You are on page 1of 5

MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH SELANGOR

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA JARING MINI

Undang-undang dan peraturan permainan bola jaring mini diubahsuai daripada


permainan bola jaring asal agar lebih mudah dan memberi keseronokan kepada
pemain yang berumur 10 tahun dan ke bawah.

1. KELENGKAPAN

1.1 Gelanggang
1.1.1 Panjang gelanggang 21.3 meter (70 kaki) dan lebar 12.20
meter ( 40 kaki).
1.1.2 Panjang kawasan gol 6.1 meter (20 kaki) dan panjang
kawasan tengah 9.1 meter (30 kaki)
1.1.3 Bulatan gol jejarinya 4.27 meter ( 14 kaki) di tanda dikedua-
dua kawasan gol
1.1.4 Bulatan tengah 0.46 meter (1.5 kaki ) jejari ditengah kawasan
gelanggang.
1.1.5 Lebar garisan disekeliling ialah 2 inci.
1.1.6 Kotak penggantian- panjang 1.2 meter (4 kaki) dan lebar
0.6 meter (2 kaki) di buat ditepi gelanggang sebagai zon
pertukaran pemain.

20 kaki 30 kaki 20 kaki

Kawasan Kawasan Kawasan


Gol Tengah Gol

40 kaki Bulatan 1.5 kaki 14 kaki


Gol

2 kaki
4 kaki

1.2 Tiang
1.2.1 Tinggi tiang 8 kaki
1.2.2 Tiang hendaklah dibalut bagi mengelakkan kecederaan kepada
pemain.

1.3 Bola
1.3.1 Bola jaring saiz 4
1.3.2 Diperbuat dari kulit, getah atau bahan yang serupa.

[1]
2. PERATURAN PERMAINAN.

2.1 Pasukan
Satu pasukan mengandungi 5 orang pemain dan 3 orang pemain
simpanan, seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih.
Pemain berumur 10 tahun ke bawah.

2.2 Tempoh masa permainan.


Masa bermain adalah 6:1:6. Masa bagi setiap separuh masa ialah 6
minit dengan 6 minit lagi pada separuh masa kedua. 1 minit adalah
rehat.

2. 3 Memulakan permainan
2.3.1 Semua pemain bebas berada di mana-mana kawasan kecuali
kawasan tengah sewaktu hendak memulakan permainan.
2.3.2 Permainan dimulakan apabila air horn dibunyikan.
2.3.3 Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi
memulakan permainan. Setelah bola diterima hantaran
seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol.
2.3.3 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir.
2.3.4 Tempoh masa setiap suku permainan ditamatkan apabila
air horn dibunyikan.

2.4 Bergerak Dengan Bola


2.4.1 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola.
2.4.2 Pemain hanya dibenarkan menggerakkan kaki untuk
mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakan
atau bulatan gol.
2.4.3 Pemain dibenarkan pivot (berpusing dengan 2 kaki ) untuk
menghantar bola.
2.4.4 Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan
menggantung salah satu kaki.

2.5 Penggantian
2.5.1 Penggantian boleh dilakukan pada bila-bila masa.
2.5.2 Hanya seorang pemain sahaja dibenarkan setiap kali
penggantian.
2.5.3 Penggantian hendaklah dilakukan di dalam kawasan petak
penggantian yang disediakan. Hantaran percuma akan
diberikan sekiranya gagal mematuhi peraturan.

2.6 Kawasan Permainan


2.6.1 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan
kecuali di dalam bulatan gol.
2.6.2 Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada
dalam bulatan gol.
2.6.3 Pemain tidak dibenarkan menghantar bola dari kawasan
gol ke kawasan gol. Hantaran percuma akan diberikan
kepada pihak lawan sekiranya gagal mematuhi peraturan.

[2]
2.7 Memegang Bola
2.7.1 Seorang pemain dibenarkan memegang bola selama 6 saat
sebelum membuat hantaran.
2.7.2 Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan
(short pass).
2.7.2 Hantaran percuma akan diberikan kepada kesalahan memegang
bola.

