You are on page 1of 4

KEGIATAN PERINDUSTRIAN DI TEBRAU IV DAN IMPAKNYA TERHADAP

EKONOMI NEGARA DAN ALAM SEKITAR

1.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI NEGARA


Malaysia

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi iaitu faktor fizikal dan
faktor kemanusiaan.

1.1 Faktor Fizikal


Faktor fizikal bekaitan dengan faktor alam semula jadi yang sedia ada. Faktor
fizikal ialah:
a) Bentuk Muka Bumi
i) Bentuk muka bumi jenis tanah pamah sesuai ditanami padi ,
memudahkan pembinaan kilang , jalan raya , jalan keretapi , kapal
terbang.
ii) Kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelape sawit di
Tenggara Pahang.
iii) Kawasan pinggir laut juga sesuai ditanami pokok kelapa seperti di
Bagan Datoh , Kudat , dan Sipitang.
iv) Aktiviti perikanan air tawar dan akuakultur dijalankan di Tasik Cenderoh
dan Bukit Merah di Perak
b) Tanih
i) Jenis tanih mempengaruhi jenis tanaman yang dapat diusahakan.
ii) Tanih alivium sesuai ditanam padi sawah seperti di Dataran Kedah-
Perlis , Dataran Kelantan , Dataran Kerian dan Tanjung Karang .
iii) Tanih laterik yang bersaliran baik sesuai ditanami getah seperti di segi
tiga jengka dan kelapa sawit di Labis JOHOR .
iv) Tanih gambut sesuai ditanami nanas seperti di Renggit , Pontian , dan
di Labis Johor .
v) Tanih beris ( campuran tanah liat dengan pasir ) ditanami tembakau di
bacok , kelapa di Bagan Datoh dan gajus di Pantai Kelantan dan
Terengganu.
c) IKLIM

i) Malaysia mengalami iklim katulistiwa dengan purata suhu tahunan , 27C


dan jumlah hujan tahunan kira-kira 2600ml
ii) Jenis tanaman seperti padi , getah ,kelape sawit , koko ,nanas ,kopi dan
lada hitam.
iii) Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana , iaitu kira-kira 18c di
kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron , Pahang dan
Kundasang , Sabah sesuai bagi penanaman teh , sayur sayuran , dan
bunga - bungaan .
iv) Suhu sederhana juga menggalakkan pelancong di kawasan tanah
tinggi seperti di Tanah Tinggi Genting , Tanah Tinggi Cameron , Bukit
Tingggi , dan Bukit Fraser.
v) Iklim yang panas sepanjang tahun menggalakkan akitiviti penangkapan
ikan .
d) BAHAN MENTAH
i) Bahan mentah menggalakkan prindustrian
ii) Petroleum - industri membersihkan petroleum , bahan bakar
kenderaan , polimer , cat dan minyak pelincir .
iii) Gas asli - industri membuat bahan bakar kenderaan dan baja urea .
iv) Kaolin -industri barangan tembikar ,jubin , dan pinggan .
v) Kayu balak - industri venir dan perabot .
vi) Kelapa sawit - industri memproses minyak sawit untuk membuat
majerin dengan sabun
vii) Getah - industri memproses susu getah , membuat sarung tangan ,
kasut , dan tilam .
viii) Nanas - industri mengetin nanas dan makanan.
ix) Perikanan - industri membuat keropok dan ikan masin .

1.1
FAKTOR KEMANUSIAAN

- Faktor yang bukan semula jadi yang dikawal oleh manusia


faktor kemanusiaan ialah :

TEKNOLOGI

i) Teknologi melibatkan penggunaan peralatan canggih dengan teknik


pengurusan yang cekap dan maju dalam sektor perindastrian , pertanian ,
perdagangan , dan sebagainya.
ii) Penggunaan jentera dalam pelbagai kegiatan ekonomi:

penanaman padi - jentera pembajak dan jentera penuai

indutri automobil - robot digunakan untuk memasang kereta

penggunaan kapal korek untuk melombong biji timah

gergaji berjentera untuk memotong batang pokok

jentera penaik pukat tunda

iii) Penggunaan jentera telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya pengeluaran ,


menghasilkan produk berkualiti , mengurangkan pencemaran dan meningkatkan
keselamatan
iv) Kegunaan ICT dalam pelbagai kegiatan ekonomi telah mencepatkan kerja ,
meningkatkan daya pengeluaran , dan menjimatkan kos
v) Contohnya , kewangan ( e-banking) , pendidikan (e-learning) , dan perdagangan (e-
commerce)
vi) Teknologi dalam pembiakan baka telah menghasilkan klon dalam bidang
pertanian , perhutanan dan perikanan
vii) Contohnya pokok klon getah RRIM600 menghasilkan banyak susu getah
viii) Penggunaan teknik lain seperti :

teknik penapaian

polomer

alat automasi

teknologi mekatronik

nanoteknologi

elektrononik molikular

DASAR KERAJAAN

i) Dasar pertanian negara (DPN 3) dilaksanakan untuk memaju dan


memperkembangkan sektor pertanian di Malaysia.
ii) Di bawah DPN 3 , pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk
diberikan tumpuan .
iii) DPN 3 juga menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan
secara komersial bagi meningkatkan bekalan kayu pada masa depan .
iv) Penubuhan agensi seperti perbadanan produktiviti
negara (NPC) dan SIRIMBerhad oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti
dan kualiti .
v) Penubuhan beberapa agensi oleh kerajaan seperti MARA telah membantu
memberikan latihan kepada belia dalam bidang keusahawanan .

PASARAN

i) Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan yang merangkumi kawasan dalam


negara dan pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran di luar negara
ii) Barangan yang mendapat permintaan yang tinggi di luar negara ialah hasil
pertanian seperti kelapa sawit dan nanas , hasil kayu balak , barangan kilang , dan
petroleum.
iii) Agensi kerajaan yang membantu memasarkan keluaran negara adalah
sepertiFAMA untuk pasaran tempatan dan MATREDE untuk pasaran antarabangsa.
MODAL

i) Terdapat dua sumber utama modal , iaitu modal domestik dan modal pelaburan
asing.
ii) Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu , institusi kewangan
seperti Bank Pertanian , Permodalan Nasional Berhad (PNB) , dan majlis amanah
rakyat (MARA).
iii) Modal pelabuhan asing diperoleh daripada pelabur-prlabur negara asing yang
datang ke Malaysia untuk membuka perniagaan dan membuka ladang .

BURUH

i) Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan , pengeluaran ,


pengurusan , dan pemasaran .
ii) Bekalan tenaga buruh di Malaysia terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing.
iii) Buruh boleh dikelaskan kepada tiga tahap , iaitu buruh mahir ,buruh separuh mahir
dan buruh separuh tidak mahir.
iv) Buruh tidak mahir dan separa mahir kebanyakannya bekerja dalam sektor
pertanian , pembalakan , perindustrian dan pembinaan
v) Buruh mahir bekerja dalam sektor perkhidmatan sepeti pendidikan ,
pengangkutan , perubatan dan sektor perlombongan sebagai jurutera.

You might also like