You are on page 1of 3

Friday, December 21, 2012

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN (PERKAITAN DENGAN


SUBJEK BM)

Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah


perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya
dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri
daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan mata


pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah
menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam
mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan
murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan
perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti
nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama),
ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang
dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru.
Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu Pak Mamat Ada
Kebun selepas mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu boleh dinikmati
sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam
sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni
dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Melayu, dapat mewjudkan sesi P&P yang
lebih menarik, seronok serta berkesan.
Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan
ciptaan Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna
juga turut digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna
sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di
sekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada
daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan
dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, guru bolehlah mengintegrasikan unsur
seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas. Sebagai contoh, selepas
guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah meminta
murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Di
sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang indah lagi
menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat mengintegrasikan
unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai
keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-murid.
SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan
ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan
dalam pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas.
Jika dikaitkan dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh
menjalankan aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan
menghayati lakonan serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan
anggota fizikal mereka. Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa
mengenai kata adjektif yang menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira
dan sebagainya, guru boleh meminta murid-murid melakonkan watak-watak
yang menggambarkan perasaan-perasaan tersebut. Mereka akan memikirkan
gaya yang sesuai untuk mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh
yang demikian, jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dapat mewujudkan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi
dalam kalangan murid.
Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya
kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan
elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang
sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam
satu aktiviti semasa sesi P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru
boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian
yang dibuat adalah mengikut kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat
membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai
dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa seronok dan gembira
serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau
teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada
guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan
pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi serta
berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam P&P.
Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like