You are on page 1of 12

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/303067468

PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE


BRAIN TEACHING BAGI MENARIK DAN
MENGEKALKAN PERHATIAN PELAJAR...

Conference Paper October 2014

CITATIONS READS

0 80

1 author:

Mei-Teng Ling
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mei-Teng Ling on 14 May 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN TEACHING BAGI MENARIK DAN
MENGEKALKAN PERHATIAN PELAJAR
DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN TIGA

Mei-Teng Ling1

lingmeiteng@gmail.com

Kajian tindakan yang guru jalankan ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan
mengekalkan perhatian pelajar serta melibatkan pelajar secara aktif dalam PdP. Seramai
43 orang pelajar yang telah terlibat dalam kajian ini. Whole Brain Teaching telah
menggunakan enam elemen yang penting untuk mengurus bilik darjah, antaranya ialah 5
peraturan dalam kelas, scoreboard, Teach-Okay, hands-eyes, Class-Yes dan Switch.
Pemerhatian pelajar dalam bilik darjah menunjukkan bahawa perhatian pelajar dapat
ditarik dengan cepat dan berkesan. Seterusnya, perhatian mereka dapat dikekalkan
dengan lama. Melalui pemerhatian juga, tiada pelajar yang termenung dan mengantuk
sepanjang PdP dijalankan kerana mereka terlibat secara aktif dalam pelajaran. Ini
merupakan satu kaedah yang berkesan untuk mengurus bilik darjah yang mempunyai
bilangan pelajar yang ramai. Walau bagaimanapun, oleh kerana pendedahan kaedah ini
masih dalam peringkat awal, pelaksanaannya masih boleh ditingkatkan lagi seperti
penggunaan carta tahap suara untuk mengawal suara pelajar dalam bilik darjah.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang membosankan selalunya menyebabkan pelajar kurang
berminat untuk terus belajar subjek tersebut. Guru telah diberi mandat untuk mengajar 3 kelas
tingkatan tiga iaitu kelas 3 Wawasan, 3 Bestari dan 3 Dedikasi pada tahun 2012. Ketiga-tiga kelas ini
mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Guru menghadapi masalah yang paling besar apabila mengajar
kelas 3 Bestari yang terdiri daripada ramai pelajar dan bising sepanjang masa. Penglibatan pelajar
dalam aktiviti juga kurang kerana pelajar sibuk membuat kerja sendiri, berbisik, mengganggu rakan,
mengantuk dan termenung. Perhatian pelajar sukar dikekalkan selepas 10 minit walaupun set induksi
yang menarik telah diperkenalkan pada awal PdP.
Walaupun pelajar dalam kelas ini tidak menghadapi masalah 3M, tetapi mereka masih
menganggap Sains merupakan satu subjek yang amat susah bagi mereka. Guru telah menggunakan
banyak cara untuk menarik perhatian mereka, tetapi selalunya berakhir dengan perasaan kecewa.
Terdapat cara seperti penggunaan multimedia yang berjaya menarik perhatian mereka pada peringkat
awal tetapi hanya bertahan selama 15 minit, selepas itu kelas kembali bising dan tidak terurus.
Ramai guru yang turut mengadu yang pelajar dalam kelas tersebut sukar untuk dibentuk semula
kerana pelajar tidak mempunyai kesedaran untuk mengubah diri. Guru tidak ingin melihat pelajar-
pelajar dalam kelas ini membuang masa tanpa mendapat apa-apa dalam kelas. Guru telah cuba
memberi motivasi kepada pelajar-pelajar kelas ini tetapi ada antara mereka yang telah menunjuk

