You are on page 1of 30

PENTAKSIRAN

STATISTIK - MIN, MEDIAN DAN MOD


STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 1
Tentukan nilai-nilai min, median dan mod bagi data berikut, jika ada. Jika tiada, berikan alasan anda
mengapa nilai purata tersebut tidak dapat ditentukan.

(a) Bilangan adik-beradik bagi 6 orang murid.

2 5 8 4 2 3

(b) Jenis buku yang dibaca oleh Amin pada tahun 2012.

Jenis buku Komik Novel Majalah Ensiklopedia


Bilangan 4 6 3 2

(c) Tinggi 5 orang anak Encik Arif.

Nama Akmal Firdaus Asmah Nelli Ridwan


Tinggi (m) 1.43 1.39 1.50 1.12 0.8

(d) Buah-buahan kegemaran bagi 100 orang murid di SMK Intan Perwira

Buah Bilangan
Nangka 18
Mangga 28
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

Manggis 34
Rambutan 10
Betik 10

01
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 2
Tentukan nilai min, median dan mod bagi setiap data berikut.

(a) 2, 5, 8, 5, 3, 5, 9, 4, 7, 5

(b) 12, 11, 25, 18, 16, 11, 93

(c) 22, 45, 32, 27, 45, 38, 26, 32, 26

(d) 115, 224, 189, 154, 102, 290, 178, 222

(e) 67, 65, 56, 98, 98, 69

(f) 0.51, 0.35, 0.8, 0.25, 0.56, 0.61, 0.21, 0.31, 0.99, 0.58
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

02
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 3
Kadar denyutan jantung merujuk kepada kelajuan denyutan dan diukur dalam unit denyutan per minit
(bpm). Kadar denyutan jantung adalah berbeza-beza mengikut keperluan zikal badan termasuk
keperluan untuk menyerap oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Aktiviti-aktiviti yang boleh
mencetuskan perubahan denyutan jantung ialah senaman zikal, tidur, sakit, dan pengambilan
ubat-ubatan. Kadar denyutan jantung manusia biasa adalah di antara 60-100 bpm.

Seorang jururawat telah mencatatkan kadar denyutan jantung bagi 9 orang murid seperti dalam jadual
di bawah.

Kadar denyutan jantung


Murid
(bpm)
Aini 73
Salman 69
Jamal 78
Nadia 78
Azalea 79
Huzir 79
Latifah 79
Beng 63
Keisya 66

Tentukan nilai min, median dan mod bagi kadar denyutan jantung murid-murid tersebut.

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

03
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 4

Pada tahun 2011, Pasaraya Aman Jaya ingin mengkaji tentang pandangan pelanggan terhadap
kebersihan pasaraya mereka. Soal selidik telah dijalankan dengan meminta pelanggan memberikan
markah terhadap tahap kebersihan pasaraya itu. Markah yang diberi adalah berdasarkan skala yang
berikut.

1 - Tidak memuaskan
2 - Kurang memuaskan
3 - Sederhana
4 - Baik
5 - Cemerlang

15 orang pelanggan telah memberikan pandangan seperti berikut.

Pelanggan A B C D E F G H I J K L M N O

Skala 1 2 1 3 4 2 1 5 2 4 2 2 3 2 3

Soal selidik yang sama juga telah


Tidak memuaskan
dijalankan pada tahun 2012.
Keputusan adalah seperti dalam Kurang memuaskan
carta pai di sebelah. Sederhana
Baik
Cemerlang

Bandingkan kedua-dua keputusan menggunakan nilai mod dan tentukan pada tahun bilakah pelanggan
berpendapat bahawa pasaraya tersebut adalah lebih bersih.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

04
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 5
Hanim dan Rizal merekod jumlah masa, dalam jam, yang digunakan oleh mereka untuk melayari laman
web selama 5 minggu. Graf di bawah menunjukkan data yang telah mereka peroleh.

40

35

30
Jumlah jam

25

20
Rizal
Hanim
15

10

0
1 2 3 4 5
Minggu

(a) Siapakah yang mempunyai min masa melayari laman web dalam seminggu yang paling tinggi?
Tunjukkan langkah kerja anda.

(b) Siapakah yang mempunyai julat masa melayari laman web yang paling besar? Terangkan.

