You are on page 1of 88

BUDAYA DAN

PEMBELAJARAN
EDUP 3073

BUDAYA KAUM INDIA


Disediakan oleh:
CHAI MING KUANG
LIM YUIK SEAN
ONG SHIN LIN
TEH CHIN SHIU
Pensyarah: Pn. Hjh. Rusyati bt. Hanafiah YAU SHI YI
8 ASPEK

Adat
Bahasa Kepercayaan Pakaian
Perkahwinan

Struktur
Adat resam Makanan Kematian
sosial
1. BAHASA
Bahasa TAMIL

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman


dahulu.

Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton


merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam
perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.
Pinjaman dari Bahasa TAMIL termasuk:
Bahasa Tamil Bahasa Melayu
Akka Kakak
Kadai Kedai
Kappal Kapal
Katikam Ketika
Muthu Mutiara
Nagaram Negara
Purva Purba
Raja Raja
Suniyam Sunyi
Tali Tali
Udayam Udaya
Vakai Bagai
Bhumi Bumi
Surya Suria
Bahasa MALAYALAM

Bahasa malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama, beratus-


ratus kata kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa sanskrit.

Bahasa sanskrit telah dianggap sebagai satu bahasa untuk golongan


bangsawan dan cendekiawan

Pengaruh bahasa sanskrit yang lebih kuat telah dihadkan kepada


loghat namboothiri malayalam yang ditutur oleh penutur-penutur
yang merupakan kurang daripada 2% daripada jumlah penutur
bahasa malayalam.
Bahasa TELEGU
Telugu tergolong dalam keluarga bahasa dravidian

Bahasa rasmi di negeri andhra pradesh, india

Mempunyai nombor penutur yang terbesar di dunia, kedua terbesar bahasa yang
dituturi di india selepas hindi

Semua perkataan dalam telugu diakhiri dengan bunyi vokal, tetapi ia dipercayai
yang penjelajah portugis niccol da conti datang dengan formulasi itu pada abad
ke-15.

Diluar india bahasa telugu dituturkan oleh kaum india berketurunan telugu di
united kingdom, amerika syarikat, malaysia dan afrika selatan
Contoh Dialek
Bahasa Melayu
Apa khabar? Terima kasih
Baku
Nalamaga
Tamil Nandri
irukkinrirkala?

Malayalam Sugamthanne? Valare upagaram

Telegu Kshemama Dhanya vadhalu


2. STRUKTUR
SOSIAL
Sistem dan Struktur Sosial Masyarakat pada Masa
Kerajaan Hindu-Buddha
Sistem KASTA
Sistem kasta merupakan stratifikasi sosial yang mempunyai peranan
masing-masing.

4 kasta, iaitu
A. Brahmin (pendidik)
B. Ksatriya (pemerintah)
C. Vaisya (peniaga)
D. Sudra (pekerja)
Sistem KASTA

Kelas Brahmin merupakan kasta tertinggi. Mereka merupakan orang


yang ahli dalam keagamaan.

Kelas kedua ialah kelas Ksatriya, iaitu kaum bangsawan, para raja dan
keluarganya.

Kelas ketiga ialah kelas Vaisya yang terdiri daripada pedagang.

Kelas yang paling rendah ialah kelas Sudra, iaitu petani dan kaum
buruh.
3. KEPERCAYAAN
Percaya kepada banyak Tuhan (Politeisme).

Cth:
a) Tuhan Ibu
b) Tuhan Indra (Tuhan perwira)
c) Agni (Tuhan Api)
d) Varuna (Tuhan hujan)
Tuhan Ibu Tuhan Indra

Agni Varuna
TUHAN IBU
Bersifat ibu bapa kepada segala makhluk.

Dipercayai dan diwarisi daripada kebudayaan masyarakat lampau spt


Mesopotamia, Syria dan Palestin.

Dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu adalah paling suci dan tidak akan
mengecewakan anaknya.

Konsep bapa dikenalpasti melalui mohor yang dinamakan mohor proto


Shiva. Mohor ini menunjukkan seorang yang duduk bersila dan mempunyai
3 tanduk pada kepalanya.
TUHAN IBU
3 tanduk menandakan 3 fungsi tuhan iaitu penciptaan, pemeliharaan dan
pemusnahan.

3 tanduk juga melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.