1
perasaan mereka bahawa mereka tidak suka ditegur. Guru telah berfikir lama untuk membantu
mereka, dan akhirnya selepas guru menghadiri satu kursus, guru mendapati Kaedah Whole Brain
Teaching mungkin boleh membantu mereka dan membantu guru untuk menarik dan mengekalkan
perhatian mereka dalam kelas. Selain daripada itu, pelajar turut melibatkan diri dengan aktif dalam
PdP. Dengan cara ini, pelajar lebih seronok belajar dalam kelas dan ini secara langsung boleh
membantu mereka mengingati fakta yang telah dibelajar.
FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, satu modul telah dibangunkan. Modul tersebut akan membincangkan tentang Teori
Whole Brain Teaching dan langkah pelaksanaannya. Dalam modul ini juga, satu topik Sains Tingkatan
Tiga iaitu respirasi telah dipilih untuk menjadi satu topik yang ditekankan bagi menguji keberkesanan
kaedah ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar dengan pembelajaran aktif melalui Kaedah Whole Brain
Teaching dalam subjek Sains bagi pelajar tingkatan 3 Bestari. Objektif khusus adalah menarik
perhatian pelajar dalam PdP, mengekalkan perhatian pelajar dalam PDP, dan membolehkan pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam PdP.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 43 orang pelajar Tingkatan 3 Bestari. Pelajar dalam kelas ini berpencapaian
sederhana.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian. Guru memerhati
tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa di dalam kelas semasa guru mengajar. Guru mengenalpasti
sama ada mereka memberikan perhatian dalam kelas ataupun tidur dalam kelas. Satu senarai semak
(Lampiran 1) akan disediakan untuk mencatat semua pemerhatian sebelum kajian dijalankan.
Pemerhatian turut dibuat semasa aktiviti dalam kelas dijalankan dalam kelas.
Analisis Tinjauan Masalah
Guru telah membuat pemerhatian selama satu bulan ke atas tingkah laku pelajar 3 Bestari semasa
proses PdP berlangsung sebelum kajian. Berikut merupakan tempat duduk pelajar 3 Bestari dalam
kelas. Nama yang digunakan di sini merupakan nama samaran.
Rajah 5.1 Pelan Lantai 3 Bestari

Brandon Kenny Ridzuan


Manuel Rayner Aadam Soo Christer Wilson Rosman Waltruda
Malvin Cliffor Affin Meyer Cayren Ruthlena
Thien Syahriel
d
Slyvester Mulky Nazry Ainie Oswella Herina Chong Lydia
Lukmanan Hizwan Jessel Alziera Marcella Eva Syelah Hidayah
Wylesa Alycia Emelda Roslyn Brenda Jennyfer Johan Nur Alis

Meja guru Papan tulis

2
Pemerhatian telah dilakukan oleh guru dan guru telah berbincang dengan beberapa orang guru subjek
yang lain tentang tingkah laku pelajar dalam kelas semasa PdP.
Jadual 1: Pemerhatian yang telah dicatatkan oleh guru sebagai rujukan awal dalam kajian ini.
Wylesa : Termenung, marah apabila rakan dalam kelas membuat bising.
Alysia, Emelda, : Pendiam, seolah-olah mendengar penjelasan guru tetapi tidak boleh
menjawab soalan apabila guru bersoal semula.
Luksmanan : Pelajar yang tidak berkeyakinan diri, selalu diusik kawan kerana
dipindahkan dari kelas 3 Dedikasi (kelas berpencapaian rendah). Lemah
dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti kerana tiada rakan yang ingin
sama kumpulan dengannya.
Hizwan : Berbisik dengan rakan dan suka meminjam alat tulis dari rakan
menyebabkan keadaan kelas kelam kabut.
Jessel : Memberi perhatian, tetapi suka melontarkan soalan yang agak mengganggu
kelancaran PDP.
Sylverster : Pendiam, dan sering diusik oleh rakan sebelah. Suka melihat ke luar
tingkap dan termenung.
Mulky, Nazry, : Suka bercakap dengan kuat, mencabar kesabaran guru.
Malvin
Ridzuan : Menyendiri, tidak suka diusik, termenung, dan mengantuk semasa
mendengar penerangan.
Thien, : Termenung dan kadang-kadang tidur semasa PdP.
Kenny, Brandon, : Termenung dan melihat ke luar tingkap berulang-ulang kali.
Aadam
Manuel, Rayner, : Berbisik-bisik dan kadang-kadang ketawa dengan kuat. Dengar rakan
Syahriel mereka memberitahu guru yang mereka selalu berbincang tentang
permainan internet.
Roslyn, Brenda, : berbisik-bisik dalam kelas semasa guru mengajar, bercerita berpanjangan
Jennyfer apabila ada topik yang menarik minat mereka.
Alziera : Pendiam dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti.
Marcella, Soo : Aktif menjawab soalan guru tetapi selalu menjawab soalan sebelum guru
habis menyoal. Mengganggu kelancaran PDP.
Eva, Cayren, : Termenung dan suka menyimpan buku di dalam laci semasa penerangan
Ruthlena guru. Kadang-kadang berbisik dengan rakan sebelahnya dan bercerita
berpanjangan.
Ainie, Oswella, : Pendiam dalam kelas tetapi termenung dan tidak suka terlibat dalam aktiviti
Herina PDP.
Clifford, Affin, : Termenung dan kurang memberi perhatian. Selalu mengantuk.
Meyer
Christer, Wilson : Memberi perhatian dan kadang-kala berbisik-bisik.
Rosman, Waltruda, : Melihat keluar tingkap berulang-ulang kali, termenung dan tidak berminat
Nur Alis, Hidayah dalam Sains.
Chong, Lydia, : Memberi perhatian semasa guru mengajar dan kadang-kala tidur sekiranya
Syelah topik tidak diminati.
Johan : Tidur dalam kelas dan kurang beri perhatian.

