You are on page 1of 19

Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.

[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 229

A ALI OSMAN AWANG HITAM & YANG LAIN

lwn.

PENTADBIR TANAH ROMPIN & YANG LAIN


B MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUANTAN
MARIANA YAHYA H
[SAMAN PEMULA NO: 24NCVC-93-03-2013]
17 DISEMBER 2013

C UNDANG-UNDANG TANAH: Pengambilan tanah - Pampasan -


Sama ada bayaran pampasan dibuktikan - Sama ada kegagalan
membayar pampasan menjadikan pengambilan tanah tidak sah di sisi
undang-undang

UNDANG-UNDANG TANAH: Pengambilan tanah - Kesahan


D
pengambilan - Sama ada pampasan dibayar kepada pemilik berdaftar
sebenar - Kesilapan dalam penamaan pemilik berdaftar - Sama ada
Pentadbir Tanah bertanggungjawab untuk menyiasat pihak berkepentingan
atas tanah - Sama ada penjelasan diberikan bagi kesilapan penamaan -
Sama ada kesilapan memudaratkan kepada pemilik berdaftar sebenar
E
HAD MASA: Tanah - Pengambilan tanah - Kegagalan membayar
pampasan - Tindakan diambil selepas 30 tahun - Sama ada had masa
terpakai - Sama ada kekilanan berterusan sehingga pampasan dibayar -
Sama ada pengambilan tanah boleh dibatalkan - Akta Perlindungan
F Pihak Berkuasa Awam 1948, s. 2(a) - Perlembagaan Persekutuan,
per. 13(2)

Plaintif-plaintif adalah pemilik asal berdaftar tanah Lot 500, GM52,


Ruang Tengah, Mukim Tioman, Daerah Rompin (tanah tersebut)
G dengan masing-masing memiliki 1/3 bahagian setiap seorang. Pada
tahun 1984, defendan-defendan telah membuat pengambilan balik
sebahagian daripada tanah tersebut. Plaintif-plaintif mendakwa
(i) mereka tidak menerima sebarang notis siasatan mengenai
pengambilan balik tanah daripada defendan-defendan; (ii) tiada
H sebarang Borang H, E, D dan G dikeluarkan kepada mereka; dan
(iii) tiada sebarang pampasan dibayar bagi pengambilan balik tanah
tersebut. Plaintif-plaintif merujuk kepada Borang K di mana Salim
bin Daik dan Ramlah binti Osman, yang tiada sebarang kaitan
dengan pemilikan tanah tersebut, direkodkan sebagai tuan punya
I berdaftar atau penduduk. Sebaliknya, defendan-defendan
menyatakan bahawa Borang K adalah borang terakhir yang
dikeluarkan dan oleh itu, adalah mustahil bahawa plaintif-plaintif
230 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

tidak mengetahui mengenai pengambilan balik tanah tersebut sejak A


tahun 1984. Defendan-defendan menegaskan bahawa kesemua
borang telah diserahkan kepada plaintif-plaintif dan pampasan telah
dibayar untuk pengambilan balik tanah tersebut. Walaupun
defendan-defendan mengakui kesilapan penamaan pemilik berdaftar
pada Borang K, mereka menyatakan bahawa tuntutan plaintif- B
plaintif terhalang oleh had masa.

Diputuskan (membenarkan permohonan plaintif-plaintif):

(1) Bayaran pampasan adalah sebahagian prosedur yang perlu


C
dipatuhi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta)
sebelum sesuatu tanah seseorang diambil untuk tujuan di
bawah s. 3 Akta. Walaupun defendan-defendan menegaskan
bahawa bayaran telah dibuat kepada plaintif-plaintif dengan
bersandarkan atas Borang K, tiada sebarang bukti dikemukakan
D
untuk menunjukkan bahawa bayaran pampasan telah dibuat
kepada plaintif-plaintif atau mana-mana penghuni atas tanah
plaintif-plaintif. Kegagalan defendan-defendan membayar apa-
apa jumlah pampasan kepada plaintif-plaintif menjadikan
pengambilan tanah mereka tidak sah di sisi undang-undang.
E
(perenggan 12, 18, 19)

(2) Semua proses undang-undang mengenai pengambilan tanah


plaintif-plaintif dilakukan oleh defendan dan siasatan yang
dijalankan oleh defendan pertama juga direkodkan secara
bertulis seperti yang diperuntukkan di bawah s. 12 Akta. Oleh F
itu, beban membuktikan sama ada bayaran pampasan telah
dibuat atau tidak, adalah di pihak defendan-defendan. Adalah
tidak adil untuk meletakkan beban bukti kepada plaintif-plaintif
apabila mereka telah mengikrarkan bahawa mereka tidak
menerima sebarang notis dan borang-borang seperti yang G
diperuntukkan di bawah Akta. (perenggan 13)
(3) Defendan pertama bertanggungjawab untuk memfailkan setiap
award yang disediakan di bawah s. 14 Akta di Pejabat
Pentadbir Tanah yang mana ianya menjadi keterangan terakhir H
dan konklusif mengenai mana-mana keluasan tanah dijadualkan
tanpa mengambil kira sama ada setiap orang yang mempunyai
kepentingan dalam tanah tersebut hadir semasa siasatan atau
tidak. Walau bagaimanapun, defendan-defendan gagal
mengemukakan fail-fail award tersebut bagi tanah plaintif- I
plaintif. (perenggan 14)
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 231

A (4) Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dokumen-


dokumen berkaitan telah dimusnahkan atau tiada dalam
simpanan defendan-defendan atau usaha-usaha untuk
mendapatkannya dibuat oleh defendan-defendan. Dengan itu,
alasan defendan-defendan bahawa jabatan kerajaan tidak
B menyimpan dokumen-dokumen begitu lama dan tidak dapat
mengemukakannya sekarang adalah tidak boleh diterima.
(perenggan 16)

