You are on page 1of 41

26

BAB III

Masalah-masalah Dalam Pengurusan Projek Pembinaan

Sepanjang hayat sesuatu projek pembinaan, terdapat pelbagai masalah clan


konflik yang tidak dapat dielakkan sering berlaku. Masalah-masalah dan konflik-kontlik
ini akan mempengaruhi kelancaran perjalanan sesuatu projek dan meningga1kan kesan I
1
t'
I

sampingan yang mungkin menyebabkan kegagalan projek tersebut. Adalah penting


untuk pihak yang terlibat terutamanya seseorang pengurus projek berpandangan jauh
dalam mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin berlaku supaya dapat menyusun
strategi dalam menanganinya sejak dari awal.

3.1 Definisi Masalah

Menurut Karn us Bahasa Melayu ( 1995), masalah ditakrifkan sebagai :


''perkara rumit, isu. kemusykilan atau sesuatu yang memerlukan
penyelesaian. ''

Manakala Kamus Dewan Edisi ( 1994) pula mendefinisikan masalah sebagai :


"perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran dan kesulitan"


27

Masalah-masalah pengurusan projek pengurusan dapat dikategorikan kepada dua


jenis iaitu :
i) Masalah yang Dapat Dikawal
ii) Masalah yang Tidak Dapat Dikawal

Masalah yang dapat dikawal merupakan masalah yang sering berlaku dalam
industri pembinaan yang diketahui sebab-sebabnya dan dapat merujuk kepada rekod
atau maklumat projek-projek yang telah dijalankan sebelumnya untuk semasa mencari
penyelesaian kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, masalah ini ialah masalah
kontrak, masalah rekabentuk, masalah pengurusan pejabat dan tapak bina, masalah
sumber dan manusia, masalah komunikasi, masalah kewangan, masalah undang-undang
clan sebagainya. Masalah yang tidak dapat dikawal pula adalah seperti bencana alam,
krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik. Masalahjenis ini bersifat global atau yang di
luar kemampuan manusia untuk mengawalnya.

Masalah-masalah pengurusan projek pembinaan yang dapat dikawal yang perlu


diberi perhatian akan dibincangkan berikutnya.

3.2 Masalah Yang Dapat Dikawal

3.2.1 Struktur Organisasi

Masalah struktur organisasi wujud hampir pada semua industri pembinaan tidak
kira dalam projek bersaiz kecil atau projek mega. Pemilihan konsep atau struktur
organisasi yang tidak sesuai akan mendatangkan kesan buruk sepanjang hayat projek.
Pertimbangan perlu diambilkira sama ada menubuhkan satu struktur organisasi yang
baru yang khas untuk projek atau mengekalkan organisasi yang sedia wujud. Pelbagai
28

kemusykilan dan masalah tanggungan risiko akan terjadijika tiada satu garispanduan
yang jelas yang membahagikan tanggungjawab, had kekuasaan dan hubungan antara
pihak-pihak terlibat. Hubungan antara pelanggan, kontraktor, pen projek dan pakar
rekabentuk dalam sesuatu projek adalah terletak pada konsep ataujenis struktur
organisasi yang dipraktikan. Pertembungan hubungan pelbagai pihak ini sangat
memerlukan penglibatan pengurusan yang berkesan dalam mengelakkan konflik,
mengurangkan pertindihan kerja dan meminimumkan ketidakpastian terhadap
tanggungjawab masing-masing.

Masalah-masalah yang timbul dalam perlaksanaanjenis-jenis struktur organisasi


berlainan boleh didapati seperti berikut:

3.2.1.1 Organisasi Pengurusan Projek Yang Tulen


!
i
;

Dalam konteks ini, pemilik projek terpaksa menub satu struktur organisasi .
,
I
apabila dia hendak melaksanakan projek yang besar dan rumit. Organisasi ini dibentuk ;
I

semata-mata untuk mengurus dan menjalankan projek yang khusus sahaja. Organisasi
ini akan dibubarkan sebaik sahaja projek tersebut selesai. Pengurus projek akan
menerajui pentadbiran organisasi. Carta Struktur organisasi adalah sepertirajah 3.0.
Struktur organisasi jenis ini eksklusif dan adalah sukar dan mahal untuk dibentuk. Pakar-
pakar diperlukan dan diserap ke dalam organisasi untuk tempoh masa projek yang
tertentu sahaja. Biasanya pakar-pakar ini handal dalam bidang mereka masing-masing
dan hanya akan meningga)kan jawatan asa] mereka dengan tawaran ganjaran yang
tinggi. Disebabkan tempoh masa untuk sesuatu projek adalah terhad dan tidak akan

memberi jaminan pekerjaan yang berterusan, maka adalah sukar untuk pakar-pakar ini
berdedikasi dan setia terhadap majikan atau projek tersebut. Secara tidak langsung, ini
akan menjejaskan kecekapan dan keberkesanan mereka semasa menjalankan tugas.
Selain itu, terdapat satu lagi masalah iaitu beban kerja yang tidak seimbang yang
disebabkan oleh tenaga kerja yang tidak mencukupi. Keadaan ini wujud adalah
disebabkan kesuntukan masa untuk mengembleng tenaga kerja yang menyeluruh untuk
melengkapkan struktur organisasi perlaksanaan sesuatu projek.
- --- -

29

;
I

~
, $

== e
- {I'.}
==
CJ)
ee
~
=I. =
==
rl1
=s. = .5
Cl) .c
~

=
ee ~ e
~

=
G.)
~

~
~

e
..___ __, = ~
I t

-=
~

c::
- Cl)
::s
-
~

C'J'l
t,:S

-e r,.)

t,:S
en
"-
~ 0
....G.) t,:S
t:t,:S
~

a. u
0
< M
...c:

~t,:S
t,:S
~
- ------

30

~ -------

I I
I I
I I
. I I
f I
1 I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I

_....,. _ ---.-~--
.
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I 1

__ _
--------- _.

I I
I I
I f
I I
I I
I I
I I
I I
I I
t I
I I
I
I
I '
I
I

~------~~ - .... ----



1 I
I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I
I I

---------- ........... _
I
I '
I
I I
I I
I I
-
fl'.)
~

-c:
fl'.)

0
ro
t!
ro
u

. . .... --~----------=""-' ..:;.:."------------------------.1


31

3.2.1.2 Organisasi Matriks

Organisasi Matriks melibatkan pengawalan daripada pengurusan disiplin clan


pengurusan projek. Taraf dan kuasa pengurus projek adalah sama dengan pengurus
disiplin. Pengurus projek bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek clan pada masa
yang sama berlapor secara terns kepada pengerusi atau ketua pengurus. Carta organisasi
ditunjukkan dalam rajah 3.1. Pengurus bahagian pula berperanan memastikan
pembahagian sumber manusia iaitu pakar-pakar teknikal dan pen an pet tukaran
maklumat yang cekap untuk semua projek.

Masalah utama yang timbul dalam organisasi matriks ialah staf-stafterpaksa


berlapor kepada dua pihak yang berkuasa pada masa yang sama iaitu pengurus projek
dan pengurus bahagian. Perselisihan dan tidak kesefahaman antara kedua-dua pihak ini
akan menyebabkan staf-staf projek berpecahan dan ini menjejaskan perlancaran projek.
Perkongsian sumber tenaga kerja juga mendatangkan tekanan kepada staf dengan
pertambahan beban kerja dan pertukaran jawatan atau bidang kerja dari semasa ke
semasa. Ini menyebabkan staf tidak dapat menumpu sepenuh perhatian terhadap tugas
mereka dan tidak berpeluang mengasah kemahiran dalam bidang kerja tertentu. Di
samping itu, masalah wuj ud dalam menangani perkongsian maklumat dan data-data
untuk kedua-dua pihak memandangkan kuantiti dan proses maklumat adalah banyak lagi
rumit, Pengurusan sistem maklumat yang tidak cekap akan menyusahkan kedua-dua
pihak dan menyebabkan konfliks berlaku.

Matlamat pengurusan yang diamalkan oleh pengurus bahagian adalah berbeza


dengan matlamat projek yang dipraktikkan oleh pengurus projek. Ketidakpastian
objektif dan sempadan kekuasaan atau tanggungjawab yang tidak jelas turut
menimbulkan masalah. Ini kerana individu yang berlainan masing-masing mempunyai
cara perlaksanaan, polisi, prosedur, peraturan dan pegangan yang tersendiri. Kedua-dua
pihak mungkin mempunyai takrifan terhadap objektif yang berbeza-beza dan masing-
masing enggan memikul sesuatu tanggungjawab projek apabila masalah timbul.
Pertindihan kuasa pula menyebabkan kedua-dua pihak hanya mementingkan pendapat
32

sendiri dan tidak ingin menganjak pendirian mereka apabila membuat sesuatu
keputusan.

3.2.1.3 Organisasi Usahasama (Joint Venture Organisation)

Organisasi usahasama biasanya melibatkan projek mega dan rumit di mana


kemahiran teknologi tinggi dan sumber yang banyak diperlukan. Dua atau lebih syarikat
akan bergabung menjadi rakan kongsi sementara agar bekerjasama menyumbangkan
keupayaan dan kepakaran masing-masing untuk memanfaatkan projek. sebaik sahaja
projek selesai, organisasi ini akan dibubarkan. Organisasi usahasama biasanya boleh
didapati dalam jenis perkongsian antara syarikat luar negeri yang mahir dalam teknologi
dengan syarikat tempatan yang mempunyai pengalaman dan kemudahan. Terdapat juga
sesetengah projek tempatan yang melibatkan usahasama antara kerajaan dengan syarikat
tempatan yang berkewibawaan dalam sesuatu bidang kepakaran .