Merancang Tindakan
Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, guru telah cuba banyak cara untuk
menarik dan mengekalkan perhatian pelajar dalam kelas, tetapi semuanya kurang berkesan. Selepas
menyertai kursus, guru telah diperkenalkan dengan satu kaedah yang boleh menarik perhatian pelajar
dan membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam PdP. Kaedah tersebut ialah Kaedah

3
Whole Brain Teaching ataupun lebih dikenali sebagai Power Teaching yang diperkenalkan oleh Chris
Briffle pada tahun 2007. Dalam membuat perancangan untuk kajian ini, beberapa perkara perlu
dilakukan, iaitu mendefinisikan konteks Whole Brain Teaching, mendefinisikan objektif kajian,
mendefinisikan bidang kurikulum, memilih pelajar sasaran, menentukan teknik pelaksanaan Whole
Brain Teaching, memilih bahan dalam modul.
a. Mendefinisikan objektif
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kaedah ini, iaitu:
1. Menarik perhatian pelajar dalam PDP.
2. Mengekalkan perhatian pelajar dalam PDP.
3. Membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti PDP.
b. Mendefinisikan bidang kurikulum
Selepas menentukan objektif yang ingin dicapai, guru telah mendefinisikan bidang kurikulum yang
ingin didalami. Dalam kajian ini, subjek Sains telah dipilih dan topik yang ditekankan adalah Bab 1
respirasi.
c. Mendefinisikan konteks Whole Brain Teaching
Sebelum melaksanakan program ini, beberapa konteks perlu dikenalpasti dan didefinisikan. Whole
Brain Teaching merupakan satu pendekatan pengajaran yang diperolehi daripada penerangan
neurolinguistik tentang fungsi hemisfera kiri dan kanan otak manusia. Dapatan kajian neurolinguistik
tentang fungsi bahasa otak menunjukkan dalam otak, fungsi satu hemisfera tersedia untuk satu
hemisfera yang lain, untuk menghasilkan penggunaan bahasa yang lebih seimbang. Oleh itu, Whole
Brain Teaching menekankan pembelajaran secara aktif iaitu pelajar mampu membuat perhubungan di
antara dua hemisfera otak.
Selain itu, aspek Whole Brain Teaching yang dititikberatkan adalah mengurus iklim emosi
untuk mengurangkan downshifting atau fikiran yang negatif semasa menghadapi halangan. Untuk
melegakan pelajar, guru boleh menawarkan ramalan halangan (seperti, "Kemajuan mungkin sekali-
sekala") dan progres (seperti, "Lambat-laun, ini akan menjadi lebih mudah") yang jelas dan realistik.
Tambahan lagi. Guru boleh cuba mempertingkatkan pengalaman belajar dengan musik atau warna
yang menenangkan.
Dalam Whole Brain Teaching, imej dilihat sebagai asas untuk kefahaman. Atas sebab ini,
pelajar digalakkan untuk menggambarkan, melukis, dan menggunakan drama untuk membangunkan
idea baru, dan mengekalkan idea tersebut. Misalnya, seorang guru membaca dengan membentangkan
perkataan perbendaharaan kata baru dengan membina cerita atau gurauan. Guru itu mungkin bermain
muzik sambil membaca definisi, meninggalkan masa untuk pendengar untuk menarik imej perkataan.
Guru seterusnya mungkin menggunakan meditasi berpandu untuk membina keadaan rehat yang
mengandungi kenangan kejayaan sebelum pendengar mendengar definisi sekali lagi.
Dalam kajian ini, guru akan menggunakan aksi atau bahasa isyarat bagi membolehkan pelajar
mengekalkan idea mereka terhadap topik Sains yang ingin diajar. Menurut Briffle (2008), iaitu orang

