You are on page 1of 57

Pendahuluan

Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Pendidikan adalah merupakan kepentingan kepada negara dan mempunyai


peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum dan
dalam usaha pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf
baru selaras dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang
strategik agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya
ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-
cabaran abad ke-21.

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi,


budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapai oleh
rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu
lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan dibincangkan tetapi perkembangan
semasa dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang
baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut adalah seperti melibatkan
usaha untuk pembangunan rohani, akhlak, sosial, politik, sains dan teknologi.
Sistem pendidikan negara juga tidak terlepas daripada cabaran semasa yang
memerlukan tindakan secara holistic agar masyarakat memperoleh mutu
pendidikan yang setara dangan masyarakat di negara luar.

Para pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi


masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristic, maka
kta hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi
sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industeri,
mampu bersaing dalam system ekonomi yang global, bijak menggunakan
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, boleh
menggunakan computer sebagai keperluan urusan harian limpahan
maklumat segajat. Kita perlu melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir,
bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop

1
yang global dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani
gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

Perkembangan semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian


budaya masyarakat, gejala sosial yang kian membara dan kemajuan
teknologi seharusnya berjaya ditangani dan menjadi indicator asas kepada
sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga
manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral
yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan
memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai bangsa Malaysia
dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh
menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada
abad ke-21.

1. Integrasi Nasional

1.1 Definisi
Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi
nasional bermaksud Satu proses atau pun matlamat di mana semua
penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya
dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa
serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.

1.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional


Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu,
Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang
kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan
agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk
menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. kejadian tragedi 13 May
1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi
nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan
tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita.
Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang

2
berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan
rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar
Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan
Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan
kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara
tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara
(Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2005).

1.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional


Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan
mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:

1.3.1 Perbezaan dalam agama dan budaya.


Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang
berlainan. Setiap kaum pula mempunayai adat resam, bahasa
kesenian, budaya dan system nilai yang berbeza. Masing-masing
kurang mengenali dan memahami serta sering kali menganggap
mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk
sangkayang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

1.3.2 Dasar penjajah British.


Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang
menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan
keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja menentukan status
dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara
kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negative yang
kukuh antara rakyat tempatan yang berlainan etnik.

1.3.3 Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan


Laporan Razak yang diadakan pada tahun 1956 telah menyebut
bahawa tidak wujud satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu.
Pada masa itu, setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

3
Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang
berkiblatkan ke negara nenek moyang mereka, justeru tidak terdapat
bahasa penghantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi
jurang pergualan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan
menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesame rakyat di
samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza
tanpa memperdulikan pembentukan warganegara yang beridentitikan
satu negara.
1.3.4 Amalan ekonomi yang berlainan
Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami
kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan
yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan etnik yang berlainan jenis dan rasa serta mengakibatkan
perpaduan negara terancam.

1.3.5 Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik


Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasar bangsa,
kaum dan etnik tertentu telah memperkuat identiti sesuatu kumpulan
dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan
hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu
sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga
memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan
hak keistimewaan sehingga memburukkan masalah perpaduan.
Melalui pendidikan, pembinaan nagara bangsa bermatlamat
untuk melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai
sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak
ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Dalam
PIPP, Teras Membina Negara Bangsa memberi fokus ke pada empat
perkara utama iaitu:
Memperkasa Bahasa Kebangsaan
Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional

4
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.
Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam
Hadhari.

1.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional


Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan
semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk
modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi,
intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh
Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang
bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk
menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan
kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat


bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni


dalam semua mata pelajaran.

Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di


sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

1.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


Tiga jenis sekolah, iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) yang terlibat
dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:
i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis
sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.

5
ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan
toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah

iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-


sama secara maksimum.

6
Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang
disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di
bawah:
Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik

Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan

Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum

Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial

Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik

1.4.2 Konsep 1 Malaysia


Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling
penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan
negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan
etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web
peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan
sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi
negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini
diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika
idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi
destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke
arah destinasi itu.
Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1
Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam
pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini
mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk
bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan
adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja
dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan
antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen

7
penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini
layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang.
Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi
masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di
negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam
mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai
wawasan 2020.

1.5 Pendemokrasian Pendidikan


Definisi
Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang
untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-
bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka
untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di
samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan,
melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja
merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan
di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966)
pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk
semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan
sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup
yang lebih baik.

