You are on page 1of 11

Kes

Pharmaceutical Society of Great Britain lwn Boots Cash Chemist Ltd.


Fakta
Farmasi layan diri kepunyaan Boosts didapati mempamerkan ubat yang
dilarang dijual. Boots telah didakwa di bawah Akta Ubatan dan Racun
1933 yang melarang penjualan racun-racun tertentu tanpa penyeliaan ahli
farmasi.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa perbuatan memperagakan ubat di kedai
layan diri adalah pelawaan cadangan sahaja dan kontrak belum wujud.

Kes
Fisher lwn Bell
Fakta
Defendan mempamerkan sebilah pisau lipat di rak kedai layan diri.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa perbuatan mempamerkan sebilah pisau
lipat untuk jualan tidak bertentangan dengan Akta Sekatan Senjata
Merbahaya 1959 kerana ia hanya merupakan pelawaan cadangan kepada
para pembeli.

Kes
Ceolho lwn The Public Services Commission
Fakta
PSC mengiklankan jawatan kosong dalam surat khabar. Ceolho telah
memohon untuk jawatan tersebut dan berjaya dilantik sebagai penolong
pegawai passport secara percubaan. Tidak lama kemudian, perkhidmatan
Ceolho telah ditamatkan.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa pengiklanan tersebut adalah pelawaan
cadangan kepada sesiapa sahaja yang ingin memohon jawatan.
Cadangan adalah sebenarnya datang dari pemohon yang membuat
permohonan untuk jawatan tersebut. Cadangan itu boleh diterima atau
ditolak oleh PSC. Apabila PSC membuat penerimaan kepada pemohonan
Ceolho, PSC tidak membuat penerimaan bersyarat dengan megatakan
bahawa perlantikan Ceolho adalah percubaan. Oleh itu, penamatan
perkhidmatan Ceolho adalah tidak sah.
Kes
Patridge lwn Crittenden
Fakta
Perayu(Patridge) telah mengiklankan dalam akhbar mengenai jualan
sejenis burung liar pada kadar harga yang ditetapkan.
Responden(Crittenden) membuat pesanan serta bayaran melalui surat.
Perayu(Patridge)kemudian menghantar ayam betina kepada
Responden(Crittenden).
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan Patridge tidak bersalah kerana iklan yang dibuat
adalah pelawaan cadangan sahaja walaupun dia sebenarnya telah
menerima pembayaran dari responden yang memesan burung yang telah
diiklankan itu.

Kes
Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co
Fakta
Pihak defendan mengiklankan sejenis ubat selsema dengan tawaran jika
masih tidak sihat selepas ambil ubat mengikut arahan dalam tempoh
yang ditetapkan,100 pound sterling akan dihadiahkan sebagai saguhati.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan pengiklanan tersebut bukan dianggap sebagai
pelawaan cadangan. Ia adalah cadangan kepada umum.

Penyelesaian isu
Seksyen 7(c) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan penerimaan perlu
dibuat dalam masa yang munasabah jika tiada tempoh masa yang
ditetapkan.

Kes
Ramsgate Victoria Hotel co. Ltd. lwn Montefiore
Fakta
Pada 8 Jun, defendan telah mengirim surat cadangan untuk membeli
saham dari sebuah syarikat.
Pada 23 November, plaintif membuat penerimaan dan sejumlah saham
telah diperuntukkan kepada defendan. Defendan enggan menerima
saham tersebut atas alasan bahawa beliau tidak lagi memerlukan saham-
saham tersebut.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa defendan tidak terikat dengan
penerimaan plaintif kerana cadangan itu telah luput waktu disebabkan
penerimaan tidak dilakukan dalam masa yang munasabah.

Penyelesaian isu
Di dalam prinsip undang-undang perdagangan, berdiam diri bukan
dianggap sebagai penerimaan. Setiap penerimaan yang dilakukan
perlulah dibuat secara lisan atau bertulis. Sekiranya penerima bercadang
membuat penerimaan tetapi dia hanya berdiam diri tanpa memberikan
sebarang respon atau tindak balas, maka dia tidak dianggap membuat
penerimaan.

Kes
Felthouse lwn Bindley
Fakta
Defendan adalah seorang pelelong yang ditugaskan untuk menjual seekor
kuda kepunyaan John Felthouse. Plaintif (bapa saudara John Felthouse)
bersetuju untuk membeli kuda tersebut dengan menulis sepucuk surat
kepada John Felthouse. John Felthouse tidak menjawab surat itu walaupun
beliau berniat untuk menjual kuda tersebut.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa sikap berdiam diri dengan tidak
menjawab surat tersebut bukanlah merupakan satu penerimaan. Oleh itu,
satu kontrak tidak wujud antara plaintif dengan John Felthouse.

