You are on page 1of 6

Membentuk masyarakat gemilang dapat disamakan dengan kita membina sebuah

bangunan. Sebelum bangunan itu didirikan, pembinaan asas perlu didahulukan demi
memastikan bangunan yang terbina kukuh dan kuat. Begitulah juga jika kita ingin melahirkan
masyarakat yang memiliki kesantunan berbahasa yang tinggi kita perlulah memiliki
pengetahuan tentang penggunaan sesuatu bahasa serta perkataan pada tempat dan masa
yang sesuai. Namun sebaliknya apa yang kita dapat lihat pada hari ini ialah penggunaan kata-
kata kasar dan kesat dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Kemajuan
dalam bidang teknologi telekomunikasi pada hari ini seolah-olah disalahgunakan serta dijadikan
medium bagi masyarakat untuk melepaskan amarah dengan menggunakan bahasa-bahasa
kasar dan kesat. Walhal, menurut blog Cikgu Azemis (2009), kemunculan serta kemajuan
teknologi pada hari ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat
berbilang kaum di negara Malaysia ini. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan bahasa
atau kata-kata kasar dan kesat ini? Menurut Kamus Dewan (2002), definisi bahasa ialah satu
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia. Contohnya antara seorang individu dengan individu yang lain dan
sebagainya. Menurut Abdullah Yusof (2010) mengikut Pateda, beliau mentakrifkan bahasa
sebagai alat komunikasi dan makhluk sosial yang suka bersosial, iaitu bersosial untuk kebaikan
tetapi adakalanya keburukan. Manakala perkataan kasar menurut Kamus Dewan (2002)
bermaksud tidak halus, tidak licin, tidak tertib atau tidak bersopan santun. Penggunaan bahasa
kasar ini membawa maksud perkataan yang tidak sesuai digunakan pada masa dan tempat
sehingga menyentuh perasaan pihak tertentu. Bahasa kasar juga akan menimbulkan rasa tidak
selesa jika digunakan dalam situasi formal. Penutur yang menggunakan bahasa kasar
mencerminkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau tidak tahu
berbahasa disebabkan bahasa yang digunakan. Contoh kata kasar ialah seperti bodoh, sial,
celaka, gila, kurang ajar, kepala otak dan sebagainya. Menurut laman web Pusat Rujukan
Persuratan Melayu (2015), kesat membawa maksud sebagai tidak licin, kasar, menyakiti hati
dan perasaan seseorang. Bahasa kesat yang digunakan pula dikaitkan dengan bahasa yang
digunakan oleh golongan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan
dianggap bermoral rendah. Antara contoh bahasa kesat ialah dasar anak pungut, tak sedar
diuntung. dari kecil ku bela engkau, kini cuba pula nak melawan aku. Nyah kau dari rumah ku
ini!. Penggunaan bahasa yang digunakan setiap hari sekiranya tidak menimbulkan kemarahan
dan menyakiti hati serta perasaan orang lain dianggap sebagai bahasa yang sopan. Pepatah
Melayu turut mengatakan sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa yang
menunjukkan betapa tingginya falsafah dalam konteks kemahiran bertutur dan berbahasa.
Malah jika dilihat dari sudut perspektif agama Islam serta agama lain juga, aspek penggunaan
bahasa yang sopan dilihat sebagai satu perkara yang penting dalam menjaga hubungan baik
sesama manusia. Sebagai contohnya, menurut artikel Linguistik dan Sosiolinguistik (2013),
dalam agama Islam, Al-Quran telah memberi garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan
perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang
lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara tersebut ialah :

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada
memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan
hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun".

(Al-Baqarah: 263)

Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya
kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu".

(Al-'Imran : 159)

Demikianlah petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa


hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi
asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Manakala
sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang sama sekali.

Setiap sesuatu yang berlaku mestilah datang daripada salah satu faktor yang tertentu.
Dalam konteks ini, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi mengetahui punca
sebenar sebabnya terjadi isu kesantunan berbahasa ini dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Menurut artikel Linguistik dan Sosiolinguistik (2013), antara faktor-faktor yang boleh dikaitkan
dengan isu penggunaan kata-kata kasar dan kesat ini ialah pengaruh daripada rakan-rakan.
Setiap manusia di atas muka bumi ini sudah pasti mempunyai rakan walaupun hanya seorang.
Rakan terutamanya rakan sebaya dan juga persekitaran banyak mempengaruhi cara pertuturan
seharian terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Ini berikutan, kanak-kanak dan
remaja banyak bergaul di luar rumah terutamanya di sekolah atau tempat-tempat melepak,
contohnya di pasar raya atau restoran makanan segera. Menurut Hazil Abdul Hamid (1990),
ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanakkanak ataupun kumpulan
remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama. Golongan ini lebih cenderung untuk
menggunakan bahasa yang kasar dalam pergaulan seharian. Hal ini amat jelas apabila mereka
bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Sebagai contoh yang boleh, ungkapan seperti kepala
otak kau, lu dah gila kah? sering diungkapkan oleh sesetengah kanak-kanak ataupun remaja
bagi menunjukkan rasa marah atau geram terhadap sesuatu hal. Sebenarnya ungkapan
sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berunsur kasar atau tidak sopan serta kesat
adalah amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya.