.
Masalah yang dihadapi oleh organisasi usahasama ini ialah syarat perjanjian
perkongsian dan kontrak antara pihak-pihak yang terlibat yang tidakjelas dan tidak
menyeluruh. Peranan dan tanggunjawab yang dimainkan oleh setiap pihak seperti
kelebihan yang dinikrnati bersama dan risiko yang ditanggung bersama jika tidak
termaktub dengan jelas akan mendatangkan keburukan. Kualiti kerja yang lemah dan
pengabaian tanggungjawab oleh sesetengah pihak akan menyusahkan rakan kongsi lain
yang terlibat. Selain itu, terdapat kemungkinan bahawa salah satu pihak menarik diri
semasa perlaksanaan projek disebabkan oleh faktor luaran. Ini akan menyebabkan
projek tergendala dan ketangguhan projek berlaku. Pihak yang rnasih ingin meneruskan
projek te sa menanggung kerugian yang besar.

Selain itu, polisi kerajaan tempatan dan isu politik negara perlu diambilkira
dalam organisasi usahasama semasa menguruskan projek. Undang-undang dan akta-akta

tempatan perlu diberi perhatian semasa melaksanakan projek. Prosedur yang perlu
diambil untuk mendapatkan pengesahan pihak berkuasa tempatan yang berhubungkait
dengan aktiviti pembinaan hams dikaj i dahulu untuk mengelakkan kelengahan masa
projek dan perlanggaran undang-undang tempatan. Sebagai contoh, sesuatu projek mega

tentunya memakan belanja yang banyak dan membabitkan pembersihan kawasan yang
besar. Dalam konteks ini, aspek alam sekitar merupakan isu yang sensitif yang mungkin
.

membangkitkan bantahan masyarakat tempatan atau bercanggahan dengan akta


tempatan jika tidak dikendalikan dengan betul.

Perbezaan bahasa dan kebudayaan merupakan halangan dalam pengurusan


sesuatu projek yang berasaskan struktur organisasi usahasama, Salah tafsir bahasa akan
menimbulkan kesalahfahaman antara dua pihak. Pihak yang mengarah perlu memastikan
orang yang mengikut arahan benar-benar menerima dan memahami maklumat yang
disampaikan dengan tepat untuk mengelakkan berlakunya kesalahan dan konflik.
Amalan hidup dan budaya kerja sesuatu bangsa seharusnya dihormati semasa
mempraktikan sesuatu peraturan dan penjadualan kerja projek. Cara pengawasan dan l
I
.
I
penyeliaan hams disesuaikan dengan budaya hidup bangsa tempatan. Sebagai contoh, .

struktur pengurusan sumber manusia yang diamalkan di negara yang berdemokrasi


adalah berbeza dengan cara pengurusan di negara yang lebih konsevatif. Penglibatan
ahli dalam memberikan cadangan dan membuat keputusan diberi penekanan dalam
pen an projek di kalangan bangsa yang mengamalkan demokrasi manakala untuk
golongan yang sudah biasa dengan autokratik, arahan daripada pemimpin atasan adalah
muktamad, Perkara ini mempengaruhi pemilihan struktur organisasi pengurusan yang
sesuai untuk sesuatu projek.

3.2.2 Pengurusan Somber Manusia

Kejayaan dan kegagalan sesuatu projek bergantung kepada keupayaan seseorang


pengurus projek. .Seseorang pengurus projek yang cekap akan meng an sumber
yang terhad secara berkesan untuk menjayakan projek yang diamanahkan. Penggunaan
sumber manusia yang sesuai untuk sesuatu tugasan projek boleh meninggikan
34

produktiviti di samping memastikan keberkesanan sesuatu kerja. Pengurusan sumber


manusia yang tidak cekap akan menghasilkan banyak masalah kepada projek.

Politik pejabat merupakan satu masalah kemanusiaan yang tidak dapat dielakkan
di semua peringkat struktur organisasi. Ini kerana individu yang berlainan mempunyai
pegangan dan prinsip yang berbeza. Pendapat yang berlainan antara dua pihak akan
menimbulkan konflik terutamanya apabila dalam situasi membuat sesuatu keputusan
muktamad untuk sesuatu projek. Perasaan kesangsian dan kecil hati antara individu ini
akan mempengaruhi ketulusan dalam membuat sesuatu keputusan projek kerana masing-
masing ingin menunjukkan pengaruhnya terhadap projek. Sekiranya ini berlaku antara
individu yang berkedudukan tinggi dalam organisasi, besar kemungkinan ahli-ahli dalam
kumpulan projek dari bahagian berlainan juga akan berpecah-belah kerana berpihak
'
kepada ketua masing-masing. Perselisihan faham ini menghalang semangat l

berkerjasama dalam menjalankan tugas. Maklumat projek yang perlu disalurkan akan
dipesongkan atau terbantut sama sekali. Jika keadaan yang tidak sihat ini berlanjutan,
sudah tentu kerja-kerja projek akan terjejas.

Dalam organisasi struktur matriks, pengurus projek menghadapi masalah dalam


mendapat kerjasama daripada orang lain yang bukan berada di bawah pengaruh dan
kekuasaannya. Dalam suatu organisasi struktur matriks, kekuasaan dan tanggungjawab
yang tidak jelas antara pengurus projek dengan pengurus bahagian menimbulkan
masalah dari segi penggunaan sumber, perkongsian maklumat dan penentuan keputusan
muktamad. Pengurus bahagian yang
.
sepatutnya memberi kerjasama sepenuhnya kepada
pengurus projek akan berasa tergugat kedudukannya kerana sama taraf dengan pengurus
projek dan masing-masing mempunyai pengaruh yang langsung terhadap projek.
Padahalnya kedua-dua pihak ini mempunyai bidang tanggungjawab yang berlainan.

Selain itu, peribadi pemimpin puncak sesebuah syarikat juga merupkan salah
satu faktor yang menentukan cara pengurusan projek-projek. Pemimpin-pemimpin
seperti ketua pengurus yang terlalu mementingkan diri akan mengehadkan kekuasaan
pengurus-pengurus projek dan pengurus-pengurus bahagian kerana ingin memastikan
pengaruh terns terhadap projek-projek tidak terjejas. Pemusatan kuasa ini menyebabkan
35

pengurus projek tidak dapat bertindak dengan berkesan demi menjayakan sesuatu projek
kerana terpaksa sentiasa mendapatkan lulusan daripada pihak atasan. Cadangan dan
pendapat pengurus projek yang memanfaatkan projek kadang-kala ditolak oleh pihak

atasan kerana prinsip pengurusan yang diamalkan adalah berlainan. Hal ini bukan sahaja
menjejaskan perancangan dan perlancaran sesuatu projek tetapi juga membazirkan masa.

Dedikasi dan motivasi staf mempengaruhi produktiviti dan kualiti sesuatu


pekerjaan. Dalam industri pembinaan, kerjasama dan dedikasi dari staf sangat
penting dalam menjayakan sesuatu projek terutamanya bagi projek trak pantas (fast
track) supaya menepati masa. Stafyang tidak bersemangat tidak akan menghasilkan
kerja dengan sempurna. Staf-stafkurang berdedikasi tidak akan mengambil inisiatif
untuk menyelesaikan kerja malahan akan membantah kerana te sa menjalankan kerja
masa tambahan. Selain itu, pemindahan staf dari satu projek ke satu projek akan
menimbulkan perasaan ketidaksenangan pada staf tersebut. Ini kerana mereka te sa
menyesuaikan diri dengan pelbagai cara pengurusan antara pemimpin-pemimpin setiap
projek dan bidang kerja yang berlainan. Keadaan bertambah terukjika terdapat lebih
daripada satu pengurus yang bertanggungjawab kepada projek. Staf-staf ini akan berasa
keliru dalam mematuhi mana-mana pihak apabi1a mendapat arahan yang bercanggahan
daripada pengurus-pengurus berlainan. Oleh kerana staf-staf ini berlapor kepada
pemimpin yang berlainan dari satu projek ke satu projek yang lain, sumbangan mereka

kepada organisasi tidak dapat dinilai kerana pengukuran pencapaian sukar dibuat.
Perasaan kesetiaan kepada organisasi akan tergoyangjika usaha mereka tidak dihargai.
Organisasi tersebut akan menghadapi risiko kehilangan staf-stafnya pada bila-bila masa
jika terdapat peluang lain yang lebih baik menanti mereka. Kehilangan staf akan
.
menjejaskan kelancaran projek.

Sumber manusia adalah aset yang penting kepada projek kerana kejayaan sesuatu
projek pembinaan amat bergantung kepada keupayaan individu-individu yang terlibat.
Oleh sebab itu pengurusan sumber manusia yang berkesan akan membantu meninggikan
produktiviti di samping memastikan kelicinan perlaksanaan projek.
36

3.2.3 Konflik

Konflik hadir pada semua peringkat dalam struktur organisasi sesuatu projek.
Internal konflik antara ahli-ahli menimbulkan kesukaran untuk menubuhkan suatu
kumpulan projek yang sihat. Ini membawa kepada perasaan syak sesama ahli,
kekurangan kerjasama, ketiadaan suasana kehannonian dan kegagalan komunikasi
antara ahli-ahli. Konflik biasanya wujud antara:

i) ahli pengurusan projek dengan ahli pengurusan disiplin


ii) jurutera dengan ahli operasi
iii) pelanggan dengan kontraktor

1
Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya konflik ialah: I

i) Penjadualan - kesefahaman tidak dapat tercapai dala.m merancang


jadual dan tempoh kerja sesuatu projek kerana pegangan pengurusan
organisasi berbeza dengan pengurusan projek. Pendapat seseorang
pengurus projek kurang dititikberatkan dalam sesebuah organisasikerana
pengaruh yang kecil.

ii) Keutamaan - keutamaan atau kekuasaan istemewa yang diberi kepada


sesuatu projek atau pihak tertentu akan menimbulkan ketidakpuasan
sesetengah pihak yang lain. Oleh kerana. pengurus organisasi tidak
berpengalaman dalam pengurusan projek, maka terdapat ketidaksesuaian
dalam hal pembahagian sumber dan peruntukan kewangan untuk projek-
projek.