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

05
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 6

Dua kumpulan murid bertanding dalam suatu pertandingan menaiki anak tangga. Masa yang telah
diambil oleh setiap ahli kumpulan untuk menaiki anak tangga tersebut adalah seperti berikut.

Kumpulan 1
Murid A B C D E F
Masa (saat) 50 24 18 22 43 22

Kumpulan 2
Murid G H I J K L
Masa (saat) 25 30 35 21 37 27

Kumpulan yang manakah mempunyai keupayaan menaiki anak tangga yang lebih baik? Gunakan nilai
min dan median untuk membuat perbandingan. Terangkan jawapan serta tunjukkan jalan kerja anda.

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

06
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 4
Kadar asid atau alkali sesuatu cecair diukur
menggunakan nilai pH. Nilai pH yang
kurang daripada 7 menunjukkan cecair
tersebut berasid manakala nilai pH yang
melebihi 7 menunjukkan cecair itu
beralkali. Berikut adalah data yang
diperoleh Salina apabila dia menyukat nilai
pH sebanyak 12 kali bagi dua air telaga di
kampungnya.

Jenis air Nilai pH


Air telaga 1 7.45 7.32 7.44 7.20 7.09 7.11 7.43 7.32 7.02 7.60 7.43 7.31
Air telaga 2 7.65 7.21 7.43 7.38 7.13 7.07 7.45 7.50 7.53 7.18 7.38 7.27

Tentukan air telaga yang manakah lebih beralkali? Terangkan jawapan anda.

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

07
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 1
Terdapat 3 pasukan bola jaring. Setiap pasukan telah bermain sebanyak 5 kali. Skor setiap pasukan
adalah seperti berikut.

Permainan
Pasukan
1 2 3 4 5
Kuning Merah 67 87 54 99 78
Harimau Bintang 85 90 44 80 46
Tun Fatimah 32 101 65 88 55

(a) Andaikan anda ingin menyertai salah satu pasukan bola jaring berkenaan, sudah tentu anda ingin
menyertai pasukan yang terbaik. Sekiranya anda menyusun setiap skor pasukan itu mengikut nilai
min, pasukan yang manakah akan anda sertai? Jelaskan pilihan anda.

(b) Sekiranya anda ingin menggunakan skor median sebagai kriteria pemilihan anda, pasukan yang
manakah akan anda sertai? Mengapa?

(c) Andaikan anda adalah jurulatih pasukan Tun Fatimah. Anda ditemuramah oleh seorang pemberita.
Purata skor yang manakah perlu anda kemukakan bagi meyakinkan peminat bola jaring tentang
keupayaan pasukan anda. Adakah min atau median? Terangkan mengapa?

Soalan 2

Berikan contoh suatu set data yang mana, nilai min tidak sesuai digunakan untuk mewakili set data
tersebut. Terangkan jawapan anda.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

08
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 3
Tanpa membuat sebarang pengiraan, tentukan sama ada nilai min, mod atau median yang akan terjejas
sekiranya 2500 dikeluarkan daripada set data di bawah. Nilai purata yang manakah paling kurang
terjejas? Terangkan jawapan anda.

48, 95, 83, 66, 82, 2500, 91, 105

Soalan 4
Nyatakan nilai sukatan kecenderungan memusat yang paling sesuai digunakan untuk mewakilkan
setiap situasi yang berikut. Terangkan jawapan anda.

(a) Suhu di Kuala Lumpur pada bulan Januari.

(b) Lagu kegemaran murid-murid Tingkatan 2 sekolah anda.

(c) Jarak dari rumah ke sekolah bagi murid-murid sekolah anda.

(d) Bilangan pulau di negeri-negeri di Malaysia seperti mana yang dipaparkan dalam graf di bawah.

Bilangan Pulau Bernama dan Pulau Tidak Bernama Mengikut Negeri


500
452
400
Bilangan pulau

300

200

100 94 82
62
34 15 11 30 28 1 8 31 21 9
0
Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Perak
Negeri Sembilan

Pahang

Perlis

Sarawak

Selangor
Pulau Pinang

Sabah

Terengganu

WP Labuan

Negeri
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

Sumber: http://forum.mygeoportal.gov.my/smanre/tanah/entiti_pulau.php

09
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 5
Plot bintik di bawah menunjukkan harga dan bilangan kasut di sebuah kedai kasut.