4
yang memperkenalkan kaedah ini telah menggunakan satu teknik untuk menjayakan lagi kaedah
Whole Brain Teaching. Teknik tersebut dinamakan Power Teaching. Rajah 5.2 menunjukkan otak
manusia dalam Power Teaching.
Rajah 2: Otak Manusia Dalam Power Teaching.

Sumber: Briffle, C (2008)


Terdapat enam elemen yang penting dalam Power Teaching. Jadual 5.2 menunjukkan fungsi
elemen kepada otak manusia.

Jadual 2: Enam elemen dalam Power Teaching dan hubungannya dengan Otak.
Elemen Bahagian Otak Fungsi
Pusat pemberi sebab otak. Kawasan ini seperti suis lampu yang
Mengaktifkan Pre-
Class-Yes mesti dibuka, dengan mengulangi Class-yes, untuk bahagian otak
Frontal Cortex
yang lain untuk memproses maklumat.
Pre-Frontal Cortex, Penarik perhatian
Kawasan Broca Mendengar
Kawasan Wernicke, Bercakap
Lima
Visual Cortex. Melihat
Peraturan
Motor Cortex sistem motor tangan
Kelas
The Limbic
membuat isyarat
System,
Hippocampus Ingatan jangka masa panjang.
Teach- Sama seperti lima Satu aktiviti kelas yang mampu melibatkan semua pelajar dalam
Okay peraturan kelas kelas.
Limbic Systems
membuat isyarat
Emotions
Scoreboard
Amygdala
Keys Mendaftarkan perasaan gembira (ada ganjaran) dan tidak gembira
(Mighty Oh Yeah,
(ada hukuman).
Mighty Groan!)
Hands And Fokus semua aktiviti mental dengan melihat dan mendengar
Pre-Frontal Cortex
Eyes penerangan guru.
Kawasan Broca Membolehkan pelajar membangunkan keupayaan mendengar
Switch
Kawasan Wernicke Memboleh pelajar membangunakan keupayaan bercakap.
Sumber: Briffle, C (2008).

5
d. Memilih sasaran pelajar
43 pelajar dalam kelas 3 Bestari telah dijadikan sampel kajian. Kelas ini merupakan kelas yang sukar
mengekalkan perhatian semasa PDP kerana terlalu ramai pelajar dalam kelas.
e. Menentukan teknik Whole Brain Teaching
Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah pembelajaran berpasangan. Teknik ini digunakan
semasa PDP dan melibatkan semua pelajar dalam kelas. Urutan PDP ditunjukkan dalam Rajah 5.3.
Rajah 3: Urutan PDP Dengan Menggunakan Elemen Power Teaching

f. Memilih bahan pentutoran


Beberapa bahan perlu disediakan dalam program ini. Antaranya adalah latihan dalam bentuk lembaran
kerja, modul power teaching, borang pemerhatian (rujuk lampiran 1).