iii) Penggunaan sumber manusia - dalam sesuatu organisasi matriks, tenaga


kerja ditukar dari projek ke projek. Konfliks berlaku apabila beberapa
projek yang dijalankan serentak memerlukan sumber manusia yang sama.
Ini menimbulkan ketegangan antara pengurus-pengurus projek dan
menambah tekanan atas pekerja kerana beban kerja yang berat.
37

iv) Percangghan pendapat- ketidaksefahaman antara pihak-pihak terlibat


dalam menentukan objektif atau membuat sesuatu keputusan projek
seringkali mencetuskan konflik.

v) Tanggungjawab- ketidakpastian dalam definisi skop kerja dan


tanggungjawab yang dimainkan oleh pelbagai pihak menyebabkan
pertelingkahan berlaku kerana masing-masing tidak ingin memikul
tanggungjawab yang berat.

vi) Prosedur pentadbiran - peraturan dan prosedur pentadbiran yang


ditetapkan dalam sesetengah organisasi seperti proses yang rumit dan
remeh-temeh dalam aspek frekuensi, nombor, kandungan laporan clan
borang serta aturcara mcndapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa
sering menimbulkan pertelingkahan pelbagai pihak.

vii) Kemudahan dan peralatan- salahguna atau pertembunganjadual masa


dalam penggunaan sesuatu peralatan tertentu oleh projek-projek berlainan
menimbulkan konflik antara kedua-dua pihak.

viii) Hal peribadi- perselisih faham antara individu akan menjejaskan


keberkesanan dan kerjasama mereka dalam menjalani tugas yang
diamanahkan. Perasaan prasangka antara pengurus-pengurus
menyebabkan mereka asyik mempertahankan pendirian , enggan
membuat sebarang perubahan, bertindak mengikut kesukaan sendiri
walaupun terpaksa mengambil risiko.

Masalah konflik boleh menjadi satu penyakit berjangkit dala.m seseuatu


organisasi jika tidak diurus dengan berhati-hati. Seseorang pen projek yang cekap
bukan sahaja akan mengetahui jenis-jenis konflik yang mungkin berlaku pada semua
peringkat hayat projek malah juga dapat mengenalpasti pihak yang akan terlibat agar
dapat menangani konflik secara berkesan.


- - - -. .. . . . - . -. - - - - - -- -

38

3.2.4 Pengurusan Maklumat dan Penggunaan Komputer

Pada zaman ledakan maklumat ini, komputer memainkan peranan yang semakin
penting dalam pengurusan projek ..Penggunaan program komputer dalam menguruskan
projek dapat menjimatkan banyak masa, kos dan tenaga kerja. Pada masa yang sama,
atucara program komputer menjanjikan basil keputusan yangjitu dan tepat berbanding
dengan cara manual. Komputer digunakan menguruskan maklumat-maklumat seperti
perancangan jadua1 kerja, analisis dan rekabentuk, penyimpanan data, penyediaan
dokumen penting dan laporan perkembangan projek, kerja pentadbiran dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapatjuga rnasalah yang wujud dalam penggunaan komputer


ini. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan pekerja yang mahir yang boleh yang
boleh menggunakan program komputer secara berkesan. Lagipun pelbagai program baru
yang wujud di pasaran dari semasa ke semasa. Pemilihan program-program ini menjadi
satu masalah kerana penggantian program edisi lama dengan yang baru adalah kerap. Ini
bukan sahaja meninggikan kos tetapi masajuga diperlukanuntuk memberi latihan
kepada pekerja-pekerja selagi ada program baru yang diperkenalkan kepada organisasi
projek.

Kesilapan yang dilakukan oleh pemakaian komputer susah dapat dikesan.


Program komputer hanya dapat membantu pengguna menyusun data yang dimasukkan.
Seseorang pengguna program yang tidak memahami konsep asas dan terlalu bergantung
kepada komputer akan me]akukan kesi]apan secara tidak disedari. Jurutera rekabentuk
hendaklah memasukkan data yang betul ke dalam komputer untuk dianalisis. Jika tidak,
keputusan rekabentuk komputer adalah tidak tepat dan mungkin menyebabkan
kegagalan pada struktur bangunan. Inilah dikenali sebagai ''GIGO - Garbage In
Garbage Out" iaitu data yang salah menghasilkan keputusan yang salah.

Dalam pengurusan projek, teknologi maklumat membolehkan sistem maklumat


dikendalikan dengan berkesan dan pada masa yang sama boleh membantu pengurus
projek membuat sesuatu keputusan. Sesuatu cadangan yang dikemukakanjika disertakan

Posat o.. .
rkuJti Kft. . '->u.mtJ&,
.:Juruter~~1
.. .
Awa
... ,,..,,_ I~
fJ
- -- .. --- --~ - .

39

dengan maklumat yang bersesuaian adalah lebih menyakinkan dan dapat membantu
mengukuhkan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang akan berasa
tergugat apabila teknologi maklumat diperkenalkan dalam organisasi atau
mempertingkatkan sistem maklumat yang sedia ada. Perasaan tidak senang ini timbul
disebabkan staf-staf ini takut kepada kekurangan yang ada pada sistem dan terpaksa
menggunakan suatu tempoh masa tertentu untuk membelajari dan menyesuaikan diri
kepada sistem barn tersebut. Selain itu, mereka juga bimbang kerana berkemungkinan
menghadapi keguguran pekerjaan. Ini kerana pengamalan teknologi maklumat dalam
pengurusan projek pembinaan dapat mcrnudahkan pelbagai pekerjaan dengan
menjanjikan ketepatan yang tinggi dalam masa yang singkat. Masalah dalam
memperkenalkan sistem maklumat ini boleh diselesaikan dengan komunikasi dan

penjelasan yang berkesan antara pengurus projek dengan staf

Salah satu masalah yang sering dihadapi dalam pengurusan maklumat bagi
sesuatu projek ialah keselamatan maklumat. Seseten.gah maklumat yang penting
merupakan rahsia tertinggi kepada sesuatu organisasi dan memerlukan sistem kawalan
keselamatan yang sempurna dalam penyimpanan makl.umat tersebut. Bagaimanapun,
kebocoran data dan maklumat sering berlaku disebabkan kecurangan staf atau kerana
kekurangan pada sistem keselamatan maklumat. Pengawalan sistem maklumat yang
tidak berkesan dan tidak ketat membolehkan pesaing-pesaing projek memcuri maklumat
dengan mudah. Documen-documen penting sesuatu projek seperti taktik pengurusan,
kedudukan kewangan, laporan perlancaran projek, nilai kontrak dan sebagainya terdedah
kepada pesaing. Ini akan menggugat kedudukan sesuatu organisasi dan kelancaran
dalam perlaksanaan sesuatu projek.

Walaupun penggunaan komputer dalam sistem pengurusan maklumat boleh


memudahkan kerja mengurus tetapi ia bukan penyelesaian kepada segala masalah.
Seseorang pengurus projek harus cekap dalam mempertimbangkan kebaikan
penggunaan sesuatu sumber dan pada masa yang sama kekurangan yang dihasilkan demi
menjayakan projek.
40

3.2.5 Pengurusan Masa

Dalam sektor pembinaan, projek-projek seringkali mengalami ketangguhan.


Walaupun tangguhan projek ini biasanya dikatakan berpunca daripada kehi1angan masa,
tertinggal tarikh dalamjadual. dan kelewatan, tetapi faktor utama yang menyebabkan
masalah ketangguhan ialah kekurangan integrasi dalam pengurusan sesuatu projek.
Kualiti pengurusan yang rendah mengakibatkan pemanjangan masa projek untuk
memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

Kebanyakan masalah timbul pada peringkat perancangan iaitu meliputi


aspekkonsep dan perkembangan sesuatu projek. Biasanya sesuatu projek mengalami
kerumitan disebabakan oleh sesetengah perancangan yang kurang berkesan. Sebahagian
besar tempoh masa digunakan pada peringkat permulaan projek. Ini menyebabkan
penjadualan kerja projek yang berikutan menjadi terlalu ketat clan masa yang
diperuntukkan untuk memperbaiki masa1ah yang mungkin timbul adalah ter1alu sedikit.

Definasi skop kerja yang tidak jelas dan di.iringi ketidakpastian dari peringkat
awal lagi akan menimbulkan banyak masalah. Sebagai keputusan, sesetengah aspek
projek perlu diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini akan menyebabkan
perubahan yang seterusnya membawa kepada pertukaran dalam penjadualan kerja. Skop
kerja patut ditetapkan dan dikekalkan sejak dari peringkat awal supaya penjadualan dan
perancangan projek dapat dilaksanakan mengikut masa. Perancangan jadual kerja yang
tidak realistik dan penggunaan sumber yang tidak cekap akan melengahkan sesuatu
projek. Sebagai contoh, dalam sesuatu tugas pembinaan, ramalan keperluan tenaga
buruh kerja ialah 100.orang per jam tetapi keadaan sebenar memerlukan 200 orang per
jam. Ramalan yang dibuat adalah di luar kemamapuan. Masa tambahan diperlukan untuk
menyelesaikan kerja tersebut. Ini mengakibatkan tangguhan masa dan tambahan kos
kepada projek.
---- - ...._ ...... - ......... --. ----- -

41

Mesyuarat merupakan salah satu kewajipan dalam pengurusan projek


pembinaan. Walau bagaimanapun, pengadaan mesyuarat akan mensia-siakan masa dan
tidak berproduktif jika keadaan berikut berlaku :

i) Tidak mengedarkan agenda kepada pihak yang terlibat terlebih dahulu


sebelum mesyuarat mengambil tempat.

ii) Menghabiskan banyak masa daripada yang perlu untuk membincangkan


satu-satunya masalah

iii) Mesyuarat tapak diadakan terlalu kerap

iv) Tidak menjemput individu yang berkuasa dalam membuat keputusan


untuk tnenghadiri mesyuarat.

