You are on page 1of 21

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu Dan Selamat Sejahtera Saya Ucapkan,


Pertama Sekali Saya Panjatkan Kesyukuran Saya Terhadap Ilahi Kerana Mengurniakan
Saya Kesihatan Yang Baik Serta Kudrat Untuk Melakukan Tugasan Yang Telah
Diberikan Pengajar Terhadap Saya.Saya Juga Bersyukur Terhadap Illahi Kerana
Memberikan Saya Kekuataan Serta Ketabahan Terhadap Saya Dalam Menyiapkan
Tugasan Ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang tidak putus putus memberi sokongan dan
dorongan serta bantuan kewangan bagi menjayakan tugasan ini.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar saya En.Saiful Shaari bin mohd
Subki kerana beliau telah banyak membantu saya dari segi tunjuk ajar dalam
menjayakan tugasan ini. Kesabaran En.Saiful Shaari bin mohd Subki dalam mengajar
kami dari segi teori dan amali yang tidak kenal erti putus asa. Akhirnya tugasan ini
dapat disiapkan.

Terima kasih juga kepada rakan rakan yang sedia membantu saya dalam segi idea
dalam tugasan ini . Harapan saya agar tugasan ini dapat memberi tunjuk ajar dan
pengalaman yang berguna kepada kami untuk masa akan datang.
PENGENALAN
Peralatan perlindungan diri (personel protective equipment -PPE) adalah
penting untuk mengelakan berlaku kecederaan kepada anggota tubuh dan
kesihatan pekerja sewaktu bekerja.

PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan


tambahan/aksesori yang direkacipta untuk memberi perlindungan daripada
bahaya di tempat kerja. Pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindung
pemakainya dari bahaya atau sesuatu perkara yang boleh menjejaskan
kesihatan dan keselamatan.

Contohnya ; Topi keselamatan, sarung tangan, kasut keselamatan dsbg.

Penggunaan PPE yang sesuai dan betul adalah mustahak. Disamping


penggunaan yang betul kita juga perlu tahu bagaimana untuk
menyelenggara dan memastikan PPE di dalam keadaan yang baik dan
bersih

Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai dengan tugas dan pekerjaan adalah
penting. Majikan dan pekerja haruslah memahami tujuan, kegunaan dan
had perlindungan PPE.

Peralatan tersebut mestilah tidak diubahsuai atau ditanggalkan walaupun


ianya mungkin tidak selesa dipakai (kadangkala peralatan perlindungan diri
tidak selesa dipakai, mungkin kerana cara pemakaian yang tidak betul)
PENGGUNAAN PPE
PPE mestilah disediakan dan digunakan sewaktu bekerja di tempat
yang terdapat bahaya kepada kesihatan dan keselamatan yang
mana bahaya-bahaya tersebut tidak dapat dikawal sepenuhnya
dengan kaedah-kaedah pengawalan yang lain.
PENGURUSAN HSE

3.1.1 Mendapatkan dan meninjau maklumat Alat Pelindung Diri (APD) dengan dibantu
oleh Pasukan Keselamatan Kerja, menentukan alat pelindung diri yang paling layak
dipergunakan dalam operasi.

3.1.2 Membantu Bahagian Operasi mengadakan program penilaian bahaya di masing-


masing area sebelum diadakan pemilihan PPE.

3.1.3 Membantu pemakai APD dalam memilih APD yang tepat bagi operasinya.

3.1.4 Melaksanakan Progam Pela-tihan APD yang akan men-cakup pemilihan,


pemakai-an, pemeriksaan, pember-sihan dan rawatan APD yang tepat.

3.1.5 Memberikan cadangan pada seluruh pemakai tentang APD tertentu lain yang
tepat untuk pekerjaan yang mereka lakukan.

3.1.6 Melakukan ujian untuk meyakinkan bahawa APD sesuai bagi pemakai.

3.1.7 Memperoleh dan menelaah maklumat yang ada dan memutuskan sama ada
kawalan teknikal atau cara kerja selamat dapat dilakukan serta dengan kos yang efektif
sebelum mengesyorkan APD.

3.1.8 Melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan bahawa pemakaian PPE


dilakukan dengan betul dengan rnengamati apakah APD yang tepat

telah digu-nakan, dipelihara dengan baik dan secara admini-stratif didokumentasikan.


FUNGSI OPERASI

3.2.1 Mengadakan program penilaian bahaya secara dalaman atau bersama Kumpulan
HSE sebelum melakukan pemilihan PPE.

3.2.2 Menyediakan APD yang tepat untuk pekerjanya, manakala jenis atau model APD
yang diperlukan harus didasarkan pada analisa bahaya tempat kerja masing - masing.

3.2.3 Melatih penggunaan APD yang tepat yang akan dila-kukan bersama Kumpulan
HSE sesuai keperluan.

3.2.4 Menyimpan APD (setelah dibersihkan) di lokasi yang sesuai, bersih dan sihat
(contohnya di dalam beg plastik, di dalam almari / locker yang aman).