Bilangan Kasut di Kedai Kasut Vencci

25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80
Harga (RM)

Sukatan kecenderungan memusat yang manakah paling sesuai digunakan untuk mewakilkan data di
atas? Terangkan jawapan anda.

Soalan 6
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara,
purata bilangan anak bagi keluarga di Malaysia pada
tahun 2012 ialah 1.84. Nyatakan sama ada nilai ini
adalah nilai min atau mod? Terangkan jawapan
anda.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

10
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 7

Jadual berikut menunjukkan bilangan buku yang dibaca oleh sekumpulan murid pada tahun 2012.

Bilangan buku Bilangan murid


1 2
2 5
5 13
8 1
25 1

Tentukan sukatan kecenderungan memusat yang paling sesuai digunakan untuk mewakilkan bilangan
buku yang dibaca oleh mereka.

Soalan 8
Tentukan sama ada setiap pernyataan yang berikut adalah sentiasa benar, kadang kala benar atau tidak
benar berdasarkan data yang diberikan.

5, 10, 17, 7, 25

(a) Sekiranya nilai yang melebihi 25 ditambah pada data tersebut, nilai min akan bertambah.

(b) Sekiranya nilai yang kurang daripada atau sama dengan 5 ditambah pada data tersebut, nilai min
akan berkurangan.

(c) Sekiranya nilai yang berada di antara 5 dan 25 ditambah pada data tersebut, nilai min tidak
berubah.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

11
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN GANGSA

Soalan 9
Graf menunjukkan Pendapatan Isi Rumah Bulanan Purata Mengikut Strata, Malaysia, 2009 & 2012
seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM). Perhatikan bahawa purata gaji rakyat
Malaysia pada tahun 2012 ialah RM5000. Pada pandangan anda, adakah JPM menggunakan nilai mod,
min atau median bagi mewakilkan purata berkenaan?

Pendapatan Isi Rumah Bulanan Purata Mengikut Strata, Malaysia, 2009 & 2012

RM

7000

6000 5742
5000
5000 4705
4025 Malaysia
4000
Bandar
3080
3000
2545 Luar Bandar

2000

1000

0
2009 2012 TAHUN

Sumber: http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/les/LatestReleases/household/PPIR_2012_BM.pdf

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

12
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN PERAK

Soalan 1
Hasil jualan bilangan cempedak di gerai Chong untuk 3 hari adalah 56, 67 dan 78 manakala hasil jualan
bilangan cempedak di gerai Jamil untuk 3 hari yang sama ialah 63, 70 dan 68. Bagaimanakah min buah
cempedak yang dijual oleh Chong berbanding Jamil?
A Min jualan Chong adalah 1 biji lebih tinggi.
B Min jualan Chong adalah 1 biji lebih rendah.
C Min jualan mereka adalah sama.
D Min jualan Chong adalah 2 biji lebih tinggi.
E Min jualan Chong adalah 2 biji lebih rendah.

Soalan 2

Rajah berikut menunjukkan sebuah papan iklan.

Jualan cincin emas baharu


dan cincin emas terpakai!
Purata harga RM5000!!
Berdasarkan iklan di atas, yang manakah antara berikut adalah benar?

A Kebanyakkan cincin emas berharga antara RM5000 hingga RM10 000.


B Sebahagian cincin emas baharu berharga RM5000.
C Separuh daripada cincin emas berharga kurang daripada RM5000 dan separuh lagi berharga lebih
daripada RM5000.
D Sebahagian daripada cincin emas berharga kurang daripada RM5000.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

13
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN PERAK

Soalan 3
Sekumpulan murid ingin mengetahui sama ada permainan bola jaring adalah lebih digemari berbanding
badminton dalam kalangan murid-murid di kelas mereka. Mereka menggunakan skala berikut untuk
menentukan tahap kegemaran:

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Tidak Suka Sangat


tidak suka pasti suka
suka

Jadual berikut menunjukkan keputusan yang diperoleh.

Murid Bola Jaring Badminton


Zuraidah 1 1
Sutinah 3 1
Mei Ling 5 2
Aspalela 2 3
Kumari 1 4
Asmah 3 5
Nancy 3 2
Rina 2 3
Dalili 5 4
Farah 4 2
Farhan 3 1
Suzy 2 5

(a) Hitung min kesukaan murid bagi permainan


(i) bola jaring,
(ii) badminton.

