You are on page 1of 29

Nota

Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

BAB SATU:
PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH

LAPAN fokus utama dalam bab ini termasuklah:

1. Latar Belakang Kurikulum Sejarah


2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
3. Asas Penggubalan KSSR
4. Bentuk KSSR
5. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
6. Kurikulum Berasaskan Standard
7. Kurikulum Sejarah berkaitan: i. Huraian dan Perincian; ii. Bentuk
Kurikulum;
iii. Rasional Kurikulum Sejarah; iv. Komponen Kurikulum Sejarah
8. Kaitan Kurikulum dengan Kehidupan Individu, Masyarakat dan Negara

1.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib
dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II.

Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah di Sekolah Rendah

14 Oktober 2008:

Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah


mula diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14
Oktober 2008 ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan
Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur.

Menurut DS Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah


diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan
para pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada
peringkat umur rendah.

DS Abdullah dipetik sebagai berkata, Sejarah adalah elemen penting


dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan
mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara.

hazmanazhar 2013 1
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

14 Jun 2009:

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom


mengumumkan hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah
sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah.

Pengenalannya adalah selaras dengan transformasi sistem pendidikan


negara dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah


perintis di seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum
dimuktamadkan pada ketika itu.

Mata pelajaran Sejarah akan diajar bermula dari Tahun Satu dan bakal
menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan.

25 Ogos 2010:

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan


bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran
Sejarah akan mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014.

Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan


pendekatan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke
tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

24 Oktober 2010:

YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan yang akan
melaksanakan pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2014.

Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal
KSSR yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan
2011 yang hanya akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014.

hazmanazhar 2013 2
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran


Malaysia menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen
Sejarah seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata
pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun
2013.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan


mata pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara
berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.

Latar Belakang Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib
dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun


Empat adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap
mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan
menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.

Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus


kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif
melalui aktiviti inkuiri penemuan dan penerokaan bagi mengukuhkan
pemahaman tentang sejarah.

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan


kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin
ilmu yang dinamik.

Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR memberikan penekanan


kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor. Selain itu, pelbagai nilai
tambah lain turut diterapkan dalam Sejarah KSSR termasuklah:

Nilai Tambah Alaf Kemahiran Berfikir;

hazmanazhar 2013 3
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Baru Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK);
Kemahiran Pelbagai Kecerdasan;
Kemahiran Kajian Masa Hadapan;
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pemupukan Nilai Nilai-nilai Murni;


Semangat Patriotisme;
Elemen Kewarganegaraan;
Nilai Sivik.

Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen


kewarganegaraan dan nilai sivik dalam perlaksanaannya di dalam dan luar
bilik darjah.

1. Sejarah Awal
Negara

2. Kedaulatan Asas Kemahiran


Negara Pemikiran Sejarah
SEJARAH KSSR

TUJUH 3. Perkongsian Sejarah 1. Kesetiaan


4. Perkongsian Nilai 2. Keterikatan Emosi kepada
DIMENSI
5. Perkongsian Masa Negara
KEWARGANEGARAAN
Hadapan
6. Perasaan Kekitaan
7. Komitmen
Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah
KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan warganegara yang
mempunyai identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk rakyat
Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.

hazmanazhar 2013 4
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan


murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis
dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.

Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah bertujuan


mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya
dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungannya yang
masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Kandungan mata pelajaran sejarah disusun secara kronologi yang


membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan dan
kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid
dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

Bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran Sejarah, mata pelajaran


Sejarah KSSR akan menekankan pendekatan pembelajaran yang
menyeronokkan (learning is fun) termasuklah melalui:

1. Kemahiran berfikir secara Kreatif;


2. Kritis;
3. Inovatif;
4. Aktiviti Inkuiri;
5. Penerokaan;
6. Aplikasi Elemen Didik Hibur.

1.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Penggubalan sebuah kurikulum baharu yang digunapakai di sekolah


rendah bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah
Menteri Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008 yang bersetuju untuk melaksanakan
Transformasi Kurikulum Kebangsaan.

Transformasi kurikulum di peringkat sekolah rendah telah dicadangkan


dalam usaha melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan

hazmanazhar 2013 5
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

negara terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya kurikulum


persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan
datang.

Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah melaksanakan satu


kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi
terhadap kurikulum sekolah rendah sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR).

Hasilnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan


oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula sesi persekolahan tahun
2011.