Melaksanakan Tindakan
Dalam bahagian ini, guru menerangkan peringkat pelaksanaan tindakan yang melibatkan enam
langkah Power Teaching.
a. Sebelum Tindakan
i. Penilaian Tingkah laku kelas melalui 5 Peraturan kelas
Sebelum guru memulakan Power Teaching, guru telah menetapkan 5 peraturan kelas seperti yang
diperkenalkan oleh Chris Briffle dalam kajiannya (Jadual 4).
Setiap peraturan ini disampaikan dengan sebutan dan bahasa isyarat (gestures). Pelajar
mengikut isyarat guru dan menyebut peraturan tersebut dengan suara yang lantang. Selepas pelajar
mengikut isyarat guru, dan mereka akan mengajar rakan di sebelah mereka. Satu raptai dibuat untuk
mengkategorikan pelajar dalam kumpulan tertentu. Pelajar dalam kelas dikategorikan dalam empat
kumpulan:

6
Alfa: Pelajar yang menjadi menjadi role model. Mereka angkat tangan bila hendak bercakap,
mengikut arahan dengan cepat, tidak lari dari tugasan dan menghantar tugasan dengan
kemas. Guru memberikan empat markah untuk seorang alfa.
Beta: Pelajar yang biasanya mengikut arahan, tetapi kadang-kadang melakukan kesilapan.
Pelajar yang biasanya, tetapi bukan selalunya angkat tangan bila hendak bercakap,
mengikut arahan dengan cepat, tidak lari dari tugasan dan menghantar tugasan dengan
kemas. Guru memberikan tiga markah untuk seorang beta.
Gamma: Pelajar yang tidak stabil dalam mengikut arahan. Kadang-kadang boleh bertindak seperti
pelajar alfa, tetapi kadang-kadang guru pun hairan apa yang terjadi kepada mereka.
Mereka jarang mengangkat tangan bila hendak bercakap, selalunya tidak dapat kekalkan
perhatian dalam tugasan serta tidak ikut arahan dengan cepat. Guru memberikan dua
markah untuk seorang gamma. Pelajar baru akan dikategorikan dalam kumpulan ini
kerana tingkah laku pelajar tersebut belum dikenalpasti.
Pencabar: Pelajar yang menguji kemahiran dan kesabaran guru. Pelajar-pelajar ini jarang atau tidak
pernah angkat tangan bila hendak bercakap, tidak mengikut arah dan tidak mahu buat
tugasan. Guru memberikan dua markah untuk seorang pencabar.
Jadual 4: Lima Peraturan Kelas.
Rule Peraturan Rational
Rule 1: Peraturan 1: Sekiranya pelajar tidak mengikut arahan dengan cepat, mereka telah
Follow Ikut arahan membazir masa untuk aktiviti bukan pendidikan. Selain itu, tingkah
instruction dengan cepat. laku yang perlahan dalam penyerahan kertas, pembukaan buku,
quickly. pengasahan pensel dan sebagainya akan mengganggu kelancaran PDP.

Rule 2: Peraturan 2: Dalam kelas, terdapat segelintir pelajar yang suka bercakap,
Raise up Angkat tangan menyampuk kata-kata guru serta mewujudkan huru-hara dalam kelas.
your hand jika hendak Oleh itu, dengan peraturan ini, guru tidak akan sekali-kali memberi
if you want bercakap respon kepada pelajar yang tidak angkat tangan apabila hendak
to speak bercakap. Ini dapat mengurangkan gangguan semasa PDP.
Rule 3: Peraturan 3: Rasional untuk kaedah ini adalah sama seperti peraturan 2. Suasana
Raise up Angkat tangan pengajaran akan lebih teratur dan mengelakkan pelajar merayau-rayau
your hand bila hendak dalam kelas serta mengganggu rakannya. Tetapi peraturan ini tidak
if you want meninggalkan perlu dipatuhi sekiranya kad kuning telah dipaparkan atas papan putih
to leave tempat duduk. (untuk aktiviti kelas yang perlukan pergerakan pelajar).
your seat.
Rule 4: Peraturan 4: Terdapat pelajar dalam kelas yang suka bertanya tentang sesuatu
Make smart Membuat perkara yang luar daripada tajuk dan hanya mahu mencabar kesabaran
choices. pilihan yang guru. Kadang-kadang, mereka juga melakukan tingkah laku yang di
bijak. luar jangkaan seperti mengusik rakan sehingga rakan menangis atau
pergaduhan berlaku dalam kelas. Dengan peraturan ini, guru memberi
input kepada pelajar bahawa perlu berfikir sebelum bertindak.
Rule 5: Peraturan 5: Terdapat pelajar yang kadang-kadang memberikan jawapan yang
Keep your Membuat guru mungkin benar tetapi bukan jawapan yang tepat. Peraturan ini dapat
teacher gembira menangai masalah pelajar yang mengeluarkan kata-kata yang
happy. menyakitkan hati, kurang sopan, menyindir dan tidak menghormati
guru. Guru menerangkan bahawa guru gembira kerana pelajar dapat
belajar dengan lebih seronok.

