You are on page 1of 6

ABSTRAK

Beberapa perbincangan telah kami lakukan dan kami mendapati bahawa


sebahagian murid yang gagal menjawab dengan baik sebenarnya tidak dapat
menguasai bahagian pembolehubah salah satu daripada kompenan
Kemahiran Proses Sains.Kami merasakan jika seseorang murid tidak faham
dan menguasai bahagian pembolehubah maka secara keseluruhannya mereka
tidak akan dapat menjawab soalan soalan yang lain. Ini kerana dengan
memahami bahagian pembolehubah maka beberapa soalan yang menjurus
kepada soalan kesimpulan, hipotesis ,hubungan dan ramalan akan dapat
dijawab dengan betul.

Bagi menjalankan kajian ini kami telah mengenalpasti pelajar Tahun 6 Rajin
yang menghadapi masalah seperti yang kami hadapi. Murid ini akan kami kaji
dengan mengunakan kaedah pemerhatian kerja rumah , temubual dan ujian
bulanan.

1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Bagi memastikan kajian kami dapat dijalankan dengan jayanya kami telah
memilih pelajar tahun 6 Rajin sebagai bahan kajian kami. Pelajar ini terdiri
daripada kelas pertama aliran Tahun Lima tahun lepas. Kami menyenaraikan
lima nama murid yang kami dapati bermasalah memahami bahagian
pembolehubah.

Bil Nama Murid


1 Badrul Amin bin Bahrin
2 Norakmal Rizal bin Mat Sahat
3 Mohd Akmal bin Hamdan
4 Nor Asmira binti Yosni
5 Nurul Ashmirah binti Jamal

Berdasarkan pemerhatian kami didapati muridmurid ini tidak dapat


membezakan diantara ketiga-tiga pembolehubah iaitu :

i. Pembolehubah malar

ii. Pembolehubah dimanipulasi

iii. Pembolehubah bergerakbala


Mereka sentiasa keliru apabila berhadapan dengan jawapan. Walaupun telah
diajar berkali- kali murid-murid ini tahu apa yang dikatakan pembolehubah
namun tidak dapat mengaplikasikannya dalam bentuk jawapan.

2.FOKUS KAJIAN

Kajian ini meninjau pemasalahan murid-murid dalam memahami pengunaan


pembolehubah salah satu kompenan dalan kemahiran Proses sains.

Dengan memastikan murid memahami konsep pembolehubah dan bagaimana


membezakannya serta dapat mengaplikasikan dalam bentuk jawapan kami
yakin murid-murid ini dapat menguasai kemahiran ini.

Seterusnya kami juaga berharap mereka akan lulus dengan baik dalam kertas
Sains UPSR.

3.OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran


dan pemahaman murid tentang pembolehubah dan
mengaplikasikannya dalam bentuk jawapan.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya melalui kajian ini murid dapat :


3.2.1 Memahami perbezaan pembolehubah
3.2.2 Mengaplikasikan pembolehubah dalam jawapan
3.2.3 Menambahkan keyakinan diri yang tinggi
3.2.4 Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan
mempelbagaikan kaedah.

4. Kumpulan Sasaran

Kami mensasarkan kajian ini kepada murid Tahun Lima Rajin yang lalu seramai
lima orang.Murid-murid ini terdiri daripada kelas pertama namun mempunyai
tahap yang berbeza.
5. SUMBER KAJIAN / TINJAUAN MASALAH

5.1 Pemerhatian

Tindakan pertama dalam kajian kami adalah melalui pemerhatain setiap murid.
Murid murid ini kami berikan soalan berkaitan dengan pembolehubah.
Sebelum kajian dijalankan kami mendapati mereka kurang mengemari soalan
sebegini berbanding soalan yang berbentuk corak dan inferens.Kami juga
mendapati mereka memilih menjawab soalan berbentuk corak dan inferens
terlebih dahulu berbanding soalan pembolehubah.

5.2 Ujian Pra

Kepada kumpulan sasaran ini kami akan memberikan mereka ujian pra bagi
mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai
kemahiran yang dikaji.Kami menyediakan 5 soalan berkaitan tentang
pembolehubah dan perlu dijawab dalam masa 30 minit.

5.3 Soal selidik

Kami juga akan menemubual murid berkenaan mengenai latar belakang


keluarga dan pengetahuan mereka tentang pelajaran Sains. Borang kaji selidik
juag akan kami edarkan kepada mereka bagi mengetahui punca kelemahan
mereka menguasai kemahiran ini.

6. ANALISA TINJAUAN MASALAH

6.1 Analisa Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru, semasa mereka berada dalam tahun Lima


sebahagian besar daripada murid tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan
mereka dalam kemahiran pembolehubah dalam bentuk jawapan. Mereka juga
keliru memilih jawapan malar, dimanipulasi dan bergerakbalas.

Mereka juga malas bertanya pada guru jika tidak memahami dan lebih suka
memilih jawapan yang salah
6.2 Analisa Ujian Pra

Jadual 1 : Keputusan pencapaian Ujian Pra Tahun 5 2009

UJIAN PRA
SKALA KEKERAPAN BIL %
Betul semua 0 0
Betul 7 9 0 0
Betul 3 6 2 40
Betul 1 3 3 60
Salah semua 0 0
JUMLAH 5 orang 100 %

Jadual 1 menunjukkan 3 orang murid tidak dapat menguasai Kemahiran


pembolehubah dalam Ujian Pra yang dijalankan. Hanya 2 orang mendapat
skor betul 3 6 manakala 3 orang mendapat skor betul 1 - 3.

6.3 Analisa Soal selidik

Jadual 2 : Analisa Soal Selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus

PILIHAN BILANGAN PERATUS


Tidak suka matapelajaran Sains 0 0
masa yang diberikan tidak cukup 1 20
Tidak tahu / Tak Faham 1 20
Keliru memilih jawapan 3 60
JUMLAH 5 100 %

Berdasarkan jadual 2, 20 % murid menyatakan masa yang diberikan tidak


mencukupi, 20 % murid tidak tahu dan tidak faham manakala sebanyak 60 %
menyatakan keliru memilih jawapan.

7. KAEDAH / TEKNIK PENYELESAIAN

7.1 Latih tubi

* Kami mengadakan teknik latih tubi dengan cara mengumpulkan semua


pelajar dan meminta merka menghafal kemahiran pembolehubah .

* Murid akan menghafal dan memahami ketiga-tiga pembolehubah.

* Setiap murid akan membezakan setiap pembolehubah berdasarkan


situasi yang diberikan.

* Menjawab soalan berdasarkan kemahiran pembolehubah dan memilih


jawapan tanpa rasa keliru
* Membezakan dengan tepat dan jelas tentang ketiga-tiga pembolehubah.

Penutup

Keadah latih tubi ini walaupun kelihatan biasa namun jika kaedah ini
dijalankan secara terancang dan tersusun pastinya kejayaan dalam
melihat perubahan murid dapat dilihat. Keadah ini juga perlu kerjasama
yang jitu daripada guru dan murid agar ia lebih berkesan. Jika murid
berjaya mengatasi masalah sebegini pastinya memberikan kepuasan
kepada guru yang mengajar.
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

MEMAHAMI
DAN
MENGAPLIKASIKAN
PEMBOLEHUBAH

OLEH :

KAMARUZZAMAN BIN HAJI MOHD REDUAN

SK LKTP AIR TAWAR 1


PETI SURAT 41,
81920 KOTA TINGGI,
JOHOR

You might also like