You are on page 1of 15

1

BAHAGIAN A ( 15 markah )
Jawab semua soalan.

1) Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat ?


A. Mempunyai komuniti tertentu
B. Mempunyai sempadan negara yang nyata
C. Mempunyai hubungan dengan negara luar
D. Mempunyai ketua negara yang dilantik rakyat

2) Seseorang warganegara Malaysia hilang taraf kewarganegaraannya


apabila
A. Belot semasa peperangan
B. Memohon kewarganegaraan negara lain
C. Memburuk-burukkan imej negara di luar negara
D. Dituduh menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong

3) Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang


disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ?

SENARAI PERSEKUTUAN SENARAI NEGERI


A Kajian, siasatan dan Kebajikan orang asli
penyelidikan
B Keselamatan sosial Perkhidmatan air
C Rekod purbakala Menangkah ikan di sungai
D Kebajikan masyarakat Tanah

4) Yang manakah kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong ?


I. Memberi pengampunan kepada pesalah di Wilayah Persekutuan
II. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa
III. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen
IV. Melantik Perdana Menteri

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan


IV

5) Yang manakah BENAR tentang doktrin pengasingan kuasa yang


dilaksanakan di Malaysia ?
A. Pengasingan kuasa Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Tempatan
B. Pengasingan kuasa Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Tempatan
C. Pengasingan kuasa ini dilaksanakan antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri
D. Pengasingan kuasa pentadbiran bagi menggubal, melaksana dan
mengadili undang-undang.
2

6) Yang manakah antara berikut diamalkan dalam sistem pemerintahan di


Malaysia ?
I. Demokrasi Berparlimen
II. Demokrasi Terpimpin
III. Raja Berperlembagaan
IV. Raja Mutlak
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

7) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja


apabila Baginda ingin melantik
A. Peguam Negara
B. Ketua Polis Negara
C. Akauntan Negara
D. Ketua Hakim Negara

8) Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah


A. Membahaskan masalah rakyat
B. Meluluskan dasar kerajaan
C. Membahaskan ideologi parti-parti politik
D. Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan

9) Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah


A. Diluluskan oleh Majlis Parlimen
B. Diwartakan sebagai warta kerajaan
C. Ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara
D. Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

10) Padanan yang BENAR


tentang klasifikasi perundangan adalah
I. Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
II. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di
Semenanjung
III. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
Sarawak

Ordinan Enakmen Akta


A III I II
B II III I
C I II III
D III II I
3

11) Yang manakah merujuk


kepada Doktrin Duluan Kehakiman ?
A. Hakim Mahkamah Persekutuan berhak membuat prinsip
kehakimannya sendiri
B. Hakim Mahkamah Tinggi mematuhi arahan Ketua Hakim Negara
dalam usaha membicarakan kes
C. Hakim mahkamah yang kanan lebih berkuasa daripada Hakim
mahkamah yang baru dilantik
D. Hakim mahkamah berhak membuat pilihan antara prinsip-prinsip
undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah
yang lebih tinggi

12) Yang manakah antara


sebab berikut menyebabkan seseorang tidak boleh mengundi ?
A. Bekas banduan
B. Bukan anggota parti politik
C. Bertugas semasa pilihan raya
D. Tidak mendaftar sebagai pemilih

13) Perdana Menteri


berperanan sebagai
A. Ketua Whip di Parlimen
B. Ketua Jemaah Menteri
C. Penasihan perundangan kepada Yang di-Pertuan Agong
D. Penasihat Majlis Keselamatan Negara

14) Kuasa Pihak Berkuasa


Tempatan adalah
A. Menutup premis perniagaan yang kotor
B. Mengeluarkan lesen syarikat perniagaan
C. Mengkompaun kesalahan bahasa di papan iklan
D. Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri

15) Yang manakah BENAR


tentang sumber kewangan Kerajaan Negeri ?
A. Duti hiburan
B. Lesen perniagaan
C. Lesen memandu kereta
D. Cukai keuntungan harta tanah
4

BAHAGIAN B ( 15 markah )
Jawab semua soalan

16) Jelaskan dua cara bagaimana seseorang warganegara boleh hilang


taraf kewarganegaraannya. ( 4
markah )
a) ___________________________________________________________________
_____________________________________________________
b) ___________________________________________________________________
_____________________________________________________

17) Nyatakan tiga jenis Majlis Penyelarasan yang ditubuhkan oleh


kerajaan.

