You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 27 Disember 2016


Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Haji Salleh Masri

Kehadiran :
1. Tn. Hj. Md Zanil Bin Saffie PPN,PJK (Guru Besar SK Haji Salleh Masri)
2. Tn. Hj. Che Mansor Bin Mohd Noor (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Mohamad Sahidi Bin Yahya (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. En. Shukor Bin Shafie AMK, BKM,PJK (Penolong Kanan Pentadbiran)
5. En. Amirud Din Bin Othman
6. Pn. Basyira Bt Ali Ahmad
7. Pn. Che Fazidah Bt Che Fadzin
8. Pn. Khairul Syariah Bt Ali
9. En. Mohd Wahiddudin Bin Sepian
10. Pn. Faridah Bt Murad
11. Pn. Hafiza Bt Hamzah
12. Pn. Hayati Bt Hamdi
13. Pn. Intan Faizah Bt Yahya
14. En. Jamal Huri Bin Bakar
15. Pn. Khairul Nazirah Bt Mohd Mokhtar
16. Pn. Mahani Bt Shuib
17. En. Mohamad Bukharee Bin Omar
18. En. Mohamad Salmi Bin Ahmad
19. En. Mohamad Zakaria Bin Ariffin
20. En. Mohd Asyraf Bin Mohd Atdeha
21. En. Mohd Safiril Halil Bin Saad
22. Pn. Munira Bt Mustafa
23. Pn. Nur Asyikin Bt Samsudin
24. Pn. Noorsidah Bt Mustaffa
25. Pn. Nurhaslina Bt Mohd Kamar
26. Pn. Norsalina Bt Md Saad
27. Pn. Roslina Bt Mahmud
28. Pn. Salina Bt Hamid
29. Pn. Shamiza Bt Abd Samat
30. Pn. Sharifah Bt Hj Ahmad
31. Pn. Siti Eshah Bt Mohd Tahir
32. Pn. Siti Hajar Bt Md Zin
33. Cik Wan Noor Azah Bt Wan Abdullah
34. Pn. Wan Salmah Bt Wan Saidin
35. Pn. Azlinda Bt Ismail

1
36. Pn. Khadeejah Bt Mohamad
37. Pn. Fathiah Bt Mohamad Nawawi
38. Zuraini Bt Shafi
39. Pn. Nor Aina Bt Mohd Ariffin
Tidak Hadir (Bersebab)
1. En. Mohamad Razlan Bin Razak
2. En.Mohamad Salmi Bin Ahmad

Agenda 1 : Aluan Pengerusi

1.1 Tn. Haji Md Zanil Bin Saffie selaku Guru Besar SK Hj Salleh Masri memulakan mesyuarat
dengan mengetuai bacaan ummul kitab Al-Fatihah.
1.2 Beliau melahirkan rasa syukur kerana dengan IzinNya semua guru dapat berkumpul di dalam
Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2017.
1.3 Guru Besar mengajak guru-guru untuk muhasabah diri dan merenung kembali kelemahan dan
kelebihan sepanjang berkhidmat pada tahun 2016 agar kerja buat guru-guru pada masa
hadapan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan.

2. Agenda 2 : Pelantikan dan Pengesahan Ketua-Ketua Panitia

2.1 Merujuk kepada Takwim Perancangan Dan Pengurusan Sekolah Tahun 2017, Tuan Guru
Besar, Tn. Hj Md Zanil Bin Saffie membuat pengesahan pelantikan ketua-ketua Panitia yang
baru.
2.2 Beliau memaklumkan bahawa Ketua Panitia dan guru-guru yang berada di bawah
jawatankuasa yang berkenaan perlu menyediakan Rancangan Tahunan dan aktiviti sepanjang
tahun 2017.

3. Agenda 2 : Agihan Tugas Kurikulum

3.1 Guru Besar memaklumkan bahawa setiap guru yang dilantik perlu melaksanakan tugas
mengikut bidang masing-masing dan mengutamakan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak
sekolah dan juga kementerian.

