You are on page 1of 13

Pendahuluan

Penyelidikan adalah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk

menambah ilmu pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorientasikan satu atau

dua matlamat; pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu

masalah. Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan dan sistematik.

Penyelidikan juga merupakan suatu usaha yang dilakukan samada secara individu

atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ingin di kaji.

Bagi penyelidik yang ingin memastikan setiap hasil mereka adalah tepat, maka

beberapa perkara perlu diikuti agar tidak tersasar dengan jauh, dan teknik

penyelidikan juga perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa samada teknik

secara kualitatif atau kuantitatif.

Walau bagaimanapun penyelidikan yang ingin difahami bergantung kepada

bidang yang diceburi oleh seseorang penyelidik itu. Penyelidik yang baik adalah

mereka yang menggabungkan semua teknik yang ada di dalam ilmu penyelidikan

khas bagi memastikan setiap jawapan atau jalan penyelesaian adalah bertepatan

dan sesuai untuk digunapakai para pengkaji lain pada masa hadapan. Apa yang

penting dalam proses pengendalian penyelidikan ini adalah teknik, kos dan hasil

dapatan kerana gabungan semua item ini akan memberi markah lebih,dipercayai

serta akan memberi kesan kepada para penyelidik lain di masa hadapan.

1
Definisi Kaedah Penyelidikan

Menurut Izham Ibrahim (2004), Penyelidikan atau kajian merupakan sebarang

aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Penyelidikan

dilaksanakan untuk mengembangkan ilmu, menguji teori atau mendapatkan

maklumat baru tentang sesuatu topik. Penyelidikan juga dijalankan bagi menilai

atau membangukan sesuatu dasar. Hal tersebut, merupakan suatu penelitian atau

siasatan secara sistematik mengenai sesuatu masalah, isu ataupun persoalan.

Seseorang penyelidik mungkin ingin mencari hubungkait antara faktor-faktor

tertentu, menentukan jika terdapat perbezaan antara kumpulan-kumpulan subjek

yang dikaji, membuat ramalan ataupun mencari dan mencipta suatu hasil atau

benda baru. Penyelidikan boleh ijalankan sama ada di dalam makmal seperti dalam

bidang farmakologi, bioteknologi, mikrobiologi ataupun di luar makmal (kajian

lapangan) seperti dalam aspek dasar kesihatan dan ubat-ubatan atau

farmakoepidemologi.

Ahmad Fauzi dan Ahamad Tarmizi. (1997) pula berpendapat bahawa

penyelidikan adalah merupakan suatu kaedah yang saintifik berdasrkan formula-

formula tertentu yang digunakan oleh para pengkaji atau penyelidik secara teratur

dan disiplin tertentu. Ia dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan juga di

jadikan sebagai kaedah pembelajaran untuk menambahkan kemahiran sebagai

penyelidik. Bagi penyelidik yang ingun melakukan proses penyelidikan ini, mereka

perlu berteraskan kepada dua matlamat yang berperanan dalam membentuk

penyelidik yang baik iaitu pengembangan dalam ilmu pengetahun dan juga

penyelesaian dalam sesuatu masalah yang timbul atau dihadapi atau dikaji.

2
Menurut Ed Neukrug. (2008), Penyelidikan merupakan suatu jawapan kepada

suatu pertanyaan sejauhmana perkara yang kita lakukan pada hari ini akan

member kesan kepada masa depan?. Best dan Kahn (2006) menhuraikan

mengenai penyelidikan sebagaimana suatu yang sistematik dan mempunyai

analisis yang berobjektif serta merakamkan pemerhatian yang dikawal yang mana

mampu boleh mengetuai pengembangan generasi, peraturan atau teori. Dalam

kata lain setiap penyelidik mempunyai kaedah analisis dan jangkaun yang

munasabah dalam mengendalikan bahan yang dikaji demi masa depan.

Anan Che Mohd. (2005) menyatakan penyelidikan merupakan suatu usaha

dalam kerja-kerja penyelidikan bagi membolehkan sesuatu tajuk atau perkara dapat

di ulas dengan lebih teliti dan berkaitan. Sesuatu jurnal yang dihasilkan adalah

merupakan kajian bersama di antara JAKIM dan juga institut-institut pengajian tinggi

bagi memastikan suatu kajian yang dilakukan adalah menepati kehendak persoalan

yang dikaji.

