You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN

PENGERUSI MAJLIS

Majlis Pelantikan Pemimpin Muda


SK Dusun Nanding

16 JANUARI 2017

No Masa/M Que Ann


. C
1. 8.00 pagi Ucapan alu-aluan Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1.Yang Berusaha Pn Zubidah bt Anuar,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding.

Yang Dihormati,
2. Puan Marliyana bt Ramli,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

3. En Nasir Ali bin P.S. Hassan,


Guru Penolong Kanan Kurikulum.

4. En. Md Saberi bin Md Kasim,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum .

Barisan guru, staf-staf sokongan, seterusnya murid-murid yang


dikasihi sekalian.
.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke Majlis Pelantikan Pemimpin Muda


Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding bagi Tahun 2017.
2. Amanat GB Tuan-tuan dan Puan-puan,
SKDN
Bukan keris tanpa ulunya,
Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Pn. Zubidah bt. Anuar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Dusun Nanding untuk menyampaikan amanat.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Berusaha Pn. Zubidah bt. Anuar atas amanat yang
disampaikan sebentar tadi.
3. Perarakan masuk Hadirin sekalian,
-pengawas
-PSS,PRS Majlis pada pagi ini diteruskan dengan perarakan masuk
- Pemimpin Muda Sek Keb Dusun Nanding bagi sesi 2017.
Ketua&Pen.Ketu
a
Dipersilakan pengawas sekolah masuk ke dataran Senadi.
Kelas
#gong pertama Dipersilakan Pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya
#gong kedua serta ketua dan penolong kelas masuk ke dataran Senadi.
#semua pandang ke hadapan.

#gong ketiga

4. PENYAMPAIAN Hadirin hadirat yang dimuliakan sekalian,


WATIKAH
PELANTIKAN Kini, tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian
PEMIMPIN watikah pelantikan Pemimpin Muda SKDN bagi tahun 2017.
MUDA
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Pn. Zubidah bt Anuar, Guru
Besar SK Dusun Nanding diiringi oleh Yang Dihormati Pn.
Marliyana bt Ramli untuk menyempurnakan penyampaian
watikah pelantikan pemimpin muda.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1. Ketua Pengawas Sekolah sesi 2017


...........................................................................................

2. Penolong Ketua Pengawas Sekolah sesi 2017


...........................................................................................
untuk tampil menerima watikah pelantikan.
#3x gong tampil

1. Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2017


...........................................................................................

2. Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2017


...........................................................................................

1. Ketua Pembimbing Rakan Sebaya sesi 2017


...........................................................................................

2. Penolong Ketua Pembimbing Rakan Sebaya sesi 2017


...........................................................................................

dan wakil ketua kelas dan penolong ketua kelas untuk tampil
menerima watikah pelantikan.
#gong 3x tampil.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Pn. Zubidah bt Anuar atas kesudian menyampaikan watikah
pelantikan sebentar tadi.
5. Bacaan Ikrar Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan lafaz bacaan ikrar yang akan diketuai
oleh ..........................................................................
selaku Ketua Murid SKDN bagi sesi 2017.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada .................


atas bacaan ikrar sebentar tadi.
#gong keluar barisan
6. Sesi bergambar Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama pentadbir
sekolah dan guru-guru pengawas .
Oleh itu, majlis mempersilakan terdahulu barisan Pengawas
Sekolah untuk sesi bergambar.
Seterusnya dipersilakan barisan Pengawas Pusat Sumber Sek
Diikuti barisan Pembimbing Rakan Sebaya
dan yang terakhir dipersilakan barisan Ketua Kelas & Penolong
Ketua Kelas.

7. Majlis Bersurai Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi maka


berakhirlah sudah Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah
Kebangsaan Dusun Nanding bagi tahun 2017.

Saya bagi pihak majlis ingin memohon maaf sekiranya terdapat


sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Saya serahkan kembali kepada pengerusi majlis.

You might also like