7
Sebenarnya, penilaian ini merupakan satu skala untuk menilai kemajuan PdP guru. Guru
berharap dalam purata markah dapat meningkat dalam masa satu bulan selepas kajian ini. Sekiranya
markah tingkah laku kelas semakin tinggi, ini bermaksud semakin sedikit pencabar dalam kelas
tersebut. Ini menunjukkan Power Teaching telah berjaya menarik dan mengekalkan perhatian mereka
serta membolehkan mereka mematuhi peraturan dalam kelas. Dengan itu, ilmu pengetahuan dapat
disampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan.
ii. Menetapkan Syarat Di Scoreboard
Skoreboard merupakan satu permainan di antara guru dan pelajar. Apabila pelajar mematuhi peraturan
dalam kelas dan belajar dengan bersungguh-sungguh dalam kelas, mereka akan dapat ganjaran atau
hukuman yang setimpalnya. Dalam kajian ini, scoreboard yang guru gunakan adalah skoreboard guru
dan pelajar. Guru telah menetapkan kerja rumah untuk hari tersebut, contohnya lima muka surat
modul Sains. Sekiranya pelajar melakukan sesuatu yang melanggar peraturan, kerja rumah mereka
akan bertambah menjadi enam muka surat dan sebaliknya sekiranya mematuhi peraturan dengan baik
setiap kali aktiviti, guru akan mengurangkan kerja rumah. Selain itu, sekiranya pelajar respon dengan
lambat atau tidak memberi respon, guru akan menolak markah dalam scoreboard dan kerja rumah
mereka bertambah dan sebaliknya.
b. Semasa Tindakan
i. Mendapatkan Perhatian Pelajar melalui Class-Yes
Guru memulakan kelas dengan mendapatkan perhatian pelajar dengan menyebut Class, dan mereka
akan menjawab Yes. Ini merupakan perkara yang perlu diberitahu kepada pelajar sebelum kelas
bermula dan akan digunakan sepanjang PDP. Untuk kepelbagaian, guru akan menyebut dengan nada
yang berlainan seperti suara robot, suara bisikan, suara marah dan sebagainya untuk menarik
perhatian pelajar. Selain itu, guru turut akan mengulangi perkataan kelas beberapa kali dan pelajar
perlu menyahut mengikut bilangan guru. Contohnya, Class, Class, Class, Yes, Yes, Yes..
ii. Mengekalkan Perhatian Pelajar melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher
Bagi mengekalkan perhatian pelajar, guru telah menggunakan Hands and Eyes. Apabila guru
menyebut Hands and Eyes, pelajar perlu meletakkan tangan atas meja, tanpa memegang apa-apa di
tangan dan mata memandang guru.
iii. Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back Teacher
Teach!-Okay! Merupakan satu teknik yang asas dan penting dalam Power Teaching. Ini
merupakan satu cara yang baik untuk membangunkan kemahiran bahasa pelajar dan meningkatkan
penguasaan kandungan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila guru menyebut Teach!,
pelajar akan menjawap Okay dan diteruskan dengan tiga kali tepukan. Selepas itu, mereka akan
duduk dalam pasangan dan pelajar 1 mengajar pelajar 2 di sebelahnya dengan mengulang pengajaran
guru. Apabila guru menyebut Switch, pelajar 2 akan mengajar pelajar 1.
Apabila pelajar saling mengajar, guru perlu memantau dan mendengar pengajaran mereka,
sekiranya terdapat pelajar yang tidak dapat menerangkan semula apa yang diajar oleh guru, guru perlu

