You are on page 1of 4

Contoh karangan: Ibu saya

Pendahuluan :

nama umur tempat lahir tarikh lahir

Isi-isi :

pendidikan yang diterima


ibu bekerja sebagai seorang guru
ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil
pandai menggambil hati anak-anak tidak garang lemah lembut
dan penyabar

Penutup :

mengenang dan menghargai jasa ibu

Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu juga


dengan saya. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim. Usianya
sekarang ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota
Tinggi, Johor. Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.

Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar


selama enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah
Menengah Kota Tinggi selama lima tahun. Keputusan peperiksaannya yang
cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan
Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau
sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling,
Terengganu.

Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri
Serdang. Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-
adik sejak kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak.
Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan
kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah lembut dan penyabar.
Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau
tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.
Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang
dan aamt memahami. Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang
hayatku. Engkaulah ratu hatiku.
Contoh karangan: Bapa saya

Saya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Lee


Ming Tat. Dia berumur 40 tahun. Dia sangat tinggi dan berbadan tegap.
Bapa saya merupakan seorang yang rajin dan baik hati.

Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke


kebun untuk bekerja. Kerjanya termasuklah membajak tanah, menanam biji
benih sayur, menyiram sayur dan memotong sayur yang sudah masak.
Lepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah dipotong itu ke
pasar untuk dijual bagi mendapatkan duit. Bapa rajin bekerja untuk
menyara hidup kami sekeluarga.

Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk


mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-
kawannya di kedai kopi. Bapa saya merupakan seorang yang peramah.
Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya.

Bapa saya suka makan nasi lemak. Dia juga pandai memasak.
Kadang-kala, dia memasak nasi lemak kepada kami.

Saya berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila dewasa dan
menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat.
Tajuk : Sambutan Hari Jadi Saya (1)

Saya lahir pada 15 September 2000. Pada 15 September 2006 yang


lalu, ibu saya telah mengadakansatu majlis sambutan hari jadi untuk saya.
Majlis itutelah diadakan di rumah saya.

Pada ketika itu saya menyambut hari jadi yang ke-8 tahun. Ibu telah
menempah sebiji kek yangberbentuk bulat. Selain daripada kek ada juga
makanan yang lain seperti mi goreng, ayam goreng, keropokdan minuman.
Majlis hari jadi saya dihadiri oleh saudara-mara dan kawan-kawan say.
Mereka datangmembawa hadiah.

Saya sangat gembira kerana dapat menyambuthari jadi saya. Saya


telah mendapat banyak hadiah seperti kereta mainan, kotak pensel, buku
cerita dan sebagainya. Saya berharap dapat menyambut hari jadisaya
pada setiap tahun.

( 107 patah perkataan )


Tajuk : Sambutan Hari Jadi Saya (2)

Pada suatu hari, saya balik ke rumah. Apabila saya sampai, saya
membuka pintu. Saya terperanjat kerana keluarga saya dan kawan-kawan
menyambut hari lahir saya. Keluarga saya membelikan kek.

Selepas itu, semua orang pergi ke ruang tamu. Semua orang


menyanyikan lagu hari lahir untuk saya. Saya meniup api lilin lalu semua
orang bertepuk tangan. Saya juga bertepuk tangan.

Selepas itu, saya memotong kek. Saya memberi semua orang kek
untuk makan. Semua orang sedang makan. Saya memotong kek
menggunakan pisau plastik.

Selepas itu, keluarga saya memberi hadiah. Saya membuka hadiah


itu. Selepas itu, semua orang tepuk tangan lalu balik ke rumah. Saya
mengucapkan terima kasih kerana datang menyambut hari lahir saya. Saya
pun memberi mereka beg cenderahati.

You might also like