You are on page 1of 1

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru-guru teknikal RBT dari aspek sikap,
pengetahuan pedagogi isi kandungan KSSR RBT, pengetahuan pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS) dan penguasaan kemahiran teknikal dalam mengimplementasikan kurikulum KSSR RBT
bagi murid pedalaman di daerah Kapit. Seramai 36 orang responden yang terdiri daripada guru-
guru RBT daripada sekolah pedalaman yang berbeza dan mempunyai pengalaman mengajar
yang berbeza terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara deskriptif
dengan menggunakan soal selidik. Perisian SPSS versi 21 digunakan untuk menganalisis data
yang dikumpul dan dibentangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang merangkumi taburan
frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kesediaan guru RBT dalam melaksanakan kurikulum KSSR RBT di sekolah pedalaman secara
keseluruhannya berada pada tahap tertinggi (M= masuk nilai min dalam ni ). Hasil kajian
mendapati semua aspek kesediaan berada pada tahap tinggi dengan min bagi setiap aspek seperti
berikut: sikap (M = masuk nilai min dalam ni), pengetahuan pedagogi isi kandungan KSSR RBT
(M= masuk nilai min dalam ni ), pengetahuan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) (M= masuk
nilai min dalam ni ) dan penguasaan kemahiran teknikal (M= masuk nilai min dalam ni). Ini
menunjukkan bahawa guru teknikal RBT bersedia sepenuhnya untuk mengajar murid-murid
pedalaman dengan menggunakan kurikulum KSSR RBT ini.

Kata Kunci; Kesediaan Guru, Sikap, Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan PBS, Kemahiran
Teknikal, Pelaksanaan RBT, Pedalaman.

You might also like