Pengenalan KSSR bukannya menggantikan sepenuhnya kurikulum lama di


bawah KBSR, akan tetapi KSSR adalah merupakan penambahbaikan
daripada kurikulum lama sedia ada di bawah KBSR.

Antara pembaharuan yang telah dilaksanakan melalui KSSR termasuklah:

1. Fokus tiga kemahiran asas utama di bawah KBSR iaitu membaca,


menulis dan mengira (3M) telah ditambah dengan kemahiran
menaakul menjadikannya sebagai membaca, menulis, mengira dan
menaakul (4M);
2. Pengenalan elemen kreativiti, inovasi dan keusahawanan;
3. Pengenalan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penambahbaikan kurikulum dalam KSSR adalah merupakan hasil daripada


penandaarasan (benchmarking) yang dibuat ke atas sistem pendidikan di
negara maju serta maklumbalas daripada pelbagai pihak termasuk badan
akademik, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan.

Hasrat KSSR

Melalui pengenalan KSSR, Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk


melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif
melalui beberapa tunjang yang telah digariskan.

hazmanazhar 2013 6
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Antara hasrat yang disasarkan oleh kerajaan melalui pengenalan KSSR


termasuklah:

1. Warganegara Bertanggungjawab:
Berbudi
Bersatu padu
Patriotik
Adil
Penyayang
Berbakti

2. Pekerja Berilmu:
Inovatif
Kreatif
Dahagakan Ilmu
Menguasai Kemahiran TMK
Pencipta Teknologi
Pembelajaran Sepanjang Hayat

3. Global Player:
Berdaya Saing
Berdaya Tahan
Kemahiran Berkomunikasi
Jati Diri

4. Murid yang Seimbang dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani


dan Sosial:
Berilmu pengetahuan
Berketrampilan
Percaya kepada Tuhan
Berakhlak mulia
Berkeyakinan
Berdikari

1.3 ASAS PENGGUBALAN KSSR

Dalam merangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah, beberapa teras


utama telah dijadikan asas dalam menggubal sebuah kurikulum yang
holistik dan mapan.

Antara teras-teras utama yang dijadikan asas dalam pembangunan


kurikulum di bawah KSSR termasuklah:

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2. Dasar Pendidikan Kebangsaan

hazmanazhar 2013 7
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

3. Wawasan 2020
4. Rancangan Jangka Panjang
5. Cabaran Abad ke-21
6. Model Baru Ekonomi
7. Teori Pembelajaran (terkini)
8. 4 Tonggak UNESCO
i. Belajar untuk Mengetahui (Learn to know)
ii. Belajar untuk Bertindak (Learn to Do)
iii. Belajar untuk Hidup Bersama (Learn to Leaving Together)
iv. Belajar untuk Membentuk Peribadi (Learn to Be)
9. Sumber Ilmu yang Muktabar

Selain itu, dalam menggubal KSSR, beberapa prinsip utama turut


digunakan dalam menggubal sebuah kurikulum yang mampu melahirkan
insan yang seimbang dan holistik.

Secara prinsipnya juga, KSSR telah mengekalkan kesemua prinsip KBSR.


Antara prinsip yang dijadikan asas dalam menggubal KSSR termasuklah:

1. Pendekatan Bersepadu:
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya
wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial.

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Kurikulum Sejarah KSSR digubal dengan menggabungkan unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai iaitu -
Pengetahuan :Mengetahui asas sejarah perkembangan negara
Kemahiran :Mengaplikasi Kemahiran Pemikiran
Sejarah (KPS)
Nilai :Menerapkan Elemen Kewarganegaraan dan
Nilai Sivik

2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh:


KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran
berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara
bersepadu.

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:

hazmanazhar 2013 8
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Kurikulum Sejarah KSSR penting dalam memenuhi keperluan


intelek, emosi dan sosial kepada setiap individu murid.

Intelek : Memahami dan menilai setiap peristiwa sejarah dan


kesinambungannya dalam kehidupan masa kini.

Emosi : Mewujudkan keterikatan emosi kepada negara


(dimensi
ketujuh dalam dimensi kewarganegaraan).

Sosial : Mewujudkan persekitaran sosial yang baik di antara


masyarakat pelbagai kaum melalui perpaduan
nasional.

3. Pendidikan Saksama untuk Semua Murid:


KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua
murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh
dan seimbang.