( 3 markah )
a) ____________________________________________________________
b) ____________________________________________________________
c) ____________________________________________________________

18) Jelaskan tanggungjawab dan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan


Pelaksanaan (PEMANDU) ( 4
markah )
a) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________________________________
b) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________________________________

19) Terangkan dua bentuk agensi kerajaan. (4


markah)
a) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________________________________
5

b) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________________________________

BAHAGIAN C ( 50 markah )
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang
panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

20) Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada


pembangunan sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya.
Bincangkan.

21) Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia


ialah sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Industri tersebut
banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Dalam
masa yang sama, IKS juga menghadapi pelbagai cabaran untuk
ditangani. Bincangkan.

22) Isu pemanasan global bukan sahaja mengubah iklim, bahkan


menyebabkan pelbagai ketidakpasatian cuaca dan meningkatkan
risiko dalam hampir semua aspek kehidupan. Huraikan langkah-
langkah yang dijalankan bagi mengurangkan pemanasan global.

Kejayaan dikecapi setelah kegagalan diatasi


Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa
Selalu ada jalan bagi mereka yang sering berusaha
LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA
PILIHAN DI TANGAN ANDA !

SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 1


PENGAJIAN AM 6R 2014
6

BAHAGIAN A
1 C 4 C 7 D 10 D 13 B
2 A 5 D 8 A 11 D 14 A
3 B 6 B 9 B 12 D 15 B

BAHAGIAN B ( 15 markah )
Jawab semua soalan

16) Jelaskan dua cara bagaimana seseorang warganegara boleh hilang


taraf kewarganegaraannya. ( 4
markah )
a) PENOLAKAN
Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan
sempurna akal adalah warganegara bagi suatu negara lain atau
yang hendak menjadi seorang warganegara bagi suatu negara
lain boleh menolak warganegara Malaysia nya.

b) PELUCUTAN
Seseorang yang telah menjadi warganegara asing
Menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan
Warganegara telah membuktikan dia tidak setia kepada negara
sama ada melalui percakapan atau tindakannya yang boleh
mencemar keselamatan dan kedaulatan negara

17) Nyatakan tiga jenis Majlis Penyelarasan yang ditubuhkan oleh


kerajaan.
(3
markah )
a) Majlis Tindakan Negara
b) Majlis Keselamatan Negara
c) Majlis Ekonomi Negara

18) Jelaskan tanggungjawab dan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan


Pelaksanaan(PEMANDU) ( 4 markah )
a) Menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara
menyokong penyampaan dan memacu kemajuan Program
Transformasi Kerajaan (PTK), dan Porgram Transformasi Ekonomi
(PTE)
7

b) Menjadi pemangkin perubahan yang berani dalam penyampaian


sektor awam dan swasta
c) Menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian
d) Menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan
kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri.

19) Terangkan dua bentuk agensi kerajaan. (4


markah)
a) AGENSI PUSAT
Bertanggungjawab membantu menyelaras dan mengawal
perjalanan agensi mengurus, menggubal dasar dan
perancangan ekonomi negara
Membekalkan keperluan asas (input bagi semua anggaran
sama ada dalam keperluan kakitangan dan peruntukan
belanjawan)
Memastikan melalui penyelarasan dan pengawalan supaya dua
input tadi digunakan dengan secekapnya.

b) AGENSI MENGURUS / PELAKSANA


Bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara yang
menjadi tanggungjawab kerajaan dengan tujuan pembangunan
dan perkhidmatan serta kemudahan kepada orang ramai.

BAHAGIAN C ( 50 markah )
8

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang
panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

20) Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada


pembangunan sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya.
Bincangkan.

PENDAHULUAN
Globalisasi merupakan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti
merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi
yang boleh dirasai oleh seluruh manusia di dunia ini.

BI IDEA HURAIAN
L
A Faedah / Kesan Positif Globalisasi

Hubungan yang erat dengan negara-negara lain dapat


1 Hubungan menjamin keselamatan Malaysia dari ancaman luar
yang erat Kerjasama dalam pelbagai bidang dapat diwujudkan
antara negara seperti politik, ekonomi, dan sosial.
diwujudkan Pelbagai isu antarabangsa dapat ditangani bersama
seperti isu alam sekitar, hak asasi manusia,
pemerdagangan manusia dll lagi.

