You are on page 1of 2

Teknik penulisan pendahuluan SPM

Mutakhir ini, gejala sosial yang membabitkan remaja kita, seperti berlumba haram atau merempit di lebuh-lebuh raya, menjadi buah mulut masyarakat.

Dewasa ini, gejala keruntuhan moral remaja, seperti melepak di kafe-kafe dan berjinak-jinak dengan peranti elektronik, menjadi gamit-gamitan masyarakat
kita.

Kini, gejala kemerosotan akhlak remaja, seperti berpacaran dan bersekedudukan, tidak lekang di bibir masyarakat kita.

Dimensi karangan: Diri/Individu

Tajuk karangan: Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Tugasan karangan: Persediaan-persediaan untuk merealisasikan cabaran tersebut

Ayat penyataan topik perbincangan yang mantap:

Imam Al Ghazali, iaitu tokoh falsafah Islam yang tersohor, pernah berkata, Jikalau kamu mahu melihat negara pada masa depan, lihatlah remajamu pada
hari ini.

CONTOH [2]:

Dimensi karangan: Diri/Individu

Tajuk karangan: Wawasan 2020

Tugasan karangan: Strategi menzahirkan Wawasan 2020

Ayat penyataan topik perbincangan yang mantap:

Sebagai pemimpin yang ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yakni mantan Perdana Menteri Malaysia dan negarawan, telah mencetuskan pelbagai idea
yang pragmatik demi kemakmuran nusa dan bangsa, antaranya Wawasan 2020.

CONTOH [3]:

Dimensi karangan: Diri/Individu

Tajuk karangan: Rakan sebaya

Tugasan karangan: Ciri-ciri rakan sebaya yang cemerlang

Ayat penyataan topik perbincangan yang mantap:

Nabi Muhammad SAW pernah berfirman bahawa sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bau kasturinya akan terkena
padamu. Tetapi, sekiranya kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga pada dirimu.

CONTOH [4]:

Dimensi karangan: Keluarga

Tajuk karangan: Keluarga yang sihat

Tugasan karangan: Peranan ibu bapa

Ayat penyataan topik perbincangan yang mantap:

Orang tua-tua sering mengungkapkan bahawa kesihatan itu ialah harta yang paling bernilai berbanding dengan wang ringgit dan harta benda.
CONTOH [5]:

Dimensi karangan: Individu

Tajuk karangan: Keluarga bahagia/harmoni

Tugasan karangan: Peranan anak-anak

Ayat penyataan topik perbincangan yang mantap:

Bahawa setiap insan ingin mengecap nikmat pisang masak separak, yakni seisi keluarga hidup senang dan bahagia, tidak dapat dinafikan.

You might also like