Matlamat utama untuk mengadakan sesuatu mesyuarat di tapak adalah untuk


membuat sesuatu keputusan projek dan menyelesaikan masalah yang timbul. Tetapi
pada keadaan sebenar kebanyakan mesyuarat yang diadakan hanya memuaskan tujuan
berkomunikasi sahaja kerana individu yang berpengaruh dan berkuasa dalam
menentukan keputusan tidak menghadirkan diri. Rujukan seterusnya perlu dibuat untuk
.

mendapatkan lulusan atau persetujuan daripada pihak yang berkenaan. Ini melewatkan
masa dalam membuat sesuatu keputusan. Secara tidak langsung, kebanyakan masa te]ah
dihabiskan dalam prosedur surat-menyurat dan menunggu kelulusan.

'I.

.Pengurus projek yang cekap dalam pengurusan masa akan selalu berwaspada dan
cuba mengelakkan diri daripada terperangkap dalam situasi berikut yang membazirkan
masa dan tidak produktif

i) Perbualan biasa pejabat


ii) Lewat dalam menghadiri temujanji dan mesyuarat
iii) Proesedur pentadbiran harian yang remeh-temeh
-- ----- -- --- - - -

42

iv) Masa perjalanan dari tapak ke tapak


v) Kerja harian melonggok-longgok yang tidak siap
vi) Panggilan telefon yang tidak penting

vii) Melayani pelawat

Sesetengah pengurus projek suka mendakwa bahawa masalah kelewatan projek


pembinaan adalah disebabkan oleh masa peruntukan projek yang tidak mencukupi.
Padahalnya kenyataan sebenar adalah kerana ketidakcekapannya dala.m menguruskan
masa dan sumber manusia. Terdapat segelintir pengurus projek yang memberi
penekanan kepada penyediaan laporan perkembangan projek. Sebagai akibat,
sebahagian besar masa staf digunakan untuk menyediakan laporan dan bukan menjalani
tugas projek yang sepatutnya. Selain itu, terdapat juga pengurus projek yang
menghabiskan masa dalam menyelidik dan mencari kaedah yang paling berkesan untuk
menangani masalah atau teknologi paling sesuai untuk akti.viti binaan projek. Dia telah
mengabaikan bahawa tujuan utamanya ialah untuk menghasilkan keputusan akhir dan
bukan menumpukan perhatian kepada prosedur sesuatu pekerjaan. Ada juga sesetengah
pengurus projek yang menghabiskan banyak masa kerana asyik mengendalikan segala
urusan dengan sendiri. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak staf dan pakar-pakar
yang boleh membantu mengendalikan kerja dalam masa yang lebih singkat, Semua ini
merupakan masalah yang dihadapi kerana kelemahan pengurusan masa.

3.2.6 Perancangan Projek

Perancangan ditakrifkan sebagai satu proses pemikiran untuk melaksanakan


sesuatu perkara pada masa hadapan. Dalam projek pembinaan, perancangan ialah satu
proses pemikiran tentang pemilihan kaedah binaan yang sesuai dan urutan kerja-kerja
yang akan diikuti bagi pembinaan dan penyiapan projek tersebut. Kesesuaian kaedah
dan urutan kerja yang dipilih bertujuan untuk memastikan supaya projek tersebut dapat
disiapkan dengan kos yang paling ekonomi dalam masa yang ditentukan dan memenuhi
------- ---- -- - - --- - .- ..

43

kehendak penentuan teknikal yang dikehendaki. Masalah perancangan projek pembinaan


dihadapi pada setiap peringkat dari peringkat pratender hingga ke peringkat siap
pembinaan seperti yang dibincangkan seterusnya ..

3.2.6.1 Perubahan dan Ketidakpastian

Dari semasa ke semasa, keperluan projek biasanya banyak berubah. Individu


yang merupakan kekunci kepada projek (Key Person) telah nenarik diri dan
menyebabkan banyak perubahan dan cara pengurusan projek. Perancangan yang asal
perlu ditambah-tolak dan disusun semula demi bersesuaian dengan perubahan projek.
Antara faktor-faktor yang mengakibatkan perancangan perlu disusun semula ialah :

i) perubahan dalam polisi operasi


ii) perubahan masa penyiapan
iii) perubahan kos
iv) perubahan kaedah pembinaan
v) ketidaktepatan dalam merancang hubungan aktiviti
vi) masalah teknikal yang tidak dijangka
vii) masalah cuaca yang tidak tentu
viii) ketidakstabi1an pasaran

Perubahan-perubahan ini merupakan satu halangan kepada perkembangan


kemajuan aktiviti pembinaan. Perancangan asal tidak dapati dijalankan mengikutjadual.
Masa tambahan diperlukan untuk kerja rombakan semula perancangan projek dan ini
menyebabkan kelewatan projek.

3.2.6.2 Kontrak

Dalam konteks pembinaan, kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian bertulis


yang mengikat kedua-dua pihak pelanggan dan kontraktor supaya pelanggan
----- ---- ... -- .

44

menunaikan bayaran kepada kontraktor apabila kontraktor menjalankan kerja yang


diarah dengan sempurna.

Menurut kajian, sekurang-kurangnya terdapat 25% daripada projek dalam


industri pembinaan berhadapan dengan tindakan undang-undang clan dihadapkan ke
mahkamah setiap tahun. Peratusan ini makin bertambah terutamanya semasa kekawatan
ekonomi negara. Kes-kes mahkamah ini kebanyakannya mengambil masa lima hingga
lapan tahun untuk diselesaikan. Dalam tempoh masa ini, sesetengah projek yang
berkaitan terpaksa ditang an atau diberhentikan sama sekali kerana diarah oleh
mahkamah. Terdapat juga banyak tuntutan kewangan dibiarkan begitu sahaja tanpa
pembiayaan memandangkan penuntutan keadilan daripada mahkamah memakan
perbelanjaan yang lagi tinggi. Ini menyebabkan projek-projek tersebut terbengkalai dan
berhadapan dengan tanggungan kerugian yang tinggi.

Salah satu daripada punca utama adalah disebabkan oleh masalah kontrak.
Pelbagai jenis kontrak digunakan dalam industri pembinaan. Pemilihanjenis kontrak
adalah berdasarkan saiz, tempoh masa, kos, risiko ditanggung, tujuan projek dan kaedah
pembiayaan. Dokumen kontrak yang disediakan hams mempunyai butiran yang
terperinci dan realistik mengikut kehendak pasaran serta bersesuaian dengan keadaan
ekonomi negara. Kadang-kadang syarat-syarat dan butiran yang termaktub dalam
kontrak membebankan pelanggan dan pengikat kontrak yang berkenaanjika perkara-
perkara tertentu seperti inflasi tidak diambil kira dari awal. Kesukaran menentukan
harga bahan mentah terhasil semasa menyediakan kontrak kerana harga bahan tidak
stabil. Masalah ini jelas kelihatan terutamanya untuk projek yang memerlukan jangka

masa panjang,

Bagi sesuatu projek mega seperti projek KLCC - Twin Towers di Kuala Lumpur
yang melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan pakar-pakar daripada pelbagai bidang,

kontrak biasanya dipecahkan kepada beberapa bahagian dan tender projek ditawarkan
kepada lebih daripada dua kontraktor. Untuk kes seperti ini, masalah pengurusan yang
dihadapi ialah:
~~ ~---- - -. - '

45

a) Pertindihan kerja di kalangan kontraktor - keadaan ini mengakibatkan


kos tambahan projek kerana ulangan kerja.

b) Kerja projek yang dirangkumi mungkin tidak menyeluruh - terdapat


kemungkinan ketinggalan sesuatu kerja atau perkara projek semasa
penyediaan kontrak disebabkan pemecahan projek kepada pelbagai
bahagian.

c) Kekurangan kordinasi antara kontraktor - kordinasi antara semua pihak


adalah sukar dicapai kerana kekurangan pentadbiran pusat di kalangan
kontraktor, bilangan kontraktor yang terlibat adalah banyak dan bidang
kepakaranjuga berlainan.

d) Kos tambahan kontrak - pihak kontraktor terpaksa menanggung kos


tambahan dalarn menguruskan dokumen kontrak individu dengan pemilik
projek.

3.2.6.2.lKontrak Projek Antarabangsa

Untuk projek usahasama yang melibatkan projek pembinaan di luar negeri,


masalah kontrak yang sering dihadapi oleh kontraktor tempatan ialah inflasi dan kadar
pertukaran wang asing yang tinggi. Kontraktor terpaksa menanggung risiko yang tinggi
dalam liabiliti kontraktual dan pertambahan kos projek luar negeri seperti kenaikan
harga bahan binaan di luar negeri, kos pengangkutan dan premium insuran yang tinggi
dan sebagainya . Dalam kes seumpama ini, kontraktor dikehendaki menyediakan
sekurang-kurangnya sebahagian daripada pembiayaan projek melalui urusan bank
antarabangsa. Untuk mengawal dan melindungi keperluan kewangan kontraktor
tempatan ini, Jabatan Jaminan Kredit Eksport Kerajaan mengadakan insurans dan
jaminan pembayaran hutang lapuk bagi kontraktor yang terlibat.
~--- --- ..

46

3.2. 7 Penglibatan Pelanggan a tau Pemilik

Penglibatan pelanggan dalam urusan projek pembinaan semakin meningkat hari


ini. Pelanggan kini giat melibatkan diri dalam peringkat merekabentuk dan pengawasan
perkembangan projek pembinaan. Sesetengah pemilik projek mempunyai kumpulan
stafnya sendiri yang bertindak sebagai pihak pengawal dalam sesuatu projek.
Penglibatan pemilik atau pelanggan ini kadang-kala akan mendatangkan keburukan
kepada projek.