Sistem pendidikan negara akan terus berkembang


maju dengan adanya internet.
Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan
2 Sistem berkesan sama ada di dalam atau di luar negara.
pendidikan Rakyat Malaysia juga dapat mengakses pelbagai
negara terus maklumat berguna dalam pelbagai bidang untuk
berkembang kebaikan mereka seperti bidang perubatan, makanan
berkhasiat, dan pelbagai isu semasa
Rakyat Malaysia juga dapat berinteraksi dengan
penduduk di seluruh dunia dan bertukar-tukar
maklumat dalam pelbagai bidang.

Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal asing


ke Malaysia, menggalakkan persaingan dan perluasan
3 Ekonomi pasaran.
negara terus Kemasukan buruh mahir dan separa mahir ke Malaysia
berkembang akan mempercepatkan kemajuan negara.
Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga
meningkatkan pelaburan mereka ke seluruh dunia
seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Maybank
dan Petronas sebaris dengan syarikat gergasi luar
negara.

Teknologi memainkan peranan penting dalam era


9

globalisasi. Pemindahan teknologi akan membantu


mempercepat kemajuan Malaysia dalam pelbagai
4 Pemindahan bidang.
teknologi Teknologi baharu seperti teknologi pembuatan
berautomasi, teknologi nano, bioteknologi, elektronik,
satelit, dan teknologi maklumat akan mendominasikan
kehidupan manusia akan datang dalam era globalisasi.
B Kesan Negatif Globalisasi
Campur tangan atau bantuan kepada kepada
kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan
kerajaan sedia ada seperti Afghanistan, Libya, Iraq,
5 Campur Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka
tangan dalam menggunakan senjata nuklear atau bersikap kuku
masalah besi/diktator
negara lain Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh
negara-negara maju terhaap seteru mereka
Penggodaman sistem pertahanan untuk mengetahui
kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah
negara

Pengalaman seks bebas, bersekududukan,


pembuangan bayi, minuman keras, budaya rock, lepak
dan majlis-majlis sosial yang menonjolkan budaya
6 Peningkatan barat yang akhirnya melahirkan remaja yang rosak
gejala sosial akhlaknya.
Dalam sistem pendidikan akan berlaku peminggiran
penggunaan bahasa Melayu dan mengutamakan
penggunaan bahasa Inggeris.
Remaja mementingkan budaya hedonism dan hiburan-
hiburan yang menonjolkan budaya barat yang
bertentangan dengan budaya tempatan seperti seni
kata lucah, pakaian yang mencolok mata, dan
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Penguasaan atau monopoli syarikat-syarikat


multinasional yang menyebabkan syarikat-syarikat
7 Ancaman ke kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu
atas ekonomi bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan
Malaysia luar negara.
Produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa
bersaing dengan produk luar negara dan ini
memberikan ancaman kepada industri kecil dan
sederhana (IKS)
Serangan mata wang Malaysia dan manipulasi
pasaran saham menyebabkan nilai mata wang dan
saham Malaysia jatuh teruk. Hal ini akan menjejaskan
keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia
Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan
manusia seperti teknologi nuklear yang dibuat senjata
10

nuklear ataupun kebocoran tenaga nuklear


8 Penyalahguna Teknologi pembuatan senjata moden telah banyak
an teknologi memusnahkan kehidupan manusia berbanding
moden kebaikannya
Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju
melalui satelit untuk mendapatkan maklumat negara-
negara seteru mereka

KESIMPULAN
21) Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah
sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Industri tersebut banyak
menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Dalam masa yang
sama, IKS juga menghadapi pelbagai cabaran untuk ditangani.
Bincangkan.

PENDAHULUAN
Mendapat perhatian dalam negara semenjak RMK 1, selaras dengan hasrat
kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian. IKS terbahagi
kepada tiga iaitu industri berskala kecil (segala tugas dilakukan pemilik dan
dibantu oleh keluarga), industri sederhana (pekerja antara 50 199 orang)
dan industri berskala besar (pekerja 200 orang ke atas).

BI ISI / IDEA HURAIAN


L
A Kepentingan IKS

Membekalkan bahan separa siap yang diperlukan


1 Penggenap oleh industri berat seperti Proton
kepada industri Mengurangkan import komponen kereta nasional
besar dari luar negeri; jimatkan pertukaran wang asing;
kurangkan pergantungan kepada negara maju
Kos pengeluaran industri berat diminimumkan
Keuntungan terjamin
Industri berat berkembang
Menuju ke arah negara perindustrian

IKS menyediakan 44.2% peluang pekerjaan


2 Menyediakan daripada jumlah guna tenaga kerja dalam sektor
lebih banyak perkilangan
peluang Mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik
pekerjaan berbanding dengan struktur pendapatan dan upah
dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang
lain
Membasmi kemiskinan
11

Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu


purata 8.5% setahun sejak 1989 tidak tercapai
3 Mempercepatkan tanpa sumbangan dan sokongan IKS
kadar Pada 1994, IKS meliputi 84.1% daripada
pertumbuhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di
ekonomi negara Malaysi dan 48.9% daripada jumlah nilai keluaran
sektor perkilangan
Peranan dalam sumbangan ini dijangka menjadi
semakin penting untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara perindustrian.