4. Agenda 3 : Pengurusan Pentadbiran

4.1 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan tindakan awal oleh semua guru adalah seperti
melengkapkan jadual, menyediakan buku rekod pengajaran dan memastikan buku rekod
pengajaran dicerap oleh pentadbir mengikut jadual pencerapan yang telah dibuat.
4.2 Guru-guru perlu menghantar buku-buku latihan murid kepada pentadbir untuk disemak dari
semasa ke semasa.
4.3 Semua guru perlu meletakkan tagline sekolah iaitu SUPERB ke dalam buku ringkasan
mengajar.
5. Agenda 4 : Program Kementerian

4.1 Guru Besar mengingatkan agar suasana pembelajaran abad ke-21 diwujudkan di dalam kelas.

2
4.2 Setiap murid yang mengikuti aktiviti luar sekolah mempunyai surat kebenaran waris yang
lengkap diisi dan ditandatangi oleh waris murid berkenaan.
4.3 Semua guru perlu tahu cara untuk mencari dan menyalurkan maklumat dengan betul dan
bertanggungjawab.
4.4 Mesyuarat Kurikulum dan Panitia perlu dilaksanakan sebanyak 4 kali. Pengurusan mesyuarat
perlu merujuk kepada buku Panduan Pengurusan Panitia. Minit yang telah siap perlu
disiapkan dalam masa 14 hari dan dimasukkan ke dalam fail serta diedar kepada ahi
mesyuarat.
4.5 Surat pemantauan telah sampai kepada pihak sekolah pada cuti sekolah yang lalu.
Pemantauan akan menyentuh aspek berkaitan kehadiran guru, rekod maklumat guru, aset,
kewangan, HEM, fizikal kelas, jadual bertugas, kelas abad ke 21, enrolmen kelas, fizikal
sekolah, bilik khas, tandas, padang, PIBG, PIBK, RIMUP, Kebitaraan sekolah.
4.6 Sukatan Pelajaran perlu disesuaikan dengan Rancangan Pengajaran Mingguan pada Tahun ini
sebanyak 32 minggu sahaja.
4.7 Rancangan Pengajaran Tahunan terkini dan Rancangan Pengajaran Mingguan perlu
dilengkapkan oleh guru. Bahagian refleksi perlu diisi dengan betul dan tidak dibiarkan
kosong.
4.8 Buku Rekod Mengajar perlu dihantar untuk disemak pada setiap hari Khamis tanpa gagal.
4.9 Semua guru diwajibkan membawa Buku Rekod Mengajar setiap kali hadir ke sekolah dan
kelas.
4.10 Sukatan pelajaran perlu dihabiskan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan
akhir tahun.
4.11 Perubahan Kokurikulum dan Kurikulum PPKI serta Pra Sekolah telah diberi pendedahan
kepada guru-guru berkenaan dan antara perubahan yang dibuat adalah menerapkan PnP abad
ke-21 dan berpusatkan kepada murid.
4.12 Jadual waktu akan diedar kepada guru dan sebarang perubahan berkaitan jadual akan
dimaklumkan oleh pentadbir. Panduan pengurusan jadual waktu telah dibekalkan kepada
pihak sekolah, namun begitu panduan tersebut bersifat fleksibel dan boleh ditambah baik
mengikut keperluan sekolah masing-masing.
4.13 Setiap guru perlu menandatangani buku keberadaan guru di dalam kelas untuk memenuhi
kehendak MMI.
4.14 Setiap guru yang akan keluar untuk berkursus atau bermesyuarat perlu menyediakan
terlebih dahulu latihan untuk diedar kepada murid-murid. Jual beli jadual waktu antara rakan
guru adalah digalakkan sebelum guru keluar untuk mesyuarat atau berkursus.
4.15 Mata pelajaran Sains untuk Tahun 1 adalah 3 waktu seminggu. Manakala mata pelajaran
Kesenian pula 2 masa manakala muzik 1 masa.
4.16 Minit curai perlu disediakan oleh guru-guru yang keluar mengikuti mana-mana kursus
agar guru-guru lain turut mendapat maklumat tersebut.
4.17 Dialog prestasi dan Post Mortem peperiksaan akan melibatkan tahun 4,5 dan 6. Langkah
ini dilaksanakan bagi ketiga-tiga tahap sebagai satu cara untuk mencapai misi Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah iaitu Unggul Tahun 2020 dan misi PPD iaitu Aspirasi Top 1
2018.
4.18 PnP guru akan dicerap oleh pentadbir dan SISC untuk menilai PnP guru. Jadual induk
pencerapan akan diatur oleh pentadbir sekolah.
4.19 Pengurusan Panitia terletak dibawah Ketua Panitia. Setiap panitia perlu mempunyai pelan
taktikal dan pelan operasi 2017. Perbincangan perlu dibuat oleh setiap panitia untuk
menentukan aktiviti dan program peningkatan pencapaian prestasi panitia masing-masing.