3.2.5 Memelihara rekod pema-kai APD yang meliputi nama pekerja, nombor identiti,
bahagian, jenis APD, tarikh, dll.

3.2.6 Superintendent Operasi atau pekerja lain yang dilantik secara berkala menyemak
penggunaan APD untuk me-mastikan bahawa peralatan tersebut dipergunakan
sebagaimana mestinya.
4 EVALUASI BAHAYA

4.1 Sebelum dilaksanakannya Program Alat Pelindung Diri (APD), sifat dasar dari
bahaya dan hubungan-nya dengan keseluruhan lingkung-an kerja harus difahami
sepenuh-nya.

4.2 Pemahaman tersebut meliputi jenis, komposisi, besar dan kepekatan bahaya;
termasuk bahaya fizikal, biologi dan kimia di tempat kerja.

4.3 Proses penilaian bahaya sangat penting dan perlu diselesaikan sebelum melangkah
pada pemilihan PPE yang tepat.

4.4 Penilaian bahaya boleh dilakukan dengan menggunakan cara-cara berikut:

Pemerhatian, dan / atau

Pengukuran kuantitatif.
5 PEMILIHAN

5.1 Dengan tujuan untuk mengenda-likan pendedahan kepada bahaya terhadap


pekerja secara berkesan, tersedianya alat tersebut di tempat kerja perlu dipilih dengan
teliti.

5.2 Langkah pertama dari aktiviti pemilihan alat ini adalah penilaian bahaya di tempat
kerja.

5.3 Hasil penilaian perlu ditinjau semula untuk menentukan jenis bahaya dan tahap
bahan pencemar yang ada selama dilakukan pekerjaan rutin maupun penyelenggaraan.

5.4 Kriteria lain yang harus dipertim-bangkan dalam pemilihan alat pelindung diri adalah
keperluan pemakai dan derajat perlindungan yang diberikan oleh peralatan.

5.5 Seterusnya alat pelindung diri yang telah dipilih harus dirancang agar memenuhi
keperluan standard atau peraturan dari: ANSI, OSHA, NFPA, UL, NIOSH, dan SNI bagi
kasut pelindung dan sarung tangan kanvas.
KETENTUAN MENGENAI ALAT PELINDUNG DIRI
6.1 Alat perlindungan diri mesti disediakan bagi pekerja secara cuma-cuma dan harus
dikenakan semasa bekerja.

6.2 Alat perlindungan diri mesti disimpan dalam keadaan yang bersih dan sihat seperti
dalam peti loker khas atau seumpamanya.

6.3 Setiap pekerja yang diharuskan memakai alat pelindung diri akan diberikan APD
dalam saiz dan model yang sesuai sehingga dapat dikenakan dengan baik.JENIS-
JENIS PPE
PEMERIKSAAN DAN PEMELIHARAAN

7.1 Alat pelindung diri dapat menga-lami penyingkiran kemampuan secara beransur-
ansur yang disebabkan oleh penggunaan sehari-hari maupun akibat keadaan yang
ekstrim, maka penyelenggaraan perlu dilaksanakan dengan teliti.

7.2 Sebelum dan selepas digunakan, seluruh alat pelindung diri harus diperiksa apakah
ada kerosakan.

7.3 Bila dikesan adanya kerosakan pada alat pelindung diri, alat terse-but harus ditarik
dari penggunaan sehingga selesai dilakukan perbaikan atau diganti dengan alat baru.

7.4 Setelah dipakai, baju pelindung kimia dan peralatan (bila bukan peralatan yang
sekali pakai) harus diperiksa dan disuci hamakan seperlunya. Jika pemakaiannya
hanya sekali saja, baju pelindung kimia dan peralatan tersebut harus dibuang mengikut
prosedur yang betul.
LATIHAN PENGGUNAAN

8.1 Pekerja yang menggunakan alat pelindung diri harus memahami perlunya
perlindungan dan alasan penggunaan peralatan tersebut selain (atau sebagai
tambahan dari) kaedah kawalan lain yang te-lah diterapkan dan manfaat yang
diperolehi dengan penggunaan alat tersebut.

8.2 Kesan apabila tidak memakai alat pelindung yang bersangkutan harus dengan jelas
diterangkan, demikian juga pemahaman bila peralatan tidak berfungsi dengan baik.

8.3 Latihan penggunaan alat pelin-dung diri harus diberikan kepada seluruh pekerja
yang kerana tugas-nya diharuskan memilih dan / atau menggunakan alat tersebut.

8.4 Latihan penggunaan alat pelin-dung diri antara lain perlu menca-kup topik-topik
sebagai berikut:

a. Tugas yang memerlukan penggunaan alat pelindung diri.

b. Pemilihan alat pelindung diri.

c. Cara penyimpanan, pemeliharaan dan penjagaan yang tepat.

d. Pemeriksaan alat pelindung diri.

e. Amalan latihan langsung menggunakan alat pelindung diri.

f. Latihan lanjutan diperlukan bila alat pelindung diri baru diperke-nalkan di tempat kerja
atau bila pekerja tidak lagi menunjukkan kesiagan yang cukup dalam penggunaan dan
pengetahuan tentang penggunaan dan keterbatasan alat pelindung diri.

g. Kesemua nota latihan harus didokumentasikan sesuai ketentuan.


