You are on page 1of 2

MAJLIS DAERAH SEGAMAT

MDSU/PER/14-AM (JLD IV)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Tazim atau Warganegara
Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Segamat :-

1 (a) Jawatan : Penolong Pegawai Penguatkuasa


(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(c) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
(d) Gred : N27
2 Jadual Gaji Minimum-Maksimum : RM1,361.14 - RM4,427.94

3 Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia ;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14); atau
(iii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,661.95); atau
(iv) bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia
atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14)

(c) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
dan

(d) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 3(c)(i) atau (ii) di atas hendaklah lulus
Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa adalah layak


dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3(c) di atas; atau


(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

5 Taraf Jawatan : TETAP

6 Penaklukan Dibawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27


adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuatkuasa
serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

7 Tarikh Tutup Permohonan :

8 Cara Memohon :

(a) Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang


boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan harga RM2.00.

(b) Permohonan-permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan Sijil


Persekolahan, Kad Pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar
berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SEGAMAT
85000, SEGAMAT.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/


Penguasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan
masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21.

(d) Permohonan yang tidak mematuhi / memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan
dipertimbangkan.

(e) Perbelanjaan kerana Menghadiri Temuduga ditanggung oleh pemohon-pemohon


sendiri. Calon-calon adalah diingatkan bahawa mereka yang ditapis untuk ditemuduga
sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya.

( ISMAIL BIN ABU )


Yang Dipertua,
Majlis Daerah Segamat,
Segamat.
/lin:Iklan Jawatan N27

Allah Adalah Tuhan Yang Bergantung Kepada-Nya Segala Sesuatu

You might also like