You are on page 1of 3

TATABAHASA: AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT TUNGGAL (AT)


1. Ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
2. AT terbahagi kepada dua iaitu, ayat tunggal susunan biasa dan ayat
tunggal susunan songsang.
3. AT biasa bermaksud unsur frasa subjek mendahului frasa predikat.

AYAT MAJMUK (AM)


1. AM gabungan ialah ayat yang terdiri daripada cantuman dua atau lebih
ayat tunggal.

Ayat majmuk gabungan


1. Beberapa ayat tunggal diabungkan menjadi satu dengan menggunakan
kata hubung seperti, dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
2. Contoh:
a. Saya dan Hamid mengulangkaji pelajaran di sekolah.
3. Apabila berlaku pencantuman, unsur yang sama dalam ayat disusurkan.
a. Contohnya:
Aimin belajar di Universiti Putra Malaysia
Aina belajar di Universiti Putra Malaysia
Jadi, Aimin dan Aina belajar di Universiti Putra Malaysia.

Ayat Majmuk pancangan relatif


1. Terbentuk melalui cantuman dua ayat dengan menggunakan kata relatif
iaitu yang.
2. Ramli dan Syarif yang ponteng sekolah semalam.

Ayat Majmuk Pancangan Komplimen


1. Terbentuk melalui percantuman dua ayat yang menggunakan penanda
komplemen iaitu bahawa, supaya, untuk, dan sebagainya.
2. Contohnya,
a. Ketua pemerintah memberi penerangan agar rakyat bersatu
padu supaya tidak berlaku rusuhan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.


1. Cantuman ayat induk dengan ayat kecil yang berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat.
2. Kata hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika,
seperti, bagi, setelah, bak, macam dan sebagainya.
a. Setiap remaja akan melakukan kesalahan moral apabila terpengaruh
dengan rakan-rakan yang negatif.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan


menjimatkan masa.
2. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha
sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat
bersaing dengan barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta
benda akan musnah.

JAWAPAN
1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan
lebuh raya menjimatkan masa.
2. Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk
memajukan lagi negara ini. Glongan tua hendaklah berusaha sedaya
upaya untuk memajukan lagi negara ini.
3. Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia
dapat bersaing dengan barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-
hara.Peperangan menyebabkan banyak harta benda akan musnah.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan
pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual
berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh
Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam
itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung
ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-
rakan.
Jawapan :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu
menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk
menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu
bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

You might also like