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Mata pelajaran Sejarah KSSR telah dijadikan mata pelajaran
teras bagi murid-murid Tahap Dua yang wajib dipelajari oleh
semua individu murid.

4. Pendidikan Seumur Hidup:


KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi
cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu alat
berfikir yang mampu diamal dan diaplikasikan sepanjang hayat
dalam memahami dan menilai setiap peristiwa bersejarah dalam
kehidupan.

4. BENTUK KSSR

hazmanazhar 2013 9
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah menggunapakai konsep tunjang


yang merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran
dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohami, emosi, jasmani dan sosial.

ENAM tunjang telah diperkenalkan di bawah KSSR yang mewakili bidang


ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan
yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan pengstrukturan secara eksplisit


bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap
tunjang adalah saling berhubung kait dan bersepadu.

Kerohanian, Komunikasi
Sikap dan Nilai

Sains dan Perkembangan


Teknologi Fizikal dan
Estetika

Ketrampilan Kemanusiaan
Diri

1. Tunjang Komunikasi:

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin


kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi.

Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar


dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam


proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa

hazmanazhar 2013 10
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan


dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa


Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun dan Bahasa Semai.

2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika:

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada


perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan
pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani


dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

3. Tunjang Kemanusiaan:

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan


amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan
global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah


yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

4. Tunjang Keterampilan Diri:

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan


kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

hazmanazhar 2013 11
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai


yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan


beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan
potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.

5. Tunjang Sains dan Teknologi:

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:


Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik;
Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik;
Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi
ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK).

6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai:

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang


pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai.

Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid
Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

------------

Selain memperkenalkan konsep tunjang dalam pengklasifikasian bidang


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam KSSR, bentuk kurikulum KSSR
juga dibina secara berfokus.

hazmanazhar 2013 12
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Melalui enam tahun persekolahan di peringkat rendah, fokus KSSR adalah


untuk memastikan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.

KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis,


mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat
pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan


asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.

Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti


dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi


kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan
kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.

Bermula Tahap II di Tahun Empat juga, murid-murid mula didedahkan


dengan mata pelajaran Sejarah yang merupakan mata pelajaran di bawah
tunjang kemanusiaan.

hazmanazhar 2013 13
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Penambahbaikan kurikulum daripada KBSR dalam KSSR

5. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam
standard kandungan.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan


keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan.

hazmanazhar 2013 14
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains
dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,


Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum


diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


ELEMEN SEDIA ADA ELEMEN BAHARU DALAM KSSR
1. Bahasa; 1. Kreativiti dan Inovasi;
2. Pendidikan Alam Sekitar; 2. Keusahawanan;
3. Nilai Murni; 3. Teknologi Maklumat dan
4. Sains dan Teknologi;
Komunikasi.
5. Patriotisme;
6. Kemahiran Berfikir;
7. Kepimpinan;
8. Kemahiran Belajar Cara Belajar;
9. Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial;
10.Pencegahan Rasuah;
11.Kajian Masa Depan;
12.Pendidikan Pengguna;
13.Keselamatan Jalan Raya

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang boleh diterapkan dalam mata


pelajaran Sejarah KSSR termasuklah elemen:

ELEMEN EMK CONTOH PENGGUNAAN DALAM SEJARAH


Bahasa Kemahiran berbahasa dalam proses PdP;
Aktiviti bahasa seperti pidato, debat,
deklamasi sajak dsb;
Kemahiran menyebut dan memahami makna
istilah-istilah tertentu dalam Sejarah.

Pendidikan Alam Sekitar Kepentingan menghayati alam sekitar;


Penghargaan ke atas alam sekitar;
Berkait dengan Bab Zaman Air Batu (Tahun

hazmanazhar 2013 15
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Empat)

Nilai Murni Penerapan nilai-nilai murni melalui


penghayatan peristiwa sejarah;
Penekanan terhadap nilai-nilai bersama
dalam masyarakat berbilang kaum di
Malaysia;
Dipupuk melalui tujuh dimensi
kewarganegaraan

Sains dan Teknologi/ Penggunaan elemen teknologi dalam proses


Teknologi Maklumat dan PdP;
Inkuiri dan penerokaan maklumat
Komunikasi (TMK)
menggunakan TMK
Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis
(KBKK);
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT);
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Patriotisme Elemen terpenting dalam Sejarah KSSR;


Dipupuk melalui tujuh dimensi
kewarganegaraan;
Penghayatan terhadap kandungan kurikulum
Sejarah dalam menanam semangat
patriotisme;
Ditekankan secara langsung dan tidak
langsung

Kepimpinan Murid diberi peluang memimpin dalam


melaksanakan aktiviti PdP;
Murid mengkagumi tokoh-tokoh terbilang
dalam sejarah negara.

