You are on page 1of 23
a KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok EB Kompleks Tel: 03-8884 6072 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks: 03-8886 5124 62604 PUTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my Ruj Kami:KPM.100-1/7/1Jid.6( 15.) Tarikh J@ Januari 2017 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Semua Pengetua / Guru Besar YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017 BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 4, TUJUAN 1.4 Surat Pekeliling Kewangan (SPK) ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pelaksanaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2. LATAR BELAKANG 2.1 Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 22 2.3 Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. la bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 15 Ogos 2008. Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan Selaras dengan perubahan dasar dan keperluan semasa, kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007 seperti berikut:~ ay TAHUN oe | Sebelum 2007 Mutai 2007 fe Q RM. (RM) [Bantuan | Persekolahan | 200) 00) Sek, Rendah Sek. Rendah (30 x10 bulan) = 300 | (50 x10 bulan) = 500 Bantuan Am Sek, Menengah Sek. Menengah (40 x10 bulan) = 400 (60 x10 bulan) = 600 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017; BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 24 25 Bermula tahun 2008, Bantuan Persekolahan telah dipinda nama kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB) BB diberikan dalam tempoh sepuluh bulan sahaja. Berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan masa kini, beberapa penambahbaikan ke atas Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 5 Tahun 2012 — Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) meliputi perubahan ke atas tatacara permohonan dan bayaran bantuan perlu dilakukan bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar adalah cekap dan berkesan. Di antara perubahan-perubahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut = 2.5.1. Pelaksanaan permohonan Bantuan KWAPM melalui sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) — Modul Bantuan KWAPM; 2.5.2. Penggunaan Data Murid Orang Asli (DMOA) melalui sistem Pangkalan Aplikasi Data Murid (APDM) bagi menggantikan sistem eDamak; 25.3 Pengurangan kadar Bantuan Am Persekolahan (BAP) sebanyak 50%; dan 2.5.4 Pemberhentian bayaran Bantuan Bulanan (BB) untuk penerima data eXASIH dan DMOA. SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL, 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG. AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 3. TAFSIRAN 34 3.2 3.3 3.4 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud kalangan ahli isi rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah tempat kediaman tersebut. Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman. Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk pendapatan ibu bapa/penjaga daripada sumber-sumber berikut a) — Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan, nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen; b) Sumbangan tetap daripada agensi Kerajaan atau pihak swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pungutan Zakat; c) Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja: dan d) Kiran purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian atau pendapatan daripada perniagaan. Per Kapita bermaksud jumlah pendapatan IR dibahagikan dengan bilangan IR yang hanya terdiri daripada keluarga asas sahaja termasuk ibu bapa/penjaga pemohon. Ini adalah 4 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL, 2 TAHUN 2017; BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) tidak termasuk anak yang telah bekerja, berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas kecuali anak kurang upaya atau masih menuntut di institusi pengajian tinggi 3.5 Data Sedia Ada (DSA) bermaksud permohonan KWAPM murid yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Bantuen Peringkat Sekolah (JBPS) serta diperakukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB). 4. | PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA 4.1 eKASIH a) Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1 Tahun 2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh KSN telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH_ sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan. 4.2 Data Murid Orang Asli (DMOA) a) Mesyuarat Majlis Penasihat_ ~— Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (MPKMOA) ke 12 Bil. 1/2014 bertarikh 29 Ogos 2014 memutuskan Penggunaan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi mengenalpasti murid-murid Orang Asli 5 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) yang akan menerima bantuan KWAPM. Data tersebut hendaklah dikemukakan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terlebih dahulu bagi tujuan pengesahan Status Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan status kemiskinan Ketua Isi Rumah Orang Asli 4.3. Data Sedia Ada (DSA) a) Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. Tahun 2011 bertarikh 18 Mac 2011 telah memutuskan bahawa pembayaran KWAPM bagi tahun 2011 perlu menggunakan DSA melalui permohonan sekolah bagi murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1. 