(5) Kesilapan penamaan pemilik berdaftar tidak wajar berlaku


C berikutan s. 12(2) Akta yang memperuntukkan tanggungjawab
kepada Pentadbir Tanah untuk menyiasat orang-orang yang
berkepentingan ke atas tuntutan pampasan atau pada
pendapatnya berhak ke atas pampasan bagi luas tanah yang
diambil. Malahan, tiada penjelasan diberikan bagi kesilapan
D tersebut. Kesilapan tersebut juga memungkinkan pemilik
berdaftar sebenar tidak dibayar pampasan yang sepatutnya,
seperti yang diikrarkan oleh plaintif kedua dalam afidavitnya.
Kegagalan defendan-defendan menjawab afidavit plaintif kedua
merumuskan bahawa segala pengataan plaintif kedua adalah
E benar. (perenggan 20 & 22)

(6) Dalam kes plaintif-plaintif, had masa tidak terpakai berdasarkan


per. 13(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan
No law shall provide for compulsory acquisition or use of
property without adequate compensation. Perbuatan
F
defendan-defendan mengambil dan menggunakan tanah plaintif-
plaintif secara berterusan terjumlah kepada bahagian kedua
s. 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 iaitu in
the case of continuance of injury or damage within thirty-six
months next after the ceasing thereof. Kekilanan plaintif-
G
plaintif masih berterusan dan bersambung dan perbuatan
defendan-defendan hanya terhenti apabila bayaran pampasan
dibuat. (perenggan 26)

(7) Pengambilan tanah juga boleh dibatalkan sekiranya tuan tanah


H lewat dibayar. Di sini, plaintif-plaintif langsung tidak dibayar.
Tiada sebarang undang-undang yang boleh menghalang plaintif-
plaintif dari menuntut hak mereka menurut per. 13
Perlembagaan Persekutuan. (perenggan 28)

I
232 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

Kes-kes yang dirujuk: A


Ismail Bakar & Ors v. Director of Lands and Mines, Kedah Darul Aman
[2010] 9 CLJ 810 CA (refd)
Kerajaan Malaysia & Ors v. Lay Kee Tee & Ors [2009] 1 CLJ 663 FC
(refd)
Mohd Johar Ismail (Pentadbir Harta Pusaka Bagi Allahyarham Ismail
B
Hussain & Allahyarhamah Khatamah Abdul Kahar) v. Pengarah Tanah
Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [2012] 1 LNS 1038 HC
(refd)
Pemungut Hasil Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang v. Ong Gaik Kee
[1983] 1 LNS 14 FC (refd)
Ronald Beadle v. Hamzah HM Saman & Ors [2007] 1 CLJ 421 CA C
(dikuti)

Perundangan yang dirujuk:


Evidence Act 1950, s. 101
Federal Constitution, arts. 13(1), (2)
Government Proceedings Act 1956, s. 38 D
Land Acquisition Act 1960, ss. 3, 8, 10, 12(2), 13, 14(1), 16(1), (2),
17(6), 29
Limitation Act 1953, s. 6(1)(d)
Public Authorities Protection Act 1948, s. 2(a)
Rules of the High Court 1980, O. 18 r. 19(1) E

Bagi pihak plaintif-plaintif - Ranjit Singh Dhillon; T/n Ranjit Singh Dhillon
& Co
Bagi pihak defendan-defendan - N Jaya Nadarajah, Peguam Persekutuan

Dilaporkan oleh S Barathi F

PENGHAKIMAN

Mariana Yahya H: G

Pengenalan

[1] Plaintif pertama, kedua dan Minah binti Daik adalah pemilik
asal berdaftar tanah Lot 500, GM52, Ruang Tengah, Mukim
Tioman, Daerah Rompin (tanah tersebut) dengan mempunyai 1/3 H
bahagian setiap seorang. Pindahmilik 1/3 bahagian kepada plaintif
pertama dibuat pada 9 April 1955 dan 1/3 bahagian dipindahmilik
kepada plaintif kedua dibuat pada 18 Mei 1971. Lot 500 tersebut
merupakan kampung halaman plaintif-plaintif. Pada tahun 1973
plaintif pertama telah berpindah ke Tanah Rancangan Felda Bukit I
Kuantan. Pada tahun 1984 defendan-defendan telah membuat
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 233

A pengambilan balik sebahagian daripada tanah Lot 500 iaitu seluas


satu ekar dua rod 00 pole daripada keluasan asal tanah iaitu satu
ekar tiga rod 00 pole. Plaintif-plaintif mendakwa tidak menerima
sebarang notis mengenai sebarang siasatan mengenai pengambilan
balik tanah daripada defendan-defendan. Tiada sebarang Borang
B H, E, D dan G dikeluarkan kepada plaintif-plaintif. Plaintif-plaintif
juga tidak dibayar sebarang pampasan terhadap pengambilan balik
tanah tersebut. Plaintif-plaintif merujuk kepada borang K iaitu
PEMBERITAHU BAHAWA TANAH TELAH DI AMBIL
MILEK bertarikh 23 Februari 1984 yang mana tercatat di ruang
C tuanpunya berdaftar atau penduduk yang direkodkan adalah Salim
bin Daik, Minah binti Daik, Ali Osman bin A Hitam dan Ramlah
binti Osman. Plaintif-plaintif menyatakan Salim bin Daik dan
Ramlah binti Osman tiada sebarang kaitan dengan pemilikan tanah
tersebut. Carian yang dibuat oleh plaintif-plaintif di pejabat tanah
D Rompin bertarikh 12 November 2012 membuktikan tiada nama-
nama Salim bin Daik dan Ramlah binti Osman dicatatkan sebagai
pemilik berdaftar tanah tersebut.

[2] Defendan-defendan hanya memfail satu afidavit jawapan


E sahaja iaitu afidavit Mohamad Jafri bin Ahmad, Penolong Pentadbir
Tanah Daerah Rompin diikrar pada 30 Julai 2013. Defendan-
defendan menyatakan borang K adalah merupakan borang terakhir
dikeluarkan selepas borang-borang lain dikeluarkan. Oleh yang
demikian defendan-defendan menyatakan adalah mustahil plaintif-
F plaintif tidak mengetahui mengenai pengambilan balik tanah
tersebut sejak 23 Februari 1984. Defendan-defendan juga
menyatakan semua borang-borang telah diserahkan kepada plaintif-
plaintif dan menegaskan bahawa pampasan telah dibayar untuk
pengambilan balik tanah tersebut. Defendan-defendan juga
G mengakui kesilapan pada Warta Kerajaan Pahang No. 164/24.4.1975
serta Borang K bertarikh 23 Februari 1984 di mana penama
Ramlah binti Osman sepatutnya Raubah binti Osman. Defendan-
defendan juga menyatakan tuntutan plaintif-plaintif telah dihalang
oleh had masa menurut s. 2(a) Akta Perlindungan Berkuasa Awam
H 1948 dan/atau s. 6(1)(d) Akta Had Masa 1953 atau s. 38 Akta
Prosiding Kerajaan 1956.