Objektif sesuatu projek sepatutnya dikenalpasti dan ditentukan dari peringkat


awal. Walau bagaimanapun, sesetengah pemilik gemar untuk membuat sebarang

pindaan atau perubahan dari semasa ke semasa apabila projek mula dilaksanakan.
Perubahan yang dibuat sama ada ke atas matlamat projek atau rekabentuk memerlukan
masa untuk rombakan dan perbaikian. Tindakan ini akan melewatkan sesuatu projek dan
pada masa yang sama jadual perancangan projek terpaksa ditinjaukan semula supaya
selaras dengan perubahan yang dilakukan. Secara tidak langsung, kos keseluruhan
projek akan bertambah dalam membiayai :

i) perbelanjaan pindaan
ii) kos kerja tambah rnasa
iii) tuntutan kontraktor terhadap kelewatan masa
iv) kos sewaan loji dan peralatan
v) pembiayaan bunga pinjaman bank

Persengketaan akan wujud antara pemilik dengan kontraktor apabila


persefahaman tidak dapat tercapai. Pihak pemilik yang biasanya ingin meminimumkan
kos kontrak akan mengharapkan sesetengah belanjawan adalah di atas perbelanjaan
kontraktor manakala pihak kontraktor yang ingin mengaut keuntungan berpendapat
bahawa sesetengah belanjawan adalah di bawah kewajipan pemilik. Demi kepentingan
sendiri, pemilik akan melantik kumpulan stafnya untuk mengawasi perkembangan
projek dan mengawal segala aktiviti kontraktor agar mengurangkan peluang
-------- -

47

pertambahan kos projek. Jika dipandang dari sudut kontraktor, penglibatan pemilik
adalah melampaui batas dan mengambil alih kekuasaan pengurus projek. Sesetengah
kontraktor akan menunjukkan ketidakpuasan mereka dengan sengaja melambatkan kerja
atau enggan memberi kerjasama kepada pihak pemilik.

Campur tangan pemilik akan melewatkan kerja pembinaan dan menimbulkan


perselisihan faham antara pihak-pihak yang terlibat.

3.2.8 Koordinasi

Koordinasi ialah penyelarasan dalam semua aspek antara individu-individu yang


terlibat supaya bekerjasama untuk menjayakan sesuatu projek.
'

Koordinasi antara arkitek dan kontraktor amat penting apabila peringkat


pembinaan sedang dijalankan. Salah satu pihak akan berasa tergugat jika tanggungjawab
dan peranan tidak ditetapkan sejak awal. Jika kontraktor tidak mengikuti rekabentuk
arkitek dan bertindak sewenang-wenangnya dalam mengubah lukisan, konflik akan
wujud kerana arkitek akan membantah atas ambit alihan peranan dan campur tangan
kontrktor.

Perubahan teknologi merupakan salah masalah yang dihadapi dalam menjalinkan


rangkaian komunikasi dan koordinasi pengurusan sesuatu projek pembinaan. Pada hari
ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang semakin penting clalam industri
pembinaan. Dengan adanya kemudahan ini, bilangan individu yang diperlukan untuk
menjalankan kerja dikurangkan dan pada masa yang sama struktur organisasi menjadi
semakin ringkas. Semua pihak dapat bertindak secara berasingan dengan bantuan
kemudahan teknologi dan sistem komunikasi yang cekap. Ini bennakna individu yang
mempunyai kekuasaan dalam membuat keputusan semakin meningkat. Dengan itu,
wujudnya satu fenomena di mana pihak yang terlibat seperti arkitek, jurutera


~-- .. - .. - -

48

rekabentuk, pengurus tapak bina masing-masing mempunyai kuasa yang sepenuhnya


dalam bidang khas mereka. Penyelarasan dan koordinasi antara pihak-pihak ini sukar
tercapai kerana tidak mempunyai satu pusat pengurusan.

Pengurus projek merupakan pemimpin kepada ahli kumpulan projek. Oleh sebab
itu, adalah penting bagi pengurus projek untuk memastikan kesempurnaa.n komunikasi
secara tegak dan melintang dalam struktur sesebuah organisasi. Ini dapat memastikan
kordinasi maksimum antara pihak-pihak yang terlibat dan mengelakkan perselisihan
faham antara ahli-ahli.

3.2.9 Pengawalan Kos

Pengawalan kos dapat ditakrifkan sebagai :


"Suatu pro .ses kawalan terhadap perbelanjaan bagi sesuatu projek binaan
pada .semua peringkatpembinaan bermula daripada peringkat permulaan,
reka bentuk pembangunan hinggalah projek dilaksanakan dan
pembayaran akhir dibuat. ''(Harpal Singh 1981)

Berdasarkan takrif di atas, pengawalan kos dalam konteks pengurusan projek


pembinaan merupakan cara atau teknik untuk mengawal projek pada semua peringkat
supaya keseluruhan kos projek tidak melebihi jumlah yang diperuntukkan. Pada amnya,
kos yang terlibat dalam sesuatu projek binaan dapat dikelaskan kepada dua kategori iaitu
kos langsung dan kos tidak langsung. Kos langsung melibatkan kos b kos bahan
dan kos loji atau peralatan binaan manakala kos tidak langsung merupakan perbelanjaan
seperti kos pengurusan, kos operasi, kos pembiayaan kemudahan clan infrastruktur.
Kawalan terhadap kos penting untuk mengelakkan berlakunya masalah pertambahan kos
pada projek .

Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah pertambahan kos (Overrun)


ialah:
-- --

49

i) kekurangan aliran wang tunai


ii) kekurangan pengawalan dan perancangan kos yang menyel.uruh
iii) anggaran kos kontrak yang tidak realistik
iv) kosluarjangkaan
v) pindaan kerja
vi) inflasi
vii) perubahan harga bahan binaan
viii) kelewatan masa pennulaan pembinaan dan pembiayaan
ix) bayaran pendahuluan
x) kadar bunga pinjaman yang tinggi.

3.2.9.1 Aliran Wang Tunai

Pengaliran wang jangka pendek sama dalam bentuk wang tunai atau akaun kredit
.
di bank membolehkan syarikat pembinaan seperti pemilik, pembina dan kontraktor
membiayai perbelanjaan yang memerlukan bayaran cepat. Syarikat-syarikat ini biasanya
mencairkan modal yang dibekukan dalam bentuk harta dan tanah kepada aliran wang
tunai supaya projek dapat diteruskan. Peratusan untuk syarikat-syarikat yang terlibat
dalam industri pembinaan menjadi muftis adalah dua kali ganda daripada industri lain
kerana menghadapi risiko yang tinggi. Risiko-risiko yang dihadapi adalah seperti :

i) ketidakpastian keadaan bumi


ii) keadaan cuaca yang tidak dapat diramal


iii) pesaingan dalam harga tawaran (tender)
iv) penilaian harga kontrak sebelum kerja bina dimulakan

Masalah pengawalan aliran tunai yang sering dihadapi dalam industri pembinaan
adalah seperti pusin.g ganti (tumovery yang terlalu cepat atau terlalujauh sama ada
kerana pengembangan berlaku pada masa yang mempunyai banyak projek atau
bertujuan untuk mempertingkatkan keuntungan keseluruhan semasa margin meleset.
50

Sesetengah kontraktor yang tidak kukuh kedudukan kewangannya terlalu ghairah dalam
memperkembangkan dan memperluaskan organisasi mereka dengan menerima seberapa
banyak tawaran yang boleh. Disebabkan kekurangan pengalaman, perancangan kos
untuk projek-projek dan kos pengurusan syarikat secara keseluruhan tidak dapat
diseimbangkan dan akhimya kontraktor ini mendapati bahawa modal pusingan tidak
mencukupi untuk meneruskan projek-projek di tangan. Sebahagian modal syarikat
terikat dalam bentuk aset kekal seperti loji dan peralatan dan tidak dapat ditunaikan.
Aliran wang tunai yang tidak mencukupi menyebabkan organisasi tersebut terpera.ngkap
dalam kesulitan kewangan. Sekiranya bayaran kemajuan kerja (Progress Payment)
tidak menepati masa seperti yang termaktub dalam kontrak, maka kontraktor terpaksa
meminjam wang daripada bank. Pinjaman wang membebankan kedudukan kewangan
kontraktor kerana dikehendaki membayar bunga pinjaman yang tinggi.

3.2.9.2 Perancangan Kos

Dalam industri pembinaan, kontraktor-kontraktor terpaksa menghadapi

persaingan yang hebat untuk mendapatkan sesuatu kontrak projek. Demi mendapatkan
tawaran, sesetengah kontraktor sanggup merendahkan harga tawaran. Tindakan ini
menimbulkan masalah pertambahan kos jika anggaran kos da.lam tawaran ada.lah tidak
realistik dan jauh berbeza daripada kos sebenar. Semasa penilaian kontrak, huraian yang
tidak cukup terperinci dan tidak menyeluruh akan menyebabkan sesetengah bahagian
kerja dicicirkan dan tidak diambi]kira dalam anggaran kos. Kos-kos yang tertinggal ini
terpaksa ditanggung oleh pihak kontraktor atau pemilik dan sebagai akibat, kos
keseluruhan projek bertambah. Perancangan kos yang tidak sempuma pada peringkat
awal projek ini akan mendatangkan keburukan kepada projek tersebut. Selain itu,
terdapat faktor-faktor sampingan lain yang perlu ditinjau semasa merancan kos
projek seperti kos luar jangkaan, kesan inflasi dan perubahan kos bahan. Sesetengah
projek terbengkalai kerana kesan daripada faktor-faktor ini terutamanya bagi projek
mega jangka panjang.