Kemahiran Belajar Cara Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)


Belajar menjadi satu alat berfikir dan alat belajar
kepada murid dalam meneroka dan
menghayati setiap peristiwa di sekeliling
mereka dari konteks sejarah.

Kajian Masa Depan Menjadikan pengetahuan sejarah sebagai


asas dalam menentukan masa hadapan;

hazmanazhar 2013 16
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Berfikir tentang masa hadapan melalui


iktibar sejarah masa lalu;
Mengaitkan kegemilangan masa lalu dalam
usaha memajukan masa hadapan.

Kreativiti dan Inovasi Murid menghayati kreativiti masyarakat


terdahulu (Zaman Prasejarah);
Murid diberi peluang mereka cipta alat-alat
zaman batu yang mudah;
Murid diberi peluang mempersembahkan
kandungan sejarah mengikut kreativiti
masing-masing.

Keusahawanan Murid diajak berfikir mengenai faktor-faktor


dan tindakan-tindakan para pemimpin zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehingga mampu
mewujudkan empayar perdagangan
terkemuka di dunia.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Baharu dalam KSSR

Tiga Elemen Merentas Kurikulum (EMK) baharu yang diperkenalkan dalam


KSSR termasuklah:

1. Kreativiti dan Inovasi


2. Keusahawanan
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1. Kreativiti dan Inovasi:

Kreativiti merupakan kebolehan minda berimaginasi dan mencernakan


sesuatu maklumat untuk penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau
tugasan.

hazmanazhar 2013 17
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Kreativiti juga merujuk kepada kemampuan atau kebolehan mencipta


sesuatu yang asli dan sesuai.

Inovasi pula merujuk kepada keupayaan menghasilkan sesuatu yang


bersifat baharu (belum ada sebelumnya) yang dilakukan berdasarkan
modifikasi atau adaptasi daripada perkara yang sedia ada.

Pengenalan elemen kreativiti dan inovasi dalam KSSR adalah bertujuan


untuk menghasilkan modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan
menghasilkan idea dan ciptaan berkualiti yang menjadi amalan dan
budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah
pembangunan masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Strategi PdP yang boleh dilaksanakan dalam menggunapakai elemen


kreativiti dan inovasi termasuklah melalui:

1. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis;


2. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi;
3. Pembelajaran Konstruktivisme;
4. Inkuiri Penemuan;
5. Pembelajaran Kontekstual;
6. Pembelajaran Berasaskan Projek;
7. Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah;
8. Kajian Masa Depan

2. Keusahawanan:

Pengenalan elemen keusahawanan di bawah KSSR ditekankan melalui


lima aspek iaitu:

1. Mengamalkan sikap keusahawanan;


2. Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan;
3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual
beli;
4. Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran
berasaskan teknologi dan vokasional;
5. Nilai moral dan etika keusahawanan.

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah merupakan teknologi


yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan

hazmanazhar 2013 18
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

komunikasi, dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses,


menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar, dan
melindungi maklumat di mana saja dan pada bila-bila masa.

Matlamat TMK dalam Elemen Merentas Kurikulum (EMK) adalah bagi


memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan
dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan
menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta
menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan
kualiti pembelajaran.

Fokus TMK dalam KSSR termasuklah:

1. Belajar Mengenai TMK:

Mengenali dan memperolehi pengetahuan tentang Teknologi Maklumat


dan Komunikasi termasuklah mengenali gajet-gajet IT, perisian,
perkakasan input dan output dsb.

2. Belajar Dengan TMK:

Perisian komputer dalam TMK digunakan sebagai alat pengupaya untuk


mengajar dan belajar contohnya melalui penggunaan perisian Power
Point dan Slideshow oleh guru.

3. Belajar Melalui TMK:

Menggunakan media-media dalam TMK seperti internet, CD-rom, portal


E-bahan, EduWebTV dsb dalam usaha mencari maklumat dan ilmu
pengetahuan berkaitan sesuatu perkara atau topik.

6. KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

hazmanazhar 2013 19
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan standard iaitu satu
pencapaian atau penanda aras yang perlu dicapai oleh setiap individu
murid dalam satu-satu tempoh tertentu sepanjang berada di sekolah
rendah.

Terdapat dua jenis pernyataan standard yang diperkenalkan menerusi


KSSR yang dikenali sebagai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.

Bagi tujuan penilaian pula, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah


diperkenalkan sebagai satu langkah pentaksiran secara berterusan oleh
guru ke atas setiap individu murid. Penilaian ini juga dibuat menggunakan
standard yang dikenali sebagai Standard Prestasi.

KOMPONEN STANDARD HURAIAN


Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator)


kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap


prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai
tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
oleh murid (indicator of success).

Contoh Standard Kandungan dalam Sejarah KSSR:

Bab Satu: Mari Belajar Sejarah

Standard Kandungan:

1.1 - Mengetahui dan memahami pengertian dan kemahiran sejarah;

hazmanazhar 2013 20
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

1.2 - Mengetahui dan memahami diri dan keluarga;

1.3 - Mengetahui dan memahami sejarah sekolah;

1.4 - Mengetahui dan memahami perihal kawasan tempat tinggal murid.

Contoh Standard Pembelajaran dalam Sejarah KSSR:

Standard Kandungan 1.1 Mengetahui dan memahami pengertian dan


kemahiran sejarah

Standard Pembelajaran:

1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah

1.1.2 Mengenalpasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garis masa dan
kronologi

1.1.3 Mengenalpasti peristiwa sejarah mengikut garis masa

Standard Prestasi dalam Sejarah

Standard prestasi merupakan satu bentuk pentaksiran standard yang


dibuat ke atas setiap individu murid menerusi Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).

Pentaksiran ini merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat


tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran standard prestasi ini dibuat menggunakan band di mana


band merupakan pengkelasan terhadap tahap penguasaan murid
terhadap standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah
dipelajari.

Tafsiran prestasi murid mengikut band adalah seperti berikut:

hazmanazhar 2013 21
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

TAFSIRAN UMUM DALAM PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


BAND TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran
asas atau respons terhadap perkara yang asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk
komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang
yang telah dipelajari.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Murid melakukan suatu kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif.
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik,
bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Walaubagaimanapun, Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah yang


diperkenalkan pada tahun 2014 menggunakan tafsiran pernyataan
standard prestasinya yang tersendiri.

TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


KURIKULUM STANDARD SEJARAH SEKOLAH RENDAH
BAND TAFSIRAN
1 Mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai
yang dipelajari.

2 Memahami perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai


yang dipelajari.

3 Menerangkan perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai


yang dipelajari.

hazmanazhar 2013 22
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran secara tersusun


berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

5 Membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang


dipelajari.

6 Melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang


dipelajari.

Contoh Tafsiran Standard Prestasi Berdasarkan Standard Kandungan:

Standard Kandungan:

5.2 Mengetahui dan memahami Parameswara sebagai pengasas


Kesultanan Melayu Melaka.

Tafsiran Standard Prestasi:

TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


BAGI STANDARD KANDUNGAN 5.2
BAND TAFSIRAN
1 Murid mengetahui tentang Parameswara sebagai pengasas
Kesultanan Melayu Melaka.
2 Murid mengetahui tentang Parameswara sebagai pengasas
Kesultanan Melayu Melaka.
3 Murid boleh menerangkan tentang Parameswara sebagai

hazmanazhar 2013 23
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

pengasas Kesultanan Melayu Melaka dengan contoh.


4 Murid boleh menguasai maklumat tentang Parameswara
sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka untuk diteladani.
5 Murid boleh membuat penilaian tentang Parameswara sebagai
pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan dihubungkait dengan
kehidupan masa kini.
6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional tentang warisan
Kesultanan Melayu Melaka dengan institusi beraja.

7. KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Huraian dan Perincian Kurikulum Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah melibatkan tiga tahap


bermula dari Tahun Empat di Tahap II hingga ke Tahun Enam.

Kandungan dan tema kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut tahun di


mana murid di Tahun Empat diperkenalkan dengan tema Sejarah Awal
Negara, tema Kedaulatan Negara di Tahun Lima dan Kemakmuran
Negara Kita di Tahun Enam.

