pinjaman kepada pelabur.
- kejatuhan kadar bunga akan mengurangkan kos pelaburan, seterusnya meningkatkan
pelaburan.
8. Kestabilan politik dan social/iklim pelaburan
- Suasana politik dan social yang stabil akan menjamin pertumbuhan ekonomi/menyediakan
iklim pelaburan yang baik. Ini akan meningkatkan pelaburan.
Mana-mana tiga jawapan.
Fakta markah, huraian markah.
9. Jelaskan lima (5) faktor yang menghadkan penciptaan kredit oleh bank perdagangan.
1. Bank pusat menaikkan nisbah rizab
Sekiranya bank pusat menaikkan nisbah rizab, lebihan rizab bank perdagangan yang dapat
dipinjamkan semakin berkurangan. Keadaan ini akan mengecilkan saiz pengganda wang atau
mengurangkan keupayaan bank untuk mencipta kredit.
2. Bocoran wang tunai
Individu yang meminjam tidak semestinya mengekalkan semua wang pinjaman tersebut ke
dalam bank. Wang tersebut mungkin dikeluarkan/dibelanjakan untuk tujuan lain. Ini
menyebabkan berlaku bocoran wang daripada system bank. Ini akan mengurangkan deposit
semasa dan membataskan penciptaan kredit.
3. Bukan semua urus niaga dilakukan dengan menggunakan cek.
Bukan semua urusniaga dibayar dengan menggunakan cek. Oleh itu jumlah deposit semasa
yang diterima akan berkurang dan membataskan keupayaan bank mencipta kredit.
4.Syarat pinjaman yang ketat
Bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yang berkemampuan membayar balik. Bank
meletakkan syarat cagaran yang mencukupi untuk layak mendapat pinjaman atau penjamin.
Oleh kerana tidak semua lebihan rizab yang ada pada bank dapat dipinjamkan. Proses
penciptaan kredit bank telah dihadkan/dibataskan
5. Keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan pelaburan

12

Jika pelabur mempunyai jangkaan yang pesimistik tentang keadaan ekonomi keyakinan para
pelabur untuk membuat pinjaman dan melabur akan terjejas. Ini sekaligus membataskan
penciptaan kredit oleh bank perdagangan walaupun mempunyai lebihan rizab yang banyak.
6. Keinginan bank untuk menjaga keutuhan bank
Bank menyimpan rizab melebihi daripada yang telah ditetapkan oleh bank pusat. Lebihan rizab
yang tidak dipinjamkan mengurangkan keupayaan bank untuk mencipta kredit.
7. Kesukaran mendapatkan peminjam
Bank perdagangan hanya memberi pinjaman kepada mereka yang berkemampuan untuk
membayar balik pinjaman pokok dan kadar bunga. Mereka yang ingin membuat pinjaman
mungkin tidak layak untuk mendapat pinjaman kerana kekurangan cagaran.
10. (ai) Terangkan dua (2) alat dasar fiskal yang sesuai untuk dilaksanakan bagi mengatasi
masalah berikut.
Kemelesetan ekonomi
i) menaikkan perbelanjaan kerajaan
Pertambahan perbelanjaan kerajaan meningkatkan perbelanjaan agregat (AE) DAN/ATAU AD.
Ini akan memberansangkan ekonomi pendapatan negara meningkat.
Pertumbuhan ekonomi meningkat, kemelesetan ekonomi dapat diatasi.
ii) menurunkan cukai
Penurunan cuaki meningkatkan pendapatan bolehguna isi rumah (C naik). Peningkatan C akan
meningkatkan AD/AE. Pendapatan negara meningkat.
ATAU
Penurunan cukai meningkatkan keuntungan selepas cukai syarikat.Peningkatan keuntungan
akan meransang firma untuk meningkatkan pelaburan. Pelaburan meningkat, pendapatan
negara akan meningkat. Pertumbuhan ekonomi bertambah, kemelesetan ekonomi dapat
diatasi.
iii) menaikkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai secara serentak
perbelanjaan agregat (AE) meningkat melalui pertambahan peluang pekerjaan dan peningkatan
pendapatan bolehguna isi rumah serta keuntungan selepas cukai syarikat. Pertumbuhan
ekonomi bertambah. Kemelesetan ekonomi dapat di atasi.
Mana-mana dua jawapan.
Fakta markah, huraian 11/2 markah
TIADA MARKAH UNTUK RAJAH
Jika pelajar memilih jawapan ke tiga sahaja, maksimum 3 markah.
(aii) Inflasi
i. Menurunkan perbelanjaan kerajaan
Penurunan perbelanjaan kerajaan mengurangkan perbelanjaan agregat. Pendapatan
masyarakat berkurangan menyebabkan permintaan agregat berkurangan. Inflasi dapat diatasi.
ii. Menaikkan cukai
13

