You are on page 1of 5

Laporan Kegiatan Amalan Moral

Pengenalan

Kegiatan amalan Moral yang telah diadakan pada 22 Mac 2016 merupakan satu
program yang dianjurkan di bawah kursus Pendidikan Moral (GPM 1083) dan wajib diikuti
oleh pelajar bukan Islam Program Persediaan Institut Pendidikan Guru (PPISMP). Program
ini dilihat sebagai satu wahana pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang
berkualiti, berketrampilan, berkemahiran serta bersahsiah tinggi yang selaras dengan
keperluan Agenda Transformasi Pendidikan Negara. Hal ini kerana dalam agenda tersebut,
negara memerlukan peningkatan kualiti guru di Malaysia menjelang tahun 2020 untuk
dijadikan sebagai penggerak usaha kerajaan dalam melahirkan modal insan berkualiti dan
bersahsiah tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (Azizah
Sarkowi, Yaakob Daud & Yahya Don, 2014). Oleh itu, aktiviti ini dijalankan sebagai usaha
penghayatan dan penyemaian nilai murni dalam sanubari warga bakal pendidik agar
menjadi insan bermoral yang sedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara.

Matlamat dan Objektif

Kegiatan gotong-royong ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan pengamalan


dan penyemaian nilai murni seperti tanggungjawab, bekerjasama, toleransi melalui
penglibatan para guru pelatih dalam aktiviti kebajikan yang disertai dalam kehidupan
seharian. Pada masa yang sama, kegiatan ini juga adalah untuk memberi pendedahan yang
sebenar kepada warga pelajar IPG mengenai amalan keceriaan kawasan institut dengan
membersihkan dan mengemaskan stor peralatan sukan di astaka. Melalui kegiatan ini,
matlamat penjalinan hubungan rapat antara palajar IPG dan pembentukkan sikap serta
perlakuan yang positif juga adalah diharapkan kerana pelaksanaan program ini telah
memberi peluang kepada pelajar IPG untuk memupuk mahupun mempraktikkan nilai-nilai
murni secara autentik dan secara tidak langsung membentuk modal insan yang bersahsiah
tinggi.

Laporan Aktiviti

Pada 22 Mac 2016 yang lalu, program gotong-royong telah dianjurkan oleh Jabatan
Pengajian Islam dan Moral (JAPIM) pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di stor
peralatan sukan astaka Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKP). Aktiviti ini
merupakan salah satu aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang dipilih sebagai kegiatan
amalan moral sepanjang proses menyiapkan kerja kursus. Dalam aktiviti ini, 19 orang guru
pelatih PPISMP semester 2 dari kelas Muzik, Bimbingan dan Kaunseling dan Metematik
telah melibatkan diri secara aktif agar dapat menyempurnakan aktiviti gotong-royong ini
dengan baik.

Tepat pada pukul 9.00 pagi, semua yang terlibat telah berkumpul di astaka untuk
taklimat dan pembahagian tugas yang ringkas. Memandangkan terdapat 19 orang perserta,
maka para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Salah satu kumpulan mempunyai 10
orang peserta manakala kumpulan yang berikutnya mempunyai 9 orang peserta. Kawasan
fokus dalam kerja pembersihan ini ialah kedua-dua bilik stor peralatan sukan yang telah
lama tidak dikendalikan dan setiap zon dibekalkan dengan beberapa peralatan pembersihan
seperti penyapu, penyodok plastik sampah dan sebagainya.

Setelah taklimat ringkas, peserta telah dibawa ke zon pembersihan masing-masing


yang berada di dalam astaka oleh seorang ketua untuk mejalankan kerja pembersihan.
Sebaik sahaja sampai ke stor, peserta mula melakukan kerja pembersihan seperti menyapu
lantai dan membersihkan sarang labah-labah dahulu. Selepas itu, para peserta diberi
penjelasan ringkas tentang cara penyimpan, pengasingan dan pengkemasan peralatan
sukan berdasarkan jenis permainan. Sebahagian peserta dikehendaki untuk membersihkan
debu yang terdapat pada peralatan lalu, melabel dan menyusun mengikut kategori dan
jenis. Para peserta yang lain pula diminta untuk mengidentifikasikan keadaan baik buruk
bola sebab sesetengah bola telah terlalu lama ataupun telah digigit oleh makluk perosak
dengan mengepam angin ke dalam bola tersebut.

Pada pukul 10.30 pagi, setelah semua tugas yang diberi selesai, peserta
membuangkan sampah-sarap yang dikumpulkan ke dalam tapak pembuangan sampah lalu
menyimpan peralatan pembersihan ke tempat asal. Para peserta juga dihadiahkan sebotol
minuman sebagai balasan. Sebelum bersurai, peserta gotong-royong bersama dengan
ketua kumpulan masing-masing telahpun memgambil gambar sebagai bukti dan kenangan.

Nilai-nilai murni

Aktiviti gotong-royong dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.


Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang
bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong
ialah bekerjasama, bertolak ansur dan menepati masa. Dalam menjalankan kegiatan
gotong-royong, kerjasama itu adalah vital untuk memastikan objektif dan matlamat pada
peringkat awal tercapai. Semasa menjalankan aktiviti ini, para peserta telah bekerjasama
untuk membersihkan stor dan menyusun peralatan sukan mengikut kategori. Tambahan
pula, nilai bertolak ansur dapat memastikan kelancaran aktiviti. Oleh sebab wujudnya sikap
bertolak ansur sesama ahli kumpulan, peserta-peserta berjaya menyiapkan tugasan tepat
pada masa tanpa sebarang pertelingkahan dan perselisihan faham.
Lebih-lebih lagi, nilai menepati masa dapat dipupuk. Para peserta telah bersiap sedia
dan berkumpul di ASTAKA tepat pada jam 9 pagi. Ini akan dapat mendisiplinkan diri peserta
dari segi pengurusan masa di samping menyemaikan nilai positif yang boleh membantu
dalam membina karakter diri. Hal ini kerana menepati masa melambangkan imej seseorang
maka nilai ini seharusnya disemai dalam sanubari masyarakat. Nilai ini menentukan
kejayaan kita pada masa depan. Sebagai contoh, seorang pekerja dibuang kerja kerana
selalu datang lewat dan sikap ini dianggap sebagai tidak professional. Pelajar yang selalu
datang lewat ke kelas juga akan memberikan tanggapan yang negatif kepada gurunya.

Gotong-royong mengajar setiap orang untuk menyemai nilai rela berkorban.


Pengorbanan datang dengan pelbagai cara, contohnya masa, tenaga, pemikiran dan wang.
Semua pengorbanan tersebut dilakukan demi kepentingan bersama. Para peserta rela
mengorbankan masa dan tenaga walaupun tidak diberi apa-apa ganjaran dalam aktiviti
gotong-royong ini. Semua usaha dilakukan ialah dari hati yang ikhlas dan tanpa meminta
sebarang balasan. Era modern ini, kehidupan masyarakat lebih cenderung kepada
individualistik. Gotong-royong bukan sahaja dapat menyedarkan manusia bahawa hidup ini
saling memerlukan, bahkan mampu memberi peluang kepada manusia untuk mengenali
satu sama lain.

Dalam projek ini, kelas PPISMP Semester 2 Bimbingan dan Kaunseling telah
bergabung dengan PPISMP Semester 2 Muzik dan PPISMP Semester 2 Matematik.
Peserta-peserta telah mengenali antara satu sama lain melalui projek ini dan mengadakan
satu hubungan yang mesra. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk
sikap berjimat cermat dalam masyarakat. Hal ini kerana kita akan mengklasifikasikan
barangan yang terbuang mengikut kategori untuk tujuan kitar semula. Sudah terang lagi
bersuluh, projek gotong- royong ini telah membuahkan hasil dan telah berjaya mewujudkan
satu persekitaran yang lebih bersih serta kondusif.

Refleksi

Melalui kegiatan amalan moral ini, para peserta berjaya mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain. Pada masa yang sama, nilai-nilai murni yang dipupuk
dalam sanubari para peserta adalah amat signifikan sebagai pengisian dalam profesional
perguruan dan pada masa yang akan datang. Hal ini kerana, para peserta boleh
mengaplikasikan dan mempraktikkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas menamatkan pengajian mereka dalam IPG. Ini
bukan saja dapat memudahkan proses P&P, malah dapat membentuk imej diri yang positif.
Secara tidak langsung, ini akan memudahkan proses sosialisasi para peserta kerana
dengan adanya penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral mereka akan
disenangi orang lain lalu dapat mengadaptasikan diri dalam persekitaran yang berbeza
dengan secepat mungkin.

Antara masalah yang dihadapi sepanjang kegiatan amalan moral yang dijalankan
adalah kekurangan peralatan pembersihan seperti penyapu, penyodok dan bag plastik
untuk membuang sampah. Ini telah menyebabkan sesetengah peserta tidak dapat
melibatkan diri secara aktif dalam kerja. Namun begitu, masalah yang demikian diselesaikan
dengan penggunaan peralatan pembersihan secara bergilir-gilir. Hal ini dapat memaparkan
sifat kemoralan seseorang melalui kesanggupan peserta-perserta untuk bertolak ansur dan
tidak tergesa-gesa semasa melakukan sesuatu kerja. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh
para peserta ialah kekurangan masa. Hal ini demikian kerana bilik stor peralatan sukan
sudah lama tidak dikemaskan dan telah dipenuhi habuk. Maka, bilik tersebut memerlukan
tempoh masa yang lebih daripada satu jam setengah untuk dikemaskan. Walau
bagaimanapun, para peserta sangat menghargai setiap saat dan bertungkus lumus
melakukan kerja demi menghabiskan kerja dalam tempoh masa yang singkat ini.

Kesimpulan

Kegiatan amalan moral ini bukan sahaja satu program wajib dalam kursus
Pendidikan Moral (GPM 1083) bahkan juga satu peluang yang baik kepada para peserta
untuk memperkembangkan diri sendiri. Kegiatan amalan moral ini amat berkesan kerana dat
membangunkan personaliti para peserta yang positif dan membina. Para peserta juga bolah
mempelajari di samping mempraktikkan nilai-nilai murni yang berguna dalam kegiatan ini.
Hal ini memang dapat menjurus ke arah penjanaan modal insan yang berkualiti dan
bersahsiah tinggi dalam kalangan pelajar IPG. Dengan itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa
nilai-nilai murni dapat membentuk insan bermoral yang sanggup bersumbang kepada
masyarakat dan negara. Akhirnya, para peserta diharap agar menggiatkan lagi kegiatan
amalan moral ini pada masa yang akan datang.
Rujukan
Azizah Sarkowi ,Yahya Don & Yaakob Daud. (2014). Pembentukan dan Peningkatan Kualiti
Guru Di Malaysia. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013


- 2025. Retrieved Februari 16, 2016, from Portal Rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia:
https://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf

You might also like