You are on page 1of 2

Nama : Teo Lei Teng

Lima Tindakan Menangani Tekanan Emosi Guru

Menurut Presiden Institut tekanan Amerika (AIS) Paul J. Rosch (2009), tekanan
biasa dirujuk sebagai ketegangan fizikal, mental atau emosi akibat daripada dilema
.Reaksi emosi daripada tekanan biasanya merujuk kepada perasaan negetif seperti
marah, sedih dan kegelisahan (Carolyn M. Aldwin, 2007). Saya berasa dilema bagi guru
adalah guru dibebankan dengan banyak kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran. Berdasarkan berita (Chen Yu Zhen, 2011), Guru bukan hanya
berwatak sebagai pendidik tetapi perlu melaksanakan tugasan kerani termasuk
mengumpul data, menghadiri kursus, melancarkan program-program. Guru juga perlu
sentiasa bersiap-sedia untuk melaksanakan sistem-sistem diperkenalkan oleh pihak
kerajaan seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Kerja yang
membebankan telah membangkit tekanan emosi guru. Maka, tindakan-tindakan
menangani tekanan emosi adalah penting bagi membuat persediaan menyahut cabaran
guru.

Antara tindakan untuk menangani tekanan kerja adalah berani menyatakan


keperluan dan meminta bantuan. Kadang-kala saya berasa tertekan dengan tugasan
yang banyak tetapi saya tidak sanggup meminta bantuan. Hal ini disebabkan saya
menganggap meminta bantuan akan membebankan orang lain. Pada akhirnya, tekanan
emosi menjadi semakin meningkat sehingga menghadapi masalah insomnia. Maka,
saya perlu belajar meminta bantuan daripada orang lain. Sebagai contoh, apabila guru
besar mengarahkan saya untuk melatih sekumpulan koir untuk pertandingan dimana
saya mempunyai urusan penganjuran pertandingan bercerita, maka saya perlu
mengatakan keadaaan saya kepada guru besar kemudian meminta guru besar melantik
pembantu untuk memikul tugas bersama.

Selain itu, saya mengatur jadual bertugas peribadi mengikut keutamaan untuk
menangani tekanan emosi. Apabila saya berasa terlalu banyak tugasan perlu
dilaksanakan, saya akan berasa tertekan. Maka, saya perlu mengatur jadual bertugas
mengikut keutamaan iaitu tugas yang penting dan berat dilakukan dahulu. Sebagai
contoh, perancangan pengajaran harian dan membuat bahan mengajar diberi
keutamaan manakala tugasan merekod data boleh dibuat selepas pengajaran dan
Nama : Teo Lei Teng

pembelajaran. Tekanan emosi saya semakin menurun apabila urusan penting telah
diselesaikan. Demikian juga, saya akan mengaturkan sesi rehat dalam jadual tugas
saya supaya saya bermotivasi untuk mematuhi jadual tugas.

Tindakan seterusnya adalah menelefon orang yang disayangi sama ada ahli
keluarga, teman lelaki mahupun suami. Kadang-kala, saya berasa lega hanya
mendengar suara orang yang disayangi. sebagai contoh, saya berasa tertekan semasa
pengisian data murid yang banyak, maka saya menelefon suami untuk mengadakan
perbualan yang singkat. Dengan galakan dan sokongan suami, tekanan emosi dapat
diturunkan, saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan.

Saya juga mengunakan sistem ganjaran peribadi untuk menangani tekanan


emosi. Ganjaran boleh memotivasikan saya untuk menjalani tugas bersungguh-
sungguh. Apabila tugasan diselesaikan, maka tekanan emosi kerja menurun. Terdapat
pelbagai jenis ganjaran yang ditentukan oleh saya seperti makan makanan kegemaran,
menonton wayang, tidur petang mahupun ganjaran besar iaitu melancong. Sebagai
contoh, saya memberitahu diri sendiri bahawa selepas selesai menulis kertas cadangan
kem motivasi UPSR, saya boleh makan kek keju dalam peti sejuk. Dengan galakkan ini,
saya lebih bermotivasi untuk berkerja berbanding dengan berasa tertekan.

Langkah terakhir dan terpenting bagi saya adalah menpunyai masa tidur yang
mencukupi. Kekurangan masa tidur menyebabkan saya letih dan kurang semangat
untuk berkerja. Sebagai contoh, saya tidur lewat menyebabkan prestasi kerja saya
menurut pada keesokkan hari. Akibatnya banyak tugasan ditunda. Keadaan ini telah
menambahkan tekanan emosi saya. Oleh demikian, saya perlu menepati masa tidur
agar sentiasa segar semasa menjalankan tugas. Keadaan yang segar dapat membantu
menangani tekanan emosi kerja.

Dengan melengkapkan diri dengan langkah-langkah menangani tekanan emosi,


maka saya dapat menyahut cabaran sebagai seorang guru yang berkemampuan
memikul tugas serta melaksanakannya dengan sempurna.

You might also like