Penyelidikan adalah satu usaha penelitian yang terancang menggunakan

metodologi sesuai yang dilakukan dengan penuh kesabaran. Ia memerlukan

kepakaran bagi menyelidik sesuatu yang baru bertujuan untuk membuat teori,

kesimpulan, perancangan atau ramalan (Mahayudin Hj. Yahya, 1998)

Persamaan Penyelidikan

Walaupun setiap definisi yang di bawa ini adalah berbeza dari sudut bidang yang

diceburi, namun pengertian yang dikupas mengenai penyelidikan adalah sama. Bagi

3
keseluruhan definisi ini mereka lebih berpendapat bahawa setiap penyelidikan itu

adalah suatu proses penyelesaian masalah yang bersifat lebih jelas dan

memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi sesuatu kes atau isu yang menjadi

tajuk atau sub-topik kajian. Bagi mereka proses yang dilakukan ini lebih bersifat

kuantitif iaitu bercorak seperti soalan kajian dan sebagainya. Ada juga yang

bercorak seperti kualitatif seperti dilakukan temubual yang mana proses yang lebih

dekat di antara penyelidik dan juga klien.

Perbezaan Penyelidikan

Perbezaan penyelidikan adalah mengenai ruang lingkup yang ingin dikaji

samada bidang sains, sosial, ekonomi atau agama. Perbezaan ini juga akan

mempengaruhi segala bentuk teknik yang ingin dimasukkan ke dalam proses

penyelidikan tadi. Sebagai contoh sekiranya dalam kajian penyelidikan berbentuk

agama, teknik temubual lebih berkesan dan menampakkan kesan namun tidak

sama dengan teknik yang dilakukan dalam bidang ekonomi yang mana penyelidik

ekonomi akan menggunakan teknik soal selidik bagi mencari sampel yang mewakili

populasi bagi mengkaji jumlah pendapatan perkapita penduduk di sesebuah

kawasan. Di sini sudah menampakkan bahawa setiap kajian yang dilakukan adalah

berbeza bagi memastikan kaedah yang dijalankan adalah bersesuaian dengan

keadaan.

Tujuan Penyelidikan Dalam Pendidikan

Tujuan Penyelidikan Dalam PendidikanSecara umumnya, penyelidikan dijalankan


dalam pendidikan untukmeningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Sering
kali ia melibatkan penyelesaian masalah atau penjelasan teori pendidikan. Secara

4
khususnya, tujuan penyelidikan boleh dibahagikan kepada empat iaitu penerokaan,
penghuraian, penerangan dan ramalan (University of Texas, 2011).

Biasanya, kajian dijalankan untuk menerokai apabila sesuatu masalah masih dalam
peringkat awal atau isu yang diterokai agak baru. Ia digunakan untuk menjawab
soalan seperti apa, mengapa, dan bagaimana (Babbie, 1989; Exploratory
Research, 2011). Contohnya, pada awal pelaksanaan PPSMI (Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris),kajian mungkin
dijalankan untuk menerokai apakah masalah yang dihadapi oleh guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Satu lagi tujuan penyelidikan ialah untuk penghuraian. Kajian sedemikian


biasanya dijalankan untuk menghuraikan perkara (Kotler & Armstrong, 2005) seperti
sifat-sifat murid yang suka ponteng kelas, ciri-ciri guru yang baik dan sebagainya.
Akan tetapi kajian sedemikian tidak menerangkan mengapa dan bagaimana. Untuk
itu, seseorang penyelidik akan menjalankan kajian dengan tujuan untuk
menerangkan. Contohnya, kajian boleh dijalankan untuk menerangkan mengapa
tahap kelesuan guru di Lembah Kelang adalah agak tinggi. Tujuan terakhir
penyelidikan adalah untuk ramalan. Dalam hal ini, kajian dijalankan untuk
menentukan kesudahan pada masa depan berdasarkan data pada masa kini.
Contohnya, kajian boleh dijalankan untuk menentukan sama ada calon yang
mendapat skor yang tinggi dalam Ujian MTEST (Malaysian Teacher Selection Test)
juga akan menjadi guru yang cemerlang pada masa hadapan