(b) Berdasarkan nilai min yang diperoleh di (a), apakah kesimpulan yang boleh anda buat?
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

14
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN PERAK

Soalan 4
Di lima buah sekolah, bilangan guru lelaki masing-masing ialah 8, 10, 15, 8 dan 12 orang.

(a) Berapakah min bilangan guru lelaki di kelima-lima buah sekolah itu?

(b) Hitung median bagi bilangan guru lelaki di kelima-lima buah sekolah itu.

(c) Jika sekolah yang mempunyai 12 orang guru lelaki ditambah kepada 20 orang, bagaimanakah nilai
ini mempengaruhi min dan median?

Soalan 5

Purata ketinggian murid-murid kelas Amanah dan kelas Budiman ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kelas Purata ketinggian (m)


Amanah 1.49
Budiman 1.52

Bilangan murid di dalam kedua-dua kelas itu adalah sama. Antara pernyataan berikut, yang manakah
benar?
A Tinggi setiap murid kelas Amanah ialah 1.49 m.
B Kebanyakkan murid kelas Budiman adalah lebih tinggi berbanding murid kelas Amanah.
C Kebanyakkan murid kelas Amanah adalah lebih tinggi daripada kebanyakkan murid kelas
Budiman.
D Setiap murid kelas Amanah adalah lebih rendah daripada setiap murid Kelas Budiman.

Soalan 6

Purata harga makanan yang dijual di Restoran Haslin ialah RM20. Antara berikut, yang manakah
berkemungkinan tidak benar?

A Terdapat makanan yang berharga lebih daripada RM20.


B Sebahagian makanan berharga kurang daripada RM20.
C Setiap jenis makanan berharga RM20.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

D Setiap jenis makanan berharga lebih daripada RM20.

15
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN PERAK

Soalan 7
Terdapat 30 buah buku di atas sebuah rak. Min bilangan muka surat kesemua buku itu ialah 250.

(a) Terangkan bagaimana nilai purata itu dihitung.

(b) Nyatakan benar atau palsu bagi setiap pernyataan berikut.

Bil Pernyataan Benar / Palsu


i Kebanyakkan buku mempunyai 250 muka surat.
ii Sebahagian buku mempunyai kurang daripada 250 muka surat.
iii Jika terdapat buku yang mempunyai 255 muka surat, maka
terdapat juga buku yang mempunyai 240 muka surat.

Soalan 8
Graf dan jadual di bawah menunjukkan keluasan tanah negeri-negeri di Malaysia dalam unit km per segi.

Keluasan Tanah Negeri-negeri di Malaysia


km per segi
140 000

120 000

100 000

80 000

60 000

40 000

20 000

0
Negeri
Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Perak
Pahang

Pulau Pinang

Selangor

Terengganu

WP Kuala Lumpur

WP Labuan

WP Putrajaya
Perlis

Sabah

Sarawak

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

16
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN PERAK

Negeri Keluasan (km per segi)


Johor 18 986.88
Kedah 9425.00
Kelantan 15 104.62
Melaka 1652.00
Negeri Sembilan 6657.09
Pahang 35 965.00
Perak 21 005.00
Perlis 795.00
Pulau Pinang 1 031.04
Sabah 73 620.10
Sarawak 124 449.51
Selangor 7930.20
Terengganu 12 955.14
WP Kuala Lumpur 242.70
WP Labuan 91.64
WP Putrajaya 49.30
Jumlah 329 960.22

Cari nilai min bagi keluasan tanah negeri-negeri dalam Malaysia, dalam unit km per segi. Terangkan
bagaimana nilai ekstrem yang terdapat dalam senarai keluasan ini memberi kesan kepada nilai min.

Soalan 7
Syarikat Pintar Utuh menyatakan bahawa purata gaji pekerja syarikatnya adalah melebihi RM47 500
setahun manakala purata gaji Syarikat Bairoti adalah hanya RM35 000 setahun.

