You are on page 1of 3

Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Bab 10: Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara:

Ekonomi Tradisional dan Dagangan: Ekonomi Tradisional/Sara Diri; Kegiatan ekonomi yang
dijalankan secara kecil-kecilan untuk keperluan diri dan keluarga sahaja. Ciri-ciri ekonomi sara diri
ialah: Dilakukan dalam skala kecil. Menggunakan teknologi mudah. Modal yang kecil. Jumlah buruh
yang terhad. Pasaran yang kecil hanya apabila ada lebihan hasil dan menggunakan teknologi asas.
Ekonomi Dagangan/Komersial: Kegiatan ekonomi yang dijalankan secara besar-besaran untuk
pasaran. Ciri-ciri ekonomi dagangan ialah: Pengeluaran dalam skala yang besar. Menggunakan tenaga
buruh yang ramai. Menggunakan modal yang besar. Menggunakan teknologi yang tinggi dan pasaran
yang luas.

Sistem Pertanian Komersial: Pertanian yang berasaskan eksport menjadi keutamaan British.
Penanaman berbentuk ladang dilaksanakan oleh Maharaja Abu Bakar di Johor melalui sistem kangcu.
Ciri-ciri sistem kangcu ialah: Menggunakan sistem pajakan tanah. Ladang dikenali sebagai kangkar.
Saiz setiap satu kangkar sekitar 2500 ekar hingga 20000 ekar. Kangkar akan dibahagikan kepada
beberapa kawasan yang lebih kecil. Setiap kawasan yang kecil ini terdapat 3 10 orang pekerja Cina.

Pertanian komersial di Tanah Melayu dikuasai oleh pemodal Eropah kerana: Mempunyai modal
yang besar. Mampu menggunakan teknologi tinggi. Mendapat konsesi tanah yang luas dan mendapat
tempoh pajakan yang lama.

Perusahaan Getah: Getah yang ditanam di negara kita berasal dari Brazil. Faktor-faktor
perkembangannya ialah: Permintaan tinggi kerana kegunaannya dalam pelbagai industri. Tanah
Melayu mempunyai iklim dan jenis tanah yang sesuai. Galakan dan intensif untuk meluaskan kawasan
penanaman getah. Peranan H. N. Ridley. Pengenalan cara torehan sistem ibidem atau sistem tulang
ikan hering yang lebih sistematik. Kemasukan pelabur Eropah seperti Harrisons and Crossfield, Guthrie
dan Sime Darby telah menggalakkan perkembangan perusahaan getah. Pembinaan landasan keretapi
dan jalan raya. Kemasukan buruh India untuk bekerja dalam perusahaan getah. Apabila berlaku
kemerosotan ekonomi, Rancangan Stevenson telah diperkenalkan dangan menghadkan pengeluaran
dan menentukan kouta pengeluaran bagi negara terlibat.

Industri Perlombongan: Tanah Melayu bertuah kerana kaya dengan hasil galian seperti bijih timah,
emas, arang batu, bauksit, antimoni dan bijih besi. Pada peringkat awal, orang Melayu yang menguasai
kawasan perlombongan. Pada awal abad ke-20, penguasaan pemodal Eropah lebih ketara kerana:
Bijih Timah telah mendapat permintaan tinggi. Pengusaha Eropah mempunyai modal yang besar.
Penggunaan teknologi tinggi melalui penggunaan kapal koret. Perubahan intensif daripada intensif
buruh kepada intensif modal. Penggubalan enakmen dan undang-undang yang menentukan
penguasaan bijih timah hanya kepada kolonia British.

Penggunaan Tenaga Buruh Luar: Buruh India telah dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor
perladangan getah. Buruh Cina pula dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perlombongan.
Kedatangan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu disebabkan oleh; Keadaan di negara asal mereka.
Galakan daripada kerajaan British supaya berhijrah ke Tanah Melayu. Kedatangan mereka tidak
dihalang oleh orang Melayu. Hubungan tradisi antara Tanah Melayu India dan Tanah Melayu China.
Keadaan politik Tanah Melayu yang aman yang dikawal oleh British.

Sistem kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu: Sistem tiket Kredit Kheh Tau (ketua) akan
mengumpulkan orang Cina yang hendak datang ke Tanah Melayu banyak berlaku penyelewengan.
Sistem pengambilan rumah kongsi pegawai yang dilantik akan membiayai perbelanjaan kedatangan
buruh hingga sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Sistem Pengambilan Kakitangan pegawai
bertanggungjawab ke atas buruh itu sehingga tiba di tempat majikan. Sistem Tajaan diamalkan di
Sarawak.

Sistem kemasukan buruh India ke Tanah Melayu: Sistem Kontrak dibiayai oleh majikan. Sistem
Buruh Bebas buruh akan datang sendiri dengan pembiayaan sendiri. Sistem Kangani kangani akan
diberi lesen dan wang pendahuluan untuk pergi ke India mencari buruh-buruh.