Menjalankan upacara pengorbanan binatang tetapi tidak termasuk lembu


kerana dianggap suci dan disembah terutamanya lembu jantan.

Kepercayaan animism (pemujaan terhadap batu bata, pokok, sungai , roh)


diamalkan.
Agama HINDU
Dianggap agama tertua di India (kira-kira 3000 tahun dahulu) yang
muncul pada zaman Veda.
Dikatakan berasal daripada Sindhu tempat permulaan tamadun Indus
iaitu di Lembah Sungai Indus.
Ia muncul hasil dari percampuran orang di Lembah Indus dengan
orang-orang Aryan yang datang dari Asia Tenggara.
Agama ini tidak mempunyai pengasas dan kitab suci tetapi
sesetengah penganut agama Hindu menggangap Bhagavadgita
sebagai kitab suci mereka.
Agama HINDU
Memberi peraturan dan undang-undang tertentu sebagai petunjuk kepada
tingkah laku penganutnya.
Matlamat utama penganutnya ialah untuk mencapai Nirvana atau Moksha
yang membolehkan mereka bersatu dengan tuhan dan kelahiran semula.
Sistem kasta atau varna adalah unsur yang dipentingkan dalam agama ini.
Agama BUDDHA
Pengasas: Siddhartha Gautama.

Ia sebenarnya dilahirkan dalam kelas ksyatriya dan dibesarkan sebagai seorang


Hindu tetapi apabila beliau melihat kematian, penyakit dan kehidupan seorang
pendeta, timbul satu kesedaran dalam diri beliau iaitu kebahagiaan boleh dicapai
hanya melalui pertapaan dan agama. Beliau dikatakan memperolehi kebenaran
selepas bertapa selama 45 hari di bawah pokok bodi di Beneres. Selepas itu,
beliau diberi gelaran Buddha (Pemberi Cahaya).

Agama ini menekan kepada konsep kelahiran semula (reincarnation) dan nirvana
iaitu peringkat paling bahagia.
4. ADAT RESAM
Pantang Larang Ketika Tetamu Berkunjung Ke
Rumah

Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang


pertama kali datang menziarahimelakukan kerja
seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai
akan membawa sial.Ini kerana tetamu sepatutnya
dilayan oleh tuan rumah.
Pantang Larang Kematian

Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi


terbalik.
Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.
Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan
jam sebagai tandapenghormatan.
Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian
terakhir. (Vaaikkarisi)
Pantang Lain
Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk.
- Bising, menganggu
Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi
bersama hantu.
-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.
Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan
sentiasa bergaduh.
- nanti tercucuk ke mata atau tangan.
Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir
- takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia
terkejut
Pantang Larang Ketika KELAHIRAN
Semasa Mengandung..
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita
hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang
dikenali sebagai Suulkaappu
Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal).
Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air
seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru
yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu.
Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana
pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan
gelang tangan dipakaikan.
Menyapu
kunyit pada
tangan dan pipi

Ibu mengelilingkan
Suami menyuapkan beras di atas
manisan kepala sebanyak
ke dalam mulut tiga kali
isteri
Semasa Bersalin..

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan


dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut
almanak Hindu

Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi
sehingga dewasa
Membisikkan Nama Tuhan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sejenis mantera Tuhan akan dibisikkan


di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong

Tetapi sekarang mantera Tuhan akandibisik sebaik sahaja melihat bayi

Ia adalah untuk membolehkan bayi mendengar nama Tuhan sebelum


mendengar apa-apa yang lain.

Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi.


Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan akan disapumadu bercampur minyak sapi


pada lidahnya.

Madu dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan


bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan
disapu kemulut bayi untuk bertindak menjadi pelawas dalam sistem
penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.
Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan


tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit
tembaga,serbuk kunyit, garam dan pinang.

Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari


dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir
Memberi Nama

Apabila bayi berusia enam belas hari,upacara pemberian nama diadakan

Ia dilakukan dengan memasukkan bayi kedalam buaian dan dikendalikan


oleh ahli keluarga

Namanya akan disebut sebanyak tiga kali pada telinga bayi tersebut dan
diumumkan pada orang ramai.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan


mengikut tarikh kelahiran bayi
Lain.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari
ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil.
Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli
keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga
kebersihannya.
Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam
masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu
bermaksud penggoyangan lidah.
5. PAKAIAN
SARI
SARI
Pakaian untuk kaum perempuan.
Pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan.
Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga
dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas
meter mengikut saiz pemakai.
Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, pemakai perlu memakai anak baju yang ketat
dan singkat. Kain sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya
yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga
hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
SARI
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna
gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu.
Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim
perayaan.
Pemilihan corak mengikut pemakai. Ada yang lebih suka bercorak
tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan.
Untuk menjadikan pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini
akan menyerlahkan lagi kecantikan pemakainnya.
SALWAR KAMEEZ / BAJU PUNJABI
SALWAR KAMEEZ / BAJU PUNJABI
Popular dalam kalangan wanita di utara India.

Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang


yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika


memakai salwar kameez.

Perbezaannya dengan sari ialah Punjabi terdiri daripada baju blaus yang
panjang dan dalam pemakaiannya seringkali disertakan dengan kain
panjang yang dikenakan ditangannya.
DHOTI
DHOTI
Pakaian untuk kaum lelaki.
Diperbuat daripada lembaran kain yang bewarna putih dan panjang.
Berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di
sekitar pinggang dan kaki.
Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan
kemudian disangkukan pada bahu.
Kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.
Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat pada hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
KURTA
KURTA

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.

Kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat


daripada kain kapas atau linen.

Pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar, seluar longgar


atau seluar churidar.

Boleh dipakai bersama dhoti.


6. MAKANAN
7. ADAT
PERKAHWINAN
Merisik

Faktor siambil kira: etnik, sub-etnik, kasta dan agama, status ekonomi,
status sosial bakal pengantin yang merangkumi umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras, latar
belakang keluarga dan tahap kesihatan.

Maklumat didapat langsung dari pihak terlibat atau tidak langsung


dari kawan-kawan dan saudara-mara bakal pengantin.

Orang tengah bernama tirimana teraga


Kunjungan ke Rumah Pengantin

Adat ini dikenali sebagai pen paarttal (melihat bakal isteri)

Selepas merisik

Lelaki ke rumah perempuan untuk lihat perempuan tersebut.

Akan menjalankan sesi perbincangan tentang perkahwinan

Jika bapa pengantin perempuan telah meninggal, perbincangan


dijalankan dengan wakil keluarga pengantin perempuan lain.
Kunjungan ke Rumah Pengantin
Kunjungan pihak lelaki selalu dalam bilangan angka ganjil.
Kunjungan disertakan buah tangan seperti kelapa, buah pinang,
cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum.
Buah tangan perlu diterima jika pihak pengantin perempuan
menerima tujuan baik mereka.
Jika tidak, pihak lelaki wajib bawa balik dan akan dilayan seperti
tetamu biasa.
Pengantin perempuan akan memakai sari dan menghidang air kepada
rombongan pengantin lelaki termasuklah pengantin lelaki itu sendiri
serta memberikan layanan yang terbaik kepada mereka.
Kunjungan ke Rumah Pengantin

Selepas ini, wakil pengantin perempuan seharusnya membalas


kunjungan ini dengan berbuat sedemikian akan tetapi tanpa
kehadiran pengantin perempuan itu sendiri.

Bakal pengantin lelaki melafazkan janjinya untuk disatukan dengan


bakal pengantin perempuan

Perkahwinan akan diumumkan kepada kedua pihak keluarga dan


sebagai tanda ikatan, sirih pinang akan bertukar tangan diantara
kedua-dua pihak.
Kunjungan ke Rumah Pengantin
Upacara penukaran sirih pinang ini dikenali sebagai taambuulan
marrutal.
Setelah upacara penukaran sirih selesai tarikh sebenar perkahwinan
akan diumumkan juga tidak ketinggalan perbelanjaan perkahwinan ini
juga akan diselesaikan diantara kedua-dua pihak termasuklah kos
catering, kad jemputan kahwin dan juga persiapan-persiapan yang
lain.
Apabila kesemua langkah-langkah ini telah selesai upacara niecayam
akan dilakukan dengan bertukar-tukar kalung bunga diantara kedua-
dua pihak sebagai tanda persetujuan.
Kaji kecocokan pengantin
Dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal .

Kajian ini dijalankan terlebih dahulu kerana dalam ajaran agama Hindu
tidak percaya kepada konsep penceraian.

