You are on page 1of 10

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

TINGKAT 7 - 8, BLOK D4, KOMPLEKS D


PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / MC-024-3:2012 WELDING TECHNOLOGY AND
FABRICATION
PROGRAMS CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / E02 SHIELDED METAL ARC WELDING (SMAW) FOR
COMPETENCY UNIT NO. SUBMERGED ARC WELDING (SAW) 1G
AND TITLE
1.CARRY OUT SAFETY ASSESSMENT AT WORK AREA
2.COMPLY TO WORK INSTRUCTION AND RELEVANT
WELDING PROCEDURE SPECIFICATION (WPS)
3.VERIFY BASE METAL MATERIAL USED
4.VERIFY CONSUMABLE AS SPECIFIED
5.CHECK SMAW EQUIPMENT AND ACCESSORIES
NO. DAN PENYATAAN
FUNCTIONALITY
AKTIVITI KERJA / WORK 6.PERFORM SMAW PROCESS
ACTIVITIES NO. AND 7.PERFORMVISUALINSPECTIONANDTESTING(DESTRUCTIV
STATEMENT E TEST)
8.CARRY OUT BACK GOUGING, GRINDING AND BACK
WELDING AS REQUIRED IN ACCORDANCE WITH TEST
SPECIMEN
9.COMPILE WORK COMPLETION CHECKLIST

NO. KOD /CODE NUM. MC-024-3:2012-IS-EU 02/P(1/9) Muka : 1 Drp : 9

TAJUK/TITLE:
JENIS DAN SIFAT LOGAM
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis dan sifat
logam.
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 2 Drpd: 9

PENERANGAN:
INFORMATION:

Pengimpal mestilah menyelidik dan mengkaji salah satu perkara pokok dalam proses
kimpalan iaitu METOLOGI.Pengimpal mesti tahu dan peka tentang segala jenis dan sifat
logam yang hendak di kimpal.Dalam bahagian ini akan diterangkan segala aspek yang
bersangkutan dengan kajian metalogi.

Logam terbahagi kepada dua jenis iaitu:-

1. Ferrous metal (logam ferrous)


Adalah logam yang mengandungi campuran karbon.Logam jenis ini mudah berkarat
dan suhu kecairannya tinggi. Ini disebabkan oleh kerana campuran karbon dalam
logam akan menghasilkan suhu kecairan yang tinggi.

Contohnya: Wrought Iron, Mild Steel, Cast Iron, Stainless Steel Dan Stool Steel.

2. Non ferrous metal (logam bukan feros)


Ialah logam yang mengandungi sedikit campuran logam karbon atau tidak
mengandungi langsung karbon.

Contohnya: Tembaga, Brass, Aluminium, Zink, Lead, Bronze, Silver dsb.

Jenis Logam Feros.

1. Besi Jongkong.

Besi yang lebur dituangkan dalam acuan berbentuk jongkong. Tiap satu beratnya
antara 50ib hingga 100ib. Besi jongkong mengandungi karbon antara 5.2 hingga
5.9. Besi jongkong ini keras dan rapuh.

2. Besi Tuang (Cast Iron)

Mengandungi 4.75 karbon dan lain campuran asing seperti silicon dan sulfur.
Dinamakan besi tuangan kerana besi jongkong yang telah dilebur dituang dalam acuan
yang biasa dibuat dari pasir.Acuan inilah yang akan membentuk bentuk besi
tuangan.Bersifat rapuh, tidak boleh ditempa, tidak boleh dibentuk tapi boleh dikimpal
dan dipotong serta dimesin.

Jenis Besi Tuangan:

I. Besi tuangan kelabu (Grey Cast Iron)


ii. Besi Tuangan Putih (White Cast Iron)
iii. Besi Tuangan Liat (Mealleable cast Iron)
iv. Besi Tuangan Nodular (Nodular Cast Iron)
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 3 Drpd: 9

PENERANGAN:
INFORMATION:

3. Keluli Karbon Biasa (steel)

Didapati hasil daripada mengeluarkan benda asing dan kemudian dicampurkan pula
dengan karbon bagi menghasilkan keluli bermutu tinggi.Bagi menghasilkan keluli
semua benda asing ini terbakar ataupun dioksidakan daripada besi. kandungan karbon
akan berkurangan daripada 1 - 0.08.