Institusi Kewangan dan Insurans: Ekoran daripada perkembangan ekonomi, institusi kewangan telah
diperkenalkan oleh penjajah. Wang kertas telah dikeluarkan pada tahun 1906 oleh Lembaga Pesuruh
Jaya Wang. Beberapa bank Eropah diwujudkan, antaranya ialah Mercantile Bank dan The Chartered
Bank. Beberapa bank tempatan kemudiannya diwujudkan seperti Malay National Banking Corporation
Berhad, Kwong Yik Bank dan Bank Of Malaya. Perkhidmatan insurans penting ekoran perkembangan
pengankutan laut yang menjadi pengangkutan utama untuk membawa barangan dagangan. Syarikat
insurans di Tanah Melayu hanya bertindak sebagai wakil syarikat insurans yang berpejabat di luar
negara. Insurans kebakaran menjadi penting apabila sering berlaku kebakaran.

Dasar British Terhadap Pertanian


Undang-Undang Berhubung Dengan Tanah: Undang-undang berhubung dengan tanah diperkenalkan
dengan tujuan melindungi hak orang Melayu dan mengatasi tanah orang Melayu dicerobohi oleh
pemodal asing. Apabila penjajah datang ke Tanah melayu, sistem pemilikan tanah orang Melayu telah
diubah kerana: Tidak mempunyai rekod sebagai bukti pemilikan. Memudahkan urusan pajak gadai,
sewa beli, penjualan dan pembelian. Boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan modal.

Perundangan Tanah yang diperkenalkan British telah meninggalkan kesan: Pengenalan ekonomi
wang dalam semua urusan berkaitan tanah. Ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah untuk
melangsaikan hutang. Pembesar Melayu telah kehilangan kuasa dan Residen berkuasa menentukan
keluasan kawasan. Pengenalan kepada beberapa Akta Tanah seperti Akta Tanah Simpanan Melayu,
Land Order dan Proklamasi III. Akta Tanah Simpanan Melayu jaminan masa depan ekonomi, politik
dan sosial orang Melayu dan Tanah Melayu. Hakikatnya akta ini melindungi kepentingan ekonomi
British. Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang telah diwartakan oleh kerajaan British untuk
menjaga kepentingan peribumi di Sabah. Land Order untuk mengelak kawasan tanah ini dicerobohi
oleh pengusaha Cina di Sarawak.

Dasar British Terhadap Pekebun Kecil: Enakmen Tanah Padi 1917 diperkenalkan untuk: Melarang
penanaman getah di kawasan tanah tanaman padi. Mengurangkan penyertaan pekebun kecil getah.
Premium untuk permohonan tanah baru untuk penanaman getah dinaikkan. Rancangan Kawalan
Getah: Rancangan Stevenson 1922 sebagai pelindung kepada pemodal-pemodal dan pengusaha
ladang Eropah. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa diperkenalkan untuk mengawal
pengeluaran dan menstabilkan harga getah dunia.

Kesan-Kesan Dasar Ekonomi

1. Kewujudan perbandaran: Perkembangan pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar
kerana kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat
perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.
2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum: British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk
menampung keperluan tenagan buruh di Tanah Melayu. Kesannya mewujudkan masyarakat majmuk,
pengasingan kaum dan bahasa pertuturan berbeza.

3. Sistem pendidikan Vernakular: Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengangtar masing-masing. Kesannya pelbagai jenis sekolah
ditubuhkan iaitu sekolah Cina, Melayu dan Inggeris. Sistem pendidikannya berorientasikan negara asal
mereka.

4. Kemunculan sektor perkilangan: Pada tahun 1920-an beberapa buah kilang telah mula didirikan
untuk pengeluaran yang lebih besar. Contohnya Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang
kasut getah di Setapak dan Tapah untuk dieksport ke China.

5. Sistem pengangkutan dan perhubungan: Perkembangan sistem pengangkutan berlaku ekoran


daripada perkembangan sektor perlombongan dan pertanian. Pembinaan landasan keretapi telah
mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah: 1885 menghubungkan Port Weld ke Taiping dan
1889 dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina
menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telepon, perkhidmatan pos, radio dan
perkhidmatan udara juga diperkenalkan.

6. Perkhidmatan kesihatan: Kewujudannya kesan kemasukan buruh asing dan kesukaran


mendapatkan bekalan air bersih. Beberapa hospital dan pusat kesihatan telah dibina seperti di Kuala
Lumpur, Perak dan negeri lain. Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1990
untuk membuat kajian mencari langkah-langkah pencegahan. Menubuhkan Sanitary Board untuk
menjaga kebersihan bandar.

You might also like