Penyelesaian isu
Seksyen 4(2)(a) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan komunikasi
penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang apabila komunikasi
penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman
kepadanya, di mana ianya berada di luar kuasa penerima.
Kes
Ignatius lwn Bell
Fakta
Defendan telah membuat tawaran untuk menjual tanahnya kepada
plaintif di mana tawaran itu terbuka sehingga 20 Ogos. Plaintif menerima
tawaran tersebut dan menghantar surat pnerimaan melalui pos pada 16
Ogos. Walau bagaimanapun, surat tersebut hanya sampai kepada
defendan pada 25 Ogos.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa komunikasi penerimaan adalah lengkap
apabila surat penerimaan diposkan pada 16 Ogos walaupun defendan
tidak mengetahui tentang penerimaan tersebut.

Penyelesaian isu
Seksyen 4(3)(a) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan komunikasi
pembatalan adalah lengkap terhadap orang kepada siapa yang ianya
ditujukan, apabila pembatalan itu sampai kepada pengetahuan.
Kes
Bryne v Van Tienhoven
Fakta
Pada 1 Oktober, defendan mengirim surat tawaran untuk menjual
tinplates kepada plaintif.
Pada 8 Oktober, defendan mengirim surat pembatalan tawaran kepada
plaintif.
Pada 11 Oktober, plaintif telah menerima surat tawaran dan membuat
penerimaan melalui telegram pada hari yang sama.
Pada 20 Oktober, plaintif menerima surat pembatalan tawaran.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa komunikasi pembatalan menjadi efektif
pada 20 Oktober apabila notis pembatalan sampai kepada pengetahuan
plaintif.
Sementara itu, satu kontrak yang sah telah pun dibentuk pada 11 Oktober
apabila plaintif mengirim telegram tersebut.

Penyelesaian isu
Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan menurut kehendak
pembuat janji, apabila penerima janji atau sesiapa sahaja yang telah
membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka
perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk
janji itu.
Kes
Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn Schmidt
Fakta
Schmidt telah membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting Ltd
dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan. Selepas penubuhan syarikat,
satu perjanjian telah dibuat di mana syarikat bersetuju membayar
Schmidt 1% daripada harga jualan semua bijih yang didapati daripada
lombong tersebut sebagai balasan kepada segala khidmat yang telah
diberikan oleh Schmidt sebelum dan selepas penubuhan syarikat khidmat-
khidmat yang akan datang. Tidak lama kemudian, perselisihan berlaku
dan Schmidt membuat tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa sebarang perkhidmatan yang diberikan
oleh Schmidt sebelum penubuhan syarikat perayu tidak boleh menjadi
balasan kerana syarikat tidak wujud pada ketika itu. Namun, bagi
perkhidmatan yang diberi selepas penubuhan syarikat tetapi sebelum
perjanjian dibuat, boleh menjadi balasan yang sah di bawah undang-
undang. Schmidt berjaya menuntut di dalam kes ini.

Penyelesaian isu
Seksyen 64 Akta Kontrak memperuntukkan tiap-tiap penerima janji boleh
membebaskan atau mengurangkan sebahagian atau keseluruhan
daripada perlaksanaan janji, atau boleh melanjutkan masa untuk
perlaksanaan janji, atau boleh menerima sebagai gantinya sebarang
pemenuhan janji yang difikir berpatutan.

Kes
Kerpa Singh lwn Bariam Singh
Fakta
Bariam Singh terhutang kepada Kerpa Singh sebanyak RM 8869.94. Anak
Bariam Singh menulis surat kepada Kerpa Singh dengan menawarkan
RM4000 sebagai penjelasan penuh hutang bapanya dan menyertakan
sekeping cek.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa perbuatan menunaikan cek dan
menyimpan RM4000 menunjukkan Kerpa Singh bersetuju bahawa bayaran
RM4000 akan melangsaikan keseluruhan hutangnya.