Jenis keluli karbon biasa:

a) Keluli berkarbon rendah (low karbon steel)

Dikenali juga sebagai keluli lembut (mild steel). Mengandungi Kabon antara
0.05 hingga 0.30.Mempunyai sifat mulur dan boleh ditempa.Boleh
dikerjakan semasa sejuk atau panas.Boleh dikeraskan (harden).Kegunaannya
membuat skru, paku, dawai dan lain-lain.

b) keluli berkarbon sederhana (medium karbon steel)

Mengandungi karbon 0.30 hingga 0.80.kandungan karbon tinggi menjadikanya


kasar dan mempunyai keliutan seperti keluli berkarbon rendah.menghasilkan
kekuatan yang sederhana. kegunaannya membuat cranshaft dsb.

c) Keluli berkarbon tinggi.

Mengandungi karbon 0.6 hingga 1.5 tetapi kandungan maksima tidak melebihi
1.7.Mempunyai kekuatan regangan yang tinggi dan boleh dikeraskan.
Kegunaannya membuat alat luar dan dalam seperti mata gerudi,alat memotong,
kikir dan alat pertanian.

4. Keluli Pancalogam (Alloy Steel).


Ialah keluli yang mengandungi lebih dari dua elimen, mengandungi karbon dan lain-
lain unsur seperti chromium,silicon,tungsten,vanadium dan sebagainya.Unsur ini akan
menjadikan logam tersebut bertambah kukuh,tahan geseran.Kegunaannya membuat
alat memotong logam lain seperti high speed steel dan keluli stainless steel.

Jenis-jenis logam bukan feros.

1. Tembaga (copper)

Sejenis logam berwarna coklat kemerahan, mempunyai permukaan yang kilat dan
tidak bercalar atau cacat dipermukaannya.Sifatnya pengalir haba yang baik, suhu
kecairan 1980F (1100c) boleh digulung sejuk kepada kepingan nipis,mudah
dipotong, kikir, bengkok dan senang digilap.
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 4 Drpd: 9

PENERANGAN:
INFORMATION:

2. Loyang (Brass)
Ialah pancalogam tembaga dan zink (Cu + Zn) .Terdapat dua jenis. Pertama loyang
campuranya ( 70 tembaga + 30 zink ) berwarna unggu dan loyang campuranya
( 90 + 10 zink ) berwarna emas kekuningan.Loyang apabila dikerjakan akan
menjadi keras dengan cepat dan memerlukan proses annealing ( proses melembutkan
logam ). Loyang senag dipotong, kikir dan diwarnakan. Suhu kecairannya 940c.

3. Gangsa (Bronze)
Ialah pancalogam tembaga 90 + 10. Pancalogam ini lebih kuat daripada tembaga
dan loyang,menjadikan satu logam yang baik dan berwarna kekuningan emas.
Terdapat juga yang tidak bercampur dengan timah iaitu gangsa aluminium.Kegunaan
utamanya ialah untuk seni logam.Mudah dipotong dan dikikir.Suhu kecairannya 1562F
hingga 1832F ( 850c hingga 1000c ).

4. Aluminium.
Berasal dari bijih boksait dalam bentuk batu lembut seperti kapur.Boksait biasanya
mengandungi 32 aluminium. Ia paling ringan, berwarna putih dan tidak berkarat.Ia
juga tidak berbunga api apabila dicanai dan tidak bertukar warna apabial dipanaskan.
Pengalir haba yang baik dan tidak digunakan dalam bentuk asal tetapi dicampur
dengan logam lain seperti karbon, silicon dan zink. Suhu kecairannya ialah 660c

5. Zink.
Berwarna putih kebiruan. Logam yang lembut dan mudah dibentuk dan boleh dituang.
Digunakan sebagai pelindung logam lain seperti zinc galvani.Suhu kecairannya ialah
787F ( 419c ).

6. Perak ( Silver )
Sejenis logam yang cantik da berkilat berwarna putih. Perak yang tulin adalah lembut
sesuai untuk perhiasan.Merupakan pengalir eletrik yang terbaik.Suhu kecairannya
960c.

