You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL


DAN ANUGERAH CEMERLANG 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BATU

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengadakan Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah
Cemerlang 2014 yang julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan salah satu daripada aktiviti anjuran Persatuan
Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampung Batu.

2. PENGENALAN

2.1. Majlis Makan Malam Amal merupakan salah satu program yang telah dicadangkan
sejak setahun lalu. Majlis Makan Malam Amal ini adalah sebagai pelengkap kepada
program sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Kampung Batu yang
dianggarkan telah berusia 120 tahun. Beberapa program lain seperti Karnival
Usahawan dan Program Ceriathon telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun
lalu. Kejayaan tersebut diperolehi daripada kerjasama yang amat membanggakan
daripada para ibu bapa dan warga sekolah ini.

2.2. Matlamat Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang 2014 ini dirancang
untuk mengeratkan hubungan pihak pengurusan sekolah dengan komuniti setempat
iaitu guru-guru dan ibu bapa serta komuniti luar iaitu institusi tertentu, sektor
swasta dan orang perseorangan. Penglibatan secara langsung pihak luar sekolah
selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Anjakan ke-9, Pelan Pembangunan
Pendidikan Kebangsaan. Disamping itu majlis ini juga akan meraikan murid-murid
yang telah berusaha gigih dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang
sepanjang tahun 2014.

2.3. Penganjuran Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang 2014 ini
merupakan satu aktiviti untuk mengumpulkan dana tabung PIBG. Konsep
penawaran meja Majlis Makan Malam Amal diharapkan dapat menambahkan dana
tabung PIBG. Selain daripada itu PIBG juga menerima sumbangan-sumbangan
ikhlas daripada orang perseorangan, institusi dan sektor swasta sebagai sokongan
bagi menjayakan majlis ini.

2.4. Dana yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti


pembangunan intelek, rohani, jasmani murid-murid sekolah ini. Sumbangan PIBG
sangat diperlukan untuk penambahbaikan dan meningkatkanprasarana bagi
keselesaan murid-murid dan guru-guru untuk pengajaran dan pembelajaran.

3. OBJEKTIF
3.1. Mewujudkan dan mengeratkan jalinan silaturahim diantara pihak sekolah, komuniti
luar dan sektor swasta.

3.2. Menyampaikan anugerah tahunan dan meraikan murid-murid yang berjaya dalam
pelbagai bidang dan mengharumkan nama sekolah.

3.3. Menambahkan dana PIBG melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

3.4. Memupuk semangat keperihatinan dan kerjasama antara pihak sekolah dan
komuniti luar sekolah.

4. TUJUAN

Tujuan utama dana PIBG melalui penganjuran majlis ini adalah untuk perkara-perkara
seperti berikut:-

4.1. Menaiktaraf sistem audio dan visual untuk dewan sekolah.

4.2. Menaiktaraf gelanggang permainan.

4.3. Meningkatkan keceriaan didalam kelas dan halaman sekolah.

5. SASARAN

5.1. Ibu bapa, penjaga, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampung Batu.

5.2. Pemimpin masyarakat, usahawan, orang perseorangan dan komuniti setempat.

5.3. Institusi dan sektor swasta

5.4. Alumni Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Kuala Lumpur

6. PENGANJUR

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,


Sekolah Kebangsaan Kampung Batu,
Batu 4 , Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

7. PENAUNG

Yang Berbahagia Senator Datuk Haji Yahya bin Mat Ghani


Pengerusi Barisan Nasional, Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

8. TARIKH DAN MASA

Tarikh : 21 November 2014


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 malam 12.00 malam

9. TEMPAT

Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Batu.

10. JAWATANKUASA INDUK PIBG SKKB 2014

Penasihat: Tn. Hj. Abdul MajidBinMohdDin


Yang Di Pertua PIBG: En. Abdul Majid Bin Mokti
Naib Yang Di Pertua: En. Zakaria Bin Mohamad
Setiausaha: En. Mohd Khairil Hanif Bin Ramli
Bendahari: Pn. Siti Zaliha Binti Mohamed

Ahli Jawatankuasa: En. Ahmad Afendi Bin Abdul Latif


En. Haslizam Bin Mohd Nor
Pn. Hawa Binti Bakri
Pn. Long The Binti Abdullah
En. Shahmizan Bin Shamir
En. Shamsudin Bin MohdJusoh
En. Muhd Anuar Bin Omri
Pn. Sharifah Amalina Binti Syed Salim
Pn. Taasiah Binti Sandingan
Pn. Yunasih Binti Utami
Pn. Hajjah Siti Jamiah Binti Mohammad

11. JAWATANKUASA KERJA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN ANUGERAH


CEMERLANG 2014

Lampiran A

12. ATURCARA & UNDANGAN

Majlis ini akan diserikan dengan persembahan musik santai oleh band jemputan. Majlis
ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan murid-murid dan cabutan nombor
bertuah. Penganjur akan menyediakan dua cabutan khas untuk tetamu. Aturcara majlis
yang dirancangkan adalah seperti dalam Lampiran B.

