You are on page 1of 9

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA

1. PENGARAH

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan


aktiviti.
Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.
Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan
tugas atau aktiviti.
Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak
yang berkenaan.
Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA


2. TIMBALAN PENGARAH

Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.


Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA


3. SETIAUSAHA

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.


Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program.
Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat.
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang
berkenaan.
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA


4. BENDAHARI

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.


Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan.
Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-
lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik.
Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi
perlaksanaan kejohanan.
SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA

5. JAWATAN KUASA KESELAMATAN

Memastikan keselamatan peserta terjaga sepanjang program dijalankan


Memastikan tempat pertandingan selamat dan tidak mendatangkan bahaya
Bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk menjaga keselamatan tempat
pertandingan.

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA

6. JAWATAN KUASA KEBAJIKAN


Memastikan petugas yang dilantik berada ditempat pertandingan pada tarikh, masa
yang telah ditetapkan.
Bertanggungjawab terhadap petugas yang dilantik serta kebajikan mereka.
Menempatkan JK Kebajikan & Pertolongan Cemas ditempat yang strategik dan
mudah dikenal pasti.
Menentukan bilik menunggu sekiranya berlaku kecemasan.
Melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan.

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA

7.JAWATAN KUASA KEWANGAN/ TAJAAN DI BAWAH BENDAHARI


Menerima anggaran perbelanjaan dari jawatan kuasa kecil lain untuk dimajukan
kepada jawatan kuasa pusat.
Segala permohonan perbelanjaan perlu diluluskan oleh jawatan kuasa pusat terlebih
dahulu.
Membuat pesanan barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan.
Menyediakan surat tawaran (lo) dan baucar bagi urusan pentadbiran dan pengurusan
kejohanan.
Bertanggungjawab dengan menyimpan bil-bil yang terlibat dan kunci kira-kira dalam
kejohanan
Mengawal dan menyelia segala perbelanjaan perjalanan kejohanan

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA

8. JAWATAN KUASA MAKANAN


Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi bagi semua peserta yang
terlibat
menyediakan jadual serta menu masakan setiap hari
menyediakan anggaran perbelanjaan makan yang mencukupi
mengurus dan menyediakan semua peralatan memasak
mengemas dan membersihkan semua peralatan masakan

SUMBANGAN AHLI JAWATANKUASA

9. JAWATAN KUASA JURUAUDIT


Membuat persediaan dan mengendalikan audit berdasarkan jadual audit atau arahan
dan ketetapan dari Ketua Sistem Audit dan Ketua Kumpulan Juruaudit
Membuat catatan audit sepanjang mengendalikan audit
Menyediakan Laporan Ketakakuran Audit dan membantu Ketua Kumpulan Juruaudit
menyediakan Log Audit
Mengendalikan audit susulan jika diarahkan

You might also like