You are on page 1of 30

Isi tempat kosong dengan jawapan

yang paling sesuai.


1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair
kepada ibunya.
A kita B kami C saya D
mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib.


_______ tinggal sekampung.
A Dia B Kita C Kami D
Mereka

3 "Jika _______ ada masalah sila jumpa


saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka B kamu C kami D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______


berazam untuk mencapai 5A dalam
UPSR.
A Dia B Kami C Awak D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan


oleh _______.
A diaB kami C kamuD beliau
6 "Sebagai murid, _______ hendaklah
belajar bersungguh-sungguh," kata
cikgu.
A dia B kita C kamu D
mereka

7 Mari kita ikut _______ ke


perpustakaan, kata Siti kepada Nurul.
A mereka B awak C saya D
kami

8 "Boleh _______ tumpang bertanya?"


kata Suri dan Muna kepada pemuda
itu.
A kamu B awak C kami D saya

9 "Ampun _______ tuanku," sembah


Hang Tuah kepada raja.
A beta B patik C hamba D
baginda

10 "Jika ________ ada masa lapang,


jemputlah ke rumah saya," kata Ani
kepada kawan-kawannya.
A dia B awak C beliau D kalian

11 Nah, ambil wang _______! kata


emak sambil menghulurkan wang
kepada saya.
A itu B ini C sini D situ
12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan
di _______.
A itu B sini C sana D mana

13 "Cuaca di _______ sungguh sejuk,"


kata Sabri sambil menahan kesejukan.
A mana B sini C situ D ini

14 "Jangan berkelakuan _______, tidak


elok," nasihat ibu kepada Zarina.
A begitu B begini C itu D ini

15 Kalau tidak ada _______ masalah


projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apaB bila-bila C mana-mana D
siapa-siapa
16 Duduklah di _______ yang kausuka.
A mana B siapa C siapa-siapa
D mana-mana
17 Entah _______ yang disimpannya di
dalam peti besi itu.
A bila-bila B apa-apaC siapa-siapa D
mana-mana

18 ______ pun tidak dibenarkan masuk


ke dalam dewan peperiksaan.
A Bila-bila B Apa-apa C Mana-mana
D Siapa-siapa

19 Jemputlah ke rumah saya _______


encik ada masa lapang.
A bila B siapa C bila-bila D
siapa-siapa
20 _______lah ucapan daripada Guru
Besar," kata juruacara majlis.
A Ini B Begini C Begitu D
Demikian

21 Ibu, duit Adik Farah hilang semasa


________ bermain seorang diri di taman
permainan," kata Umi kepada ibunya.
A beliau B kami C kita D dia
22 Ali, suruh _______ datang ke
sekolah petang ini untuk latihan
sukan, kataCikgu Maimun kepada
saya.
A kami B kamu C beliau D
mereka
23 Encik Wan Omar bakal pemimpin di
kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya
kepada _______
A ia B dia C beliau D
mereka

24 Sebagai tentera, _______ berikrar


akan memperjuangkan tanah air
sehingga titisan darah yang terakhir,"
kata askar-askar itu kepada pegawai
mereka.
A kita B kami C beliau D
mereka

25 Kalau engkau tidak ada kerja


marilah ikut _______ ke perpustakaan,
kata Siti dan Yusni kepada Nurul.
A mereka B engkau C kalian
D kami

26 "Ibu, ini kawan-kawan lama saya.


Bolehkah _______ menumpang tidur di
rumah kita?" kata Rosmaini kepada
ibunya.
A mereka B engkau C kalian
D dia
27 Setelah sultan itu mangkat, maka
takhta kerajaan negeri itu pun
diserahkan kepada putera _______.
A baginda B tuanku C beta D
nya
28 "Kalau ________izinkan sekarang
juga patik akan melaksanakan tugas
itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
A tuan B tuanku C baginda D
tuan hamba

29 "Saya harap _______ dapat


mempersembahkan permainan yang
bermutu nanti," kata jurulatih bola
sepak itu kepada pemain-pemainnya.
A mereka B kalian C kami D
kita

30 "_______lah caranya membuat


masakan gulai tempoyak cili api, kata
PuanBalkhis kepada pelajarnya.
A Demikian B Begitu C Begini
D Apa

31 _______kah gadis yang berbaju


kurung hijau yang berjalan dengan
awak, semalam?" tanya Maniam
kepada Razif.
A Apa B Mana C Siapa D
Mengapa

32 Pak Haji Daud bertindak _______


supaya anaknya tidak mengulangi
kesalahan itu lagi.
A begitu B begini C situ D
sini
33 "Saya berharap agar permohonan
ini mendapat pertimbangan daripada
pihak _______," kata Chandran kepada
majikannya, Puan Mei Ling.
A encik B puan C tuan D cik

34 "Setelah seminggu balik dari Pulau


Langkawi, _______ masih lagi
terbayangbayang akan suasana damai
di sana,"kata Lokman.
A dia B kami C saya D kalian

35 "Ahmad, tolong ambilkan saya


kamus yang terletak di atas meja
_______," kata Laily kepada Ahmad.
A sana B situ C ini D itu
36 Dulu Disman pengurus bank di
bandar itu. Kini _______ dinaikkan
pangkat sebagai pengurus besar di
Kuala Lumpur.
A mereka B beliau C kamu D dia