1.5.1 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan


Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan
pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan
berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik,
status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar
bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan
infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar
dari sekolah-sekolah luar bandar juga

8
1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan
Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran
untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang
pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan
juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar
berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal.
Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang
dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan
percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan
sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik,
sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah
kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari
kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang
kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat
pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-
kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan
Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah
dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan
rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa
sihat. perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan
mereka untuk mencapai akademik yang cemerlang

1.5.3 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan


Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat
pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama
diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosio-
ekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai
kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guru-guru perlu adil
dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar
daripada pelbagai kumpulan etnik.

9
1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO
Pengenalan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah
satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk
membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan
menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu
dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar
untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup
bersama.
1.6.1 Belajar Untuk Mengetahui
Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam
proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti
memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya
memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga
sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa
depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui
komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu
mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan
proses pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran
mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang
menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk
mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang
lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-
kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.

1.6.2 Belajar Untuk Melakukan


Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat
melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan
membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam
dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses
pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada

10
persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu
mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah
diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran
menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan
belajar untuk melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk
Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan
pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal
dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan
pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan
yang terbaik.

1.6.3 Belajar Untuk Menjadi Apa


Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan
seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari
segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang
untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh
berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang
terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka
dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil.
Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang
menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar,
kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat
mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang
dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa
dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang
diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia
yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui
kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran
berasaskan projek.

11
1.6.4 Belajar Untuk Hidup Bersama
Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting arena
tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu
menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu
mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip
demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya,
toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin
hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya
semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah
dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk
mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman.
Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar
Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama
dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.

1.6.5 Cabaran kepada guru


Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti
mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi
cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses
pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka,
bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang
berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan
menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual,
kepercayaan dan agama.

1.6.6 Cara guru menangani cabaran


Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama
dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam
kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan
individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang
membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan
cabaran.
1.7 Globalisasi dalam Pendidikan

12
Definisi
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan
dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya
adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara
berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi
menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan
budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global,
komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa,
kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk
bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-
dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya
pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak
dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat
di seluruh dunia.

1.7.1 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan


Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa
antarabangsa.

Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-


universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di
sini.

Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan


meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah
ditubuhkan.

Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi


maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.

Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.

13
Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.

Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.

Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.

Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang


pembelajaran yang disediakan.

Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian


yang dilakukan di seluruh dunia.

Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan


apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.
1.7.2 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses
pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu
menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi
adalah seperti berikut:
Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

Pentadbiran pendidikan

Pembangunan identiti pelajar

Kualiti Guru

Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang


globalisasi

Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam


aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran

Peningkatan dalam beban kerja

14
Sikap guru dalam pengajaran di zaman global

Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi

Pengaruh negatif kepada identiti pelajar

Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

1.7.3 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan


Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan
pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini.
Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus
berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu
melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara
lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa
antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat
berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk
melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK
kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan
guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini
membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna
dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di
samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru
untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif
penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

1.8 Kepelbagaian Budaya


Definisi
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri
daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian
Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam

15
sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum.
Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan
rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan
tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di
antara sesama kaum.
Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk
kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang
memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1) Perspektif
Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara
universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap
etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik
mengekspresikan budaya mereka).

1.8.1 Isu Pendidikan Semasa


Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah
membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, khasnya kepada pelajar.
Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :
Positif
Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya

Membentuk interaksi sosial yang baik

Memperkembangkan bakat

Negatif
Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan

Masalah komunikasi dan bahasa

Sukar mewujudkan persefahaman

Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

16
1.8.2 Cabaran Kepada Guru
Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan
penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program
untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak
kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model
kepada para murid di sekolah.
Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian
budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran
yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di
Malaysia ialah bagaimana :
i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.

ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam


dancara hidup).

iii. menghargai keunikan budaya.

iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia


bekerjasama.

v. bersekutu memajukan bangsa.

1.8.3 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya


Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting
mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi
nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi
Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd
Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah
masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya,
interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf
persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu
asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti
bangsa Malaysia.
Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi
masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :

17
Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan
kemesraan

Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan


dan sifat mereka yang berlainan.

Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio


budaya

Mempelbagaikan kaedah pengajaran

Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid

Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Definisi
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak
mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang
pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran
memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan
teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid
belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai
dengan era masa kini.

1.9.1 Isu Pendidikan Semasa


Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan
perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan
berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu
utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh
manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?

18
Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada
pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti
perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika
pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru
berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

1.9.2 Cabaran Kepada Guru


Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat
daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran,
pengetahuan dan sikap.

- Kemahiran Teknologi Maklumat Guru


Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang
berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu,
penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia
penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan
sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan
teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya
dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk
memikul cabaran ini.

- Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru


Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh
kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu
menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin
meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan
melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia
mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup
mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.

19
- Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada


kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda,
situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas
telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap
dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik
darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999;
Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada
dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK
supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

- Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat


Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat
yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta
tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten
sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer,
berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan
data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, pengurusan
sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan
teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya
dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk
memikul cabaran ini.

- Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru


Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh
kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu
menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin
meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan
melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia
mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup
mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.

20
- Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada
kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda,
situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas
telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap
dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik
darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999;
Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada
dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK
supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

- Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat


Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat
yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta
tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten
sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer,
berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan
data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik,

1.9.3 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi
Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK.
Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika
Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan
guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:

- sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.

- prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan


mencukupi.

21
- tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
maklumat mestilah mahir.

- peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan


perkembangan TMK.

- hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

1.10 Gejala Sosial


Definisi
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya
yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja,
seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan
dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu
membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang
menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh
menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu
daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh
merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah
sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi
supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap
pembangunan dan kemajuan negara.
Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku
negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang
mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang
kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam
pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah
faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan
personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan
sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh
persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di
kalangan remaja.

22
1.10.1 Isu Pendidikan Semasa
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja
khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan
moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan
seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana,
penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin
meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang
semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan
luaran, antaranya ialah:
- Faktor Ekologi Keluarga

- Faktor Ekologi Sekolah

- Rakan Sebaya

- Media massa/Internet

- Modenisasi.
Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia sudah menjadi
kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika tidak ditangani
dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk
diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial
ini. Guru khusunya memainkan peranan yang penting dalam
mencorakkan masa depan anak-anak muda supaya menjadi remaja dan
belia yang menyumbang kepada kemajuan negara.

1.10.2 Cabaran Kepada Guru


Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala
sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal
pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru
perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka.
Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan
dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para
pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh

23
mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat
antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak
sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang
bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan.
Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah
untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang
amat tinggi daripada insan yang digelar guru.

1.10.3 Cara Menangani Isu Gejala Sosial

Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan


seperti berikut:
Peranan Ibu Bapa
mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul

meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka

mengamalkan nilai-nilai agama

Peranan Guru
merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu
pelajar

mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan


pembelajaran supaya menarik minat murid

mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan


dengan murid yang bermasalah

memupuk nilai-nilai murni

Peranan Rakan Sebaya


menjadi role model

memberi motivasi

medengar dan memberi sokongan

24
Peranan Diri Sendiri
mengubah sikap negatif

yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan

dekatkan diri dengan Tuhan

Peranan Polis
penguatkuasaan undang-undang

25
Tidak hadir
tanpa sebab

Pencapaian Selalu
akademik mengantuk
merosot

TANDA-TANDA Sentiasa
Sering berasa
GANGUAN keletihan
cemas
EMOSI MURID

Duduk dalam Kerap sakit


keadaan tidak perut
selesa

Mudah
diserang
penyakit

26
1. Tanda-tanda ganguan emosi murid

Sebagai seorang guru yang professional, kita harus bijak untuk


mengesan gangguan emosi murid melalui tingkah laku mereka dalam
aspek yang di atas. Melalui pemerhatian yang teliti, seseorang guru akan
dapat melihat ciri-ciri gangguan emosi yang terdapat kepada murid
mereka. Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika
keadaan emosi yang dialami menimbulkan ganggauan pada dirinya.
Gangguan Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada
banyak faktor. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca
daripada masalah selalu mengantuk di dalam kelas yang boleh
mewujudkan pelajaran yang di ajar tidak boleh difahami kerana
mengantuk. Guru yang berhadapan dengan muridnya pada setiap hari
seharusnya dapat mengenal pasti tanda-tanda gangguan emosi dalam
kalangan murid mereka.

Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi


murid supaya emosi setabil. Jelaslah bahawa sangat penting untuk
mengawal emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang kondusif. Memang tidak dinafikan
bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di
bangku sekolah. Jadi, suasana bilik memainkan peranan terpenting dalam
memupuk dan mengawal emosi murid selain daripada suasana keluarga
di rumah.

27
Sebab dan Faktor rakan
guru
sekolah Perceraian
Masalah
Pergaduhan
akibat kekeluargaa
persekitaran
sebaya ibu
kewangan
adikbapa
beradik
gangguan n

2. Akibat gangguan emosi murid

Peristiwa dalam kehidupan seperti yang dinyatakan di atas akan


memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Yang demikian
itu akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan
menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari
segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung sedih marah tidak
tentu arah, resah dan gelisah.

Pengaruh keluarga juga memberi kesan kepada emosi murid.


Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, bercerai
dan sebagainya akan membawa keadaan gangguan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Bagi murid yang gagal
mengawal emosi, boleh menyebabkan demam, selesma, sakit kepala dan
sebagainya.

Keluarga yang mengambil berat tanggungjawab terhadap kanak-


kanak akan dapat memenuhi keperluan mereka dan akan dapat
meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut.

28
29
30
Mengenalpast Memberi Motivasi
i punca perhatian dan untuk
gangguan penghargaan meningkatkan

Proses Tangani
tindaka masalah
n

Merujuk Berbincang
kepada dengan ibu
kaunselor bapa penjaga

31
3. Proses tindakan untuk menangani masalah

Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya


dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan
bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan diri
murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi
mengatasi gangguan emosi tersebut.

Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:

Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk


mengenalpasti punca gangguan emosi
Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk
meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri
Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga
Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat
memenuhi
kehendak dan keperluan murid
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

32
Meningkatkan
Mempelbagaika
kecekapan &
n proses
keberkesanan
pengajaran &
hasil
pembelajaran
pembelajaran

Pdp lebih aktif Penggunaan


serta teknologi PdP menjadi
mewujudkan pendidikan lebih menarik
suasana sesuai untuk dan berkesan
pembejaran yan keberkesanan
menyeronokkan pdp

Proses pdp
Pelajar tidak
dijalankan
mudah berasa
dengan lebih
jemu dan bosan
mudah, ringkas
dan padat

33
4. Penggunaan teknologi pendidikan yang sesuai dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

o Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

o Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

o Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,


ringkas dan padat.

o Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan.

o Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana


pembelajaran yang menyeronokkan.
o Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran

o Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai


kemudahan yang terdapat dalam ICT.

o Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan


terkini dengan lebih cepat serta efisen.

34
Kesimpulan

Para pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi


masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristic, maka
kta hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi
sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industeri,
mampu bersaing dalam system ekonomi yang global, bijak menggunakan
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, boleh
menggunakan computer sebagai keperluan urusan harian limpahan
maklumat segajat. Kita perlu melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir,
bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop
yang global dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani
gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

Perkembangan semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian


budaya masyarakat, gejala sosial yang kian membara dan kemajuan
teknologi seharusnya berjaya ditangani dan menjadi indicator asas kepada
sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga
manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral
yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan
memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai bangsa Malaysia
dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh
menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada
abad ke-21.

Selain itu, kegunaan peta ithink untuk mengalakkan murid di dalam kelas juga
merupakan penentuan terhadap keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
terhadap murid. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibu bapa
menaruhkan kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang guru di sekolah apabila anak
mereka hadir ke sekolah maka murid itu akan dapat apa yang memeka pelajari. Jadi,
para guru harus memainkan peranan penting bagi memastikan ibu bapa dan
masyarakat tidak memandang serong kepada kerjaya guru. Guru perlu sentiasa
mengamalkan ciri-ciri profesion keguruan yang baik seperti etika, akauntabiliti, integriti
dan sebagainya lagi ketika proses PdP agar guru sentiasa dipandang mulia.

35
Secara dasarnya, kepimpinan merupakan tenaga yang penting di sebalik
kejayaan sesebuah organisasi dan organisasi tersebut tidak boleh mencapai kejayaan
tanpa kepimpinan yang berkesan.