5. ASAS KELAYAKAN MURID BAGI BANTUAN KWAPM. 5.1 az Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai. Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017; BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja. Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pendapatan IR untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa. Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa_bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan KWAPM. Bagi murid berkeperluan khas (OKU), mereka tidak layak dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebutan Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 5.9 Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA) 6. JENIS DAN KADAR BANTUAN 61 6.2 Mulai tahun 2017, kadar bantuan telah dikaji semula di mana Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 2 Tahun 2016 pada 8 Disember 2016 telah memutuskan bahawa kadar Bantuan Am Persekolahan (BAP) dikurangkan sebanyak 50% dan pembayaran Bantuan Bulanan (BB) diberhentikan kepada penerima data eKASIH dan DMOA. Kadar baru Bantuan KWAPM yang diputuskan bermula tahun 2017 adalah seperti berikut:- BANTUAN AM PERSEKOLAHAN DATA (BAP) RM eKASIH, DMOA dan | Sek Ren = 100 setahun Data Sedia Ada | Sek Men = 150 setahun (DSA) |" Nota: - BAP meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid Bantuan KWAPM hendaklah diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui akaun bank murid, tunai atau cek, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 7. TATACARA PERMOHONAN rol be: 7.3 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan berada pada status Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan bantuan KWAPM tanpa ___perlu mengemukakan permohonan. Data eKASIH akan dipadankan dengan data murid di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi mengenalpasti maklumat sekolah terkini murid Data murid Orang Asli (DMOA) akan dimuat-turun daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan dikemukakan kepada pihak JAKOA untuk pengesahan status Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan status kemiskinan KIR. Bagi permohonan DSA/Penan (Sarawak — sahaja), permohonan perlu dikemukakan oleh pihak sekolah secara atas talian menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) — Modul Bantuan KWAPM berdasarkan_kriteria kelayakan di Perkara 5. Permohonan dan perakuan pihak sekolah adalah perlu bagi melancarkan proses permohonan Bantuan KWAPM dan setiap peringkat memainkan peranan tertentu seperti berikut :- 7.3.1 Tanggungjawab Guru KWAPM/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) i) Mengenalpasti murid miskin yang pendapatan isi rumah berada di bawah PGK dan mengedarkan Borang Permohonan —Individu += KWAPM (Lampiran A) untuk diisi oleh ibu bapa! penjaga murid serta memastikan ibu bapa/ penjaga mengemukakan semula borang tersebut kepada pihak sekolah. Mengemaskini maklumat murid miskin di dalam APDM bagi penyediaan data permohonan Bantuan KWAPM secara atas talian selewat- lewatnya pada tarikh-tarikh tersebut - a. Pada atau sebelum 30 Oktober tahun semasa (bagi murid Tahun 1 hingga 5 tahun semasa.) b. Pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya (bagi murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan Pelarasan Tahun 2 hingga Tahun 6 yang baru mendaftar masuk sekolah.) ili) Maklumat yang penting untuk dikemaskini dan wajib diisi di dalam APDM adalah seperti berikut:- a. Nombor kad pengenalan murid b. Nama murid c. Darjah/Tingkatan murid d. Status warganegara murid 10 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL, 2 TAHUN 2017; BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) iv) vi e, Kaumy bangsa murid Nama ibu bapa/ penjaga Nombor kad pengenalan ibu bapa/ penjaga ze Jumlah pendapatan ibu bapa/ penjaga (medan jumlah pendapatan WAJIB diisi dengan nilai) Jumlah tanggungan ibu bapa/ penjaga (isi rumah) Senarai nama murid miskin yang pendapatan isi rumah berada di bawah PGK akan disenaraikan secara automatik di dalam APB — Modul Bantuan KWAPM, Berdasarkan —_Borang Permohonan Individu dan senarai yang dipaparkan di dalam APB — KWAPM, pihak sekolah bertanggungjawab membuat tapisan serta. saringan murid yang layak untuk dipertimbangkan menerima Bantuan KWAPM melalui. Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS). Senarai pendek permohonan hendaklah dipohon secara atas talian melalui APDM — pautan Pengurusan Bantuan (APB) berdasarkan takwim tahun semasa yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan. Pihak sekolah perlu memfailkan semua Borang Permohonan Individu, Minit» Mesyuarat a) SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017; BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 7.3.3 Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah dan dokumen kewangan bagi tujuan _rekod, pemantauan dan pengauditan yang akan dijalankan dari semasa ke semasa. ‘Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar i) Pengetua/Guru Besar perlu mengesahkan Borang Permohonan —Individu dan memperakukan permohonan yang _ telah dimohon di dalam sistem APB Tanggungjawab Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Memastikan semua sekolah di bawah pentadbirannya membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan; Membuat semakan dan mengesahkan data permohonan Bantuan KWAPM yang dikemukakan oleh pihak sekolah melalui sistem APB - Modul Bantuan KWAPM; ili) PPD memperakukan permohonan sekolah di bawah seliaan masing-masing; dan iv) Melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan pelaksanaan Bantuan KWAPM 2 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 8. 7.3.4 mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan. Tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) i) JPN memperakukan permohonan sekolah/PPD; dan ii) Melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan pelaksanaan Bantuan KWAPM mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan KES-KES KECEMASAN 8.1 Bantuan kes-kes kecemasan adalah hanya untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tertakluk kepada perkara berikut:- a) b) °) Bencana alam dan kebakaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan persekolahan; KIR yang meninggal dunia atau hilang upaya bekerja yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid; Murid yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan; dan SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 8.2 83 84 d) Had kelayakan pendapatan semasa_ keluarga hendaklah tidak melebihi PGK Nasional. Bantuan bagi kes kecemasan adalah RM100 bagi murid Sekolah Rendah dan RM150 bagi murid Sekolah Menengah. Tempoh sah laku bagi permohonan kes kecemasan adalah 3 bulan daripada tarikh berlakunya kes. Permohonan yang tidak dihantar dalam tempoh tersebut tidak akan diproses, dianggap tidak lagi cemas dan tidak memerlukan bantuan kewangan yang mendesak untuk murid meneruskan persekolahan Murid perlu memohon bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut: a) Borang Permohonan Individu KWAPM (Lampiran A) yang lengkap dengan maklumat pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga (bagi kes di perkara 8.1(b), sila nyatakan pekerjaan dan pendapatan KIR semasa hayatnya); b) — Borang Permohonan Kes Kecemasan (Lampiran C) yang disahkan oleh PPD/JPN; c) —_Laporan siasatan yang disediakan oleh sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN: d) — Laporan polis (jika berkaitan): I4 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 85 ) —_Laporan perubatan (jika berkaitan); f) — Sijil kematian (ka berkaitan); dan g) Gambar kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan). Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan yang lengkap _ beserta dokumen sokongan yang disahkan ke Bahagian Kewangan, KPM. 9, | JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH (JBPS) 9.41 Pihak sekolah hendaklah ~menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun Jawatankuasa ini hendaklah —dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan keahlian seperti berikut:- a) Penolong Kanan HEM (Pengerusi Ganti); b) Guru yang menguruskan KWAPM: c) Sekurang-kurangnya dua (2) orang wakil dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) (selain guru/kakitangan sekolah dan bukan ibu bapa pemohon); dan d) Ketua Kampung/ketua masyarakat_—_setempat (sekiranya perlu). 15 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 9.2 Fungsi dan tanggungjawab JBPS adalah seperti berikut!- a) b) c) d) e) Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan KWAPM; Menyediakan minit mesyuarat yang — lengkap mengandungi maklumat berikut bagi tujuan auditan dan pemantauan i) senarai nama murid yang membuat permohonan; ii) senarai nama murid yang diperakukan oleh JBPS; dan iil) senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan Menentukan bayaran BAP sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan; Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas; dan Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima DSA dan status Miskin/Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH dan DMOA 16 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPNI) 9.3 94 Pengetua/Guru Besar selaku Pengerusi JBPS adalah bertanggungjawab menentukan hanya murid yang benar- benar layak sahaja diperakukan dan diberi bantuan. Tindakan boleh dikenakan kepada Pengetua/Guru Besar sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling ini Sekiranya pihak Bahagian Kewangan, KPM mendapati terdapat sebarang unsur penipuan atau ketidakjujuran dalam proses permohonan, pemilhan murid DSA, pendaftaran ke dalam sistem eKASIH, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah). 10. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 10.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Bahagian Kewangan, KPM akan memaklumkan JPN mengenai peruntukan yang akan disalurkan ke akaun bank PPD/sekolah. JPN hendaklah memanjangkan makluman berkenaan kepada PPD/sekolah dengan _segera. PPD/sekolah_hendaklah menyemak dengan bank sama ada SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 10. 10. 10. 3 4 a peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat makluman. daripada Bahagian Kewangan, KPM. Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM. Sekolah yang mempunyai Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) hendaklah mengunci masuk maklumat transaksi KWAPM ke dalam sistem tersebut. Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM. Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah menandatangani Borang Akuan Penerimaan Bantuan KWAPM (Lampiran B) setelah menerima bantuan KWAPM (sama ada tunai atau masuk ke akaun) sebagai 18 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 10.7 bukti penerimaan. Borang ini perlu juga ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar dan seorang guru lain sebagai saksi (Guru Penolong Kanan/Guru KWAPM/Guru Kelas murid), Bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini, sekolah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank murid. Walau bagaimanapun, sekiranya_ pengagihan dilaksanakan secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilin kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut :- a) Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi oleh dua (2) orang guru; atau b) Pengeluaran wang —melebihi_~—- RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. Tiada sebarang potongan amaun yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017; BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MIISKIN (KWAPM) 11. LEBIHAN PERUNTUKAN 11.4 11.2 11.3 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia” sebelum 31 Oktober tahun semasa. Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut: a) Lebihan peruntukan bernilai kurang RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 2 orang pegawai ; manakala b) —Lebihan peruntukan bernilai RM10,000.00 dan ke atas kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3 orang pegawai (Akuan Kuasa 52). Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117). SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPN) 12, MURID BERPINDAH SEKOLAH 12.1 Bagi murid yang berpindah sekolah, prosedur berikut perlu dipatuhi:- Sekolah | Sekolah Baru Bil “Ada Tiada | Ada | Tiada Tecakan KWK KWK | KWK| KWK | | | |= Sekolah asal pindah 1 v - v - peruntukan ke akaun sekolah baru - Sekolah asal_—_pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baru. 2aivj-[-] ov = - PPD ~~ baru ——_uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. > Sekolah asal__maklumkan kepada PPD asal. 3. = vVfiwv - | - PPD asal pindah peruntukan | ke akaun sekolah baru - Sekolah _asal_makiumkan kepada PPD asal. | | - PPD asal__pindahkan la |e |v]. Vv peruntukan ke akaun PPD | baru - PPD baru akan uruskan | pembayaran kepada sekolah baru mura, Nota: i) surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan; dan ii) sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD/sekolah hendaklah mengembalikan peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia” sebelum 31 Oktober tahun semasa. ; SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL, 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 13. 15. KELULUSAN KHAS 13.1 ‘Sebarang isu berkaitan yang kurang jelas mengenai tatacara pemberian Bantuan KWAPM ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk pertimbangan dan keputusan muktamad. PENUTUP 14.1 14.2 14.3 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan Perbendaharaan (AP), Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah. Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan _berhubung pelaksanaan bantuan KWAPM, pihak sekolah bolehlah merujuk kepada PPD/JPN untuk maklumat lanjut. TARIKH KUAT KUASA 15.1 SPK Bil 2 Tahun 2017 ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ia dikeluarkan. SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL, 2 TAHUN 2017: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 16. PEMBATALAN 19.1 Dengan berkuat kuasanya SPK ini, maka SPK Bil. 5 Tahun 2012 Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) adalah dibatalkan. Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” SRI ALIAS BIN HAJI AHMAD ‘etua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Januari 2017 sk, 1, YB Menteri Pendidikan z= YB Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan 3. YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 4 Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha 5. Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 6. Penasihat Undang-Undang Edaran Luar 7. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri 8. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 23

You might also like