13. BELANJAWAN
Majlis Makan Malam Amal Dan Anugerah Cemerlang 2014 mensasarkan kutipan untuk
tabung PIBG sebanyak RM6,000.00. Oleh itu kami menawarkan sebanyak 30 buah meja
dengan kapasiti yang dianggarkan seramai 300 orang tetamu. Sebanyak 3 buah meja
dikategorikan khas (VIP). Tempahan dibuat dengan cara penjualan kupon. Kadar harga
yang ditawarkan adalah seperti berikut:

13.1. Meja Khas (VIP) berharga RM1,500.00 @ RM150.00 seorang

13.2. Meja Biasa berharga RM600.00 @ RM60.00 seorang dewasa dan RM30.00
seorang kanak-kanak berumur 6 3 tahun.

13.3. Tempahan meja makan malam dibuat dengan pembelian kupon yang bernilai
RM60.00 setiap satu. Setiap kupon layak untuk menyertai cabutan bertuah.

Lampiran C (contoh kupon)

13.4. Selain daripada tawaran meja, kami juga menerima sumbangan wang tunai, hamper
dan hadiah. Borang sumbangan adalah seperti lampiran.

Lampiran D (borang sumbangan)

14. AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SESI 2013-2014

14.1. Gotong royong Perdana

14.2. Karnival Usahawan SK Kampung Batu 2013

14.3. Program Ceriathon 2013

Lampiran E (gambar aktiviti)

15. PENUTUP

Diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Amal ini mendapat perhatian pihak
terbabit supaya dapat memberi kerjasama yang baik dengan pihak penganjur. Selain itu,
menjadi harapan Jawatankuasa Majlis Makan Malam Amal agar program ini dapat berjalan
dengan lancer dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis ini
juga diharapkan dapat memberi manfaat khususnya kepada semua warga SKKB yang telah
sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan visi dan misi sekolah.
Secara tidak langsung, majlis yang dirancang ini dapat membentuk setiap warga SKKB
yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu,
segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-
alukan. Semoga segala bentuk usaha yang dijalankan agar majlis ini dapat dijayakan dengan
sempurna dapat memberi satu kenangan yang indah kepada semua warga SKKB, ibubapa
dan masyarakat setempat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(MOHD KHAIRIL HANIF BIN RAMLI) (EN. ABDUL MAJID BIN MOKTI)
Setiausaha Persatuan Ibubapa dan Guru, YDP Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu,
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkanoleh,


(HJ. ABDUL MAJID BIN MOHD DIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu,
Kuala Lumpur.
Lampiran A

JAWATANKUASA KERJA MAJLIS MAKAN MALAM DAN ANUGERAH


CEMERLANG 2014

PENYELARAS PROJEK
En. Abdul Majid Bin Mokti

NAIB PENYELARAS PROJEK


Pn. Sharidah Binti Mustafa

BACAAN DOA
En. Ahmad Affendi Bin Abd. Latif

PENGACARA MAJLIS
En Abdul Hafiz Bin Abdul Rahim
Pn. Fatin Amira Dewi Binti Agus Salim

AJK SAMBUTAN & PROTOKOL


Pn. HurriYah Binti Othman
Pn. Ee Swee Neo
Pn. Sharidah Binti Mustafa

PENDAFTARAN & EDARAN BUKU PROGRAM


Pn. Hashimah Binti Hashim
Pn. Junitah Binti Mohd Sari

JURUGAMBAR
En. Wan Mohd Syahril Bin Wan Abd. Rahman
En.Mohd Haslizam Bin Mohd Nor
En.Mohd Khairil Hanif Bin Ramli

SIARAYA
En. Badrul Hisham Bin Ahmad
En. Rosli Bin Salleh

AJK PEMASARAN/PROMOSI
En.Zakaria Bin Mohamad
En.Shahmizan Bin Shamir
En.Shamsudin Bin MohdJusoh
Cik.Norazan Merdukawati Shahruddin
Pn. Sharifah Amalina Binti Syed Salim
Pn. Taasiah Binti Sandingan
Pn. Hjh. Siti Jamiah Binti Mohammad
Pn. Yunasih Binti Utami