2.8 Menghalang
2.8.1 Seorang pemain boleh menghalang pemain lain yang
memegang bola pada jarak 4 kaki.
2.8.2 Hantaran percuma akan diberikan pada kesalahan halangan.

2.9 Sentuhan
2.9.1 Seorang pemain tidak dibenarkan melakukan sentuhan
yang keterlaluan.
2.9.2 Hantaran percuma akan diberikan pada kesalahan
sentuhan .

2.10 Menjaring
2.10.1 Semua pemain boleh menjaringkan gol.
2.10.2 Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan
berada dalam bulatan gol.
2.10.3 Jaringan tidak akan dikira sekiranya pasukan yang menjaring
mempunyai lebih pemain dalam bulatan gol. Hantaran
percuma diberikan kepada pihak lawan.
2.10.4 Sekiranya pasukan lawan mempunyai lebih dari 2 orang
pemain (menghadang) dalam bulatan gol , hantaran/
jaringan penalti diberikan kepada pihak penjaring di
tempat berlaku kesalahan dalam bulatan gol.
2.10.5 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol,

2.11 Pakaian
2.11.1 Semua pemain hendaklah memakai baju atau bib yang
bernombor.
2.11.2 Seluar tights tidak dibenarkan. Pakaian mestilah seragam.

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Liga Kumpulan


Pertandingan dijalankan secara liga kumpulan yang melibatkan 10
buah daerah.
3.2 Cara memberi mata :

Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

[3]
3.3 Format Pertandingan

Sistem liga - Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA


ditentukan daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi
jika berlaku seri pada jumlah mata maka keputusan
akan di tentukan melalui :
3.3.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira sebagai
pemenang. Jumlah jaringan tolak jumlah kena. (jaringan-kena).
3.3.2 Jika masih seri pasukan yang mendapat bilangan gol terbanyak
dikira sebagai pemenang.
3.3.3 Jika masih berlaku seri, undian akan dijalankan oleh pihak
penganjur bagi menentukan pemenang.

4. KELEWATAN DAN MENARIK DIRI

4.1 6 minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas


masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya
3 pemain , pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja.
4.2 Pasukan yang tiba lewat atau gagal untuk bermain pada masa yang
ditetapkan maka kemenangan percuma diberikan kepada pasukan
lawan dengan jaringan 5 0. Pasukan berkenaan dibenarkan
bertanding di dalam pertandingan yang seterusnya.
4.3 Bagi pasukan yang menarik diri atau dibatalkan, semua mata yang
diperolehi oleh pasukan itu dan pasukan lawannya akan digugurkan.

5. BANTAHAN

5.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan


berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat daripada 10 minit
selepas permainan tamat dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak
RM 150 (Ringgit Malaysia Satu Ratus lima Puluh Ringgit).
5.2 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan dibuat.
5.3 Semua bantahan akan dikaji oleh Jawatankusa Teknikal MSSS di mana
keputusannya adalah muktamad.

6. GANGGUAN SEMASA PERMAINAN

Sekiranya permainan terpaksa dihentikan berdasarkan kepada cuaca


maka yang berikut akan dilaksanakan:-
6.1 Sekiranya permainan dihentikan selepas separuh masa permainan
maka ia akan disambung tidak semestinya di padang yang sama
dengan gol jaringan terkini.
6.2 Sekiranya permainan dihentikan sebelum separuh masa permainan
maka ia akan dimulakan semula, tidak semestinya dalam padang yang
sama.
6.3 Jika perlawanan pusingan pertama tidak dapat dihabiskan oleh kerana
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Jawatankuasa Pengelola
berhak menukar sistem pertandingan.
[4]
7. PEMBERIAN HADIAH

7.1 Penyampaian hadiah diberikan kepada pasukan:


i - Johan
ii - Naib Johan
iii- Ketiga
iv- Keempat

7.2 Hadiah lain yang diberikan :


i - Pemain Terbaik Keseluruhan
ii - Penjaring Terbanyak

8. LAIN-LAIN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan
Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah
muktamad.

Disediakan oleh,

JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN


BOLA JARING MINI,
MSS SELANGOR 2012.

[5]

Liza PTP BJ (R) MSS

You might also like