You are on page 1of 5

KONSEP ASAS MORAL

1.0 Definisi Konsep


Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep
berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita
memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari
pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral


Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang
membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan
masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati,
merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti
tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang,
norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris
(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan
pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.
Dagobert D. Runes
Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan
yang baiksebagai kewajiban atau norma
Helden (1977) dan Richards (1971)
Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan
dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa
kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.
Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa
yang dapat dan tidak dapat dilakukan.
Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer
riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti
Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannya membuat
kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah membawa
komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
Rumusannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada
peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting
diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula
amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada
orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu
mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral
ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan
moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi
ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika


Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau
cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral,
perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan
ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis
panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas
persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .
Contoh 1
Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam
bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang
didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai
masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu
seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami
tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu
sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang
perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau
dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

1.3 Konsep Akhlak


Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak
dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan
kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan
dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum
akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang
melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.
Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak
jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan
dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan
dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh
memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat
dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya
berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong
manusia mencuri, menipu dan membunuh.
Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap
peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat
sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:


i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani
ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu
perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak
tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang
minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika
seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan
kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak
bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan
dan budaya masyarakat setempat.

Tajuk 1: Konsep Asas Moral


Moral
- Ditakrifkan sbg tingkah laku atau amalan yg sejajar dgn tatasusila dan
undang2 msyrk.
- Moral adalah ajaran, kumpulan peraturan & ketetapan, lisan atau
bertulis ttg bagaimana manusia harus hidup & bertindak agar menjadi
manusia yg baik.
- Pertimbangan moral bergantung kpd suasana atau keadaan dimana
seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dimana dia hidup & agama
yg dianuti.
- Amalan atau tindakan yg dikatakan bermoral:-
a. Pengawalan diri terhadap sst keinginan nafsu atau dpt menahankan diri
dari melakukan sst tingkah laku yg dianggapkan salah.
b. Kawalan terhadao keperluan fizikal yg berdasarkan kpd peraturan2
msyrk yg telah diterima secara rasional.
c. Bertindak secara rasional terhadap sst keputusan moral yg melibatkan
pentafsiran ini dilakukan dgn adanya maklumat atau pengetahuan yg
mencukupi dan dihuraikan dgn pemikiran secara objektif atau kritik.
d. Sentiasa menjaga dan bertindak dlm keadaan yg berdisiplin serta
menghayati sst standard hidup yg dicapai oleh sosioekonomi msrk.

Etika
- ethos dlm bhs Greek bererti cara hidup atau adat resam.
- Ditakrifkan sbg suatu kajian sains moral dan prinsip2 moral ttg
kelakuan manusia.
- Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu baik atau
buruk.
- Etika dgn erti kata lain ialah mematuhi nilai moral, mengajukan ttg
kenapa kita mesti ikut arahan moral.

Klasifikasi antara moral dan etika


- Moral diertikan sbg suatu disiplin yg akan dpt memberitahu kita
apakah sistem moral yg dihayati oleh satu2 kelompok manusia tertentu,
sementara etika pula menganalisis, mengkaji dan mengkritik sistem moral
tersebut.
- Maka, moral ialah praktikal manakala etika bersifat teoritikal.
Akhlak
- Bermaksud budi pekerti seseorang individu. Budi pekerti ini dirujuk kpd
kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu.
- Akhlak dan moral mpy maksud yg sama iaitu kelakuan baik atau
buruk.

Komoralan
- Merupakan sst yg berkait dgn peraturan2 msyrk yg diwujudkan di luar
kawalan individu itu. Cth, peraturan2 sosial msyrk, adat resam, tatasusila
atau tatahukum.

Konsep baik
- Membawa maksud memberi faedah atau bagus apabila
menggunakannya. Huraian ini menuju kpd perasaan individu terhadap sst yg
telah digunakan. Berbeza mengilur situasi:-
a. Secara fizikal:
b. Kepuasan diri: rupa, mutu.....
c. Kelakuan: memberi persetujuan atau sokongan.
d. Penyakit: proses pulih....
- Konsep baik ini merupakan penerimaan atau sikap psikologi individu.
- Perkataan baik dpt digunakan secara:-
a. Ekstrinsik
Penilaian atau taksiran piawaian. (kerja atau objek yg mematuhi
standard atau taraf)
Masa yg diperlukan. (kemajuan teknologi dsbg)
Membuat keputusan atau pemilihan. (rupa luaran yg menarik
perhatian)
b. Intrinsik
Sokongan atau nasihat.
Menghargai atau memuji.

Konsep benar
- Bermaksud betul dan mengandungi ciri penjelasan nilai. Ia juga mpy
fakta2, sebab2 dan bukti2 yg sah atau diterima oleh majoriti.
- Dilihat dari segi:-
a. Kebenaran yg mutlak. Cth, menurut ajaran agama, isi ajaran tidak
boleh dibahasakan.
b. Kebenaran yg saintifik. Cth, kebenaran yg dpt dibuktikan secara
saintifik.
c. Kebenaran yg relatif. Cth, pantang larang dan peraturan adat. Perkara
yg dikatakan benar mungkin hari ini shj dan mungkin salah mengikut
perubahan masa. Kebenaran ini hanya wujud secara relatif shj.
Konsep patut
- Diertikan seharus, mesti atau sesuai.
- Konsep patut ini memerlukan penilaian secara intrinsik iaitu:-
a. Memberi pertimbangan terhadap suatu standard yg diterima oleh
manusia.
b. Memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta2 yg wujud.
c. Memberi pertimbangan nilai yg logik.
- Sebagai perkataan lain, patut membawa maksud:-
a. Memberi dorongan terhadap sst aktiviti atau tindakan yg betul.
b. Memberi penjelasan atas sst kelakuan.
c. Memberi persetujuan krn mpy pendapat yg sama atau mpy sifat2 yg
sama.
d. Tidak setuju dgn sst kelakuan.

You might also like