AJK MAKANAN
Pn. Sabihah Binti Abd Ghani
Pn. Nurizan Binti Jamaluddin
Pn. Hamizah Binti Hamid
Pn. Nalini a/p Shinnatamby
Pn. Nur Amalina Binti Ahmad Sayuty
AJK BUKU PROGRAM
En. Iskandar Bin Kasran
Cik Uma Devi a/p Balakrishnan

DOKUMENTASI
Pn. Christina a/p Murugusu
Pn. Nurul Hafizah Binti Elias

AJK CENDERAMATA/HADIAH&NO. BERTUAH


Pn. Nurazlina Binti Ramli
Pn. Noorhayati Binti Jaffar
En. Osman Bin Mamat
Khalai Mhathy a/p Ponnampalam

AJK PERSEMBAHAN
En. Asmawi Bin Isa
Pn. Long Teh Binti Abdullah
Pn. Hawa Binti Bakri

AJK BACKDROP & PERSIAPAN PENTAS


En. Mohd Nazri Bin Abdullah
Pn Nor Hayati BintiSayat
Pn. Rozita Binti Hassan
Pn. Nurul Fatihah Binti Misran

AJK PERSIAPAN DEWAN & KEBERSIHAN


En.Mohd Azli Bin Nawi
En.Mohd Shariff Bin Mat Ria
En.Nazri Bin Hassan
Pn. Faizah Binti Baharuddin
Pn. Suzila Binti Tajuddin

AJK KUPON MAJLIS


En. Abdul Hafiz Bin Abdul Rahim
En.Mazlan Bin Mohammad Nor
Pn. Christina a/p Murugusu
Pn. Nirmala Devi a/p Balasubramaniam
Pn. Nurul Hafizah Binti Elias
Lampiran B

ATURCARA PROGRAM

7.45 malam : Ketibaan para tetamu


8.00 : Ketibaan Tetamu VIP
8.05 : Persembahan Pembukaan (Tarian Selamat Datang)

8.10 : Bacaan doa

8.15 : Ucapan Aluan Guru Besar SKKB


Tuan Haji Abdul Majid Bin Mohd Din
: Ucapan Aluan YDP PIBG
Encik Abdul Majid Bin Mokti
8.30 : Ucapan Perasmian
Yang Berbahagia Senator
Datuk Haji Yahya bin Mat Ghani
Penaung Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah
Cemerlang
Pengerusi Barisan Nasional, Bahagian Batu,
WP Kuala Lumpur

8.45 : Cabutan bertuah 1


Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi
Jamuan
Persembahan Band Jemputan
9.30 : Cabutan bertuah 2
Persembahan Murid (Tarian Lemak Manis)
10.00 : Penyampaian Anugerah
Anugerah Tokoh Ko Kurikulum
Anugerah Tokoh Kurikulum
Anugerah Tokoh Murid
: Pesembahan Murid (Tarian Bollywood)

10.30 : Cabutan bertuah 3


Persembahan Band Jemputan
11.15 : Persembahan penutup
Penyampaian Cenderamata kepada Band Jemputan
11.30 : Majlis Bersurai
Lampiran C

CONTOH KUPON MAJLIS MAKAN MALAM AMAL


Lampiran D

CONTOH BORANG SUMBANGAN

KONSEP MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Pelbagai makanan, minuman dan persembahan istimewa serta cabutan


bertuah akan disediakan oleh pihak penganjur. Pihak PIBG SK
Kampung Batu akan menjual meja atau kerusi seperti butiran dibawah:

Bil Jenis Jualan Harga


1. 1 Meja (10 orang VIP ) RM 1,500.00
2. 1 Meja ( 10 orang biasa ) RM 600.00
3. 1 kerusi / 1 orang RM 60.00
4. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM 30.00

BORANG KEHADIRAN

NAMA / SYARIKAT
NO. TELEFON

AKAN HADIR TIDAK HADIR


* Tandakan pada ruangan yang disediakan

JENIS TEMPAHAN HARGA TANDAKAN BIL/JUMLAH JUMLAH


HARGA
MEJA VIP RM 1,500.00
MEJA BIASA RM 600.00
KERUSI/SEORANG RM 60.00
KANAK-KANAK 6 RM 30.00
HINGGA 12 TAHUN

Sumbangansayabernilai RM ________________tunai/ cekbernombor


____________(cekatasnamaPIBG SK KampungBatu )/ No.akaunAffin
Bank 100050007306.
Keterangan lanjut boleh
berhubung melalui: En. ................................
Abd. Majid 013-313 3669 /En. TANDATANGAN
Hanif 019 2777751.
Lampiran E

AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SESI 2013-2014

You might also like