Kepentingan Penyelidikan Dalam Pendidikan

Guru pada hari ini bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
tetapi perlu juga menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Transisi kepada satu
masyarakat yang berubah dengan cepat, mendesak guru untuk memainkan
peranan yang lebih dinamik dan mempunyai kesedaran diri serta sedia meneliti
semula kandungan dan anggapan-anggapan asas tentang kurikulum di semua
peringkat. Masyarakat yang sentiasa berada di dalam proses perubahan

5
mengharapkan guru untuk menyesuaikan peranan mereka dengan perubahan-
perubahan yang berlaku.

Pada masa ini terdapat satu trend yang mendesak guru supaya
mengurangkan pengajaran secara berkuliah kepada murid tetapi lebih
menumpukan perhatian kepada pengajaran yang berasaskan aktiviti dan
pembelajaran melalui pengalaman. Dengan itu perlulah seorang guru itu sentiasa
merenung, menyoal dan menyelidik peranan dan tugasnya. Ini akan
memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalismanya. Oleh itu ternyatalah
perlu dihasilkan satu model baru pendidikan guru dan amalan pendidikan. Tujuan
asas langkah tersebut adalah untuk menghasiIkan guru yang sedia membuat
kritikan kendiri, menyelidik akibat-akibat aktiviti pengajaran-pembelajaran serta
mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya.

Pengajaran perlu dijadikan satu amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap
perlakuan sendiri. Penyelidikan pendidikan tidak semestinya menjadi hak dan
kepunyaan satu golongan cendekiawan atau pakar sahaja. Ia perlu dijadikan
sebagai sebahagian dari aktiviti kebiasaan sekolah-sekolah dan maktab-maktab
perguruan. Ia perlu menjadi satu saluran untuk perkembangan intelektual dan sosial
setiap individu serta memberi sumbangan terhadap perkembangan negara dalam
konteks kecekapan profesional dalam penerapan nilai-nilai murni.

Reka Bentuk Kajian

Terdapat dua reka bentuk penyelidikan yang utama iaitu penyelidikan kuantitatif
dan kualitatif. Contoh penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan eksperimental,
kuasi-eksperimental, tinjauan dan korelasi manakala contoh penyelidikan kualitatif
pula ialah penyelidikan etnografi, kajian kes dan bersejarah.

Kajian kualitatif

Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data


gambaran yang boleh diamati tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang
secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya
sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan
peristilahannya. Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes,

6
adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama
ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu
atau ikatan tertentu. Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh
makna, dan m memperoleh pemahaman daripada suatu kes.

Pendekatan Kuantitatif

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-


fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data. Penggunaan
ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan,
menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah
dalam suatu penyelidikan. Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan
penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru,
kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min
daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada sampel
kajian.

Pembolehubah dalam penyelidikan kuantitatif dioperasionalkan sebelum diukur dan


ianya perlu mendapat kesahan dan kebolehpercayaan terlebih dahulu. Berikut ialah
huraian bagi empat reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang di adaptasi daripada
Chua (2006)

Eksperimental

Reka bentuk kajian eksperimental merupakan reka bentuk kajian perbandingan


antara kumpulan-kumpulan yang paling baik iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Dalam reka bentuk ini kumpulan-kumpulan diagihkan secara rawak dan
responden mempunyai ciri-ciri yang sama.

Kuasi-eksperimental

Reka bentuk kuasi-eksperimental digunakan untuk menggantikan reka bentuk


eksperimental apabila responden tidak dapat diagihkan secara rawak. Ia adalah
suatu kajian yang digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program.

Tinjauan

7
Kajian tinjauan adalah salah satu kaedah penyelidikan kuantitatif yang paling
popular dalam kajian sains sosial. Kaedah ini banyak digunakan oleh berbagai pihak
untuk meninjau keberkesanan sesuatu produk atau pun meninjau pandangan orang
ramai mengenai sesuatu isu seperti majalah, televisyen dan sebagainya.

