You are on page 1of 3

NASI JAGUNG

Bahan-bahannya:
*4 cawan beras, basuh bersih dan rendam selama 1/2 jam, dan toskan.
*4 cawan air biasa
*1 cawan susu sejat
250 gram jagung (corn kennels) - Kak Noor guna jenama simplot
1 helai daun pandan disimpul
2 batang serai dititik
2 sudu besar marjerin
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Untuk hiasan: bawang goreng
Cara membuatnya:
1.
Panaskan marjerin di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga
bawang kekuningan dan terbit bau.
2.
Alihkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi di dalam rice cooker. Masukkan 4
cawan air, susu sejat, jagung, daun pandan, serai, garam, dan gula. Kacau rata dan masak
sehingga air mendidih.
3.

Kemudian masukkan beras dan kacau rata. Masak seperti memasak nasi biasa.

4.
Selepas nasi masak, gembur dan taburkan bawang goreng.
* Gunakan cawan yang sama untuk sukatan.

Puding Kastard Jagung


sumber: Dapur CT
Oleh: Azie Kitchen
Bahan utk Puding:
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)
Cara-cara:
Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang
atau bekas acuan kecil2, ketepikan, jika mahu buat
Puding Kastard Jagung Berkoktail.
Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali
dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang
perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan
pekat dan berkilat.

PAJERI TERUNG

Bahan-Bahan:

3 biji terung panjang (sederhana kecil)

3 sudu besar minyak

1 1/2 cawan santan pekat

3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)

1 sudu besar kerisik

Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan untuk dikisar halus:

3 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

1 cm halia

1 sudu besar udang kering

Cara Penyediaan:
1. Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis
sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak
hungga pecah minyak.
3. Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga
kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan
sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.

You might also like