Menggalakkan perkembangan perusahaan hasil


4 Mewujudkan kesenian
kepakaran Perkembangan industri ini akan menjadi daya
tradisional penarik kepada perkembangan sektor pelancongan.
Contohnya industri pertukangan atau ukiran kayu
dan kraftangan. Pusat latihan kemahiran
ditubuhkan untuk pekerja, pengusaha dan bakal
pengusaha. IKS memberikan pendedahan
pengetahuan tentang pengurusan, pengendalian
peralatan, kira-kira, pemasaran dan sebagainya.
Justeru itu dapat melahirkan golongan usahawan
baru.
Dapat mengasah kewibawaan mereka sebelum
menceburkan diri ke dalam industri yang bermodal
lebih besar.
Kerjasama IKS dengan industri besar akan
membolehkan pemindahan teknoogi melalui
5 Pemindahan latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta
teknologi peningkatan kualiti buatan IKS.
Sebagai pembekal komponen-komponen kecil,
mahu atau tidak mahu, industri besar terpaksa
melakukan teknik ini bagi menjamin komponen
yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia
mempengaruhi produk akhir.
Perusahaan ini kebanyakannya tidak mempunyai
modal yang tinggi.
6 Membantu Industri ini membantu mempelbagaikan produk di
mengurangkan pasaran dan mengelakkan pergantungan kepada
kadar inflasi sesuatu produk yang boleh mendorong kenaikan
inflasi sekiranya berlaku kekurangan
Kebanyakan operasi industri kecil, sejumlah besar
7 Meningkatkan sumber kewangan dan modal disumbangkan oleh
jumlah tabungan pemilik sendiri, saudara mara atau kawan di
12

dalam ekonomi samping rakan niaga.


negara Kajian menunjukkan bahawa lebih 70% sumber
kewangan dalam IKS disumbangkan oleh pemilik
atau pengusaha masing-masing
Ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar
tabungan penduduk dalam negara dan
mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi
B Cabaran yang dihadapi
Kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya
8 Kekurangan ekonomi bidangan kerana IKS beroperasi dalam skil
modal yang kecil
Sukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem
perbankan kerana kurang dipercayai keupayaannya di
samping taraf pendidikan tidak memuaskan
Bank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu
menanggung risiko jika hutang tidak terbayar.
Sukar untuk mempertahankan tenaga buruh mahhir
kerana mereka cenderung untuk bekerja dalam
9 Persaingan syarikat-syarikat yang besar yang menawarkan gaji
tenaga kerja yang besar, faedah dan suasana kerja yang selesa
Di samping itu juga, persaingan mendapatkan buruh
berlaku di antara sesama IKS
Barangan keluaran menghadapi persaingan dengan
barangan industri tempatan dan luar negari
10 Persaingan Anggapan bahawa sesetengah barangan IKS kurang
pasaran berutu
Persaingan dalam pengeluaran barangan yang semakin
meningkat disebabkan industri-industri yang lebih maju
dengan penggunaan teknologi terkini dapat
menghasilkan lebih banyak barangan dan menawarkan
harga yang lebih murah sedangkan IKS tidak mampu
berbuat demikian
Kurang pendedahan kepada teknologi dan kurang
11 Kekurangan pengetahuan tentang teknologi
penggunaan Hasil dan mutu pengeluaran rendah dan tidak dapat
teknologi memenuhi kehendak pasaran kerana teknologi tidak
cekap dan ketinggalan zaman serta penyelenggaraan
tidak sempurna
Rata-rata pengeluaran IKS sekarang lebih cenderung
untuk memenuhi keperluan tempatan, sangat kurang
terdedah dengan pasaran luar
Justeru itu, peluang mereka di peringkat antarabangsa
amat terbatas
Hubungan IKS dengan industri besar adalah tidak
menggalakkan kerana kurang kepercayaan firma-firma
12 Hubungan besar kepada IKS khususnya dalam aspek standard
13

intra - dan mutu produk yang rendah


industri
Kemasukan mendadak IKS terutamanya dari Singapura
Taiwan dan Korea Selatan telah menyempitkan peluang
!3 Kehadiran IKS usahawan tempatan khususnya bumiputera untuk
dari negara menjadi pembekal kepada industri besar atau industri
asing berat
Kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh
industri besar kerana lebih mepercayai firma asing
daripada firma tempatan
Syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk
membangunkan IKS tempatan beranggapan IKS
tempatan tidak mampu membekalkan barangan yang
mencapai tahap yang dikehendaki