[3] Raubah binti Osman telah memfailkan afidavitnya yang diikrar


pada 30 Ogos 2013 dan menjawab afidavit defendan-defendan
bahawa beliau tidak pernah dibayar sebarang pampasan mengenai
I
pengambilan balik tanah tersebut. Raubah juga mengesahkan
plaintif-plaintif tidak pernah diserahkan sebarang Borang H, E, D
dan G Akta Pengambilan Tanah 1960. Defendan-defendan
234 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

mendeposkan bahawa terdapat kesilapan pada Borang K dan A


pembetulan mengenainya telah dibuat tetapi tidak dikemukakan.
Tuntutan plainfif-plaintif dihalang oleh had masa adalah tidak timbul
kerana pampasan tanah masih belum dibayar dan defendan-
defendan berterusan menduduki tanah plaintif-plaintif secara tidak
sah. Tuduhan defendan-defendan bahawa plaintif-plaintif cuba B
membuat tuntutan kali kedua adalah tidak berasas kerana
defendan-defendan gagal membuktikan sebarang pampasan telah
dibuat kepada plaintif-plaintif. Plaintif-plaintif oleh itu memohon
relif-relif seperti berikut:
C
(a) Suatu deklarasi bahawa plaintif-plaintif belum dibayar bayaran
pampasan oleh defendan-defendan untuk pengambilan balik
tanah plaintif-plaintif Lot 500, GM52, Ruang Tengah, Mukim
Tioman, Daerah Rompin seluas satu ekar dua rod 00 pole
pada tahun 1984 sehingga ke hari ini; D

(b) Suatu deklarasi bahawa defendan-defendan dikehendaki


membayar plaintif-plaintif pampasan ke atas pengambilan balik
tanah plaintif-plaintif dengan keluasan satu ekar dua rod 00
pole pada harga kadar semasa bersama-sama dengan faedah
E
dan gantirugi yang akan ditaksir oleh Timbalan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Kuantan.

(c) Kos.
Hujahan Peguam Plaintif-Plaintif F

[4] Plaintif-plaintif telah merujuk kepada art. 13 Perlembagaan


Persekutuan yang memperuntukkan hak ke atas harta seperti
berikut:
Rights to Property. G

(1) No person shall be deprived of property save in accordance


with law.

(2) No law shall provide for the compulsory acquisition or use


of property without adequate compensation. H

[5] Defendan-defendan tidak menafikan fakta ini dan hanya


menyatakan bahawa pampasan telah dibayar kepada plaintif-plaintif
yang mana disangkal oleh plaintif-plaintif. Plaintif-plaintif berhujah
isu mengenai sama ada pampasan telah dibayar atau tidak boleh I
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 235

A diselesaikan dengan mudahnya dengan hanya mengemukakan bukti


pembayaran dan borang-borang yang diperuntukkan dibawah Akta
Pengambilan Tanah 1960.

[6] Defendan-defendan mengambil masa lebih kurang 5 1/2 bulan


B untuk menjawab afidavit plaintif-plaintif dan masih gagal
mengemukakan sebarang bukti sehingga kes ini selesai didengar.

[7] Bagi tujuan pengambilan balik tanah di bawah Akta


Pengambilan Tanah 1960, adalah menjadi keperluan bagi defendan-
defendan mematuhi peruntukan yang disediakan di bawah Akta
C
yang sama iaitu seperti berikut:

(i) Defendan pertama perlu memanggil untuk satu siasatan


menurut s. 10 melalui Borang E. Borang D menurut s. 8
hendaklah dipatuhi terlebih dahulu.
D
(ii) Tarikh untuk semua pihak hadir di hadapan defendan pertama
akan dicatatkan di dalam Borang E tersebut berserta minit-
minit siasatan pada tarikh yang ditetapkan. (ss. 12 dan 13
adalah dirujuk).
E
(iii) Menurut s. 14, apabila siasatan telah selesai dibuat di bawah
s. 12 oleh defendan pertama, defendan pertama hendaklah
menyediakan suatu award bertulis di bawah tandatangannya
dalam Borang G.
F (iv) Apabila membuat apa-apa award di bawah sub-s. (1) s. 14,
defendan pertama hendaklah menyediakan dan menyampaikan
suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang
berkepentingan pada tanah itu (s. 16(1)). Tiap-tiap notis dalam
Borang H hendaklah disertai dengan suatu cabutan dari award
G bertulis yang dibuat oleh defendan pertama dalam Borang G,
berhubungan dengan tanah yang mana orang yang kepadanya
notis itu dialamatkan mempunyai kepentingan (s. 16(2)).

[8] Plaintif-plaintif berhujah sekiranya benar kesemua borang-


H borang yang diperuntukkan di bawah Akta Pengambilan Tanah
1960 telah dikatakan diserahkan kepada plaintif-plaintif, plaintif-
plaintif meminta defendan-defendan mengemukakan sesalinan
borang-borang tersebut sebagai bukti borang-borang tersebut telah
diserahkan. Beban pembuktian untuk menunjukkan bayaran
I pampasan telah dibuat kepada plaintif-plaintif adalah ke atas
defendan-defendan dan bukanlah sebaliknya.
236 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