Terdapat 21 aspek yang perlu disertakan untuk menentukan kesesuaian


diantara kedua-dua bakal pengantin tersebut melalui cara tilikan diantara
yang masih diamalkan oleh kaum Hindu adalah Tina poruttam atau
Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka
porrutam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam,
Vaiya poruttam, Racau porrutam dan Veetai porrutam.
Parisam (majlis pertunangan)

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam.

Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal


daripada hari perkahwinan.

Udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari


yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.
Parisam (majlis pertunangan)

Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah


dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran


dalam jumlah ganjil.

Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami


sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
Parisam (majlis pertunangan)
Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal
pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India.

Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam
dimainkan.

Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana


kumbum yang diletakkan di ruang tamu.

Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan


bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan Tuhan.
Parisam (majlis pertunangan)
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.

Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi


sari dan diberi kepada anaknya.

Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan
kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan.

Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana
kumbumdengan lebih dekat lagi.

Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin
keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu.
Parisam (majlis pertunangan)
Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga
pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan
tunggal.

Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat
janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering
dilakukan oleh masyarakat India.

Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut
untuk mengelakkan pembaziran.
Sebelum Upacara Perkahwinan
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat
beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih
dahulu, antaranya :
Kad Jemputan

Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.

Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat


dijalankan dengan lancar.

Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair
sebagai lambang keharmonian.
Kad Jemputan
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil
untuk dibawa bersembahyang (arccanai).

Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan
sebagainya sebagai lambang kekayaan.

Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke
rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah
sebaliknya.

Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan
perkahwinan secara rasmi.
Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam)
Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang
dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin.

Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.

Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh


masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan
sebagainya.

Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India.


Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam)
Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari
perkahwinan.

Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa
dan bayaran untuk pembuat thaali.

Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai
untuk membuat thaali.

Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di


tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.
Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam)
Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang
dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan


sebagaithaalippadaiyal.

Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah
dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.

Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini


kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih
selamat dan tidak dicuri orang.
Mukuurtta Kaal
Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

Diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat india.

Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan
lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut
berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20
hingga 30 sentimeter.
Mukuurtta Kaal

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan


perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan


sebagainya disediakan.

Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya


perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan.

Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya.


Mukuurtta Kaal

Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan


kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal
hingga hujung.

Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga


menggunakan kain bewarna merah.

Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi


akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang
kekayaan.
Mukuurtta Kaal
Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin
beserta lima orang perempuan tersebut.

Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu
minyak dinyalakan.

Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar
sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar.

Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah


pengantin lelaki.
Upacara Perkahwinan

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui


perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat.

Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat


Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang
mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.
Upacara Perkahwinan

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)


dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai
tanda rasmi undangan perkahwinan.

Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan


disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga
hari sebelum hari perkahwinan.
Upacara Perkahwinan
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin
hidup bahagia hingga hari tua.

Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cincin.

Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang
disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada
pengantin perempuan hingga aras dada.

Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar
dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Upacara Perkahwinan
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya,
menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari
(ibu mertua) dan wang.

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak


tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.

Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Upacara Perkahwinan

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara


perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup,
antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan,
pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan
perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.
Selepas Majlis Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas
berlangsungnya sesuatu perkahwinan.

Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah


pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri.

Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin


perempuan selama tiga hari.

Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Selepas Majlis Perkahwinan

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan


dirobohkan.

Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda


menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.

Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya
jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang
merobohkan khemah perkahwinan.
Selepas Majlis Perkahwinan
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara
perkahwinan dijalankan.

Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan


kepada para tetamu.

Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran


dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.

Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.
8. KEMATIAN
Semasa Kematian

Mayat akan diletakkan di ruang tamu.

Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak


atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.

Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan


berhampiran si mati.

Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum


disembahyang.
Semasa Kematian
Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.

Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi.

Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang
tamu atau halaman rumah.

Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi
mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
Upacara menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa


berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.

Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh


seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.
Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke


dalam keranda.

Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau.

Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan


sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan
vaaikkarisi.
Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api.
Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga
di bahagian hujung dan diikat pada periuk.
Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.
Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu
untuk ibu.
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga
kali menurut arah jam.
Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan
menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali.
Pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk
melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Selepas Kematian

Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut


akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat
dan berkabung.
TAMAT

You might also like