KESIMPULAN
Perkembangan IKS amat penting dalam perkembangan ekonomi negara
selaras dengan dasar kerajaan ingin menjadikan Malaysia berstatus negara
maju menjelang 2020.
22) Isu pemanasan global bukan sahaja mengubah iklim, bahkan
menyebabkan pelbagai ketidakpasatian cuaca dan meningkatkan
risiko dalam hampir semua aspek kehidupan. Huraikan langkah-
langkah yang dijalankan bagi mengurangkan pemanasan global.

PENDAHULUAN
Pemanasan global merupakan cabaran utama dunia mengatasi
masalah sumber bahan api dan kemelut politik
Langkah-langkah segera perlu dijalankan bagi mengurangkan
pemanasan global.

BIL ISI / IDEA HURAIAN

Langkah-langkah yang dijalankan

1 Menggubal dasar Perubahan iklim seharusnya menjadi salah satu


lebih konkrit dan premis utama dalam merangka pelan induk
kemas berkaitan pembangunan, sama ada pelan berpenggal atau
perubahan iklim pelan regional.
Ketika ini, perubahan iklim tidak terserlah dalam
perancangan pembangunan Malaysia. Secara
spesifik, agenda mengenai perubahan iklim
hanya terserlah menerusi bajet 2008
14

2 Menganggap sebagai Setiap agensi seharusnya mempunyai strategi


isu nasional khusus menangani perubahan iklim,
membabitkan seluruh termasuklah sektor pertanian dan perdagangan
dimensi, sektor dan antarabangsa
agensi

3 Memberi inisiatif bagi Menerusi Mekanisme Pembangunan Bersih


membolehkan (CDM) mengenai perdagangan karbon, dan
Malaysia Pelaksanaan Bersama (JI), yang membenarkan
melaksanakan negara penderma untuk melabur dalam
Protokol Kyoto inisiatif atau projek mengurangkan pelepasan
karbon di negara membangun untuk
mendapatkan kredit.
Banyak projek berkaitan pengurusan sisa dan
penjanaan tenaga boleh dibiayai menerusi
kerangka ini yang ketika ini diselaraskan oleh
Pusat Tenaga Malaysia

4 Menggiatkan Inisiatif ini sebebarnya dimulakan menerusi


instrumen ekonomi Bajet 2008 yang menyasarkan pelaburan asing
untuk merangsang dalam projek pengurangan pelepasan gas
aktiviti dan projek rumah kaca menerusi persijilin Certified
pembangunan supaya Emission Reduction (CER) untuk diperdagangkn
lebih lestari dan dengan pembeli karbon dari negara maju.
mesra alam selaras Selain itu, banyak inisiatif lain boleh
dengan inisiatif diperkenalkan seperti cukai alam sekitar kepada
pengurangan gas pihak yang tidak melaksanakan pembangunan
rumah kaca lestari dan teknologi mesra alam

5 Memberi sokongan Perlu dijelaskan bahawa banyak inovasi dan


kepada inovasi teknologi pengurangan gas rumah kaca telah
membangunkan dihasilkan penyelidik tempatan
teknologi mesra alam Namun, inovasi itu tidak boleh dikembangkan
dan dikomersialkan kerana kekangan kewangan
syarikat tempatan, khususnya industri kecil dan
sederhana
Paling ketara ialah pembabitan universiti
tempatan yang menghasilkan pelbagai reka
cipta sehingga ke tahap loji pandu. Selain itu,
pakar teknikal Malaysia semakin menyerlah di
kalangan negara membangun khususnya dalam
bidang pengurusan sisa dan teknologi
pengawalan pelepasan gas karbon

KESIMPULAN
15

Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam menangani masalah


pemanasan global
Pengguna hendaklah mengurangkan penggunaan bahan kimia
aerosol dan pendingin hawa.

You might also like