RAKAN NIAGANYA

9.1 Rakan Perniagaan perlu menggunakan alat pelindung diri untuk melindungi diri dari
bahaya yang mereka hadapi.

9.2 Rakan Perniagaan perlu menyediakan sendiri peralatan perlindungan diri sesuai
dengan keperluan alat pelindung diri Syarikat.
TETAMU
10.1 Tetamu harus menggunakan alat pelindung diri yang tepat bila memasuki kawasan
yang membutuh-kan peralatan tersebut.

10.2 Syarikat akan menyediakan alat pelindung diri tersebut dengan cara
meminjamkan.
JENIS- JENIS PPE
1. PELINDUNG BADAN.

Pelindung badan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja di mana dedahan kepada hazard yang diterima adalah meliputi
seluruh tubuh seperti :

Mengendalikan bahan kimia dalam makmal atau menangani tumpahan


bahan kimia.

Mengendalikan bahan biologi dalam skala besar atau menangani


pelepasan bahan biologi.

Contoh pelindung badan yang biasa digunakan ialah baju makmal, coverall,apron
berplumbum (lead apron) dan sebagainya.
2. PELINDUNG PERNAFASAN

Pelindung pernafasan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja


perlu menjalankan kerja di kawasan kerja yang berisiko seperti :

Kandungan oksigen dalam udara yang rendah seperti ruang terkurung dan
sebagainya.

Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti hidrogen sulfida.

Pendedahan kepada bahan biologi seperti bakteria, spora dsbnya. Contoh


pelindung pernafasan yang biasa digunakan adalah seperti topeng gas, alat
bantuan pernafasan (respirator) dan sebagainya.
3. PELINDUNG TANGAN

Pelindung tangan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja yang melibatkan hazard kepada bahagian tangan seperti :

Mengendalikan bahan suhu lampau seperti sampel panas dan cecair


kriogenik.

Mod kemasukan hazard melalui tangan seperti kejutan elektrik,

dedahan kepada bahan radioaktif dan sebagainya.

Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti sarung tangan getah
dan sebagainya.
4. PELINDUNG KAKI

Pelindung kaki merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja yang mempunyai risiko seperti berikut :

Bekerja di bengkel mekanikal yang mempunyai risiko terpijak/tertusuk benda


tajam dan objek terjatuh mengenai kaki.

Bekerja di makmal dimana ianya mempunyai risiko tumpahan bahan kimia


dan sebagainya.

Bekerja di kawasan yang licin dan mempunyai risiko tergelincir.


Contoh pelindung kaki yang biasa digunakan adalah seperti kasut keselamatan,
pelindung kasut (shoe cover) dan sebagainya.

5. PELINDUNG MATA

Pelindung mata merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja yang melibatkan hazard berikut :

Menggunakan bahan kimia yang merengsa kepada mata.

Menjalankan kerja pateri (welding) yang menghasilkan tahap cahaya yang


boleh menyebabkan kerosakan pada mata.

Menjalankan kerja menggunakan peralatan laser berkeamatan tinggi.


Kawasan kerja mempunyai hazard partikel beterbangan, habuk dan
sebagainya.

Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti pelindung muka, cermin
mata keselamatan dan sebagainya.

6. PELINDUNG PENDENGARAN

Pelindung pendengaran merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja


perlu menjalankan kerja sama ada :

Peralatan yang digunakan menghasilkan kebisingan yang melebihi aras yang


ditetapkan seperti mesin gerudi . Atau;

Bekerja di kawasan yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi

seperti di bengkel dan sebagainya.


Contoh pelindung pendengaran yang biasa digunakan adalah seperti palam telinga ( ear
plug), penutup telinga (ear muff) dan sebagainya.

7. PELINDUNG KEPALA

Pelindung kepala merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja di mana bahagian kepala merupakan bahagian tubuh yang
berpotensi menerima kecederaan akibat kerja yang dijalankan. Antara contoh kawasan
kerja yang memerlukan pelindung kepala adalah seperti :

Kawasan yang berisiko objek jatuh dan terkena kepala pekerja di kawasan
berkenaan seperti kawasan pembinaan.

Seseorang pekerja berisiko terhantuk kepada kepada objek pegun/ tetap


seperti menjalankan kerja pembaikan di bahagian bawah kereta dan
sebagainya. Contoh pelindung kepala yang biasa digunakan adalah seperti
topi keselamatan dan sebagainya.

KESIMPULAN.
Penggunaan PPE merupakan pendekatan yang paling biasa dipraktikkan di tempat
kerja. Bagaimanapun penggunaan PPE yang diklasifikasikan sebagai langkah terakhir
kawalan hazard hanya terhad dalam melindungi atau sekurang-kurangnya
mengurangkan risiko kecederaan yang dialami pekerja. Adalah disarankan agar
penggunaan PPE juga turut diamalkan beserta langkah pengawalan risiko yang lain
bagi memastikan pekerja dan pelawat yang berada di kawasan kerja berada dalam
keadaan selamat dan sihat.

You might also like