3
Ketua Panitia perlu merangka belanjawan seimbang sepanjang tahun dan mengisi borang
rekod stok.
4.20 Kontrak pelajaran perlu ada dan dilampirkan bersama buku murid semasa pencerapan
buku latihan murid oleh pihak pentadbir.
4.21 Hasil kerja murid perlu dipamer di papan kenyataan di dalam kelas, persekitaran kelas
tidak boleh dibiarkan kosong bagi memenuhi kriteria pembelajaran abad ke-21.
4.22 Program peningkatan akademik dan kursus dalaman perlu dirangka dan dilaksanakan
oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

5 Agenda 5 : Perancangan Panitia 2017

5.1 Penolong Kanan Pentadbiran memberi masa dan ruang kepada ketua panitia untuk
mengadakan mesyuarat bersama guru-guru yang terlibat dengan panitia masing-masing bagi
merangka dan menyediakan perancangan panitia.
5.2 Perancangan tersebut perlu lengkap dan diserahkan kepada pihak pentadbir untuk disemak.
5.3 Guru Besar memaklumkan bahawa Ketua Panitia perlu bijak menggunakan peruntukkan
kewangan panitia untuk melaksanakan aktiviti yang pelbagai dan bermanfaat kepada murid.

6 Agenda 6 : Kewangan / Anggaran Perbelanjaan

6.1 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa peruntukan kewangan panitia (PCG) biasanya akan
masuk ke akaun sekolah pada bulan Februari.
6.2 Jumlah PCG setiap panitia akan dimaklumkan oleh Pembantu Tadbir Kewangan dan selepas
itu ketua panitia boleh membuat perbincangan bersama guru untuk merancang perbelanjaan
PCG panitia.

7 Hal-hal lain

7.1 Tuan Guru Besar mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa pada setiap hari Isnin
merupakan Hari Pembelajaran Abad Ke-21. Surat Khabar Utusan Malaysia akan dibekalkan
ke sekolah dan digunakan oleh murid-murid ketika berada di tapak perhimpunan.
7.2 Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj. Che Mansor Bin Mohd Noor memaklumkan bahawa
guru-guru perlu mengikut jadual yang telah diberi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan
selepas dua orang guru baru melapor diri.
7.3 Semua Ketua Panitia perlu mengadakan mesyuarat panitia pada minggu pertama
persekolahan untuk menyelaras Rancangan Tahunan dan aktiviti mengikut panitia masing-
masing.

8 Ucapan Penangguhan
Guru Besar, Tn. Hj Md Zanil Bin Saffie mengharapkan semua ahli dapat memberikan kerjasama dan
menjalankan tugas dengan baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

4
Disediakan oleh : Disemak oleh :

.. .
(Wan Salmah Bt Wan Saidin) (TN. Haji Che Mansor Bin Mohd Noor)
Setiausaha Kurikulum Sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Haji Salleh Masri SK Haji Salleh Masri
KM 10, Jln K.Kedah, KM 10, Jln K.Kedah
06600 Kuala Kedah, Kedah. 06600 Kuala Kedah, Kedah.

You might also like