8
sentiasa membantu dan mengulangi pengajaran tersebut. Masa yang diambil untuk pengajaran antara
pelajar adalah singkat, antara 1-2 minit sahaja bagi pelajar 1 mengajar pelajar 2. Ini untuk
mengelakkan pelajar menyeleweng daripada kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Oleh itu,
kandungan yang diajar dalam satu masa hendaklah singkat, padat dan teratur.
Perhatian pelajar ditarik semula dengan menyebut Class! dan pelajar menjawab Yes!.
iv. Pengekalan kandungan pengajaran dalam ingatan melalui Teach back Teacher
Apabila guru menyebut Teach back Teacher, pelajar mengulangi kandungan pengajaran kepada
guru. Ini dapat mengekalkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam memori dengan lebih
kukuh. Dengan mengulangi aksi kepada guru, guru dapat mengenalpasti pelajar yang tertinggal dalam
PDP dan perlu bimbingan dalam kelas.
c. Selepas Tindakan
Selepas pengajaran selesai, guru menyemak semula markah yang ada pada skoreboard. Sekiranya
pelajar bekerjasama dalam kelas dan mematuhi peraturan, guru menyebut, Class, you done very well
today. You are trying your best to keep your teacher happy. So, now give yourselve a clap. Dengan
itu, pelajar akan menjawap, Oh Yes! dan bertepuk tangan mengikut cara guru. Sekiranya pelajar
kurang memberi kerjasama dan tidak mematuhi peraturan, guru menyebut, Class, today you are not
really do a good job. You failed to keep your teacher happy, so now give yourselve a groan, so that
you can try again in next lesson to keep your teacher happy. Groan!. Pelajar akan menjawab Woo!
It Cools! dan bertepuk tangan mengikut cara guru.

PEMERHATIAN DAN REFLEKSI


Selepas tindakan diambil, pemerhatian telah dicatatkan dan seterusnya refleksi telah dibuat untuk
penambahbaikan pada masa hadapan.
Mendapatkan Perhatian Pelajar melalui Class-Yes
Pelajar kelihatan lebih bersedia dan memberi perhatian kepada guru melalui cara ini. Pelajar yang
tertidur, termenung dan membuat kerja lain dalam kelas sebelum guru mula mengajar dapat
menghentikan segala aktiviti mereka dan menumpukan perhatian kepada guru. Sebelum ini guru perlu
meninggikan nada suara untuk mendapatkan perhatian setiap pelajar dalam kelas sebelum PDP.
Kadang-kala, hukuman perlu diberikan kepada pelajar yang selalu mencabar guru dan membuat
bising dalam kelas untuk mententeramkan semula suasana kelas. Selepas memperkenalkan Class-Yes,
guru boleh mendapat perhatian pelajar dalam masa yang singkat. Dengan itu, masa pengawalan kelas
dapat dipendekkan dan PDP dapat diteruskan dengan lebih lancar.
Mengekalkan Perhatian Pelajar melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher
Selalunya guru sukar untuk mengekalkan perhatian pelajar dalam masa yang panjang. Pada
pertengahan PDP selalunya pelajar mula bercakap, mengantuk dan termenung dan membuat kerja-
kerja lain. Ada kalanya, terdapat pelajar yang mula berbisik atau bercakap sehingga mengganggu
kelancaran PDP. Melalui kaedah ini, guru mampu memanggil semula pelajar dengan serta merta.