7. Nickel.
Logam berwarna putih perak. Ianya keras dan tidak bertukar di udara kering. Di
gunakan untuk membuat pancalogam lain.Bersifat magnatik dan boleh dikimpal kerana
mempunyai karbon. Suhu kecairannya ialah 2770F ( 1520c )

8. Chromium.
Berwarna putih kelabu dan keras.Tidak bertindak dengan oksigen.Digunakan untuk
membuat pancalogam. Apabila ditambah pada logam yang lain ia akan menjadikannya
keras dan menahan karat. Suhu kecairannya ialah 2770F (1520c).
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 5 Drpd: 9

PENERANGAN/INFORMATION:

9. Emas ( Gold )
Sejenis logam yang berat dan berwarna kekuningan. Logam yang paling liat. Suhu
kecairannya ialah 1900F ( 1060c ).

10.Suasa ( monel )
Ialah pancalogam campuran 60 nickle, 38 tembaga merah dan sedikit manganese
dan aluminium. Logam yang kukuh dan boleh dipotong dan dimesin, boleh ditempa
dan dituang dan boleh menahan daripada hakisan.

11.Timah Hitam ( Plumbum )


Sejenis logam yang paling lembut tapi berat. Berwarna putih tetapi selepas dipotong
bertukar menjadi kelabu gelap jika terkena udara. Boleh bertindak dengan oksigen
dalam udara lembab dan boleh menahan dari tindakkan asid hidroklorid cair dan asid
sulfik. Boleh dicampurkan dengan logam timah dan antimoni untuk membuat pewter.
Suhu kecairan ialah 621F ( 327c )

Sifat-Sifat Logam

Terdapat tiga jenis sifat logam.

1. Sifat kimia.
2. Sifat fizikal.
3. Sifat mekanikal.

1. Sifat kimia logam.


a. Crosion - ialah sifat logam yang berkarat akibat dari tindakkan udara.
b. Osidation - pembentukan oksida hasil daripada percampuran antara oksigen
dengan logam.
c. Reduction - pembuangan oksigen dari sekeliling kolam kecairan untuk
mengurangkan tekanan udara keliling.

2. Sifat fizikal logam.


a. Melting point ( suhu kecairan ) - ialah takat suhu dimana sesuatu bahan didalam
keadaan padu menjadi cair.
b. Termal conductivity - ialah takat haba kepanasan sesuatu logam.
c. Grain structure - ialah bagaimana haba akan mengubah jirim-jirim sesuatu logam.
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 6 Drpd: 9

3. Sifat mekanikal logam.


a) Tensil strength - keupayaan logam untuk menahan daya tarikan.
b) Ductility ( kemuluran ) - sifat logam yang membolehkan ditarik kebentuk dawai
tanpa patah ( etc. Al, Copper )
c) Hardness ( kekerasan ) - sifat logam boleh menahan larasan dan hausan.
d) Brittle ( kerapuhan ) - sifat mudah patah.
e) Mealleability ( kebolehan tempaan ) - sifat keupayaan logam yang
membolehkannya
f) menanggung tukulan tanpa patah.
g) Elasticity - keupayaan logam kepada keadaan asal selepas ianya dilentur atau
diregang.
h) Elongation - keadaan logam akan regang sebelum patah.
i) Toughness - ialah keupayaan logam menahan hentaman.

Jenis logam alloy yang dicampur dalam steel dan kegunaannya.

1. Chromium - keluli akan bertambah keras, tidak rapuh dan kalis karat.
2. Manganese - keluli akan tahan regangan dan keras.
3. Molybednum - menghasilkan keluli yang keras dan kuat.
4. Nikel - keluli menjadi tahan dari regangan, kalis karat dan dapatmenahan daya
hentaman.
5. Vanadium - sebagai bahan deoxsidizer dan penyesuaian akan mencantikkan struktur
logam.
6. Tungsten - digunakan pada logam untuk memotong besi kerana keras, kuat dan kalis
karat.
7. Kobalt - untuk menahan kekerasan keluli apabila dipanaskan.

Cara-Cara Mengenali Logam.

Ada lapan cara boleh dilakukan untuk mengenali logam.