Bilangan Gaji Pintar Utuh Gaji Bairoti


Jawatan
Pekerja (RM) (RM)
Pengurus 1 300 000 200 000
Penolong Pengurus 1 1 240 000 90 000
Penolong Pengurus 2 1 120 000 70 000
Pegawai Pemasaran 4 30 000 60 000
Pembantu Pegawai Pemasaran 8 15 000 35 000
Kerani 5 10 000 25 000

Gunakan jadual di atas untuk menerangkan pernyataan yang dikemukakan oleh Syarikat Pintar Utuh
tersebut. Sekiranya anda ingin bekerja di salah satu syarikat berkenaan, syarikat manakah yang anda akan
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

pilih? Berikan justikasi anda.

17
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN EMAS

Soalan 1
Terdapat beberapa set 5 nombor positif yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Min = 4 Median = 3 Mod = 3

Dalam kumpulan bertiga,


(a) teroka dan senaraikan sebanyak yang mungkin set-set nombor yang mempunyai ciri-ciri tersebut
untuk dibentangkan kepada kumpulan yang lain.

(b) nyatakan set nombor positif tersebut sekiranya julat dalam set itu ialah 10.

Soalan 2

Terdapat beberapa set 5 nombor positif satu digit yang mempunyai ciri-ciri berikut.

Min = Median = Mod

Dalam kumpulan bertiga, teroka dan senaraikan sebanyak yang mungkin set-set nombor nombor
positif 5 digit tersebut untuk dibandingkan dengan dapatan kumpulan yang lain.

Soalan 3

Anda telah menduduki beberapa siri ujian bagi mata pelajaran Matematik. Atas usaha gigih, anda telah
memperoleh keputusan yang boleh dibanggakan. Min markah bagi 9 ujian anda ialah 85. Apabila
disusun mengikut urutan, markah anda yang berada di tengah-tengah ialah 80. Kebanyakkan markah
ujian anda pula ialah 75. Beza antara markah yang paling tinggi dengan markah yang paling rendah
ialah 30. Apakah kemungkinan markah-markah anda?
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

18
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN EMAS

Soalan 4
Andaikan anda diberi set data berikut.

1, 1, 2, 2, 2, 2, 3, 3, 4, 5

(a) Cari nilai min dan nilai median.

(b) Kemukakan situasi harian yang dapat diwakili oleh set data di atas.

(c) Apakah yang akan berlaku kepada nilai min sekiranya satu lagi data, iaitu 2, dimasukkan ke dalam
set data di atas? Mengapa?

(d) Apakah yang akan berlaku kepada nilai min sekiranya satu lagi data, iaitu 8, dimasukkan ke dalam
set data di atas? Mengapa?

(e) Apakah yang akan berlaku kepada nilai min sekiranya satu lagi data, iaitu 0, dimasukkan ke dalam
set data di atas? Mengapa?

(f) Apakah yang akan berlaku kepada nilai min sekiranya dua nombor baharu, iaitu 2 dan 3,
dimasukkan ke dalam set data di atas? Mengapa?

(g) Nyatakan dua nombor yang boleh dimasukkan ke dalam set data di atas yang tidak memberi
kesan kepada nilai min. Terangkan bagaimana anda memilih nombor-nombor tersebut.

(h) Nyatakan empat nombor yang boleh dimasukkan ke dalam set data di atas yang tidak memberi
kesan kepada nilai min. Terangkan bagaimana anda memilih nombor-nombor tersebut.

(i) Apakah yang akan berlaku kepada nilai min sekiranya nombor 45 dimasukkan ke dalam set data
di atas? Adakah nilai min yang baharu ini sesuai digunakan bagi mewakili set data tersebut?
Bolehkah anda mencari nilai sukatan kecenderungan memusat yang lain yang dapat digunakan
bagi mewakili set data itu dengan lebih baik?

(j) Nyatakan dua nombor yang boleh dimasukkan ke dalam set data di atas dengan syarat nilai min
berubah tetapi nilai median tidak. Terangkan bagaimana anda memilih kedua-dua nombor ini.

(k) Nyatakan dua nombor yang boleh dimasukkan ke dalam set data di atas dengan syarat nilai
median berubah tetapi nilai min tidak berubah. Terangkan bagaimana anda memilih kedua-dua
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

nombor ini.

19
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD LEMBARAN EMAS

Soalan 5

Makanan segera ialah makanan yang boleh disediakan dan dihidangkan dengan cepat. Kebanyakkan
makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan. Dalam kempen mengurangkan murid memakan
makanan segera, anda dan rakan-rakan ingin mengkaji tentang bilangan murid di sekolah anda yang
membeli makanan di restoran makanan segera dalam sebulan. Berikut adalah data yang telah anda
dan rakan-rakan peroleh.

