You are on page 1of 2

PROSEDUR KEMASUKAN/PERTUKARAN MURID

SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) NEGERI SELANGOR

A- SYARAT KEMASUKAN MURID TAHUN 1

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia


2. Berumur 7 tahun ( rujuk tahun kelahiran )
3. Tempoh pendaftaran murid Tahun 1 dibuka mulai 01 Mac hingga 31 Mei setiap tahun
4. Borang pendaftaran (Permohonan Belajar Di SRA/KAFAI Negeri Selangor Darul Ehsan) boleh
diperolehi di pejabat sekolah berkenaan
5. Borang Permohonan mestilah diisi dengan lengkap dan disertakan 1 (satu) salinan Sijil
Kelahiran murid dan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
6. Permohonan daripada bukan warganegara (anak/ibu/bapa) hendaklah telah mendapat
kelulusan bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

Nota ;
Permohonan pendaftaran lewat perlu mendapat pengesahan/sokongan pihak PPTA Daerah
Tahun/darjah kemasukan adalah sama dengan Tahun/darjah di Sekolah Kebangsaan.
Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan ke pejabat pentadbiran
sekolah berkenaan

B- SYARAT PERTUKARAN MURID

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia


2. Menggunakan borang Permohonan Kemasukan Dan Pertukaran Murid SRA/KAFAI Negeri
Selangor Darul Ehsan yang boleh diperolehi di pejabat sekolah atau UPI Daerah dan juga
boleh muat turun dari laman sesawang http://pendidikan.jais.gov.my
3. Borang Permohonan mestilah diisi dengan lengkap [ Bahagian I dan II ] sebanyak 3 (tiga)
salinan dan disertakan 1 (satu) salinan Sijil Kelahiran murid
4. Tahun/darjah kemasukan adalah sama dengan Tahun/darjah di Sekolah Kebangsaan
5. Permohonan daripada kalangan bukan warganegara (anak/ibu/bapa) hendaklah menyertakan
salinan kelulusan bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

Nota ;
Permohonan bertukar dalam daerah diluluskan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI) Daerah
Permohonan bertukar antara daerah diluluskan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI.JAIS).

Pindaan ; Mac 2011


JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
ARAS 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2 PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM
NO. TELEFON : 03-5514 3400 ext 3639/ 3638 NO. FAX: 03-5512 3035

BORANG PERMOHONAN BELAJAR


DI SRA/KAFAI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

1. BUTIRAN PERMOHONAN

Kemasukan Tahun/Darjah : ..................... Sesi Persekolahan : ...................


Nama Sekolah :

2. BUTIRAN DIRI PEMOHON


Nama ( Rumi & Huruf Besar ) :
Nama ( Jawi ) :
No. Sijil Kelahiran : Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )
Tempat Lahir : Negeri Tempat Lahir :
Tarikh Lahir : Kewarganegaraan :
Butiran Kesihatan :
(Penyakit/alahan/kecacatan jika ada)
Alamat Lengkap Surat Menyurat :
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................

3. BUTIRAN PENJAGA
Butiran Bapa/Penjaga Ibu/Penjaga
Nama (Huruf Besar)
Tempat Lahir & Negeri
No. Kad Pengenalan
Pekerjaan & Jawatan
Pendapatan
Alamat Tempat Bertugas
No.Telefon Rumah
No.Telefon Pejabat
No.Telefon Bimbit (HP)
4. PENGAKUAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya memperakui bahawa segala keterangan yang dinyatakan dalam borang ini adalah betul dan benar.

.......................................... ..........................................
Tarikh Tandatangan

Perhatian ; Sila lampirkan satu salinan Sijil Kelahiran murid, Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga dan slip gaji ( jika ada ).
Pindaan ; Mac 2011

You might also like