Refleksi

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana di atas limpah dan kurnia-Nya sebuah kerja
kursus berasaskan ilmu Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa (EDU 3093) dapat juga
dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah
pembimbing dan rakan kuliah yang banyak membantu dan memberi pandangan yang
bernas dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Dengan terlaksananya tugasan ini, terdapat banyak faedah dan manfaat yang
telah saya perolehi. Antaranya ialah, hubungan silaturahim dengan rakan-rakan sekelas
menjadi lebih akrab dan rapat selain dapat memberi dan meluahkan pendapat masing-
masing. Jika kami tidak tahu atau memahami tentang sesuatu perkara, kami akan
bertanya dan berbincang sesama kami. Hal ini kerana, kami semua sentiasa berkongsi
maklumat dan sesuatu informasi yang sedia ada atau pun yang baru. Tugasan ini juga
banyak membantu saya untuk mengetahui isu-isu dan cabaran pendidikan masa kini.
Hal ini kerana, saya cuba memahami cabaran-cabaran yang perlu diketahui oleh
seorang pendidik untuk persiapan pembelajaran abad ke-21 yang ingin direalisasikan
kepada anak didik kita. Justeru itu tugasan ini memberikan saya idea untuk
berkolaborasi dalam usaha mencari isi agar kami dapat menghasilkan yang terbaik
untuk tugasan ini.

Dalam masa saya ingin menyiapkan tugasan ini banyak masalah-masalah yang
dihadapi memandangkan tugasan yang perlu dipikul di Pejabat Pendidikan Daerah tidak
boleh diabaikan kerana tugasan pejabat saya perlu menjaga semua sekolah di bawah
daerah saya memandangkan persekolahan di awal hingga tengah tahun tugasan yang
begitu banyak untuk dijalankan mengikut takwin yang telah dirancang. Selain dari itu
tanggungjawab saya sebagai pelajar PPG wajib menyiapakan tugasan yang diberikan
untuk dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Untuk menempuh permasalahan di semester 8 ini iaitu semester akhir kunci


yang perlu dipegang ialah kesungguhan dan kesabaran walaupun tugasan di pejabat
begitu padat namun saya perlu menagihkan mengikut kesesuaian masa untuk

36
menyiapkan tugasan ini. Contohnya saya tidak boleh menyiapkan tugasan ini di pejabat
kerana ia akan melanggari etika kerja namun apa yang saya lakukan ialah menyiapkan
sedikit demi sedikit di waktu malam sebelum tidur dan bangun awal sebelum subuh
untuk menyambung tugasan ini walaupun mata sangat mengantuk dan badan yang
sangat letih. Sebenarnya itulah kesungguhan dan kesabaran yang perlu saya amalkan
untuk menyiapkan tugasan ini termasuk juga menyiapkan tugasan-tugasan yang lain.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak pengetahuan


tentang cara-cara bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi apabila
sesuatu masalah yang berlaku. Contohnya dalam tugasan ini saya perlu menyediakan
peta ithink untuk kegunaannya bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau
menghuraikan sesuatu fakta. Ini adalah satu ilmu yang baru serta sangat berguna yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap anak didik kita. Ini
juga akan menambah ilmu kita sedikit demi sedikit melalui tugasan yang dijalankan.
Kefahaman yang mendalam hasil pemerhatian, pengkajian dan pengamalan sesuatu
topik itu kita sendiri yang mencari, membaca dan mengolah isi-isi barulah ianya akan
lebih berkesan untuk diguna pakai dalam mengharungi pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21. Untuk mengatasi masalah ini kita sebagi pendidiklah yang boleh merubah
dan mencorak anak didik kita pada masa hadapan.

Selain itu, saya juga dapat menjadikan tugasan ini sebagai salah satu medium
untuk mengutip dan memperoleh banyak pengalaman yang amat berharga dalam hidup
saya yang mungkin sukar untuk diperoleh di tempat lain. Saya juga amat berharap agar
segala maklumat yang diperolehi dapat menjadi tunjang kepada diri saya dalam
menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa kini.

Akhir sekali, saya juga berharap agar tugasan yang saya lakukan ini bertepatan
dengan kehendak soalan dan yang paling penting sekali, saya dapat mengaplikasikan
apa yang telah dipelajari dan dapat dijadikan sebagai panduan ketika menjalankan tugas
sebagai seorang pendidik ataupun pegawai pendidikan.