[9] Plaintif-plaintif seterusnya berhujah bahawa tempoh had masa A


yang dikatakan 36 bulan menurut Public Authorities Protection
Act 1948 (PAPA) dan Akta Had Masa 1953 adalah dikira dari
tarikh defendan memberhentikan pencerobohan mereka ke atas
tanah plaintif-plaintif. Maksud pencerobohan oleh defendan-
defendan tersebut adalah mereka menduduki tanah plaintif-plaintif B
tanpa sebarang bayaran pampasan menurut art. 13 Perlembagaan
Persekutuan. Bagi menyokong hujahan plaintif-plaintif ini plaintif-
plaintif telah merujuk kepada keputusan kes Ronald Beadle v.
Hamzah HM Saman & Ors [2007] 1 CLJ 421; [2007] 2 AMR
287, CA di mana Richard Malanjum HMR di dalam penghakimannya C
menyatakan seperti berikut:
2(a) Terdapat dua set keadaan yang dibayangkan untuk tempoh
had masa yang ditetapkan di bawah s. 2(a) Akta tersebut
untuk berbangkit. Set yang pertama berbangkit di mana act,
D
neglect or default complained of yang dirujuk terbatas
kepada tindakan tunggal, kecuaian atau keingkaran dan tidak
melibatkan unsur continuance dan bahawa tindakan tunggal
per se akan membentuk kausa tindakan yang lengkap. Set
yang satu lagi adalah di mana tempoh had masa bermula
apabila kecederaan atau kerugian tamat. E

(c) Perayu adalah betul dalam hujahannya semasa tempoh


pasportnya ditahan oleh responden-responden, kerugian
kepada perayu berterusan dan oleh itu kausa tindakannya
hanya bermula dari masa pasportnya dilepaskan. Oleh yang
demikian, tuntutan perayu adalah dalam tempoh 36 bulan F
seperti yang ditetapkan di dalam bahagian kedua s. 2(a) Akta
tersebut.

[10] Kes Ismail Bakar & Ors v. Director of Lands and Mines,
Kedah Darul Aman [2010] 9 CLJ 810 CA telah dirujuk bagi G
menunjukkan bahawa defendan pertama menurut s. 29 Akta
Pengambilan Tanah 1960 hendaklah membuat bayaran pampasan
secepat mungkin yang munasabah. Di dalam kes Ismail Bakar &
Ors tersebut kelewatan sembilan tahun untuk membuat bayaran
pampasan kepada perayu adalah tidak wajar dan telah H
memprejudiskan perayu di dalam kes tersebut. Kes plaintif-plaintif
di sini pula bukan sahaja tidak dibayar pampasan sejak 23 Februari
1984 tetapi tanah mereka masih berterusan diduduki defendan-
defendan dan ini sangat memprejudiskan plaintif-plaintif atas hak
mereka ke atas harta benda mereka menurut art. 13 Perlembagaan I
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 237

A Persekutuan. Prinsip yang sama juga telah diputuskan di dalam kes


Pemungut Hasil Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang v. Ong
Gaik Kee [1983] 1 LNS 14; [1983] 2 MLJ 35, FC.

Hujahan Peguamcara Defendan-Defendan


B
[11] Pihak defendan-defendan berhujah atas dua isu iaitu:

(i) Had masa


(ii) Kegagalan mengemukakan borang-borang yang berkaitan
C
Had Masa

[12] Defendan-defendan menyatakan Borang K telah dikeluarkan


pada tahun 1984 dan tindakan ini difailkan pada tahun 2013.
Plaintif-plaintif mengambil masa 29 tahun untuk mengambil tindakan
D ini terhadap defendan-defendan. Defendan-defendan merujuk
kepada kes Mohd Johar Ismail (Pentadbir Harta Pusaka Bagi
Allahyarham Ismail Hussain & Allahyarhamah Khatamah Abdul
Kahar) v. Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur [2012] 1 LNS 1038 yang memutuskan tempoh masa 34
E tahun untuk mengambil tindakan daripada tarikh pengambilan balik
tanah adalah suatu tempoh yang terlalu panjang dan prinsip had
masa terpakai. Kes Kerajaan Malaysia & Ors v. Lay Kee Tee & Ors
[2009] 1 CLJ 663, FC juga dirujuk kepada keputusan di
perenggan (4) dan (5) yang menyatakan seperti berikut:
F
Diputuskan (membenarkan rayuan)

(4) Pliding responden-responden menunjukkan bahawa tuntutan


bukanlah satu tuntutan tort yang berterusan tetapi tort yang
berhubung dengan tindakan atau peninggalan-peninggalan
G tertentu. Kesemua peristiwa yang relevan berlaku sebelum
1 Mac 1999 bilamana virus telah dihapuskan. Keputusan
yang dibuat pada 18 Mac 1999 dan 19 Mac 1999 untuk
membunuh babi-babi sebenarnya tidak dicabar. Oleh itu, oleh
kerana guaman difailkan pada 20 Mac 2002, tindakan jelas
H
difail di luar masa dan terhalang oleh had masa.

(5) Mahkamah Rayuan khilaf apabila mentafsir isu had masa


sebagai menghalang remedi tetapi tidak hak untuk mendakwa.
Setakat yang berkaitan dengan Akta Perlindungan Pihak
Berkuasa Awam 1948 (PAPA), undang-undangnya
I sudahpun mantap. Had masa di bawah PAPA adalah just as
much a right as any other statutory or contractual
protection against a future suit.
238 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

(Diputuskan oleh Majlis Privi di dalam Yew Bon Tew & Anor A
v. Kenderaan Bas Mara). Kedua-dua Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan secara konsisten telah membatalkan
pliding dan indorsmen d bawah A. 18 k. 19(1) KMT berhak
untuk membangkitkan had masa tindakan tanpa perlu
memplidkan pembelaan dan memfailkannya. Begitu jugalah,
B
dalam kes ini, perayu-perayu berhak untuk berbuat serupa itu
dan memandangkan tindakan responden-responden jelas
dihalang oleh statut, ia telah dibatalkan dengan wajarnya.

