You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1 2017

SK PADANG BERAMPAH, SIPITANG

TARIKH: 23 FEBRUARI 2017

MASA : 02.30 PETANG

TEMPAT: BILIK GERAKAN SK PADANG BERAMPAH

KEHADIRAN:

1. En. Samrah Bin Hj Ag Damit (Guru Besar)


2. Pn. Dyg Masniah Hj Ag Piut (Penolong Kokurikulum)
3. Pn. Fatimatol Norimah ( Ketua Panitia Matematik)
4. Pn. Nurain Dolhan(Guru Akademik Biasa)
5. Pn. Hjh Hariyati Harith (Guru Data)
6. En. Mohd Zakwan Bin Abdullah (Guru Akademik Biasa)

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. En. Abdul Raup Bin Sapar (Berkursus)


2. Pn Shanty Jaunan (Cuti Bersalin)
3. Pn. Siti Hazuani (Cuti Bersalin)
4. Pn. Agatha Alfred (Cuti Bersalin)
5. Pn. Sairo Yani (Cuti anak Pembedahan di India)
6. En. Aman Tuah

Agenda Mesyuarat

1. Kehadiran Guru Diambil


2. Ucapan Alu - Aluan Daripada Guru Besar
3. Aktiviti Panitia tahun 2017
4. Penetapan Bajet Panitia 2017
5. Fail-Fail Panitia
6. Hal-Hal Lain
7. Penangguhan Mesyuarat

1. Kehadiran Guru Diambil Setiausaha mencatat kehadiran guru matematik


yang menghadiri mesyuarat. Semua guru yang hadir menandatangani kehadiran.

2. Ucapan Alu - Aluan Daripada Guru Besar


2.1 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang
menghadiri mesyuarat kali pertama panitia Matematik SKPB.
2.2 Guru Besar juga mengingatkan semua guru dalam panitia Matematik
untuk sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan
2.3 Peruntukan setiap panitia telahpun diturunkan kepada panitia masing-
masing. Panitia Matematik menerima RM902 untuk tahun 2017.
2.4 Guru Besar mengingatkan semua Ketua Panitia untuk membuat
perancangan kewangan sebaiknya .
2.5 Setiap panitia akan memikirkan persembahan untuk perhimpunan sekolah
seperti yang telah dilakukan oleh panitia Bahasa Inggeris.

3. Aktiviti Panitia tahun 2017


3.1 Setiap panitia akan diberikan jadual untuk persembahan/aktiviti untuk
perhimpunan.
3.2 Guru dalam panitia Matematik akan bergilir-gilir bertugas secara
berkumpulan.
3.3 Cadangan aktiviti yang akan diadakan adalah koir matematik dan
membaca sifir secara spontan melalui cabutan nama murid.
3.4 Kertas kerja untuk setiap aktiviti hendaklah dibuat.
3.5 Pemantauan untuk akan dilakukan oleh Ketua Panitia dan akan
dimaklumkan terleih dahulu.
3.6 Aktiviti Kelab Matematik lebih menjurus kepada memuat Alat Bantu
Mengajar dimana murid sendiri yang akan memuat ABM dengan
bimbingan guru.
3.7 Perkongsian guru tentang teknik dan pembuatan ABM akan dilaksanakan
pada masa yang akan datang.
3.8 Apa-apa sahaja penggunaan ABM di dalam kelas hendaklah
didokumentasikan di dalam fail.

4. Penetapan Bajet Panitia 2017


4.1 Panitia Matematik telah menerima RM902 untuk tahun 2017.
4.2 RM100 khas diperuntukkan untuk LINUS NUMERASI.
4.3 RM200 pula akan diperuntukkan untuk penyediaan bahan-bahan LINUS
mengikut konstruk. Penyediaan bahan ini akan dilakukan secara gotong-
royong dalam kalangan guru matematik.
4.4 Peruntukan cenderahati untuk murid yang terlibat dengan aktiviti panitia
adalah RM200.
4.5 Wang yang lain akan digunapakai untuk keperluan lain dari masa ke masa
seperti dakwat pencetak untuk panitia dan sebagainya.

5. Fail-Fail Panitia
5.1 Segala aktiviti yang dilaksanakan di dalam atau luar kelas yang
melibatkan panitia Matematik perlu didokumentasikan sebagai bahan
bukti.
5.2 Penggunaan apa-apa jenis ABM juga perlu didokumentasikan.
Tindakan : Semua guru Matematik

6. Hal-Hal Lain
6.1 Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar jangka lukis, protaktor dan
sempoa oleh dapatkan daripada Ketua Panitia dan Pn. Dayang Masniah.
Tindakan : Semua guru Matematik
6.2 Analisis item hendaklah dibuat setiap kali peperiksaan dijalankan. Tapak
analisis item akan dibuat bersama pada masa yang akan data
Tindakan : Semua guru Matematik
6.3 Cikgu Zakwan dan Cikgu Aman dikehendaki menggantungkan JSPG pada
kadar segera supaya dapat memberikan manfaat dan membiasakan
murid menggunakan JSPG disamping membudayakan persekitaran
matematik dalam sekolah.
Tindakan : Cikgu Aman dan Cikgu Zakwan

7. Penangguhan Mesyuarat
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang,

Disediakan oleh:

______________

(NURAIN DOLHAN)

Setiausaha Panitia Matematik

SK Padang Berampah Sipitang


Tarikh: 27 Februari 2017

Disahkan oleh:

_____________

(PN. FATIMATOL NORIMAH HJ. AWANG)

SK Padang Berampah Sipitang

Tarikh: 3 MAC 2017

You might also like