Korelasi

Reka bentuk korelasi merupakan kajian untuk menentukan perhubungan antara


variabel. Contohnya, penyelidik ingin menentukan perhubungan antara prestasi
murid dan kepimpinan transformasional guru besar.

Prosedur Penyelidikan

Prosedur penyelidikan terdiri daripada dua peringkat, iaitu prosedur peringkat


persediaan penyelidikan yang mengandungi langkah-langkah yang dijalankan
sebelum melaksanakan penyelidikan dan prosedur peringkat pelaksanaan
penyelidikan yang mengandungi tentang alat pengumpulan data, kesahihan dan
kebolehpercayaan serta penyelidikan sebenar.

Peringkat Persediaan Penyelidikan

Prosedur peringkat persediaan penyelidikan dijalankan setelah penyelidik berjaya


lulus peringkat vetting proposal penyelidikan dan setelah memperolehi kebenaran
daripada penyelia untuk menjalankan penyelidikan. Pada tahap ini terbahagi
kepada dua aktiviti, iaitu penentuan populasi dan sampel kajian, dan mengurus
surat kebenaran untuk melaksanakan penyelidikan.

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian sering digunakan untuk pengumpulan data. Pemerhatian yang


dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar
dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah
ini penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam

8
tentang yang berlaku, cara pengetua melibatkan guru dalam pelaksanaan
membuat keputusan program-program sekolah, dan cara guru membuat
perancangan pembelajaran menggunakan keadaan persekitaran yang tersedia.

Temu Bual

Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam
proses memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005),
80berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan
untuk mencapai objektif penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah
satu sumber maklumat yang paling penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan
temu bual, dalam beberapa situasi penyelidik dapat meminta kepada responden
untuk menyampaikan pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu,
dan hasilnya dapat digunakan sebagai preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan
selanjutnya.

Alat Pengumpulan Data Kajian Kuantitatif

Dalam bahagian ini terdiri daripada dua huraian, iaitu soal selidik dan pembinaan
soal selidik.

a). Soal Selidik

Soal Selidik ialah sesuatu alat pengumpulan data secara tidak langsung, penyelidik
tidak langsung bertanya jawab dengan responden (Nana, 2005), sesuatu cara yang
sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan (Sukardi, 2004). Ada dua jenis
soal selidik, pertama soal selidik jawapan dipilih, iaitu subjek dikehendaki memilih
jawapan yang tepat terhadap soalan mahupun rangsangan yang dikemukakan
berdasarkan cadangan-cadangan jawapan yang disediakan, yang kedua adalah soal
selidik jawapan diberi, iaitu bilamana subjek dikehendaki menjawab soalan
mahupun rangsangan didalam soal selidik (Sukardi, 2004; Mohd, 2005). Dalam
penyelidikan ini digunakan soal selidik jawapan dipilih, hal ini dilakukan Kerana

a) soal selidik mudah ditadbir,

9
b) tidak memerlukan kemahiran subjek untuk melahirkan idea secukupnya melalui
tulisan,

c) memudahkan menganalisis jawapan

b) Pembinaan Soal Selidik

Soal selidik yang digunakan dengan mengubahsuai soal selidik yang telah
digunakan oleh beberapa penyelidik terdahulu dan sebahagian dibina bersama
penyelia serta disesuaikan dengan keadaan tempat penyelidikan.

Menyatakan Masalah Kajian

Sebelum memulakan sesuatu penyelidikan, pengkaji perlu menjawab persoalan-


persoalan beikut :

- bagaimana hendak memulakan kajian?

- apakah topik yang serasi dengan diri anda?

- apakah jenis responden kajian anda?

- berapa banyak data yang perlu anda memungut?

Menetapkan Objektif Kajian

Objektif kajian merupakan penyenaraian pernyataan tujuan spesifik kajian sebelum


sesuatu kajian dilaksanakan. Ia mempermudah dari segi pengutipan data dan alat
yang sesuai yang patut digunakan.

