You are on page 1of 6
EME PENDI MALAYSIA, Telefon 07-234 0000, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR JALAN TUN ABDUL RAZAK Titan SOPH OWt 80604, JOHOR BAHAU Fak 07234 7122 JOHOR DARUL TAZIM Laman Web : wn pnjhocmee.govy Emel: jpnjobor@moe govmy Ruj, Kami: JPNJ.HEM(36)/100-19/2 Jib 6) Tarikh 2F Januari 2017 Pengetua dan Guru Besar, Sekolah Menengah dan Rendah, Negeri Johor. Melali, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri Johor. Tuan, GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) DAN PENYELARASAN TEKS DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR 2017 Perkara di atas adalah dirujuk dan berkatan, 2, Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memperkenalkan sualu program yang dinamakan Karakter Murid Johor (KrNJ) bermula sesi persekolahan 2017, Pelaksanaan program in bertujuan untuk memperkasakan jatidiri dan mewujudkan identiti Johor dalam kalangan murid-murid sekolah. 3, Bersama ini disertakan lampiran Garis Panduan Pelaksanaan Karakter Murid Johor (KrNJ) dan Teks Doa Perhimpunan Mingguan Sekolah Negeri Johor untuk makluman dan findakan serta-merta sekolah-sekolah di negeri Johor. Sila layari laman sesawang Jabaten Pendidikan Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan program tersebut. 4, Kejayaan program ini di peringkat daereh dan sekolzh adalah bergantung kepada komitmen, ‘eterbatan serta kerjasama semua pihak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Musiatfa bin lorahim, ‘Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan di talian 013-7526969 atau Encik Yazid bin Md Said, Penolong Pengarah Disiplin ditalian 012-7693669. Sekian,terima kasin, “SEHATI SEJIWA" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang menurut perintah, BIN ADNAN) ‘ Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor bp Pengarah Pendidikan Negeri Johor sk. 1) Pengarah Pendidikan Negeri Johor 2) Fall Timbul GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR MATLAMAT Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali. OBJEKTIF * Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor * Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi * Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkual ‘© Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor * Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan, SASARAN © Murid-murid yang bersekolah di Johor samada bersekolah menengah atau rendah. CADANGAN AKTIVITI Program Karakter Murid Johor akan dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa Fasa 1: Keseragaman pemaikaian T-shirt KriVJ, Budaya salam, Amalan Doa & Lagu Patriotik Johor Fasa2 : Budaya kesantunan, Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut ala Johor Fasa 3: Program kendalian murid dan Program kepimpinan. IMPAK © Membentuk karakter kepimpinan HARAPAN * Jabatan Pendidikan Negeri Johor menaruh harapan agar murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali ANIKI Fasa 1: 1. Keseragaman Kemeja -T - Pakaian kemeja ~ T yang direka khas ini boleh digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, kokurikulum, program-program luar bilik darjah, pertandingan peringkat daerah MSSD, MSS dan MSSM. 2. Budaya Salam - Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan untuk murid-murid Melayu sahaja. Murid-murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. ‘Adalah tidak menjadi halangan kepada murid-murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan murid Melayu. - Amalan pengucapan salam ‘Salam Muafakat Johor’ digalakkan dalam majlis-majlis tertentu yang njurkan oleh pihak sekolah. 3. Amalan Doa ~ _Skrip doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di Johor. = Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menandah tangan. Cara mutid Islam sahaja. - Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkan kepala. Kedua-dua tangan berada di bawah dengan bersilang. Tangan kanan berada di atas tangan kiti. hanya untuk 4, Semangat Patriotik Johor 1) Lagu Bangsa Johor 2) Lagu Muafakat Johor 3) Lagu Luaskan Kuasa Mu 4) Laungan “Muafakat Johor” Dinyanyikan dalam acara-acara rasmi. Dinyanyikan dalam acara-acara rasmi sebagai selingan. Dinyanyikan dalam pertandingan seperti sukan dll. Merupakan satu laungan untuk menimbulkan rasa gah dan bersemangat dalam sesuatu