Kegagalan Mengemukakan Borang-borang Yang Berkaitan


C
[13] Plaintif-plaintif menyatakan defendan-defendan telah gagal
mengemukakan Borang D, E, G dan H dan lain-lain borang yang
berkaitan dan meletakkan beban bukti ke atas defendan-defendan.
Defendan-defendan menegaskan beban bukti adalah masih di pihak
plaintif-plaintif. Defendan-defendan merujuk kepada s. 101 Akta D
Keterangan 1950 yang meletakkan tanggungjawab kepada pihak
plaintif-plaintif untuk membuktikan kewujudan fakta yang diplidkan.
Defendan-defendan juga menegaskan bahawa adalah tidak adil di
pihak defendan-defendan untuk mengemukakan semua dokumen
berkaitan dalam tempoh yang singkat setelah 29 tahun berlalu. E
Defendan-defendan memberi alasan bahawa jabatan-jabatan
kerajaan tidak menyimpan dokumen sebegitu lama. Defendan-
defendan masih bertegas bahawa sekiranya plaintif-plaintif ingin
menuntut sebarang pampasan, ianya hendaklah difailkan dalam
tempoh 36 bulan dari tarikh Borang K diserahkan. F

[14] Defendan-defendan seterusnya berhujah bahawa art. 13


Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di dalam kes ini kerana
tanah tersebut telah diambil dengan sahnya menurut Akta
Pengambilan Tanah 1960 dan kes Ronald Beadle v. Hamzah HM
G
Saman & Ors yang dirujuk oleh plaintif-plaintif adalah berbeza dan
tidak terpakai di sini kerana fakta kes tersebut menunjukkan pihak
Jabatan Imigresen telah menahan pasport yang dikemukakan oleh
pihak ketua LHDN. Pasport tersebut tidak pernah ditarik balik dan
berkuatkuasa sehingga pasport plaintif dilepaskan. Defendan-
H
defendan masih bersandarkan kepada kewujudan Borang K yang
mana sekiranya Borang K tidak dikeluarkan, keadaan kes ini
mungkin berbeza.

I
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 239

A Dapatan Mahkamah

Sama Ada Pengambilan Balik Tanah Yang Dibuat Oleh Defendan-


defendan Ke Atas Tanah Plaintif-plaintif Seluas Satu Ekar Dua Rod 00
Pole Menurut Undang-undang
B
[15] Akta Pengambilan Tanah 1960 telah memperuntukkan
prosedur mengenai sesuatu tanah yang hendak diambil iaitu seperti
berikut:
Seksyen 10 Pentadbir Tanah memulakan prosiding
C
Pentadbir Tanah hendaklah selepas tindakan di bawah seksyen 9
diambil memulakan prosiding untuk pengambilan tanah dengan
memberi notis awam dalam Borang E dan dengan menetapkan
tarikh siasatan bagi perbicaraan tuntutan pampasan untuk semua
kepentingan yang ada pada tanah itu. Satu salinan jadual kepada
D perisytiharan dalam Borang D yang diwartakan di bawah
subseksyen (2) seksyen 8 hendaklah dilampirkan pada tiap-tiap
notis dalam Borang E.

Seksyen 11 Penyampaian Notis


E Pentadbir Tanah hendaklah sebagai tambahan kepada memberi
notis awam di bawah seksyen 10(1), berkenaan kesemua tanah
yang dinyatakan dalam tiap-tiap notis dalam Borang E
menyampaikan salinan-salinan notis mengikut cara yang ditetapkan
di bawah seksyen 53 kepada;
F
(a) penduduk tanah itu;

(b) empunya berdaftar tanah jika bukan penduduknya;

(c) mana-mana orang yang ada kepentingan berdaftar pada tanah


itu;
G
(d) mana-mana orang dia tahu atau ada sebab-sebab mempercayai
sebagai ada kepentingan pada tanah itu.

Seksyen 12 Siasatan oleh Pentadbir Tanah


H (1) Pentadbir Tanah setelah menetapkan tarikh seperti seksyen
10(1) hendaklah membuat siasatan penuh tentang nilai ke
semua tanah dijadualkan dan hendaklah dengan secepat
mungkin selepas itu menaksir amaun pampasan yang pada
pendapatnya adalah berpatutan bagi tiap-tiap kes mengikut
pertimbangan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
I
240 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

(2) Pentadbir Tanah hendaklah juga menyiasat tentang A


kepentingan berkenaan kesemua orang yang menuntut
pampasan atau yang pada pendapatnya berhak mendapat
pampasan berkenaan dengan tanah yang dijadualkan itu, dan
tentang bantahan-bantahan, jika ada, yang dibuat oleh mana-
mana orang yang berkepentingan pada kawasan mana-mana
B
tanah dijadualkan itu.

(3) Pentadbir Tanah boleh bagi suatu sebab yang memadai untuk
direkodkan olehnya secara bertulis menunda apa-apa siasatan
atau menangguh apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu
siasatan dari semasa ke semasa. C

Seksyen 13 Kuasa untuk memanggil saksi-saksi

Pentadbir Tanah yang menjalankan sesuatu siasatan di bawah


seksyen 12 hendaklah mempunyai semua kuasa yang ada pada
Mahkamah memanggil dan memeriksa saksi-saksi, termasuk D
orang-orang yang berkepentingan pada tanah yang menjadi perkara
siasatan itu.

Seksyen 14 Award Pentadbir Tanah

(1) Pentadbir Tanah setelah selesai siasatan di bawah seksyen 12 E


hendaklah menyediakan suatu award bertulis di bawah
tandatangannya dalam Borang G dan membuat award
berasingan berkenaan dengan tiap-tiap orang yang
kepentingannya pada tanah itu telah dibuktikan dalam siasatan
tersebut.
F
(2) Tiap-tiap award yang disediakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah difailkan di Pejabat Pentadbir Tanah dan hendaklah
menjadi keterangan terakhir dan konklusif mengenai mana-
mana keluasan tanah dijadualkan tanpa mengambilkira sama
ada tiap-tiap orang yang kepentingannya pada tanah tersebut
G
hadir pada masa siasatan atau tidak.

Seksyen 16 Penyampaian Award

(i) Apabila membuat apa-apa award di bawah seksyen 14(1)


Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan dan menyampaikan
H
suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang
berkepentingan pada tanah itu.