Faktor seterusnya ialah melalui pengaruh persekitaran. Dari segi persekitaran juga turut
memberi sumbangan yang besar dalam penggunaan bahasa kasar dan kata-kata kesat ini.
Menurut Kamus Dewan (1996), persekitaran bermaksud kawasan di sekeliling sesuatu tempat.
Menurut Kamus Times (1987), mendefinisikan persekitaran adalah keadaan di sekeliling kita.
Persekitaran yang dimaksudkan ialah sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif
atau positif bergantung kepada kedudukan dan suasana persekitaran keluarga, masyarakat,
media dan sebagainya. Penggunaan bahasa kasar di dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
dan blog tidak terlepas daripada punca kepada permasalahan ini. Kadang kala, akibat
mengambil mudah akan hal ini, sensitiviti orang lain tidak dijaga. Selain itu, media juga
berperanan besar dalam hal ini. Hal ini demikian kerana terdapat penggunaan perkataan yang
tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi
ikutan remaja maka kini. Dalam berita sukan contohnya, perkataan habuan yang
menggambarkan hadiah yang diterima pemenang adalah kurang enak untuk didengar.
Akibatnya, penonton, terutamanya kanak-kanak dan remaja terbawa-bawa dalam pergaulan
seharian. Maka, apabila kita senantiasa bertutur dengan perkataan kasar atau tidak sopan, kita
sebenarnya secara tidak langsung memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif.
Kesannya, kita bakal membentuk tingkah laku dan emosi yang negatif pula.

Pada hari ini, kita dapat melihat pelbagai isu yang telah timbul di kaca televisyen,
corong-corong radio bahkan telah meniti di bibir masyarakat mengenai penggunaan bahasa
kasar dan kata-kata kesat dalam kalangan remaja. Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dr.
Abdul Shukor Bin Hj. Husin (2014), yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah menyatakan Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 15
Januari 2014 memandang serius dan amat kecewa apabila para ulama dilempar dengan kata-
kata kesat dan diperlekehkan hanya kerana pandangan atau hukum yang dikeluarkan tidak
memenuhi kehendak atau memihak kepada golongan tertentu, dan sikap tidak menghormati
pemimpin(umara) semakin menjadi-jadi seolah-olah ianya menjadi satu trend dan budaya
masyarakat Islam di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Manakala menurut berita daripada laman
web Utusan Online (2015), penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) II dituduh di mahkamah
majistret di sini kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis. Mohd Anis Faron
Ahmad, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan
Majistret L Umma Devi, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud hendak mengaibkan pasukan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) menyebut kata-kata kesat dengan maksud supaya perkataan itu
didengari oleh anggota polis yang bertugas. Mohd Anis dituduh melakukan kesalahan itu pada
jam 10.50 malam pada 3 April lalu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini. Dia didakwa
mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun
atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Menurut laman web Noor Mohamad Shakil
Hameed yang memetik rencana daripada Dewan Bahasa (2012), terdapat segelintir pengguna
yang berani menyalahgunakan kemudahan laman sosial untuk melepaskan geram dan
perasaan marah masing-masing dengan menggunakan bahasa dan ayat yang kurang sopan
dalam komen mereka. Penggunaan kata kesat mahupun lucah serta kurang sopan merupakan
satu lagi virus yang mula merebak dalam kalangan masyarakat kita yang sedikit sebanyak telah
mencemari tujuan dan matlamat utama penggunaan laman sosial, iaitu menyediakan peluang
perhubungan yang lebih interaktif, cekap dan pantas. Akibatnya, laman sosial menjadi punca
perbalahan, pergaduhan, pertelingkahan dan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat
kita. Misalnya, suami dan isteri boleh bercerai angkara pergaduhan dalam Facebook. Sudah
ada peristiwa perbalahan di Facebook dan laman sosial lain yang membawa budaya saman-
menyaman dan melibatkan pihak polis. Dalam hal ini, komen berbaur lucah, politik melampau,
sentimen perkauman, penyebaran fitnah dan kurang sopan perlu dielakkan demi menjaga
tatasusila, serta adat dan budaya kita sebagai masyarakat Timur. Jelaslah bahawa penggunaan
kata-kata kesat dan bahasa kasar menunjukkan bahawa kesantunan berbahasa dalam
kalangan masyarakat Malaysia kian terhakis.