Contoh objektif kajian:

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah jantina mempengaruhi
tahap kelesuan guru di Malaysia

Membentuk Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian merupakan andaian kita tentang sesuatu fenomena yang belum
dibuktikan. Pernyataan ini menerangkan kemungkinan adanya perkaitan antara
pembolehubah dengan masalah yang dikaji.

10
Melakukan Tinjauan Literatur

Menurut Creswell (2008), ulasan karya atau tinjauan literatur adalah ringkasan
artikel bersumberkan jurnal, buku-buku dan dokumen berkaitan yang memperihal
maklumat masa lalu dan kini. Tujuan meninjau literature ialah untuk memahami
bidang kajian dengan lebih mendalam. Proses tinjauan literatur menggarap sub-
proses menjelaskan konsep-konsep penting, teori berkaitan, model-model dan
prinsip-prinsip yang berkaitan dengan kajian.

Refleksi dan Implikasi

Dalam bahagian ini, anda akan merumuskan kajian yang telah dijalankan. Lebih
penting, anda akan menerangkan implikasi kajian iaitu apakah tindakan susulan
yang perlu diambil oleh pihak berkepentingan berdasarkan keputusan kajian.
Contohnya, sekiranya kajian menunjukkan bahawa kandungan buku teks Sains
adalah terlalu cetek, maka implikasinya ialah guru Sains perlu mencari sumber yang
lain semasa pengajaran dan pembelajaran; Kementerian Pelajaran juga perlu
mengkaji semula kandungan buku teks supaya menjadikannya lebih menarik dan
lebih bermanfaat.

Sumber Rujukan

Setiap penulisan ilmiah perlu mengandungi rujukan dalam teks dan Senarai
Rujukan. Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, anda
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Antara lain, ini adalah untuk
mengelak daripada plagiat. Di IPG, rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan
hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang
terkini. Berikut adalah panduan untuk menulis rujukan dalam teks dan Senarai
Rujukan yang diadaptasi daripada Boon dan Aeria (2007).

Penutup

11
Sebagaimana yang kita maklum dan ketahui bahawa penyelidikan yang

dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sesuatu perkara dengan lebih jelas

serta juga dapat memperbaharui kajian atau penyelidikan yang telah dilakukan oleh

para penyelidik terdahulu. Dengan itu setiap kajian adalah bersifat up to date

yang membolehkan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahan ini tidak mudah

berasa bosan dengan maklumat yang lapuk dan ketinggalan. Penyelidikan juga

adalah sebagai ilmu baru baru yang perlu dipelajari agar dapat melaksanakan

sesuatu tugas dengan lebih cepat dan tepat dan sangat efektif.

Rujukan

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Penghantar penyelidikan tindakan


dalam penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Ahmad Fauzi dan Ahamad Tarmizi. (1997). Tamadun Islam; Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Anan Che Mohd. (2005). Jurnal Penyelidikan Islam. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

Babbie, E. (1989). The practice of social research (5th ed.). Belmont CA: Wadsworth

Boon, P. Y. & Aeria, L. A. (2007). Guide to referencing procedures. Kuala Lumpur:


Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa

12
Creswell, J.W. (2002). Educational research Planning, conducting, and evaluating.
Quantitative and qualitative research. New Jersey: Merill Prentice Hall.

Ed Neukrug. (2008). Theory, Practice, And Trends In Human Services; An


Introduction, Fourth Edition; The Thomson Corporation.

Izham Ibrahim. (2004). Konsep Asas Penyelidikan dan Statistik dalam Praktis
Kesihatan.

Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Kotler, P. & Armstrong, G. (2005). Principles of marketing. Addison Wesley Longman

Lim Chong Hin (2007). Penyelidikan pendidikan : Pendekatan kuantitatif dan


kualitatif. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Mahayudin Hj. Yahya. (1998). Tamadun Islam. Penerbit Fajar Bakti Shah Alam.

University of Texas. (2011). Educational research process. Diperoleh November 23,


2011

daripada http://www.utexas.edu/academic/ ctl/assessment/iar/research/


plan/process.php

13

You might also like