Bulan
Nama
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Mei Ling 1 4 3 6 3 4 2 5 3 4 3 2
Kumar 2 3 2 2 2 4 4 3 3 5 2 3
Dina 2 4 3 3 2 5 6 4 3 3 2 4
Asmawi 3 3 2 2 4 3 5 2 4 3 4 3

(a) Dengan membandingkan nilai mod, siapakah yang paling jarang memakan makanan segera?
Terangkan jawapan anda.

(b) Dengan membandingkan nilai median, siapakah yang paling kerap memakan makanan segera?
Terangkan jawapan anda.

(c) Dengan membandingkan nilai min, susun nama rakan-rakan anda daripada yang paling kerap
kepada yang paling jarang memakan makanan segera. Terangkan jawapan anda.

(d) Dengan membandingkan nilai min, pada bulan apakah rakan anda paling kerap memakan
makanan segera? Terangkan jawapan anda.

(e) Dengan membandingkan nilai median, pada bulan apakah rakan anda paling jarang memakan
makanan segera? Terangkan jawapan anda.

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

20
21
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN GANGSA

1 (a) Min = 4, Mod = 2


Nilai median, 3.5 tidak sesuai digunakan kerana bilangan adik-beradik tidak boleh bernilai
perpuluhan.

(b) Mod = Novel


Nilai min dan nilai median tidak dapat ditentukan kerana data adalah kategorikal.

(c) Min = 1.248 meter, Median = 1.39 meter. Tiada Mod

(d) Mod = Manggis


Nilai min dan nilai median tidak dapat ditentukan kerana data adalah kategorikal.

2 Min Mod Median


(a) 5.3 5 5
(b) 26.57 11 16
(c) 32.56 26, 32 dan 45 (Bimodal) 32
(d) 184.25 Tiada 183.5
(e) 75.5 98 68
(f) 0.517 Tiada 0.535

3 Min = 73.78, Median = 78, Mod = 79

4 Mod tahun 2011 ialah 2 dengan kekerapan 6. Mod bagi tahun 2012 adalah berdasarkan
sektor yang paling besar dalam carta pai, iaitu sederhana atau 3.
Oleh kerana nilai 2 mewakili kurang memuaskan, didapati keadaan pasaraya adalah lebih
bersih pada tahun 2012 berbanding tahun 2011.

20 + 25 + 10 + 25 + 35 30 + 20 + 20 + 35 + 25
5 Min Rizal = Min Hanim =
5 5
115 130
= =
5 5
= 23 = 26

(a) Hanim mempunyai min melayari internet yang lebih tinggi berbanding Rizal.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

22
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN GANGSA

(b) Julat masa Rizal = 35 10 = 25


Julat masa Hanim = 35 20 = 15
Rizal mempunyai julat masa yang paling besar

6 Min Median Julat


Kumpulan 1 29.83 23 32
Kumpulan 2 29.17 28.5 16

Sekiranya dibandingkan nilai min, maka Kumpulan 1 mempunyai keupayaan menaiki tangga yang
lebih baik. Sekiranya perbandingan menggunakan nilai median, maka keupayaan Kumpulan 2
menaiki tangga didapati lebih baik. Walaubagaimanapun nilai julat bagi Kumpulan 1 adalah
terlalu besar. Oleh itu, Kumpulan 2 mempunyai purata yang lebih konsisten dan mempunyai
keupayaan menaiki tangga yang lebih baik berbanding Kumpulan 1.

7 Min Mod Median


Air telaga 1 7.31 7.32 dan 7.43 7.32
Air telaga 2 7.35 7.38 7.38
Air telaga 2 didapati lebih beralkali kerana kesemua nilai purata adalah lebih besar daripada nilai
pH air telaga 1.

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

23
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN GANGSA

1 Median
Pasukan Min

Kuning Merah 67 + 87 + 54 + 99 + 78 54, 67, 78, 87, 99


5
385
=
5
= 77

Harimau 85 + 94 + 44 + 80 + 46 44, 46, 80, 85, 94


Bintang 5
345
=
5
= 69

Tun Fatimah 32 + 101 + 65 + 88 + 55 32, 55, 65, 88, 101


5
341
=
5
= 68.2

(a) Pasukan Kuning Merah.