Pendapatan bolehguna isi rumah dan keuntungan selepas cukai syarikat berkurangan.
Pendapatan masyarakat berkurangan menyebabkan permintaan agregat berkurangan. Inflasi
dapat diatasi.
iii. Menurunkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai serentak
Penurunan perbelanjaan kerajaan dan kenaikan cukai mengurangkan perbelanjaan agregat.
Pendapatan masyarakat berkurangan menyebabkan permintaan agregat berkurangan. Inflasi
dapat diatasi.
Mana-mana dua jawapan.
Fakta markah, huraian 11/2 markah
Jika pelajar memilih jawapan ketiga sahaja, markah maksimum 3 markah.
(b) Terangkan maksud dasar kewangan (2markah)
Dasar kewangan ialah dasar kerajaan melalui bank pusat bagi mengawal bekalan wang
bertujuan untuk mempengaruhi/mengubah kadar bunga dalam ekonomi. (1markah)
Ia terdiri daripada dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif. (1markah)
(Jika pelajar memberi contoh alat dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif,
diberi 1 markah)
11. Jelaskan lima (5) sebab kerajaan mengamalkan dasar perlindungan dalam
perdagangan antarabangsa.
1. Melindungi industri strategik
Industri yang mempunyai kepentingan utama dari segi ekonomi,politik dan keselamatan negara
supaya kedaulatan negara tidak terjejas oleh pengaruh asing.
2. Melindungi industri muda
Industri yang baharu berkembang dan belum mencapai tahap optimum/kecekapan untuk
bersaing dengan industri asing supaya industri ini boleh berdikari/bersaing dengan industry
asing.
3. Memperbaiki imbangan pembayaran
Import yang melebihi eksport menjejaskan imbangan pembayaran. Perlindungan dapat
mengekang peningkatan import melalui tariff atau kuota.
4. Mencegah lambakan
Lambakan merupakan tindakan negara asing menjual barangan dengan harga yang sangat
rendah di pasaran tempatan berbanding harga barangan tempatan. Apabila harga barangan
luar murah, permintaan barang tempatan akan berkurang. Dasar perlindungan dapat
memastikan barang import dijual pada harga yang lebih tinggi.
5. Mengurangkan pergantungan kepada negara lain
Kebergantungan kepada barang import menjejaskan kemampuan pengeluaran tempatan dari
segi kualiti dan kuantiti. Perlindungan dapat meransang pertumbuhan industry penggantian
import/kemampuan pengeluar tempatan. Perlindungan dapat mengurangkan permintaan ke
atas barang import dan meningkatkan daya pengeluaran tempatan.
14

6. Mengurangkan pengangguran
Perlindungan akan meningkatkan aktiviti pengeluaran tempatan. Perkembangan industry
mampu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.
7. Mempelbagaikan ekonomi
Perlindungan dapat memberi peluang kepada industry tempatan untuk memenuhi permintaan
pelbagai barangan. Kepelbagaian produk industry tempatan meningkat.
8. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Aliran factor ke luar negara berkurangan. Pelaburan tempatan akan meningkat dan ini
membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.

15

You might also like