You are on page 1of 2

Jessica berumur 12 tahun.

Jessica berumur 12 tahun.

berumur 12 tahun.

Rajah 2

Ayat yang ditulis oleh murid tersebut tidak mengalami kesalahan tatabahasa
ataupun kesalahan ejaan. Didapati bahawa murid tersebut mempunyai pengetahuan
yang cukup mendalam tentang struktur ayat bahasa melayu. Ayat tersebut dengan jelas
menunjukkan perkara yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis ingin menyatakan
umur bagi Jessica. Maklumat yang disampaikan oleh penulis sangat jelas dan mudah
untuk difahami.

Murid pada tahap ini sudah berupaya untuk mengolah karangan penulisan yang
baik . Murid berupaya untuk menggunakan bahasa dengan baik. Pengalaman-
pengalaman lampau yang terkandung dalam memori jangka panjang menyebabkan
murid merasa teransang untuk mencipta sesuatu yang baru. Jadi, murid ini akan
berusaha untuk mengolah satu karangan yang baik berdasarkan kebolehan bahasa diri
sendiri. Penulisan karangan ini memerlukan murid menguasai bidang bahasa melayu.
Halangan bagi murid tersebut ialah penguasaan bahasa. Jadi, murid ini akan
mengalami proses mencari penyelesaian kepada halangan.

Walaubagaimanapun, murid juga boleh meminta bantuan guru untuk


memperbetulkan karangan yang dibuat. Proses pembelajaran adalah satu proses yang
amat bermakna bagi mengukuhkan kemampuan dalam berbahasa. Pemerolehan
bahasa tidak wujud secara semula jadi bersama-sama bayi yang baru lahir. Bahasa
diperoleh bukan melalui perwarisan, sebaliknya melalui proses pembelajaran dan
diajarkan ( Siti Hajar Abdul Aziz, 2011 ).