51

3.2.9.3 Pidaan Kerja

Takrif arahan pindaan kerja dinyatakan dengan jelas di bawah fasal 24(b) Borang
Kontrak JKR 203 (Semak 10/83) sebagai:

"Penambahan, pengurangan, penggantian atau perubahan terhadap


bahan-bahan binaan, saiz kerja atau skop kontrak sama ada
daripada lukisan kerja, spesifikasi atau senarai bahan. ''

Semasa pembinaan sedang berjalan, sesuatu arahan pindaan kerja boleh


dikeluarkan. Pindaan ini dibuat sama ada atas arahan pelanggan ataupun pihak
perunding terhadap perkara-perkara yang tidak diketahui sebelum ini seperti keadaan
tanah ataupun kesilapan dalam menyediakan lukisan atau senarai bahan, Sebarang
pindaan boleh dibuat daripada lukisan asal atau lukisan kontrak spesifikasi atau senarai
bahan dengan cara penambahan, pengurangan, penggantian atau perubahan terhadap
bahan-bahan binaan, saiz kerja atau skop kontrak. Pindaan kerja ini wujud dalam empat
'

'
I
'

keadaan dari segi :

i) Kualiti
ii) kuantiti
iii) peruntukan kos prima
iv) peruntukan sementara yang tidak dapat ditentukan pada peringkat awal
projek.

Hampir setiap projek menghadapi kesukaran. Antaranya ialah menyediakan


butiran lukisan yang terperinci untuk projek. Biasanya lukisan butiran hanya akan
dikeluarkan setelah projek dimulakan. Ini melambatkan proses penyediaan kontrak di
samping menyukarkan kontraktor mengendalikan bekalan bahan binaan. Pada masa
yang sama, ketidaklengkapan lukisan menghasilkan banyak ketida ~ . . . astian. Rujukan dari

semasa ke semasa hendak dibuat oleh kontraktor kepada arkitek untuk memastikan
ketepatan butiran. Ini banyak memakan masa dan melengahkan projek.
---- .

52

Bagi setiap projek pembinaan, objektif dan matlamat harus ditentukan pada
peringkat awal lagi. Perubahan atau tambahan akan diarahkan olehjurutera mengikut
kekurangan dalam kuantiti kerja yang perlu dilaksanakan. Arahan pindaan kerja ini
menyebabkan perubahan kepada kos kerja dan harga kontrak kerana perubahan keadaan
tapak.Jika harga untuk pindaan kerja tidak diukur dan disesuaikan dengan kos
keseluruhan projek, bayaran yang berlebihan ini akan merugikan pelanggan manakala
bayaran yang berkurang pula tidak adil kepada kontraktor.

Pada kebiasaannya, peruntukan tambahan ini diambil daripad kos luar jangkaan.
Sekiranya peruntukan luar jangkaan ini tidak mencukupi, maka peruntukan tambahan itu
perlu ditanggung oleh pelanggan. Jika pindaan kerja tidak dikawal dan dinilai dengan
sempurna, maka perancangan kos awal semasa peringkat pra-kontrak (reka bentuk)
adalah tidak bermakna dan mensia-siakan masa.

Oleh itu, satu sistem kawalan kos yang baik akan menitikberatkan kesan-kesan
pindaan kerja terhadap kos keseluruhan projek supaya tidak melebihi had.

3.2.9.4 Bayaran Pendahuluan

Bayaran pendahuluan adalah suatu peruntukan khas pelanggan yang perlu


dibayar kepada kontraktor atas kerja-kerja yang dibuat, Jumlah bayaran pendahuluan ini
tidak melebihi 15% daripada jumlah kerja-kerja binaan danjika kontrak bemilai RMlO
juta ke atas, maka wang pendahu]uan yang dibayar tidak lebih daripada RMl.5 juta.
Kesan kemudahan bayaran pendahuluan ini membebankan pelanggan dan menyebabkan
pelanggan perlu menyediakan sejumlah peruntukan wang awal untuk membayar kepada
kontraktor. Sekiranya kawalan kos tidak dirancang dengan baik, masalah akan timbul
dalam membiayai bayaran kemajuan kerja yang seterusnya. Oleh sebab sejumlah besar
wang yang melebihi peruntukan asal telah digunakan pada peringkat awal projek,
peruntukan tambahan diperlukan untuk menampung bayaran kerja pada bulan-bulan
yang berikutnya. Oleh itu, pengagihan aliran wang perlu dirancang dan diurus dengan
----

53

berkesan untuk memastikan sesuatu projek binaan tidak tergendala disebabkan masalah
kekurangan peruntukan belanjawan.

Anggaran kos sesebuah projek akan lebih tepat sekiranya jangkaan terhadap
kadar perubahan harga yang berlaku sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa
diambilkira secara awa1.

3.2.10 Kelewatan

Sejak <lulu lagi projek-projek pembinaan sama ada awam atau swasta sering
mengalami kelewatan terutamanya pada peringkat pennulaan projek lagi . Masalah
kelewatan ini berpunca daripada beberapa sebab seperti :

i) Masalah Kewangan

Masalah kewangan merupakan halangan utama kepada kelancaran


per.kembangan sesuatu projek. Kekurangan modal atau sumber kewangan
pihak pelanggan atau kontraktor menyebabkan aktiviti projek tidak dapat
diteruskan dan tergendala kerana tidak berupaya membiayai kos dan
perbelanjaan projek.

ii) Kekurangan Perancangan

Peran.cangan yang berkesan dapat memastikan kelancaran projek supaya


mengikut masa yang ditetapkan berdasarkan kos yang diperuntukkan.
Kekurangan perancangan yang bersistematik boleh mengakibatkan
kelewatan dan pembaziran masa kerana terdapat banyak ketidakpastian
dan kesangsian semasa melaksanakan kerja.

Pusat So . . _.__
FakuJti K . m"'"
eJuruter.an .
- - -

54

iii) Pindaan oleh Pihak Pernilik

Bagi sesetengah projek, objektif dan matlamat tidak dikenalpasti pada


peringkat awal. Apabila projek mula dilaksanakan, barulah pelbagai
penyesuaian dan pindaan dibuat oleh pemilik. Pindaan kerja ini
memerlukan masa kerana perubahan harus dibuat ke atas lukisan,
rekabentuk, tempahan bahan binaan, penjadualan dan sebagainya.
Pengubahsuaian semula ini akan melewatkan projek.

iv) Ketidakcekapan Pengurusan

Semua projek pembinaan memerlukan struktur organisasi yang sesuai


dengan sokongan pengurusan yang berkesan. Kelemahan pengurusan
yang wujud dalam komunikasi, koordinasi kerja, perancangan,
penjadualan serta pengawalan perkembangan sesuatu projek akan
menjejaskan kelancaran dan melengahkan masa projek tersebut.

v) Kelewatan Kelulusan

Dalam industri pembinaan, prosedur mendapatkan kelulusan yang


berka.itan dengan projek daripada kerajaan sangat rumit dan biasanya
memerlukan masa yang lama. Kelewatan kelulusan ini membawa banyak
kesan sampingan kepada projek. Aktiviti projek tidak dapat diteruskan
selagi pihak berkuasa tidak meluluskan pennohonan yang terutamanya
berkaitan dengan undang-undang alam sekitar, perundangan buruh,
tinggalan sejarah, kemudahan infratruktur clan sebagainya. Pihak pemilik
mungkin tidak dapat memiliki permit yang diperlukan atas harta tanah
tersebut. Perlaksanaan projek terpaksa ditang 11,4..&.L&.... an semasa menunggu
kebenaran daripada pihak yang berkuasa.

vi) Masalah Rekabentuk


- - -.

55

Bagi sesetengah projek, pihak kontraktor menjalar . . .~ . . kerja tanpa


mengikut spesifikasi reka bentuk yang ditetapkan. Ini mengakibatkan
penyelenggaraan dan perbaikan kerja berikutan diperlukan. Kelewatan
pada pereka bentuk dalam meluluskan lukisan kedai (shop drawing) -
menangguhkan perkembangan projek. Selain itu, butiran lukisan yang
tidak lengkap dan kesilapan rekabentukjuga akan menyebabkan
kelewatan projek kerana masa tambahan diperlukan untuk membuat
perbaikian.

vii) Kekurangan Sumber

Kekurangan sumber tenaga kerja seperti pakar-pakar, tenaga buruh dan


pekerja mahir dalam projek pembinaan menyebabkan kerja tidak dapat
diteruskan. Masa tambahan digunakan untuk melantik dan menngumpul
tenaga kerja yang diperlukan. Selain itu kekurangan sumber bahan clan
loji juga memberi kesan kepada kelengahan sesuatu projek.

viii) Mogokan Pekerja

Ketidakcekapan pengurusan akan menimbulkan ketidakpuasan pekerja.


pekerja akan menunjukkan perasaan mereka melalui mogokan kerja jika
persetujuan tidak dapat tercapai. Kesan daripada mogokan pekerja ialah
kerja-kerja terbengkalai dan produktiviti berhenti sama sekali. Mogokan
yang berlanjutan ini akan mengakibatkan kelewatan pada projek.

ix) Bantahan dan Demonstrasi Masyarakat

Bantahan daripada masyarakat umum terhadap perlaksanaan sesuatu


projek akan menangguhkan masa pennulaan projek tersebut clan mungkin
56

menyebabkan projck itu tcrkandas. Sebagai contoh, projek perlaksanaan


"Bakun Dam" di Sabah terpaksa ditang an kerana terdapat bantahan
kuat daripada rakyat jelata.

x) Kelewatan Tempahan Bahan

Kelewatan tempahan atau pertibaan sesuatu bahan binaan akan


menjejaskan kelancaran perjalanan sesuatu projek. Aktiviti seperti yang
dirancangkan dalam jadual tidak dapat ditunaikan kerana kekurangan
bahan binaan. Masa dipersia-siakan semasa menunggu bekalan bahan
binaan tersebut.

xi) Bencana Alam

Bencana alam seperti gempa bumi, banjir, taufan, kemarau dan t


I
I
I

sebagainya melumpuhkan sistem perhubungan dan sistem pengangkutan


bagi kawasan yang terlibat. Aktiviti pembinaan te csa diberhentikan
untuk satu tempoh masa tertentu semasa menunggu pemulihan keadaan.
lni mengakibatkan kelewatan terhadap projek yang terlibat.

xii) Cuaca yang Luar Biasa

Cuaca yang buruk merupakan halangan kepada perlaksanaan sesuatu


kerja pembinaan di tapak. Sebagai contoh, hujan lebat yang berturut-turut
mungkin menyebabkan banjir kilat berlaku dan air yang be gan di
kawasan tapak menyusahkan kerja dijalankan. Projek dikehendaki
ditangguhkan buat sementara waktu.
Kelewatan sesuatu projek merupakan masalah yang utama yang kerap dihadapi
oleh industri pembinaan. Kesan kelewatan kepada projek ialah peninggian kos yang
disebabkan oleh inflasi, perbelanjaan pengurusan, tambahan kadar bunga pinjamam,
57

pembiayaan kos infrastruktur seperti elektrik dan sebagainya. Kesan-kesan negatif ini
boleh melumpuhkan perlaksanaan sesuatu projek.