(2) Tiap-tiap notis dalam Borang H hendaklah disertai dengan


suatu cabutan dari award bertulis yang dibuat oleh Pentadbir
Tanah dalam Borang G, berhubungan dengan tanah yang I
mana orang yang kepadanya notis itu dialamatkan mempunyai
kepentingan.
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 241

A Sekysen 18 Kuasa am untuk mengambil milik

Pentadbir Tanah boleh mengambil milik

(a) mana-mana tanah yang berkenaan dengan sesuatu award telah


dibuat di bawah seksyen 14, milikan tanah itu diambil pada
B waktu notis dalam Borang H disampaikan kepada penduduk
tanah itu atau pada bila-bila masa selepas itu.

(b) mana-mana tanah yang dinyatakan dalam Perakuan


Kedesakan yang dikeluarkan di bawah seksyen 19, sama ada
atau tidak apa-apa award telah dibuat berkenaan dengan
C tanah itu.

Seksyen 22 Milikan Formal

(1) Pentadbir Tanah boleh mengambil milikan formal mana-mana


tanah dijadualkan dengan menyampaikan kepada penduduk
D tanah itu atau, sekiranya dia tidak dapat dijumpai, dengan
mengeposkan kepadanya notis dalam Borang K.

(2) Suatu salinan senarai tanah yang diwartakan di bawah


seksyen 8(1) atau mana-mana bahagiannya yang relevan,
hendaklah disertakan sebagai jadual kepada notis dalam
E
Borang K.

(3) Apabila mengambil milik tanah di bawah subseksyen (1)


Pentadbir Tanah hendaklah juga menyampaikan suatu salinan
notis dalam Borang K kepada;
F
(a) empunya berdaftar tanah itu, jika dia bukan penduduknya,
dan

(b) pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan, jika ada


bukannya Pentadbir Tanah itu sendiri.
G
[16] Saya merujuk kepada satu-satunya afidavit jawapan yang
difailkan oleh defendan-defendan di lampiran 6 mahkamah di mana
eks. MJ1 iaitu Borang K yang merupakan satu-satunya ekshibit
yang dikemukakan oleh defendan-defendan bagi menjawab segala
pengataan plaintif-plaintif mengenai pengambilan tanah plaintif-
H
plaintif seluas satu ekar dua rod 00 pole tersebut. Bersandarkan
Borang K tersebut, defendan-defendan menegaskan bayaran telah
dibuat kepada plaintif-plaintif. Namun demikian tiada sebarang
bukti bayaran dikemukakan kepada mahkamah ini untuk
menunjukkan bahawa bayaran pampasan telah dibuat kepada
I
242 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

plaintif-plaintif atau mana-mana penghuni atas tanah plaintif-plaintif A


(yang mana tidak dibuktikan) di sini. Defendan-defendan memberi
alasan bahawa jabatan kerajaan tidak akan menyimpan dokumen
begitu lama dan oleh kerana plaintif-plaintif yang menuntut maka
menurut s. 101 Akta Keterangan 1950 beban untuk membuktikan
fakta tidak menerima bayaran pampasan adalah ke atas plaintif- B
plaintif.

[17] Saya berpendapat beban membukti sama ada bayaran


pampasan telah dibuat atau tidak adalah di pihak defendan-
defendan. Ini adalah kerana semua proses undang-undang C
mengenai pengambilan tanah plaintif-plaintif dilakukan oleh
defendan-defendan. Kesemua siasatan yang dijalankan oleh
defendan pertama juga direkodkan secara bertulis sepertimana yang
diperuntukan di bawah s. 12 Akta Pengambilan Tanah 1960.
Sekiranya benar pampasan telahpun dibayar plaintif-plaintif D
sepertimana penegasan afidavit jawapan defendan-defendan di
perenggan 10, saya percaya catatan siasatan yang dibuat pada
tarikh siasatan dapat menjelaskan akan kebenaran dakwaan
defendan-defendan. Adalah tidak adil untuk mahkamah ini
meletakkan beban bukti kepada plaintif-plaintif apabila plaintif- E
plaintif dengan afidavit bersumpahnya telah mengikrarkan bahawa
mereka tidak menerima sebarang notis dan borang-borang
sepertimana yang diperuntukan di bawah Akta Pengambilan Tanah
1960. Kesemua maklumat dan dokumen-dokumen berkaitan adalah
berada di dalam milikan dan simpanan defendan pertama dan F
sewajarnya defendan pertama mengemukakannya dalam apa jua
bentuk untuk membuktikan bahawa bayaran pampasan telah
dibayar kepada plaintif-plaintif.

[18] Adalah menjadi tanggungjawab defendan pertama untuk


G
memfailkan tiap-tiap award yang disediakan di bawah s. 14(1) Akta
Pengambilan Tanah 1960 di Pejabat Pentadbir Tanah yang mana
ianya menjadi keterangan terakhir dan konklusif mengenai mana-
mana keluasan tanah dijadualkan tanpa mengambilkira sama ada
tiap-tiap orang yang kepentingannya pada tanah tersebut hadir
H
pada masa siasatan atau tidak. Dalam hal yang demikian,
defendan-defendan juga boleh mengemukakan fail-fail award yang
telah difailkan di pejabat defendan pertama ke atas tanah plaintif-
plaintif. Namun defendan-defendan gagal berbuat demikian.

[19] Alasan defendan-defendan bahawa jabatan kerajaan tidak I


menyimpan dokumen begitu lama dan sekarang tidak dapat
mengemukakannya adalah tidak boleh diterima. Ini adalah kerana
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 243

A saya mendapati tiada satu pun jua keterangan afidavit menunjukkan


ataupun menyatakan bahawa dokumen-dokumen berkaitan telah
dimusnahkan atau tiada di dalam simpanan defendan-defendan.
Tiada juga keterangan afidavit menunjukkan usaha-usaha untuk
mendapatkannya dibuat oleh defendan-defendan. Maka itu untuk
B defendan-defendan sekarang menyandarkan pembelaan mereka
bahawa ianya telah terlalu lama dan sukar untuk dicari adalah
tidak munasabah dan tidak wajar.

