You are on page 1of 1

ABSTRAK

Setiap pelajar Kolej Vokasional (KV) harus melaksanakan Projek Tahun Akhir (PTA) untuk
memenuhi syarat yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh sebab
itu, pelajar tekonologi pembinaan di Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) memilih untuk
membina sebuah tangga untuk dijadikan sebagai PTA untuk kohot 2014. Antara faktor
pemilihan tangga tersebut ialah lokasi yang strategik kerana tapak pembinaan ini merupakan
laluan alternatif yang sering kali digunakan oleh pelajar dan pensyarah untuk ke surau serta
asrama. Punca masalah yang telah di kenal pasti adalah keadaan tanah yang curam
membuatkan pelajar dan pensyarah dalam keadaan bahaya ketika menuruni bukit tersebut.
Pembinaan tangga konkrit bertetulang ini mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh
warga kolej antaranya ialah mampu mengelakkan kecelakaan serta menjamin keselamatan
pengguna menaiki dan menuruni bukit tersebut kerana terdapat susur tangan yang akan di
sediakan. Pembinaan tangga ini juga mampu memendekkan masa perjalanan warga kolej
yang berada di bengkel-bengkel untuk ke surau Al-Taqwa untuk menunaikan ibadah dan ke
asrama berbanding tangga yang sedia ada yang agak jauh dari bengkel. Kesimpulannya,
pembinaan tangga ini juga akan menambah kencantikan landskap kolej menjadi lebih
menarik serta memberi pengalaman baru terhadap pelajar untuk melaksanakan projek yang
sebenar dan akan membina modal insan yang berkemahiran bagi pelajar yang terlibat.

You might also like