1. Spark Test
Mesin canai tangan (hand grinder) digunakan.Apabila logam dicanai,ia akan
mengeluarkan haba dan manik api.Manik api ini akan berlainan rupa, kuantiti dan jarak
percikkan. Untuk lebih kesesuaian keadaan belakang adalah lebih gelap.
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 7 Drpd: 9

JENIS LOGAM
PANJANG
WARNA PERCIKKAN
WARNA
MANIKPERCIKKAN
API DEKAT
MANIK
GRINDER
API JAUH KUANTITI
DARI GRINDER

Light straw Putih


60Putih
in Putih
wrought iron70Putih
in Putih Kurang
Mild steel 55 Merah
in Straw Sederhana
Carbon tool 25
steel
Merah
in Straw Banyak
Gray cast iron
20Merah
in Straw Banyak
White cast iron
60Straw
in Putih Kurang
High speed steel
50Oren
in Oren Sedikit
Stainless steel
10Oren
in Oren Sederhana
Stellite 10 in Sedikit
Nickel Sedikit
*Bagi logam copper, Brass dan aluminium tiada bunga api.

2. Oxy-Acetylene Torch Test


Cara pemeriksaannya ialah membuat proses pudding pada keluli lembut
menggunakan api neutral. pudding mesti tidak memercikkan bunga api. Rupa bentuk
pada tepi logam akan menunjukkan logam tersebut boleh dikimpal. Jikalau logam
tersebut cair dan berbentuk sama, berkilat semasa membeku bermakana mempunyai
tahap kimpal yang baik. Begitu juga jika permukaan logam itu gelap, berwarna, kasar
dan berlubang halus bermakna logam itu tidak mempunya tahap kimpal baik.

3. Fracture Test.
Dibuat dengan mematah atau memecah sesuatu logam kepada dua. Pemecahan
logam tersebut akan menampakan grain structure. Jika saiz besar ia menunjukkan
sifat rapuh, jika halus biasanya keras dan rapuh atau lembut.

4. Coulor Test.
Dibuat dengan mematah atau memecah sesuatu logam. Bagi besi dan keluli akan
menunjukkan warna kelabu keputihan tapi bagi non feros warna kuning dan putih di
bahagian yang patah atau pecah.

5. Ring Or Sound Test.


Dengan cara mengetuk atau melepaskan ke lantai. Bagi bunyi yang nyaring
menunjukkan jenis besi tapi jika mengeluarkan bunyi yang kedap ialah non feros
metal.
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 8 Drpd: 9

6. Magnetic Test.
Dilakukan untuk mengetahui samada jenis feros atau non feros metal. Jika dari jenis
feros ia akan melekat pada magnet.

7. Chip Test.
Akibat pemotongan logam menggunakan chisel boleh menentukan jenis logam.
Contohnya cast iron akan pecah dengan serpihan kecil atau halus. Bagi keluli lembut
pula serpihan akan melekat dan menggulung pada logam asal.

8. Chemia Test.
Cara ini amat mudah dilakukan. Permukaan logam disapu atau logam dicelup ke
dalam bahan kimia itu. Amat berkesan untuk alloy steel.
Contohnya, untuk Aluminium, coustic soda digunakan jika ia aluminium tulin akan
berkilat dan jika tidak akan berwarna kehitaman. Untuk mengenal nickel gunakan asid
nitrik, Ia akan bertindak balas mengeluarkan buih-buih.

Siatem Nombor Untuk Logam.

S.A.E ( Society Automotove Engineering ) telah mencipta pengenalan dengan cara


nombor. Kod nombor tersebut ada 4 digit.
CONTOH : 2115
Digit pertama - 2 - menunjukkan kelas keluli tersebut.
Digit kedua - 1 - peratus logam alloy dalam keluli.
Digit ketiga dan keempat - 15 - kandungan karbon etc. 0.15
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 9 Drpd: 9

SOALAN:
QUESTION

1. Logam terbahagi kepada dua jenis nyatakan?

I. ...............................................................................................................................

II. ...............................................................................................................................

2. Beri lima jenis logam non feros, beserta kegunaannya dan suhu kecairannya.

I. ..............................................................................................................................

ii. ...............................................................................................................................

iii. ...............................................................................................................................

iv. ...............................................................................................................................

v. ...............................................................................................................................

3. Terangkan dengan lengkap mengenai keluli karbon biasa.

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

RUJUKAN:
REFERENCE

Sains Kimpalan Oleh A.C. Davies.


NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012/C03/P(2/4) Muka: 10 Drpd: 9

Teori seni kimpalan

You might also like