situasi semasa menjalankan aktiviti. Laungan ini juga sebagai satu sokongan moral untuk menaikkan semangat juang semasa bertanding. Salah seorang/ ketua kumpulan akan melaungkan perkataan “Muafakat” sambil mengangkat tangan kanan. Laungan ini disambut dengan perkataan “JOHOR” 1. Fasa 2: Budaya Kesantunan = Menghormati dan menyayangi orang tua/ guru dan rakan-rakan sebaya = Budaya melayan dan meraikan tetamu - Budaya memberi penghargaan kepada guru dan warga sekolah dengan ucapan “Terima kasih’. - Budaya meraikan kejayaan rakan. = Menonjolkan penampitan/ keterampilan terpuji (pakaian yang kemas, tidak ketat, tidak menjolok mata, tingkahlaku yang baik, perangel yang sopan dll). Memupuk Budaya Johor - Memupuk nila, tatasusila dan kesantunan dalam kalangan warga sekolah - Membudayakan aktiviti J-robik dan muzik Johor seperti keroncong, ghazal, zapin “Gendang Perayaan 24 Musim’ dan “Kavadi” atau lain-lain yang sesuai. = Mengenali, menggalakkan dan mengamalkan seni budaya Marhaban & Berzanji dalam Panatia Pendidikan Islam, - Mengenali dan menghargai makanan tradisi Johor seperti laksa Johor, lontong, mee rebus, mee bandung, burasak, asam pedas, asam rebus dll. ~ Menggalakkan apresiasi tulisan jawi. ~ Menggalakkan pemakaian baju Melayu teluk belanga & pakaian tradisi kaum lain. Gaya Rambut Ala Johor ~ Ukuran guntingan rambut adalah tapak 2 dan 3. atau tapak 2 dengan bahagian atas rambut tidak melebihi 2 inci panjang. ~ Gaya rambut yang pendek dan fesyen yang tidak keterlaluan. - Qaza’ adalah tidak dibenarkan. - Gaya rambut tetap mengikut dasar yang ditetapkan oleh KPM. Walau bagaimanapun gaya rambut Kr adalah tersendiri sebagi satu identit. Fasa 3: 1. Program Kendalian Murid = Murid dilatih untuk mengendalikan beberapa progam di sekolah seperti - Perhimpunan sekolah. - Majlis Hari Guru - Mengendalikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat. ~ Menguruskan Hari Sukan sekolah ~ Kejohanan Olahraga - Perkhemahan dan lawatan dll - Guru hanya sebagai fasilitator sahaja 2. Program Kepimpinan ~ Sekolah menjalankan program-program berbentuk kepimpinan seperti Kelab dan persatuan, Program pengawas dll dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi pemimpin. - Mewujudkan Students Leader Board (SLB) di peringkat sekolah dengan tujuan menyediakan mereka kepada District Students Leader Board (DSLB) & Johor Students Leader Board (JSLD). = Contoh program yang boleh dilaksanakan seperti: Program ‘Team Building’ - Pembimbing Rakan Sebaya - Kursus Pembangunan Sahsiah. - Kem Bina Semangat. ~ _Pertandingan-pertandingan bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar seperti pertandingan berpidato, perbahasan, pengucapan umum dll DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR Sh Syal le Ay Sadly Geel Oy eH pa aw seo Hi i toe Wiis OS Hee wry uy was Sg PUM esl Uhr y oR ai ABM wei sew 79 BS 6 eh Dengan keberkatan majlis perhimpunan ini, kami mohon taufik dan hidayahMu. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurnjaanMu yang melimpah ruah, Anugerahkan kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yang cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi. fb GES GRA Ya Allah, berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang dan gemilang di dunia dan akhirat. Bantulah kami untuk menjadi insan mulia yang baik akhlak dan budi pekertinya. Bukakanlah kepada kami segala pintu hikmahMu, dan kurniakanlah kepada kami segala rahmatMu, Bry g5hab 6 Sein Ya Allah, anugerahkan apalah kiranya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim akan keselamatan dan keafiatan serta penjagaan dan perlindungan yang berterusan. Kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Soflah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che’ Puan Khaleda Binti Bustamam, putera-putera dan puterinya, kerabat-kerabat diraja. Juga kepada para pemimpin, ibu bapa kami, guru-guru kami dan seluruh rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim akan kesejahteraan, keamanan dan kedamaian, seterusnya, jadikanlah negeri kami sebuah negeri yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat disisiMu agar agama, bangsa dan Negeri Johor Darul Ta’zim akan terus menjadi sebuah negeri yang bermaruah, berdaulat, kukuh dan mampu menghadapi segala cabaran.

You might also like