3.2.11 Komunikasi

Tujuan utama komunikasi ialah menyalurkan maklumat clan arahan dalam bentuk
tulisan atau pertuturan. Sistem komunikasi yang baik dalam sesuatu organisasi boleh
menjamin perlancaran projek-projek pembinaan. Progra.m, polisi dan prosedur projek
tidak akan dilaksanakan dengan berkesan selagi semua staf dan pihak terlibat tidak
mengetahui kedudukan dan tanggungjawabmasing-masing. Jika semua pihak ini tidak
dimaklumkan dengan sepenuhnya, maka besar kemungkinan objektif projek akan
disalahtafsir,

Masalah berkomunikasi biasanya berlaku antara pihak-pihak berikut:


i) Kumpulan ahli rekabentuk dengan kumpulan ahli perancangan


ii) Pelanggan dengan kontraktor
iii) Pihak-pihak yang terlibat da1am urusan tapak pembinaan
iv) Pengurus projek dengan ahli kumpulan projek

Bagaimanapun, jalinan komunikasi sering terkandas disebabkan oleh masalah-


masalah berikut :

i) Kekurangan kerjasama dan perundingan semasa dalam perinkat-peringkat


projek seperti peringkat menentukan konsep, peringkat rekabentuk,
peringkat perancangan dan sebagainya. Kekurangan komunikasi
menyebabkan objektif projek tidak dapat disalurkan ke . semua pihak
dengan jelas. Individu yang berlainan akan mempunyai takrifan yang


58

berbeza terhadap objektif. Sebagai akibat, konflik akan berlaku antara


pihak-pihak yang tidak mempunyai kefahaman yang sehaluan.

ii) Tenaga buruh terletak di bawah pengaruh dan pengurusan subkontraktor.


Kontraktor utama tidak dapat mengawal tenaga buruh ini kerana tidak
mempunyai kuasa terus.

iii) Pejabat tapak yang terletakjauh dari pusat pengurusan menyebabkan


pelbagai arahan disalurkan melalui telefon. Ini menimbulkan salah tafsir
kerana tiada panduan secara bertulis yang terperinci.

iv) Bahasa yang digunakan oleh pihak-pihak yang berlainan taraf adalah
berbeza. Pihak yang berurusan dengan soal pen an seperti pengurus
bahagian salah tafsir maklumat yang disampaikan oleh pihak dari
bahagian teknikal seperti krafman tapak.

v) Tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh setiap bahagian


organisasi tidakjelas. Pihak lain yang ingin membuat rujukan menemui
jalan buntu kerana tersesat antara bahagian-bahagian organisasi tanpa
dapat berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab.

vi) Sistem komunikasi yang tidak sempuma boleh mengakibatkan maklumat


dan arahan tidak dapat disampaikan kepada pihak tertentu. Dalam projek
mega, arahan daripada arkitek menghadapi kesukaran untuk disampaikan

kepada penyelia tertentu di tapak jika terdapat banyak subkontraktor yang


terlibat dalam projek pembinaan tersebut.

vii) Masa untuk memproseskan maklumat clan arahan yang dikeluarkan


t
terlalu lama keran sistem komunikasi yang kurang berkesan. Ini
menyebabkan sesetengah perkara yang memerlukan jawapan clan
tindakan cepat tergendala dan seterusnya melewatkan sesuatu projek.
59

viii) Sesetengah organisasi terlalu mementingkan prosedur pentadbiran


sehingga mengabaikan kepentingan berkomunikasi. Pen -pengurus
hanya bergantung kepada laporan-laporan bertulis dalam mengawasi
perkembangan projek clan kurang berinteraksi secara langsung dengan
pihak yang terlibat.

Sistem komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin


kelancaran dan kejayaan sesuatu projek pembinaan. Banyak masalah dan sengitan akan
timbul jika pihak-pihak yang terlibat dalam projek tidak mempunyai komunikasi yang
baik.

3.2.12 Pengurusan Pejabat Tapak

3.2.12.1 Keselamatan

Walaupun kemalangan didefinasikan sebagai perkara yang berlaku di luar


jangkaan, tetapi dalam tafsiran perundangan pula kemalangan itu berlaku kerana
kecuaian clan boleh dikawaljika langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya
diamalkan. Aspek keselamatan amat diberi perhatian dalam pengurusan projek
pembinaan. Pelbagai peraturan tegas dan langkah-langkah wajib di tapak bina diberi
penekanan untuk memastikan keselamatan nyawa pekerja. Masalah-masalah yang serius
akan berlaku jika aspek keselamatan ini dipandang ringan.

Sekiranya dilihat dari segi ekonomi, kemalangan akan meninggikan kos sesuatu
projek sama ada kos langsung atau secara tidak langsung.

a) Kos Langsung :


60

i) kos perubatan untuk kecederaan


ii) wang pampasan untuk pekerja

iii) pertambahan premium insuran


iv) kos untuk penggantian peralatan dan bahan yang telah rosak semasa
'

kemalangan
v) kos pembaikian dan pembersihan kawasan kemalangan
vi) yuran untuk mendapatkan perkhimatan nasihat perundangan yang
berkaitan dengan ha) kemalangan

b) Kos Tidak Langsung :

i) kerugian yang disebabkan oleh ketangguhan projek akibat memberi


laluan kepada penyiasatan peristiwa kemalangan
ii) semangat pekerja turun dan ini mempengaruhi produtiviti I

I
I
l
iii) keyakinan pelanggan terhadap kontraktor terjejas
iv) kerja tambah masa diperlukan kerana kelewatanjadual kerja yang
'
l
disebabkan kemalangan
v) kerja pentadbiran yang berkaitan dengan kemalangan
.

vi) produktiviti berkurangan kerana pekerja yang terlibat dalam


kemalangan tidak dapat menjalankan tugas

Tindakan undang-undang akan dikenakn ke atas pihak yang tidak mematuhi akta
keselamatan clan menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa oleh pekerja-pekerja,
Sekiranya sesuatu projek dijadikan kes mahkamah, semua pihak yang terlibat dalam
projek tersebut tentunya akan terjejas kerana menghadapi kerugian wang dan masa.
Kemalangan mengakibatkan pembaziran masa dalam memperbaiki peralatan yang rosak,
kehilangan masa dalam mencari dan melatih pekerja baru untuk menggantikan pekerja
yang terlibat dalam kemalangan.Kemalangan yang serius mungkin akan menyebabkan
projek mengalami kelewatan yang tidak dapat dipulihkan. Perancangan dan penjadualan
awal projek terpaksa dihalusi semula untuk membuat penyesuaian terhadap kelewatan.
Kesemua aktiviti susulan kemalangan ini menyebabkan kehilangan masa yang tidak


61

terkira. Masa itu wang. Kerugian wang yang ditanggung sama ada secara langsung atau
tidak langsung dapat dilihat dengan jelas.

Masalah kemalangan ini akan meninggalkan kesan sa.mpingan terhadap


organisasi projek tersebut. Organisasi yang bebas daripada kemalangan biasanya
mempunyai produktiviti yang lebih tinggi dan pada masa yang sama melahirkan pekerja
yang lebih bersemangat dan setia. Apabila berlaku sesuatu kemalangan, peristiwa
tersebut yang dihebohkan oleh media massa akan menja prestasi dan imej
organisasi yang terlibat dan seterusnya menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap
organisasi tersebut tergoyang. Ini akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan projek
baru pada masa yang akan datang.

3.2.13 Tuntutan

Tuntutan merupakan masalah pertelingkahan antara pelanggan dan kontraktor


yang berkaitan dengan kontrak yang sering berlaku dalam industri pembinaan. Tuntutan
berlaku apabila pelanggan mengarah kontraktor menjalankan sesuatu kerja yang
dipercayai termaktub dalam kontrak tetapi pihak kontraktor pula menganggapnya
sebagai kerja tambahan yang tidak tercatat dalam kontrak. Maka kontraktor akan
mengemukakan tuntutan agar pelanggan membayar kos lebihan ini. Masalah tuntutan ini
disebabakan oleh butiran kontrak yang tidak jelas. Pada pendapat pihak pelanggan,
sesetengah kerja merupakan kewajipan kontraktor yang tertakluk di bawah kontrak
sedangkan tafsiran kontraktor pula adalah sebaliknya. Kontraktor juga akan menuntut
bayaran terhadap perbelanjaan yang digunakan atau kerugian yang dialaminya yang
.

disebabkan keadaan yang tidak dapat dijangka dan ditentukan dalam tender atau kontrak

ditandatangani walaupun reka bentuk tidak disiapkan sepenuhnya. Perubahan yang


banyak selalunya akan menghasilkan tuntutan-tuntutan bagi kekurangan dan kerja yang
tidak sempurna. Sekiranya tuntutan kontraktor tidak mendapatkan layanan daripada
pihak pelanggan, kontraktor biasanya akan mengugat bahawa kerja pembinaan tidak
()'?.....

akan dilaksanakan sebelum bayaran terhadap tuntutan dijelaskan. Pemberhentian kerja


akan mendatangkan kerugian yang besar berbanding dengan pembiayaan tuntutan.