[20] Defendan-defendan tidak menafikan kesilapan pada Warta


C Kerajaan Pahang No.164/24.04.1975 dan Borang K mengenai
penama pemilik berdaftar adalah Ramlah binti Osman yang
sebenarnya adalah Raubah binti Osman. Malah penama Salim bin
Daik dan Ramlah binti Osman yang tiada kaitan dengan tanah Lot
500 telah dinamakan sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut. Saya
D bersetuju dengan hujahan plaintif-plaintif bahawa kesilapan tersebut
tidak sepatutnya berlaku. Ini adalah kerana s. 12(2) Akta
Pengambilan Tanah 1960 telah memberikan tanggungjawab kepada
pentadbir tanah untuk menyiasat orang-orang yang berkepentingan
atas tuntutan pampasan atau pada pendapatnya berhak ke atas
E pampasan bagi luas tanah yang diambil. Saya merujuk kepada
s. 12(2) yang menyebut:
12. Siasatan Oleh Pentadbir Tanah

Pentadbir Tanah hendaklah juga menyiasat tentang kepentingan


F berkenaan kesemua orang yang menuntut pampasan atau yang
pada pendapatnya berhak mendapat pampasan berkenaan dengan
tanah yang dijadualkan itu, dan tentang bantahan-bantahan, jika
ada, yang dibuat oleh mana-mana orang yang berkepentingan pada
kawasan mana-mana tanah dijadualkan itu.
G [21] Tiada penjelasan diberikan mengenai kesilapan yang dilakukan
oleh defendan-defendan. Sekiranya defendan pertama menjalankan
kuasanya dengan betul menurut s. 12(2), kesilapan mengenalpasti
pemilik berdaftar sebenar kepada tanah berjadual yang hendak
diambil tidak seharusnya berlaku.
H
[22] Kesilapan defendan-defendan menamakan pemilik berdaftar
sebenar di dalam Warta Kerajaan Pahang No.164/24.04.1975 dan
Borang K juga memungkinkan pemilik berdaftar sebenar tanah
tidak dibayar pampasan yang sepatutnya. Ini disahkan dengan
I afidavit Raubah binti Osman sendiri yang diikrar pada 30 Ogos
2013 mengesahkan beliau dan plaintif-plaintif lain tidak pada bila-
244 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

bila masa pernah dibayar sebarang pampasan atau menerima A


sebarang pampasan daripada defendan-defendan. Defendan-
defendan tidak menjawab afidavit Raubah binti Osman. Kegagalan
defendan-defendan menjawab afidavit Raubah merumuskan segala
pengataan Raubah di dalam afidavitnya adalah benar. Oleh yang
demikian adalah wajar defendan-defendan mengemukakan apa-apa B
bukti pembayaran jika plaintif-plaintif telah benar-benar dibayar.
Pendapat defendan-defendan secara blanket mengenai Borang K
yang menunjukkan tanah telah diambil maka bayaran pampasan
telah dibuat adalah tidak mencukupi apabila terdapatnya
pencabaran terhadap kesahihan bayaran yang dibuat. C

[23] Afidavit defendan-defendan jelas menunjukkan tiada bukti


bayaran pampasan telah dibuat kepada plaintif-plaintif. Bayaran
pampasan adalah sebahagian prosedur yang perlu dipatuhi di
bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 sebelum sesuatu tanah D
seseorang itu diambil untuk tujuan di bawah s. 3 Akta
Pengambilan Tanah 1960. Seksyen 17(6) Akta Pengambilan Tanah
1960 jelas menyatakan pengambilan milikan tanah sebaik sahaja
bayaran pampasan dibuat.
E
17(6) Apabila apa-apa bayaran berkenaan dengan mana-mana
tanah dijadualkan dibuat di bawah perenggan (b) subseksyen (4),
milikan tanah itu hendaklah, tanpa apa-apa tindakan di bawah
seksyen 22, disifatkan sebagai telah diambil pada tarikh
pembayaran itu dibuat.
F
Ketiadaan bayaran pampasan telah menjejaskan hak plaintif-plaintif
ke atas tanah milik mereka apabila defendan-defendan mengambil
tanah tersebut tanpa membayar pampasan yang sewajarnya dan ini
bertentangan dan melanggar art. 13 Perlembagaan Persekutuan
yang menyebut: G

Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan

Rights to property

13. (1) No person shall be deprived of property save in


H
accordance with law.

(2) No law shall provide for compulsory acquisition or use


of property without adequate compensation.

I
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 245

A [24] Kegagalan defendan-defendan membayar apa-apa jumlah


pampasan atas pengambilan batik tanah plaintif-plaintif seluas
satu ekar dua rod 00 pole menjadikan pengambilan tanah tersebut
tidak sah disisi undang-undang. Dalam hal yang demikian tiada apa
jua undang-undang membolehkan pengambilan wajib atau
B penggunaan harta tanpa pampasan yang memadai. Hak plaintif-
plaintif hanya boleh dibatalkan sekiranya pampasan pengambilan
tanah mereka dibayar oleh defendan-defendan.

Isu Had Masa


C
[25] Defendan-defendan menggunapakai s. 2 PAPA dan
menyatakan plaintif-plaintif dihalang oleh had masa untuk
memfailkan tindakan ini kerana ianya telah tempoh melebihi 36
bulan. Seksyen 2(a) Public Authorities Protection Act 1948 dirujuk
seperti berikut:
D
Protection of persons acting in execution of statutory or other
public duty 2. Where, after the coming into force of this Act, any
suit, action, prosecution or other proceeding is commenced in the
Federation against any person for any act done in pursuance or
E execution of any written law or of any public duty or authority
or in respect of any alleged neglect or default in the execution of
any such written law, duty or authority the following provisions
shall have effect:

(a) the suit, action prosecution or proceeding shall not lie or be


F instituted unless it is commenced within thirty six months
next after the act, neglect or default complained of or, in the
case of continuance of injury or damage within thirty-six months
next after the ceasing thereof (penekanan tambahan)

[26] Saya berpendapat had masa tidak terpakai di dalam kes


G plaintif-plaintif ini kerana art. 13(2) Perlembagaan Persekutuan telah
menyatakan No law shall provide for compulsory acquisition or
use of property without adequate compensation. Terbukti plaintif-
plaintif di sini tidak dibayar pampasan menurut undang-undang dan
defendan-defendan menurut art. 13(2) juga tidak boleh mengambil
H balik dan mengguna tanah plaintif-plaintif menurut kehendak
mereka. Perbuatan defendan-defendan mengambil dan mengguna
tanah plaintif-plaintif secara berterusan menunjukkan perbuatan
defendan-defendan tersebut adalah terjumlah bahagian kedua
s. 2(a) PAPA iaitu in the case of continuance of injury or
I damage within thirty-six months next after the ceasing thereof.
246 Current Law Journal [2014] 7 CLJ