Nilai min bagi pasukan Kuning Merah adalah paling tinggi iaitu 77 berbanding nilai min bagi
pasukan Harimau Bintang, iaitu 69 dan pasukan Tun Fatimah, iaitu 68.2.

(b) Pasukan Harimau Bintang kerana mempunyai skor median yang paling tinggi.

(c) Min kerana nilai skor min, iaitu 68.2 adalah lebih tinggi berbanding nilai skor median, iaitu
6.5.

2 Mana-mana set data yang mengandungi nilai ekstrem. Nilai ekstrem memberi kesan terhadap
nilai min.

3 Nilai min akan terjejas manakala nilai median kurang terjejas. Tidak terdapat nilai mod pada data
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

yang diberikan.

24
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN GANGSA

4 (a) Ketiga-tiga min, mod dan median sesuai digunakan. Taburan data yang agak konsisten serta
tidak mempunyai nilai ekstrem.

(b) Mod. Median dan min tidak dapat ditentukan kerana lagu adalah data kategorikal.

(c) Median. Nilai min tidak sesuai digunakan kerana mungkin terdapat murid yang tinggal
terlalu jauh dari sekolah.

(d) Mod dan median. Nilai min tidak sesuai digunakan kerana mempunyai nilai ekstrem.

5 Mod dan median adalah yang paling sesuai untuk mewakili data kerana nilai-nilai ekstrem akan
memberi kesan terhadap nilai min.

6 Nilai 1.84 ialah nilai min. Ini kerana nilai min boleh terdiri daripada nilai perpuluhan, manakala
nilai mod mestilah terdiri daripada salah satu nilai dalam set data tersebut. Oleh kerana bilangan
anak mestilah terdiri daripada nombor bulat, maka nilai 1.84 tersebut bukanlah nilai mod.

7 Mod dan median. Terdapat nilai ekstrem yang akan memberi kesan terhadap nilai min.

8 (a) Benar.

(b) Benar.

(c) Kadang kala benar.


Sekiranya nilai yang ditambah berubah, perubahan nilai min tersebut adalah
rendah.

9 Nilai min digunakan kerana nilai purata yang diperoleh agak tinggi. Nilai purata yang tinggi ini
disebabkan terdapatnya nilai-nilai ekstrem.
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

25
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN PERAK

1 C

2 D

3 (a) Min bola jaring = 2.83, Min badminton = 2.75


(b) Permainan bola jaring lebih digemari oleh murid. Walaubagaimanapun, oleh sebab nilai min
adalah di antara 2 dan 3, iaitu antara tidak suka dan tidak pasti, maka dapat disimpulkan
bahawa murid-murid dalam kelas tersebut kurang gemar bermain bola jaring dan badminton.

4 (a) 10.6
(b) 10
(c) Nilai min akan meningkat menjadi 12.2 manakala nilai median tidak berubah.

5 B

6 D

7 (a) Hasil tambah bilangan muka surat setiap buku dibahagi dengan 30.
(b) (i) Palsu
(ii) Benar
(iii) Palsu

8 Min keluasan tanah = 20 622.51 km per segi


Min tanpa nilai ekstrem = 13 700.71 km per segi
20 622.51 13 700.71 = 6921.80
Nilai ekstrem meningkatkan nilai min keluasan tanah sebanyak 6921.80 km per segi

9 Purata Pintar Utuh Sdn Bhd (RM) Bairoti (RM)


Min 47 500 50 250
Mod 15 000 35 000
Median 15 000 35 000

Julat gaji Syarikat Pintar Utuh = RM290 000


Julat gaji Syarikat Bairoti = RM175 000
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

26
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN PERAK

Syarikat Pintar Utuh menggunakan nilai min bagi menerangkan purata gaji pekerja syarikatnya,
manakala Syarikat Bairoti menggunakan nilai mod bagi menerangkan gaji pekerja syarikatnya.
Perbandingan ini adalah mengelirukan dan tidak tepat. Sekiranya perbandingan adalah
berdasarkan nilai purata yang sama, iaitu min, maka didapati bahawa purata gaji bagi Syarikat
Bairoti adalah lebih tinggi.

