Yang berusaha En. ......................................, En. ........................................, Penolong
Kanan Petang Tuan Haji Zainol Abidin bin Lebai Hassan, Penyelia Tingkatan 1 Pn Rozita bt Abdul Latif, Penyelia Tingkatan 2 Pn Norashikin bt Harun, barisan guru- guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk sama-sama mendengar perkongsian dan ceramah Kesedaran Bahaya Dadah dari wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh ................................................ Dipersilakan. *** Amin.. amin ya rabbal alamin. Seterusnya para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. *** Untuk makluman para guru dan pelajar-pelajar, AADK merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan penagih dadah, mencegah masyarakat dari terlibat dengan dadah serta membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Pihak AADK ada menyediakan pameran berkaitan dadah di ......................................... Para guru dan pelajar bolehlah berkunjung ke pameran yang telah disediakan selepas majlis ini. Pada hari ini kita amat bertuah kerana dapat mendengar perkongsian kisah En. ................................... Beliau merupakan bekas penagih dadah yang kini Alhamdulillah telahpun pulih. Tanpa membuang masa, saya dengan sukacitanya menjemput En. .................................. untuk berkongsi kisah beliau. Dipersilakan. *** Terima kasih En. ............................................. Semoga para pelajar dapat mengambil iktibar dari perkongsian En. ................................... Ulasan Seterusnya, saya ingin menjemput En. ................................................. iaitu ................................. untuk menyampaikan ceramah Kesedaran Bahaya Dadah. Tuan dengan segala hormatnya dipersilakan. *** Terima kasih En. ................................... Ulasan Bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini, saya ingin menjemput ............................................... untuk mengetuai bacaan ikrar Anti Dadah. Para pelajar diminta berdiri. *** Terima kasih .................................... Seterusnya, saya mempersilakan ...................................... untuk mendeklamasikan sajak Anti Dadah. *** Terima kasih ...................................