37 Jikalau begitulah titah _______,


eloklah kita pergi siasat segera," kata
Hulubalang kepada Panglima Ali.
A tuan hamba B baginda C
patik D beta
38 Perjuangan _______ masih belum
berakhir selagi wisel penamat belum
dibunyikan oleh pengadil,"kata ketua
pasukan itu kepada rakan-rakannya.
A kita B kami C kalian D
mereka
39 Saya dan murid-murid Tahun Enam
Bestari merancang untuk mengadakan
pertandingan bercerita. _______ telah
menjemput beberapa orang guru
sebagaipengadil.
A Beliau B Kami C Saya D Kita

40 _______ akan menentang pasukan


lawan dengan bersungguh-
sungguh,"ikrar para pemain itu kepada
jurulatih mereka.
A Dia B Kita C Kami D
Mereka
Isi tempat kosong dengan jawapan
yang paling sesuai.
1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu,
Sang Kancil ialah seekor __________
yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung


Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi
3 Banyak makan __________ bererti
banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan


Malaysia yang diminati oleh para
pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas


dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika


dibandingkan dengan adik-beradiknya
yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng


itu menampakkan dia seorang
__________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu
8 Mereka selalunya bermesyuarat di
__________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap


rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke


dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih


untuk menyambung pelajaran ke
Jepun.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat


sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu


diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas

14 __________ yang telah busuk itu


dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain


buaian dengan kawan-kawannya di
_________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang

16 Cikgu Rozita merupakan bekas


__________ di Maktab Perguruan
Perempuan Melayu,
Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa

17 __________ kelapa yang sudah


berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang
18 Posmen itu menyerahkan sepucuk
__________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar

19 Pak Meon menghalau sekumpulan


__________ yang masuk ke dalam
kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila


memandu kereta Ptoton buatan
__________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China

21 Pada hari __________ yang lalu, Farid


dan abangnya menunaikan solat
di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat

22 Orang ramai berkumpul di


__________ itu untuk mendengar
ceramah
keibubapaan yang disampaikan oleh
Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid

23 Kaum __________ diingatkan supaya


tidak terpedaya dengan jualan murah
sewaktu berbelanja.
A gadis
B isteri
C betina
D wanita

24 Pembinaan tukun tiruan di perairan


negara ini telah berjaya menambahkan
hasil tangkapan __________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani
25 Kita sebagai __________ Malaysia
hendaklah menghormati undang-
undang negara.
A pelancong
B pendatang
C rakyat
D murid

26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah


__________ kerana mendapat keputusan
yang cemerlang dalam UPSR tahun
lalu.
A motosikal
B basikal
C kereta
D beca

27 Berbagai-bagai kemudahan
disediakan oleh kerajaan untuk
menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai
pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan

28 Walaupun Suraya dan Tania bukan


adik-beradik tetapi _______________
sangat rapat
seperti isi dengan kuku.
A dia
B kita
C kami
D mereka

29 Kemalangan yang berlaku di bawah


____________itu menyebabkan
kesessakan lalu lintas.
A jejantas
B jambatan
C lapangan
D bangunan

30 Haziq merupakan satu-satunya


__________ yang berjaya melanjutkan
pelajaran di Universiti Kebangsaan
Malaysia.
A dekan
B pelajar
C profesor
D pensyarah

31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis


itu telah diumumkan oleh _________
dengan suara
yang lantang.
A juruulas
B juruacara
C jurucakap
D juruhebah

32 Penduduk Kampung Sira bergotong-


royong membaiki __________ yang
rosak itu.
A jambatan
B jejambat
C jejantas
D jejari

33 Tiang telefon di hadapan rumah


Elena condong akibat dipukul
__________ semalam.
A ribut
B hujan
C angin
D panas

34 Puan Rosnah dikejarkan ke


__________ kerana darah di kakinya
tidak berhenti mengalir.
A pasar
B pejabat
C hospital
D bengkel

35 __________ itu tersenyum manis


sambil menghidangkan minuman
kepada penumpang.
A Seniwati
B Pramugari
C Pramugara
D Peragawati
36 Mahasiswa dan mahasiswi di
__________ diingatkan supaya
menumpukan perhatian
semasa mengikuti kuliah.
A universiti
B sekolah
C tadika
D kolej

37 Kuiz itu diadakan untuk menguji


kecekapan __________ dalam mata
pelajaran
Matematik.
A ibu
B adik
C kakak
D pelajar
38 __________ yang dijual di kedai Kak
Som itu segar-segar belaka kerana
baru dipetik.
A Kuih
B Lauk
C Sayur
D Barang

39 _________ polis itu sedang


menyampaikan taklimat tentang kes
rompakan kedai emas
yang berlaku di Kedai Emas Fung
Keong kepada pihak media.
A Juruacara
B Jurucakap
C Juruhebah
D Jurumaklum
40 Penyokong-penyokong pasukan
bola sepak Perak melonjak __________
apabila Khalid
Jamlus menjaringkan gol kemenangan.
A lompatan
B kemeriahan
C kesenangan
D kegembiraan

You might also like