Sekiranya jawatan yang ditawarkan adalah Penolong Pengurus dan ke atas, maka adalah lebih
menguntungkan sekiranya bekerja di Syarikat Pintar Utuh.

Sekiranya jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Pemasaran dan ke bawah, maka adalah lebih
menguntungkan sekiranya bekerja di Syarikat Bairoti.

STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

27
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN EMAS

1 Galakkan murid menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menentukan set nombor berkenan.

(a) Antara set nombor tersebut:

Jumlah Min
2 3 3 5 7 20 4
1 3 3 5 8 20 4
1 3 3 3 10 20 4
3 3 3 3 8 20 4

(b) Sebarang set yang mempunyai nilai julat 10, min 4, median 3 dan mod 3
Contoh 1, 2, 3, 3, 11

2 Galakkan murid menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menentukan set nombor
berkenan. Terima sebarang set nombor yang memenuhi kriteria yang diberikan.

Sebagai contoh:
1, 2, 3, 3, 6

Min, Median dan Mod = 3

3 Galakkan murid menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menentukan set nombor
berkenan. Terima sebarang set yang mengandungi 9 nombor yang memenuhi kriteria yang diberi.

Sebagai contoh:
70 75 75 75 80 95 97 98 100

4 (a) Min = 2.5, Mod = 2

(b) Sebarang situasi harian yang sesuai. Sebagai contoh: Data tentang jumlah baki wang saku
yang disimpan oleh murid dalam seminggu.

(c) Nilai min meningkat daripada 2.5 kepada 2.45. Penambahan 2 kurang memberi kesan
kepada nilai min kerana 2 bukan nilai ekstrem.

(d) Nilai min meningkat daripada 2.5 kepada 3.0. Ini kerana 8 merupakan nilai yang agak besar
dan akan mempengaruhi nilai min.

(e) Nilai min menurun daripada 2.5 kepada 2.27. Nilai 0 kurang mempengaruhi nilai min kerana
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

ia bukan nilai ekstrem.

(f) Nilai min tidak berubah iaitu 2.5. Ini kerana min bagi 2 dan 3 juga adalah 2.5.

(g) Mana-mana dua nombor yang mempunyai min 2.5, contohnya 0 dan 5, 4 dan 1 dan
sebagainya.

28
STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD JAWAPAN LEMBARAN EMAS

(h) Mana-mana empat nombor yang mempunyai min 2.5, Mesti dipastikan jumlah empat
nombor tersebut adalah 20 kerana apabila dibahagikan dengan 4 akan menghasilkan 2.5
iaitu nilai min yang asal.

(i) Min meningkat daripada 2.5 kepada 6.36. 45 adalah nilai ekstrem dan memberi kesan yang
besar terhadap nilai min. Min yang baru tidak sesuai digunakan untuk mewakilkan set data
yang berkenaan. Nilai median dan mod lebih sesuai digunakan.

(j) Nombor pertama mesti 0, 1 atau 2 manakala nombor kedua ialah sebarang nombor yang
sama atau lebih besar daripada 2. Walaubagaimanapun mesti dipastikan hasil tambah 2
nombor berkenaan tidak sama dengan 10.

(k) Dua nombor berkenaan mesti lebih besar atau sama dengan 3.

5
Mei Ling Kumar Dina Asmawi

Min 3.3 2.9 3.4 3.2

Mod 3 2 3 3

Median 3 3 3 3

(a) Kumar. Nilai mod bagi Kumar adalah yang paling rendah berbanding murid yang lain.

(b) Nilai median adalah sama bagi semua murid. Oleh itu median tidak dapat digunakan dalam
menentukan siapakah yang paling kerap memakan makanan segera.

(c) Dina, Mei Ling, Asmawi dan Kumar.


Susunan nilai min dari yang paling besar kepada yang paling kecil.

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Min 2 3.5 2.5 3.25 2.75 4 4.25 3.5 3.25 3.75 2.75 3

Median 2 3.5 2.5 2.5 2.5 4 4.5 3.5 3 3.5 2.5 3


STATISTIK - MIN, MEDIAN, MOD

(d) Julai. Nilai min bagi Julai adalah yang paling tinggi (4.25) berbanding bulan-bulan yang lain.

(e) Januari. Nilai median bagi Januari adalah yang paling rendah (2) berbanding bulan-bulan
yang lain.

29