You are on page 1of 2

LAPORAN MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP


SMK TUN MUTAHIR
2012
(GRAVITY CHALLENGE)

Nama Program : Gravity Challenge


Tarikh : 25 April 2012
Masa : 10.30 pagi 12 tengahari
Tempat : Astaka SMKTMu
Objektif :

i. Murid dapat memupuk daya pemikiran kreatif dan kritis dalam


menyelesaikan masalah.
ii. Murid dapat merapatkan hubungan siraturahim sesama mereka.

Sasaran : Semua murid Tingkatan 1 SMKTMu.

Butiran Aktiviti :

i. Semua murid berkumpul di astaka sekolah mengikut kumpulan


masing-masing (1 kumpulan, 2 orang).
ii. Cik Nurhayaty Adha dan Cik Nur Fadiah selaku pengelola aktiviti
menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti ini serta
peraturannya.
iii. Setiap kumpulan diberi masa 30 minit untuk mereka cipta sesuatu
bagi memastikan telur yang ingin dijatuhkan setinggi 2 meter tidak
pecah. Barang-barang keperluan lain yang diberi ialah tali, gam, dan
3 helai kertas A4.
iv. Kumpulan yang dapat menyiapkan reka cipta yang paling cepat dan
telurnya tidak pecah, dikira sebagai pemenang.

Penilaian Program : Program ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Kekuatan Program : Program ini julung-julung kali diadakan dan dapat menarik
lebih sebahagian
murid Tingkatan 1 untuk menyertainya. Murid-murid sungguh
berminat dengan
aktiviti ini kerana ianya lebih kepada hands-on.

Kelemahan Program : Masalah kekangan masa bagi melaksanakan aktiviti ini.


Selain itu, guru
pengelola juga perlu ditambah bilangannya kerana
aktiviti ini melibatkan
ramai murid.

Langkah- langkah penambahbaikan:

i. Masa yang lebih sesuai perlu dicari bagi melaksanakan aktiviti ini
supaya semua murid dapat dilibatkan.
ii. Hadiah pemenang dapat diperbanyakkan sehingga ke hadiah
saguhati memandangkan hanya tempat pertama sahaja diberi
hadiah (penyertaan bagi aktiviti ini seramai 25 kumpulan).
iii. Guru pengelola juga perlu ditambah bilangannya kerana aktiviti ini
melibatkan ramai murid.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti ini dijalankan:

i. Setiap kumpulan berbincang sesama mereka untuk memenangi


pertandingan ini.
ii. Salah satu kumpulan menunjukkan hasil ciptaan mereka.
iii. Seorang murid diminta membantu guru pengelola memeriksa telur
yang telah dijatuhkan.

(i) (ii)

(iii)

You might also like