9
Dengan memberi arahan Hands and Eyes, pelajar meletakkan tangan atas meja dan mata tertumpu
kepada guru. Selain itu, guru telah menggunakan gerakan tubuh badan untuk mengajar. Dengan
menggunakan aksi, pelajar akan lebih tertarik. Di samping itu, pelajar melakukan gerakan tersebut
bersama-sama dengan guru. Pada masa yang sama, mereka telah memberi perhatian untuk mengingati
gerakan. Oleh kerana setiap pelajar perlu melakukan gerakan tersebut pada masa yang sama, maka
masalah pelajar bercakap, membuat kerja lain, termenung dan tertidur tidak wujud dalam kelas
tersebut.
Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back Teacher
Sebelum ini, pelajar kurang terlibat dalam aktiviti dalam kelas. Cuma segelintir pelajar yang selalunya
aktif dan mendapat perhatian guru. Terdapat pelajar yang suka menyembunyikan diri, pendiam dan
tidak ingin bergaul dengan rakan lain dalam kelas. Melalui kaedah ini, pelajar duduk dalam pasangan.
Selepas mengikut gerakan guru melalui Follow Teacher!, mereka perlu saling mengajar rakan dalam
pasangan. Ini telah meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti. Pelajar yang pemalu dan
pendiam mula mengikut rakan mereka melakukan gerakan. Pelajar yang selalunya mengganggu rakan
serta membuat bising turut melibatkan diri dalam melakukan gerakan. Walaupun keadaan kelas
menjadi bising dalam masa 2 minit, tetapi guru mendapati kesemua pelajar melakukan gerakan yang
sama, iaitu menuju ke objektif pengajaran. Selepas aktiviti tersebut, kesemua pelajar melakukan
gerakan semula bersama-sama selepas arahan teach back teacher diberikan. Pemerhatian daripada
guru menunjukkan pelajar lebih yakin dan boleh mengingati gerakan serta fakta dalam masa yang
begitu singkat sahaja.

CADANGAN DAN KESIMPULAN


Whole brain teaching merupakan satu stategi yang baik untuk membantu guru dalam pengawalan
kelas. Perhatian pelajar dapat dikekalkan dan pelajar terlibat dengan lebih aktif dalam aktiviti PDP.
Walau bagaimanapun, oleh kerana persediaan yang belum cukup rapi, kaedah ini tidak dapat
diteruskan kepada topik yang lain. Selain daripada itu, scoreboard pelajar tidak digunakan dengan
baik oleh guru dan terdapat segelintir pelajar yang berasa bosan apabila kaedah ini digunakan pada
kedua kalinya. Interaksi antara rakan dapat ditingkatkan. Ini bukan sahaja membolehkan guru
melibatkan pelajar yang pemalu serta pendiam dalam kelas, tetapi juga berjaya mengawal pelajar
yang terlalu aktif sehingga mengganggu aktiviti dalam kelas. Oleh kerana topik yang disentuh dalam
kajian ini adalah topik satu sahaja, dicadangkan masa depan, modul tentang topik yang lain dalam
Sains dapat dibuat dengan strategi whole brain teaching.

10
BIBLIOGRAFI

Briffle, C (2008). Power Teachers Training Manual. Retrived from


http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html
Briffle, C (2007). Power Teaching Challenging Teens (and the rest of your class, too!). Yucaipa, CA:
Chairperson, Philosophy and Religious Studies Crafton Hills College.
Briffle, C (2007). Designing your Whole Brain Teaching Model Classroom 2.0!. Retrived from
http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html
Vanderfin, J (2009). Practice Cards: A Powerful Addition to Whole Brain Teachings Classroom
Management System. Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and Religious Studies Crafton
Hills College.
Briffle, C (2008). Case Studies: Go Power Teaching. Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and
Religious Studies Crafton Hills College.

Lampiran 1
Senarai Semak Pemerhatian Tingkah laku Pelajar dalam Kelas
Arahan: Tandakan (/) bagi tingkah laku yang wujud dan (x) bagi tingkah laku yang tidak wujud

Tingkah laku (/) atau (x) Catatan


1. Pelajar tidak mengantuk dalam kelas.
2. Pelajar tidak membuat bising dalam kelas.
3. Pelajar memberi perhatian semasa guru
mengajar.
4. Pelajar memberi respon kepada guru semasa
guru mengajukan soalan.
5. Pelajar berani mencuba latihan yang diberikan.
6. Pelajar sering memberi jawapan yang tepat.
7. Pelajar berasa bosan dalam kelas.
8. Pelajar memberi kerjasama kepada guru.
9. Pelajar tidak menunggu jawapan dari guru.
10. Pelajar bermotivasi untuk belajar Sains.

Tingkah laku lain yang tidak tersenarai dalam jadual di atas, sila tuliskan.
1. ______________________________________________________________________
2. ______________________________________________________________________
3. ______________________________________________________________________
4. ______________________________________________________________________

11

View publication stats

You might also like