Penyelesaian isu
Seksyen 26(a) memperuntukkan sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa
balasan adalah batal kecuali ianya dinyatakan secara bertulis dan
didaftarkan menurut undang-undang dan dibuat berdasarkan kasih
sayang semula jadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib antara
satu sama lain.
Kes
Re Tan Soh Sim
Fakta
Satu perjanjian telah dibuat oleh waris mending Puan Tan Soh Sim bahawa
harta peninggalan si mati hendaklah dibahagikan antara dua anak
saudara angkat perempuan dan dua anak saudara angkat lelaki.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan isu tersebut berdasarkan adat resam masyarakat
kaum Cina iaitu anak angkat lelaki mempunyai hubungan rapat dengan
keluarga ayah angkatnya sahaja dan bukan dengan keluarga ibu
angkatnya. Oleh yang demikian perjanjian untuk pembahagian harta
adalah batal kerana ketiadaan balasan.

Penyelesaian isu
Seksyen 11 Akta Kontrak memperuntukkan setiap orang layak untuk
berkontrak sekiranya ia dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang
kelayakan untuk membuat kontrak menurut undang-undang yang mana ia
tertakluk.

Kes
Tan Hee Juan v Teh Boon Keat
Fakta
Plaintif merupakan seorang kanak-kanak telah menyempurnakan pindah
milik tanah kepada defendan. Selepas itu, plaintif melalui wakilnya
memohon agar pindah milik itu dibatalkan.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa pindah milik tersebut adalah batal dan
tanah mestilah dikembalikan kepada kanak-kanak memandangkan plaintif
merupakan seorang kanak-kanak semasa berkontrak.

Penyelesaian isu
Seksyen 11 Akta Kontrak memperuntukkan setiap orang layak untuk
berkontrak sekiranya ia dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang
kelayakan untuk membuat kontrak menurut undang-undang yang mana ia
tertakluk.

Kes
Tan Hee Juan v Teh Boon Keat
Fakta
Plaintif merupakan seorang kanak-kanak telah menyempurnakan pindah
milik tanah kepada defendan. Selepas itu, plaintif melalui wakilnya
memohon agar pindah milik itu dibatalkan.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa pindah milik tersebut adalah batal dan
tanah mestilah dikembalikan kepada kanak-kanak memandangkan plaintif
merupakan seorang kanak-kanak semasa berkontrak.

Penyelesaian isu
Seksyen 69 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jika orang yang tidak
berdaya membuat kontrak, dibekalkan dengan keperluan hidup, maka
orang yang membekalkan keperluan berhak mendapat bayaran dari harta
orang yang tidak berdaya tadi.

Kes
Nash lwn Inman
Fakta
Nash telah dituntut untuk menjelaskan harga 11 helai pakaian yang
ditempahnya.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan plaintif telah pun dibekalkan dengan pakaian
yang cukup untuk keperluan hariannya, pakaian berkenaan tidak lagi
dianggap sebagai satu keperluan. Kontrak antara tukang jahit dan kanak-
kanak tersebut adalah tidak sah dan tukang jahit tidak berhak menuntut
harga pakaian yang telah dibekalkan itu.

Penyelesaian isu
Seksyen 69 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jika orang yang tidak
berdaya membuat kontrak, dibekalkan dengan keperluan hidup, maka
orang yang membekalkan keperluan berhak mendapat bayaran dari harta
orang yang tidak berdaya tadi.
Kes
Kerajaan Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors
Fakta
Kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap
Gurcharan dan penjamin-penjaminnya sebanyak RM11500 iaitu jumlah
yang dibelanjakan bagi tujuan pendidikan Gurcharan. Pada masa kontrak
itu dibuat Gurcharan merupakan seorang kanak-kanak.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa pendidikan merupakan satu keperluan
kepada kanak-kanak dan Gurcharan Singh diperintahkan untuk membayar
sejumlah wang yang telah dibelanjakan untuknya.

Penyelesaian isu
Seksyen 66 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan apabila sesuatu
perjanjian didapati batal atau apabila sesuatu kontrak menjadi batal,
seseorang yang telah menerima faedah daripada kontrak atau perjanjian,
hendaklah memulangkan faedah yang diterima atau memberi pampasan
kepada orang dari siapa ia menerima faedah itu.

Kes
Leha Jusoh v Awang Johari Hashim
Fakta
Pihak responden, seorang kanak-kanak telah membeli tanah dari pihak
perayu yang menjadi pentadbirnya.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian antara responden dan perayu
adalah batal. Pihak responden diarahkan untuk mengosongkan tanah
tersebut sementara pihak perayu diperintahkan untuk memulangkan
harga belian tanah kepada responden.

Penyelesaian isu
Seksyen 40 Akta PemulihanSpesifik 1950 memperuntukkan apabila
memutuskan pembatalan sesuatu instrumen, mahkamah boleh meminta
pihak kepada siapa relief itu diberi membuat apa jua pampasan yang
diperlukan demi keadilan.