Oleh itu perbuatan defendan-defendan hanya terhenti apabila A


bayaran pampasan dibuat. Saya bersama-sama dengan keputusan
Yang Arif Hakim Richard Malanjum (pada ketika itu Hakim
Mahkamah Rayuan) di dalam kes Ronald Beadle v. Hamzah HM
Saman & Ors yang memutuskan:
B
2(a) Terdapat dua set keadaan yang dibayangkan untuk tempoh
had masa yang ditetapkan di bawah s. 2(a) Akta tersebut untuk
berbangkit. Set yang pertama berbangkit di mana act, neglect or
default complained of yang dirujuk terbatas kepada tindakan
tunggal, kecuaian atau keingkaran dan tidak melibatkan unsur
continuance dan bahawa tindakan tunggal per se akan membentuk C
kausa tindakan yang lengkap. Set yang satu lagi adalah di mana
tempoh had masa bermula apabila kecederaan atau kerugian tamat.
(penekanan tambahan)

[27] Defendan-defendan telah merujuk keputusan kes Kerajaan D


Malaysia & Ors v. Lay Kee Tee & Ors [2009] 1 CLJ 663. Salah
satu isu yang dihujahkan di peringkat Mahkamah Persekutuan
adalah sama ada perkara had masa mesti diplidkan di dalam
pembelaan dan tidak membangkitkannya sebagai sebahagian alasan
dalam permohonan membatalkan tindakan menurut A. 18 k. 19(1) E
Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Mahkamah Persekutuan
di ms. 668 perenggan (5) memutuskan seseorang defendan atas
suatu permohonan untuk membatalkan pliding dan indorsmen di
bawah A. 18 k. 19(1) KMT 1980 berhak untuk membangkitkan
had masa tindakan tanpa perlu memplidkan pembelaan dan F
memfailkannya. Had masa yang diperkatakan adalah merujuk
kepada perenggan (4) keputusan kes tersebut bahawa pliding
responden-responden menunjukkan bahawa tuntutan bukanlah satu
tuntutan tort yang berterusan tetapi tort yang berhubung dengan
tindakan atau peninggalan-peninggalan tertentu. Kesemua peristiwa G
yang relevan berlaku sebelum 1 Mac 1999 bilamana virus telah
dihapuskan. Keputusan dibuat pada 18 Mac 1999 dan 19 Mac
1999 untuk membunuh babi-babi sebenarnya tidak dicabar. Oleh
itu, oleh kerana guaman difailkan pada 20 Mac 2002, tindakan
jelas difail di luar masa dan terhalang oleh had masa. Namun H
begitu fakta dan kedudukan kes Kerajaan Malaysia & Ors v. Lay
Kee Tee & Ors adalah berbeza dengan kes plaintif-plaintif di sini di
mana kekilanan (grievances) masih berterusan dan bersambung
sepertimana yang diputuskan di dalam kes Ronald Beadle v. Hamzah
HM Saman & Ors dan keputusan kes Ronald mengenai tafsiran I
s. 2 PAPA tidak dihujahkan di dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors
v. Lay Kee Tee & Ors.
Ali Osman Awang Hitam & Yang Lain lwn.
[2014] 7 CLJ Pentadbir Tanah Rompin & Yang Lain 247

A [28] Pengambilan balik tanah menurut Akta Pengambilan Tanah


1960 juga boleh dibatalkan sekiranya lewat membayar tuan-tuan
tanah. Ini diputuskan di dalam kes Ismail Bakar & Ors v. Director
of Lands and Mines, Kedah Darul Aman [2010] 9 CLJ 810, CA
Yang Arif Hakim Hishamudin bin Mohd Yunus HMR memutuskan
B kelewatan membayar pampasan selama sembilan tahun menjadikan
pengambilan tanah terbatal dan tanah hendaklah dikembalikan
kepada tuan-tuan tanah. Yang Arif hakim di dalam penghakimannya
di dalam kes Ismail Bakar & Ors seterusnya di perenggan 28
ms. 821 menjelaskan seperti berikut;
C
[28] We are of the view that such interpretation is inconsistent
with the spirit and purpose of s. 29(1). It was unfair and unjust
to expect a landowner to wait for seven years (or, in the present
case, nine years) to get his compensation just because some third
party responsible to provide the money did not have the money
D until seven years later (or, in the present case, nine years later).
What if the party concerned could come up with the money only
twenty years later? Must the landowner be expected to wait for
twenty years?. Clearly, such an interpretation as adopted by the
learned judge in Tan Boon Bak waters down the constitutional
E protection as to rights to property as guaranteed by the art. 13,
cl. (1) of the Federal Constitution. With Ong Gaik Kee and Kam
Gin Paik in mind, we do not think that Tan Boon Bak was
correctly decided.

Di dalam kes ini, plaintif-plaintif langsung tidak dibayar. Tiada


F sebarang undang-undang yang boleh menghalang plaintif-plaintif
dari menuntut haknya menurut art. 13 Perlembagaan Persekutuan
melainkan dibuktikan sebaliknya yang mana defendan-defendan
gagal membuktikannya.

G [29] Berdasarkan kepada keterangan afidavit defendan-defendan


sendiri bahawa adalah terbukti pengambilan tanah plaintif-plaintif
tidak menurut art. 13(1) Perlembagaan Persekutuan dan
sewajarnya pengambilan tanah yang dilakukan oleh defendan-
defendan adalah tidak sah dan menghalang plaintif-plaintif dari
H menikmati faedah atas tanah mereka pada keluasan satu ekar dua
rod 00 pole. Isu had masa tidak terpakai di dalam kes ini kerana
art. 13(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan mengatasi Akta
Pengambilan Tanah 1960. Saya membenarkan permohonan plaintif-
plaintif sepertimana relif-relif yang dipohon dengan kos.
I

You might also like