Bagi mengelakkan isu terus hangat diperkatakan, langkah-langkah yang efektif dan
mantap perlulah dilakukan dengan segera agar tidak terus berleluasa. Langkah ini haruslah
meliputi kesantunan berbahasa verbal dan non-verbal agar apa yang diusahakan bukan hanya
hangat-hangat tahi ayam atau ibarat melepaskan batuk di tangga. Menurut artikel Linguistik
dan Sosiolinguistik (2013), antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah pemantauan
pihak tertentu. Pemantauan secara kerap haruslah dilakukan dari semasa ke semasa untuk
memastikan tiadanya kesalahan penggunaan bahasa berlaku dengan sewenang-wenangnya..
Pihak-pihak berwajib haruslah memainkan peranan yang penting dalam memantau masalah ini
bukan sahaja di alam persekolahan malah di mana-mana sahaja penggunaan bahasa kasar
yang berlaku. Denda dan teguran daripada pihak berkuasa adalah perlu bagi mengelakkan
pihak tertentu atau individu daripada melakukan kesalahan menggunakan bahasa kasar
dengan bebas dan sewenang-wenangnya. Dengan itu, setiap individu pastinya akan lebih
berhati-hati dan sentiasa peka dalam penggunaan bahasa yang betul dan lebih bersopan.
Menurut artikel tersebut juga, langkah seterusnya yang perlu diambil ialah fikirkan keburukan
sebelum bercakap. Tindakan pihak-pihak berwajib adalah perlu dan penting dalam menangani
masalah penggunaan bahasa kasar yang semakin menular di kalangan masyarakat. Namun
begitu, tanpa penglibatan penuh dan sokongan padu daripada setiap individu masyarakat
pastinya usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu adalah sia-sia. Oleh itu, setiap individu juga
berperanan penting dalam menangani masalah ini. Sebagai individu yang turut menggunakan
bahasa Melayu adalah tidak wajar sekiranya meletakkan tanggungjawab di bahu sebelah pihak
sahaja dan menonton tanpa berbuat apa-apa. Adalah tanggungjawab seseorang individu itu
untuk memastikan penggunaan bahasa yang betul. Penting untuk berfikir dahulu sebelum
bertutur dan menulis sesuatu ayat atau perkataan. Hal ini dapat membantu dalam
mengurangkan penggunaan bahasa kasar terutamanya dalam bait-bait lagu atau dialog drama
atau filem di samping turut memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat amnya. Manakala menurut artikel Penggunaan Bahasa Tidak Sopan (2014) yang
diambil dalam sebuah laman web, langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah melalui media
massa. Media massa merupakan medium yang paling sesuai untuk memain peranan dalam
menangani fenomena bahasa tidaka sopan ini. Ini adalah kerana media massa merupakan
ejen penyampai yang paling berkesan dalam menyampaikan maklumat terkini kepada orang
ramai. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh media elektronik ialah dengan menyiarkan
rancangan-rancangan yang menggunakan bahasa-bahasa yang baik dan sopan. Pihak penerbit
juga boleh menyediakan rencana-rencana atau slot-slot khas yang memaparkan tentang nilai-
nilai kesantunan dalam berbahasa. Pihak penerbit juga perlu mengawal dan memastikan
rancangan-rancangan yang disiarkan mematuhi syarat-syarat penyiaran yang telah ditetapkan
terutama dalam penggunaan bahasa yang sopan dan teratur. Selain itu, media cetak juga perlu
memainkan peranan yang serupa dalam membenteras isu ini. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kamus Dewan, akhbar-akhbar dan majalah perlu lebih aktif mengeluarkan bahan-bahan untuk
panduan dan rujukan orang ramai tentang tatacara penggunaan bahasa yang sopan.
Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan bagi menangani isu ini. Menurut
laman web Program Bahasa Melayu & Linguistik, Universiti Brunei Darussalam (2012),
Menghalang bukan sesuatu yang mudah tetapi usaha untuk mengurangi dan menghindari
daripada berbahasa kesat tentu ada caranya.
Abdullah Yusuf. 2010. HBML3403. Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor Darul Ehsan: Meteor
Doc.Sdn.Bhd.

Hazil Abd. Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Negara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://bahasakesatubd.blogspot.com/

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kesat

https://azemi09.wordpress.com/2009/12/28/esei-kepentingan-teknologi-maklumat-kepada-
negara/

Kamus Dewan (1996). Edisi Ke-3 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2002). Edisi ke-3 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Times (1987). Edisi Kelima. Petaling Jaya: Times Educational Co. Sdn. Bhd.

Linguistik Dan Sosiolinguistik, http://seprianiq.blogspot.com/2013/09/linguistik-dan-


sosiolinguistik.html

Majlis Fatwa Kebangsaan sokong tindakan JAIS,


http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140117/dn_02/Majlis-Fatwa-Kebangsaan-
sokong-tindakan-JAIS

Noor Mohamad Shakil Hameed, Dewan Bahasa, April 2012, http://dwnbahasa.dbp.my/?p=625

Penggunaan Bahasa Tidak Sopan, http://abkar178.blogspot.com/2014/05/penggunaan-bahasa-


tidak-sopan.html

Penjaga gol JDT II didakwa aibkan PDRM,


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/penjaga-gol-jdt-ii-didakwa-aibkan-pdrm-1.81120

You might also like