Alhamdulillah akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan termampu


bagi saya yang daif ini. Sekalung terima kasih kepada pensyarah Pn. Zahara
yang banyak membimbing di dalam wasap walaupun tidak dapat berjumpa
secara hadapan namun sudah cukup untuk saya dapat berkongsi idea untuk
menyiapkan tugasan ini.

37
Kesimpulan yang dapat saya katakan di sini ialah semakin mendalam
ilmu yang dicari maka semakin banyak ilmu yang kita belum perolehi. Ia
banyak mengajar tentang kepentingan ilmu yang sangat dikehendaki oleh
setiap insan. Diharap pengalaman ini dapat dijadikan panduan dan terus gigih
berusaha. Semoga ianya menjadi titik tolak untuk terus berusaha serta
memantapkan ilmu keguruan.

38
Rujukan

1. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad subki miskon (2013). Guru dan cabaran
semasa. Kampus Ilmu Khas : penerbitan Multimedia sdn. Bhd.

2. Mohd Salleh Lebar (1994) Asas Psikologi Perkembangan. Kuala


Lumpur:Publications and Distributors Sdn. Bhd.

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan


Malaysia.

4. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-
2025

5. Haji Zainal Abidin Safarwan (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

39
Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

Nama Pelajar : Mohd Hafilzuddin Bin Zaini


No. Matrik : 12773
Kumpulan : PPG Ambilan Jun 2011 Semester :8
Mata Pelajaran : EDU 3193 Guru Dan Cabaran Semasa
Pensyarah Pembimbing : Pn. Zahara bt. Zulkifly

TARIKH PERKARA YANG CATATAN T/TANGAN


DIBINCANGKAN
7.2.15 Menerima soalan tugasan Tugasan perlu
dan taklimat daripada dihantar selewat-
pensyarah mata pelajaran lewatnya pada 6 Mac (Pn. Zahara)
Pn. Zahara. 2015.

7.2.15 Memahami kehendak soalan Memmikirkan isu


tugasan. budaya yang sesuai ..
dengan tajuk. (Ahmad Sabli b.
Membuat jadual kerja.
Shaari)
..
(Padli b. Ismail )
8.2.15 Mencari maklumat dari Nota bahan bacaan.
Catatan bibliografi.
bahan bacaan, internet dan ..
perbincangan. (Ahmad Sabli b.
Shaari)
...
(Mohd Shah b.
Mustapha)

27.2.15 Menyiapkan peringkat Perbincangan dengan


terakhir kerja kursus. rakan kuliah dan .
Pensyarah melalui (Ahmad Sabli b.
wasap. Shaari)

40

(Mohd Maaruf b.
Mohd Mindar)

5.3.15 Menyiapkan dan mencetak Menyemak bahan-


tugasan. bahan tertinggal.

PENGENALAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan
kebendaan . Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan makna kepada orang
lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

M a s y a r a k a t y a n g y a k i n k e p a d a budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh


kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan

positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang
dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah budaya.

Nak tau lebih lanjut tentang budaya....jgn segan2... mai la klik sini

DEFINISI KEPELBAGAIAN BUDAYA

41
Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102 , kepelbagaian ialah perihal
berbagai-bagai jenis.Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit
yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budayapula merupakan cara hidup
manusia yang dibentuk supaya dapat
berinteraksid a n m e n y e s u a i k a n d i r i d e n g a n m a s y a r a k a t d a n a l a m s e k i t a r . P e r k a t a a n
b u d a y a b e rasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dandaya

Perkataan budhi yang dipinjamdaripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.

42
Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh (Shamsul Amri baharuddin,2007:13).

Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan
budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai
berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh, kaum Cina di
Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting dalam pembangunan
ekonomi negara Malaysia. Fakta ini adalah hakikat
yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka ke
Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya
bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.

Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan
intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan
serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling

B u d a y a m e r u p a k a n k e s e l u r u h a n k o m p l e k s y a n g mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-
undang, adat d a n s e b a r a n g b e n t u k k e b i a s a a n ( E . B . T a y l o r )

L . A . W h i t e memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola


tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol.

(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5) pula
menyatakanMalaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang
mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Kepelbagaian budaya ini
telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial.

CIRI-CIRI BUDAYA

43
1) Boleh dipelajari
2)Boleh dikongsi
3) Bersifat sejagat
4) Boleh diwarisi
5) Sentiasa berubah
6) Simbolik
7) Pandangan semesta

Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat. Budaya
mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti

44
dan yang kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti
Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman
yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-
orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada
pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi
menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapa negatif dari
luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniaan dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya
ini melambangkan identiti dan imej negara di mata dunia.