Secara umum, kontraktor akan menyelesaikan kerja pembinaan dahulu dan


barulah pelanggan akan membayar kepada kontraktor. Ini membebankan keupayaan
kewangan kontraktor dan mungkin menjadi masalah projek. Dalam sesetengah kes
projek usahasama, banyak kontraktor yang muflis kerana memikul beban kewangan
untuk kerja tuntutan. Kontraktor ini tidak mempunyai pusingan modal yang mencukupi
untuk meneruskan kerja pembinaan sebelum pelanggan menjelaskan bayaran tuntutan.
Pihak pelanggan pula ingin menanggung pembiayaan sehingga akhir projek supaya
membolehkannya menjelaskan pembiayaan dengan menggunakan wang tahanan.

Tuntutan diselesaikan dengan rundingan pejabat antara kontraktor dan


pelanggan. Sekiranya persetujuan antara dua pihak tidak dapat dijalinkan, maka kes
tersebut akan dibawah ke mahkamah. Bagi keadaan ini, butiran penuh fakta serta
dokumen yang berkaitan dengan sesuatu perkara yang mungkin menjadi subjek tuntutan
diperlukan untuk dijadikan bukti di mahkamah. Pengurusan maklumat berkaitan yang
tidak cekap akan merumitkan situasi dan menarnbahkan

konfrantasi kedua-dua pihak .

Masalah berkaitan dengan tuntutan adalah sukar untuk dielakkan terutamanya


bagi projek yang besar. Bagaimanapun, masalah ini dapat diringankanjika kontrak
mempersembahkan garispanduan dan butiran terperinci yangjelas.

'
. 63

3.2.14 Polisi dan Akta Kerajaan

Polisi dan akta kerajaan senantiasa mempengaruhi perkembangan industri


pembinaan. Akta-akta yang berkaitan dengan alam sekeliling, pekerja, keselamatan dan
sebagainya yang digubal dari semasa ke semasa menghasilkan masalah kepada projek
pembinaan. Dalam perlaksanaan sesuatu projek pembinaan memerlukan, masa yang
panjang dalam penyediaan kontrak, rekabentuk, tawaran dan perancangan sebelum
aktiviti pembinaan projek dimulakan. Dalam tempoh masa ini, mungkin undang-undang
dan akta baru telah digubal dan mula berkuatkuasa. Keadaan ini meninggalkan kesulitan
kepada pihak yang terlibat seperti pemilik yang bertindak sebagai pelabur dan kontraktor
dalam membuat sesuatu perubahan atau penyesuaian supaya memastikan segala
prosedur dan pentadbiran projek tidak melanggar undang-undang. Perancangan dan
objektif asal dikehendaki dipinda dan perlaksanaan projek terpaksa ditangguhkan.

Selain itu, polisi kerajaan memberi keutamaan kepada industri pembinaan


dengan melonggarkan syarat pinjaman bank dan men kadar bunga pinjaman
amat dialu-alukan oleh pihak yang terlibat, Waiau bagaimanapun, masalah tetap akan
timbul kerana dengan kelonggaran yang dibuat ini, sesetengah pihak seperti kontraktor
akan mendapat pinjaman dengan mudah. Ini mendorong kontraktor supaya berani
menerima seberapa banyak projek yang boleh yang melebihi kemampuan kedudukan
kewangan syarikatnya. Pengawalan kewangan yang tidak cekap oleh kontraktor tersebut
akan mendatangkan malapetaka kepada syarikatnya kerana aktiviti pembinaan
melibatkanjumlah aliran wang yang besar. Jika keadaan yang sebaliknya berlaku iaitu
kadar bunga pinjaman yang tinggi dikenakan ke atas pihak pengusaha projek
pembinaan, maka sesetengah kontrktor tidak berupaya meneruskan sesuatu projek

kerana kesempitan wang. Terdapatjuga kes-kes di mana kontrktor-kontraktor menarik


diri semasa projek dijalankan. Sudah tentu bahawa projek tersebut akan mengalami
kelewatan dan kerugian.

Polisi dan akta kerajaan biasanya berkuatkuasa dalam tempoh beberapa bulan
hingga ke berpuluh-puluh tahun. Perundangan ini berubah mengikuti keperluan keadaan
ekonomi
..
dan perkembangan pembangunan negara. Walaupun polisi-polisi ini mungkin
64

tidak memberi kesan secara langsung terhadap pengurusan projek pembinaan tetapi
pertimbangan terhadap peraturan kerajaan harus diberi perhatian agar mengelakkan
sebarang masalah yang berkaitan.

3.3 Masalah Yang Tidak Dapat Dikawal

3.3.1 Bencana Alam

Bencana alam seperti gempa bumi, taufan, musim hujan, kemarau, banjir dan
sebaginya boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara clan mendatangkan kesan
buruk kepada industri pembinaan. Sesetengah daripada bencana alam ini berlaku secara

mendadak clan di luar jangkaan. Walaupun bertapa baik sesuatu projek dirancang dan
dikawal, projek tersebut tetap akan mengalami kemusnahan clan kerugian. Malapetaka
seperti gempa bumi dan taufan bukan sahaja mendatangkan kerosakan kepada bangunan
struktur tetapi mungkin menghancurkan projek pembinaan sama sekali. Masa yang
panjang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan dan kos keseluruhan projek akan turut
bertambahan. Jikalau kos tambahan ini melampaui batas, besar kemungkinan projek
tersebut akan terbengkalai dan terbiar begitu sahaja. Peruntukan kewangan lebih
diperlukan untuk membaikpulih ekonomi dan kemudahan infrastruktur dalam negara
selepas dilanda malapetaka.

Apabila berlaku musim hujan atau kemarau, aktiviti di tapak bina turut akan
terjejas kerana cuaca yang buruk. Pada musim hujan yang panjang, aktiviti seperti kerja
konkrit tidak dapat dijalankan manakala semasa musim kemarau, bekalan air terputus
dan ini menyebabkan kerja bina seperti bancuhan konkrit tidak dapat diteruskan. Aktiviti
di tapak terpaksa diberhentikan buat seketika. Sehubungan dengan itu, masa projek
terpaksa dipanjangkan kerana tangguhan kerja. Secara am, bencana alam meninggalkan
kesan ketara terhadap sektor pembinaan.
65

3.3.2 Krisis Ekonomi

Industri pembinaan merupakan sektor yang merintis jalan dalam pembangunan


ekonomi sesebuah negara. Semasa berlaku kekawatan ekonomi, industri pembinaan
yang pertama sekali mengalami kemelesetan berbanding dengan sektor lain. Langkah
yang diambil oleh kerajaan untuk membaikpulihkan ekonomi negara ialah
mengurangkan aktiviti projek pembinaan dengan membataskan kelulusan projek-projek
besar dalam negara. Bagi projek-projek yang sedang berjalan, kebanyakan aktiviti
diperlahankan clan tempoh projek dipanjangkan. Sesetengah projek seperti skim
lebuhraya, projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, projek Jambatan Malaysia-Indonesia,
projek Bakun Dam clan sebagainya telah dimansuhkan buat seketika. Walaupun langkah-
langkah seperti ini dapat menyekat aliran wang keluar dari negeri dan memperlahankan
kadar kitaran wang dalam negara tetapi pada masa yang sama menimbulkan masalah Il
kepada sektor pembinaan. Kesulitan yang dihadapi oleh projek pembinaan ialah:
I I

'
1

i) Bahan binaan dalam industri ini tidak boleh disimpan untulc kegunaan
masa depan kerana keperl uan bahan seperti keluli, kemasan dan

sebagainya berbeza dari projek ke projek. Semasa projek diperlahankan,


wang modal terikat oleh bahan binaan dan menjejaskan pusingan modal.
Ini menyebabkan kedudukan ekonomi menjadi lagi tenat.

ii) Kontraktor-kontraktor hanya bergantung kepada beberapa projek untuk


meneruskan syarikat. Tindakan kerajaan dalam mengurangkan projek ini
menyebabkan sesetengah kontraktor muftis kerana tidak mendapat
tawaran projek yang baru dan wang terikat pada projek-projek lama yang
di tang an.

. ...
66

iii) Pemilik tidak mampu membiayai bayaran kemajuan projek (Progress


Payment) kerana kesempitan wang dan kadar bunga pinjaman adalah
tinggi. Perjalanan projek dilewatkan kerana aliran wang tunai tidak dapat
menampung perbelanjaan aktiviti projek

Jika merujuk kepada statistik yang dibuat oleh CIDB (Construction Industry
Development Board Malaysia) baru-baru ini, jelas didapati bahawa banyak syarikat
sektor pembinaan terjejas akibat kekawatan ekonomi. Sehubungang dengan ini, pihak
kerajaan telah menubuhkan NERP (National Economic Recovery Plan) pada Ogos 1998
untuk mengatur strategi dalam rnembaikpulihkan kestabilan ekonomi di Malaysia.
Sebanyak 5,000,000 juta ringgit telah diperuntukkan untuk pembangunan kemudahan
infrastruktur dan 2,000,000 juta wang disediakan untuk tabung pembangunan
perumahan kos sederhana dan kos rendah. Tindakan ini dapat membantu kontraktor-
. I
kontraktor di Malaysia daripada terns luput dalam ams kemelesetan ekonomi .

You might also like