You are on page 1of 1

Refleksi

Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu serta
penggunaan model-model yang berkaitan dengan pengurusan biik darjah dan
tingkah laku. Di sini saya ingin berterima kasih kepada pensyarah yang
mengajar mata pelajaran tersebut kerana telah banyak menunjuk ajar serta
membimbing kami untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya berasa amat gembira kerana
saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan tentang mengkaji faktor yang
mempengaruhi hubungan baik antara guru dengan murid serta kemahiran
tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Saya telah membaca
banyak maklumat daripada pelbagai sumber supaya saya memahami dengan
lebih mendalam.

13

You might also like