Kes
Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat
Fakta
Plaintif merupakan seorang kanak-kanak telah menyempurnakan pindah
milik tanah kepada defendan. Selepas itu, plaintif melalui wakilnya
memohon agar pindah milik itu dibatalkan.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa pindah milik tersebut adalah batal
kerana pihak plaintif tidak mempunyai keupayaan untuk membuat kontrak
tetapi enggan memutuskan pengembalian faedah iaitu harga belian tanah
dipulangkan kepada pihak defendan. Di dalam kes ini hakim
menggunakan budi bicaranya demi keadilan untuk menjaga kebajikan
kanak-kanak tersebut dan juga harta miliknya.

Penyelesaian isu
Merujuk kepada prinsip Common Law, perjanjian suami dan isteri secara
amnya telah diandaikan sebagai perjanjian yang tidak diniatkan untuk
mewujudkan hubungan di sisi undang-undang.
Kes
Balfour lwn Balfour
Fakta
Seorang suami yang ditugaskan di Ceylon telah membuat perjanjian
dengan isterinya bahawa beliau akan membayar sebanyak 30 pound
sterling setiap bulan selama mana isterinya tinggal di England. Apabila
suami gagal membayar, isteri membuat tuntutan di mahkamah.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat antara suami
isteri bukanlah satu kontrak kerana mereka tiada niat untuk mewujudkan
sebarang kesan di sisi undang-undang.

Penyelesaian isu
Merujuk kepada prinsip Common Law, perjanjian suami dan isteri secara
amnya telah diandaikan sebagai perjanjian yang tidak diniatkan untuk
mewujudkan hubungan di sisi undang-undang.
Kes
Gould v Gould
Fakta
Seorang suami telah berjanji akan memberi nafkah kepada isteri dan dua
anaknya sebanyak 16 pound sterling seminggu selama mana dia mampu.
Isteri menuntut di mahkamah apabila suami hanya mampu membayar
selama 16 bulan pertama sahaja.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat tidak dapat
dikuatkuasakan kerana tiada bukti menunjukkan niat untuk mewujudkan
kontrak. Mahkamah juga mendapati perkataan selama mana dia
mampu menimbulkan ketidaktentuan mengenai niat suami.

Penyelesaian isu
Merujuk kepada prinsip Common Law, perjanjian ibubapa dan anak secara
amnya telah diandaikan sebagai perjanjian yang tidak diniatkan untuk
mewujudkan hubungan di sisi undang-undang.
Kes
Choo Tiong Hin lwn Choo Hock Swee
Fakta
Plaintif telah mengambil 5 orang anak angkat lelaki dan mereka telah
tinggal bersama di ladang. Kesemua anak bekerja di ladang dan
menyumbang kepada kemewahan plaintif. Setelah kematian isteri, pihak-
pihak bergaduh dan plaintif telah meninggal rumah dan ladangnya.
Plaintif menuntut kembali hartanya tetapi anak-anaknya menyatakan
bahawa terdapat perjanjian antara mereka untuk harta dan ladang
tersebut.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan walaupun terdapat perjanjian antara pihak-pihak,
ia tidak mengikat kerana berbentuk kekeluargaan.
Penyelesaian isu
Merujuk kepada prinsip Common Law, dalam perjanjian perniagaan atau
komersial, wujudnya satu andaian boleh sangkal bahawa pihak-pihak berniat
untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang.
Kes
Winn v Bull
Fakta
Defenden bersetuju untuk menyewa sebuah rumah tertakluk kepada
penyediaan dan kelulusan satu perjanjian formal. Bagaimanapun,
perjanjian formal tidak pernah dibuat.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan tiada kontrak yang mengikat antara pihak-pihak
kerana tiada kontrak formal antara keduanya.

Penyelesaian isu
Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan perjanjian-perjanjian
yang mana maknanya tidak tertentu atau tidak boleh ditentukan, adalah
batal.
Kes
Karuppan Chetty lwn Suah Thian
Fakta
Pihak yang berkenaan bersetuju menyewa tanah pada harga RM35.00
sebulan selama mana yang dia suka.
Keputusan mahkamah
Mahkamah memutuskan keperluan ketentuan tidak dipenuhi kerana
perkataan selama mana yang dia suka dianggap sebagai tidak
mempunyai ketentuan. Oleh itu, kontrak yang dibentuk adalah tidak sah.

You might also like