Masih tak faham....cuba baca lagi kat sini

ASPEK PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

1) Kepercayaan

Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu
akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan-memihak (propositional attitude).

Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral.
Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

45
2) Agama

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti
seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.

Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun begitu agama
mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan
kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.

Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam &
dewa dewi dalam agama Hindu.

Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

1. Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.

2. Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan

anggapan suci dan bersih terhadap agama.

3. Pernyataan seperti jampi, mantera dan kalimat suci.

4. Benda-benda material yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja,

azimat dan tangkal

3) Animisme

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai
merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia
primitif purba kala.

Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan
tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar
semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat
dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali
dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

4) Semangat Padi

Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari
zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang
mengawalnya.

46
Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi
secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga
perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin
pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

5) Mantera

Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-
kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.

Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru
merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan
bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan
penuturnya.

Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan


pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

6) Bahasa

Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama
dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole
1998).

Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.

Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

7) Adat Resam

Andersen and Taylor 2004;

Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.

Marsh and Keating 1996;

Norms are the unwritten rules that influence peoples behaviour.

Resam membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.

47
8) Nilai / Kepercayaan

Nilai dan kepercayaan saling berkaitan

Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.

Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam
sesebuah masyarakat. (tanggapan) seperti betul atau salah, cantik atau hodoh, baik atau
buruk

Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.

Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.

Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan
dan norma sendiri.

Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.

9) Jantina

The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior
that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).

Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana
guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian
dengan jantina.

Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan


perempuan yang begitu stereotaip.

ASPEK KEBUDAYAAN DALAM MATA PELAJARAN DI


SEKOLAH

48
Tak berapa nampak i-think ni.....dekat sini ada dijelaskan dlm bentuk jadual...m/s 6 tau.. jom la tengok kat
sini ...

EMPAT PERANAN GURU YANG UTAMA

49
PERANAN GURU DALAM KELAS KEPELBAGAIAN
BUDAYA

50
LANGKAH-LANGKAH MENYATUPADUKAN
RAKYAT MELALUI MATA PELAJARAN

51
IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIAL
BUDAYA

52
Implikasi berlaku dari segi;

Guru

Murid

Sekolah

Kurikulum Tersembunyi

53
1) Guru

Pengajaran

Pembimbingan murid bermasalah

Pentadbiran/pengurusan

Fasilitator Perancangan

Pengelolaan

Inavator

Penilaian

Pembentuk nilai

Model

Duta

Implikasinya:

Bangsa - mengajar tidak membezakan bangsa.

Kelas sosial - tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial.

Nilai - membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik.

Kepercayaan - tidak menyentuh sensitif agama.

Bahasa - jurang bahasa dialek

Jantina - layanan berbeza & peka kepada keperluan gender.

Ketepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid.

Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.

Bertindak profesional dalam kerjaya.

Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan.

Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.

54
2) Murid

Menghormati dan taat pada guru.

Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah.

Berdisiplin, bermoral & beragama.

Menyokong cita-cita sekolah.

Rajin & berusaha dalam kelas.

Berpakaian kemas & bersih.

Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak.

Perantaraan agen sosial sekolah.

Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.

Implikasinya:

Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain

Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan.

Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.

Bahasa- bahasa standard/dialek.

Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina.

Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman).

Sikap/tingkah laku murid.

Nilai yang dipegang/diamalkan.

Latar belakang keluarga/SES

3) Sekolah

Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah

laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.

55
Budaya Formal Sekolah

Aspek ilmu

Aspek fizikal

Aspek sosial

Aspek pentadbiran

Implikasinya;

Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India.

Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar.

Kepercayaaan- sekolah agama.

Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.

Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan

Sekolah agen perubahan.

Sekolah tempat penyuburan budaya.

Perpaduan

Dasar-dasar kerajaan.

Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

4) Kurikulum Tersirat

James (1986) apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum nyata.

Chafel (1997) norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara
tidak langsung.

Ciri-ciri Kurikulum Tersirat

Merangkumi pengalaman belajar.

56
Bersifat relatif & sukar diukur.

Merangkumi nilai.

Kewujudannya berbeza-beza.

Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian,

Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat.

Implikasinya;

Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat.

Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.

Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan.

Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.

57

You might also like