You are on page 1of 2

Laporan Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Maluri

Pada 23 Januari 2010, Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, telah mengadakan


Hari Sukan Tahunan Sekolah kali ke-17. Hari Sukan bermula pada pukul 8.00 pagi. Hari
Sukan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Maluri yang terletak di belakang
sekolah. Tujuan Hari Sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid
dalam kesukanan.

Sehari sebelum hari sukan bermula, kerja-kerja persiapan terakhir telah


dilaksanakan. Contohnya, persiapan siaraya, padang, kerusi, meja, hadiah, sijil dan
sebagainya. Semua guru dan murid telah berganding bahu menyiapkan kerja-kerja
tersebut. Padang sekolah juga telah dihiasi dengan bendera-bendera kecil yang
berwarna-warni. Beberapa gerai gerai minuman dan makanan turut dibuka sempena
hari sukan.

Tepat pukul 8.00pagi, semua murid telah beratur mengikut rumah sukan
masing-masing untuk masuk ke padang. Pertama sekali, murid-murid telah
menyanyikan lagu Negaraku. Kemudian, peserta perbarisan bersedia untuk berkawat.
Mereka berkawat kaki mengikut rentak muzik. Pengerusi PIBG dijemput untuk
menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Selepas itu. Ketua Kontinjen
membaca ikrar. Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan hari sukan
tersebut.

Seterusnya, acara sukan telah dimulakan. Antara acara yang dipertandingkan


ialah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru, lompat tinggi,
lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan. Keadaan cuaca pada hari tersebut
sangat baik. Suasana Hari Sukan sangat gemilang dan meriah dengan tepukan dan
sorakan para hadirin.

Hari Sukan telah diserikan dengan upacara penyampaian hadiah. Pengerusi PIBG,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Maluri dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Hari
Sukan dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah. Mereka juga mengucapkan
tahniah kepada para pemenang.
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan keseluruhan
temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Kuning dinobatkan sebagai Johan, Naib
johan pula dimenangi oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah mendapat tempat
ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning, manakala
olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.

Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26
Januari.Sebelum bersurai, semua murid dan guru telah bekerjasama membersihkan
padang sekolah. Walaupun berasa penat, namun warga sekolah berasa sungguh
gembira kerana Hari Sukan telah dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, 1 Mac 2016

(ALI BIN AMIRUL)


Setiasusaha Sukan Sekolah,
SK Maluri,

You might also like