Antara topik-topik yang dipelajari melalui Sejarah KSSR termasuklah:

1. Mari Belajar Sejarah


2. Kehidupan Zaman Air Batu
3. Kehidupan Zaman Prasejarah
4. Kerajaan-kerajaan Melayu Sebelum Kesultanan Melayu
Melaka
5. Zaman Kesultanan Melayu Melaka

hazmanazhar 2013 24
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

6. Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka


7. Negeri-negeri di Malaysia
8. Sejarah Sabah dan Sarawak
9. Identiti Negara Kita
10.Sejarah Awal Negara Kita
11.Kedaulatan Negara Kita

Bentuk Kurikulum

Reka bentuk Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dibuat secara


modular di bawah Tunjang Kemanusiaan.

Melalui tunjang kemanusiaan, murid diberi penekanan kepada penguasaan


ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,
negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dilaksanakan berpandukan


kepada beberapa dokumen kurikulum termasuklah:

1. Dokumen Standard Kurikulum


2. Dokumen Standard Pentaksiran
3. Buku Teks

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah disusun berdasarkan


beberapa kriteria termasuklah:

1. Kronologi
2. Tematik

Penyusunan kandungan sejarah secara kronologi bermaksud penyusunan


kurikulum mengikut perkembangan tahun dan abad. (Abdul Rahim Abdul
Rashid, 1989)

hazmanazhar 2013 25
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Penyusunan secara berkronologi ini akan dimulakan dengan pernyataan


tentang peristiwa sejarah yang berlaku terlebih dahulu berbanding
peristiwa selepasnya.

Penyusunan mengikut kronologi membolehkan penceritaan peristiwa


sejarah disampaikan dengan lebih tersusun dan kukuh mengikut rentetan
waktu yang berkesan. (Omardin&Yunus, 1996)

Penyusunan berkronologi ini akan memudahkan lagi pemahaman murid


yang melihat kesinambungan di antara satu peristiwa dengan peristiwa
yang lainnya.

Selain itu, reka bentuk susunan kurikulum Sejarah KSSR juga dibuat secara
tematik iaitu mengikut tema-tema tertentu.

Terdapat tiga tema yang telah dipilih dalam Sejarah KSSR iaitu Sejarah
Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita.

Penyusunan kandungan kurikulum sejarah secara bertema, berkronologi


dan disusun mengikut tajuk membolehkan murid menghayati dan
menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2013)

Rasional Kurikulum Sejarah

Pengenalan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah bertujuan


untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan
masa lalu yang mempengaruhi masa kini.

Melalui pembelajaran Sejarah, murid dapat membina kerangka kronologi


tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh terlibat.
Murid dapat membuat perbandingan pengalaman manusia dan seterusnya
berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam
sesebuah masyarakat.

Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan


cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat
Malaysia.

hazmanazhar 2013 26
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Komponen Kurikulum Sejarah

Dalam menggubal Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah, terdapat


tiga komponen utama yang ditekankan dalam pembinaan kurikulum ini
iaitu:

1. Organisasi Kurikulum;
2. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah;
3. Penilaian.

1. Organisasi Kurikulum:

Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan


(kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (Kemahiran), penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid
terhadap sejarah.

hazmanazhar 2013 27
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

2. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah:

Terdapat beberapa kaedah PdP Sejarah yang telah dicadangkan dalam


Dokumen Standard Kurikulum Sejarah termasuklah:

1. Kajian Kes
2. Kemahiran Berfikir
3. Belajar Cara Belajar
4. Pembelajaran Masteri
5. Pembelajaran Akses Kendiri
6. Pembelajaran Luar Bilik Darjah
7. Pembelajaran Secara Kontekstual
8. Pembelajaran Secara Kontruktivisme
9. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
10.Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
11.Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
12.Aplikasi Teknik Theory of Constraints
13.Belajar Sambil Bermain
14.Experiental Activities Planner
15.i-Think

3. Penilaian:

Penilaian dalam Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah


berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

* Sudah dibincangkan dalam bahagian sebelumnya.

hazmanazhar 2013 28
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

8. KAITAN KURIKULUM SEJARAH DENGAN KEHIDUPAN INDIVIDU,


MASYARAKAT DAN NEGARA

Bagi melahirkan individu, masyarakat dan negara yang patriotik, terdapat


beberapa elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang
mampu memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan
negara termasuklah:

1. Tujuh Dimensi Kewarganegaraan


2. Nilai Sivik
3. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
4. Pendekatan PdP
5. Standard Prestasi

hazmanazhar 2013 29

You might also like