You are on page 1of 13

PENYATAAN MASALAH

LATAR BELAKANG

Seiring dengan kepesatan ekonomi dan pembangunan negara, sistem


rangkaian jalan raya yang baik sangat penting bagi memastikan segala aktiviti dapat
berjalan lancar dan teratur. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak
bertanggungjawab dalam memastikan jalan raya yang dibina dapat memberikan
keselesaan kepada pengguna dan pelbagai langkah keselamatan diambil agar kadar
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Hal ini dapat dibuktikan apabila semenjak
tahun 1930 lagi, satu idea untuk menggunakan Cat Eyes telah diketengahkan oleh
Percy Shaw, Halifax, Yorkshire bagi memudahkan pemandu memandu pada waktu
malam dan ketika memandu di atas jalan raya yang berbahaya. (Biography of Percy
Shaw,1972)
Secara umumnya, Cat eyes direka dengan bentuk kubah yang terdiri daripada
empat manic kaca (glass beads) yang diletakkan dan dipasang secara bertentangan.
Ianya tertanam dalam acuan getah fleksibel yang dipasang pada asas besi tetuang.
Apabila ada kenderaan yang melaluinya, tayar kereta akan melanggar kubah Cat
Eyes lalu menyebabkan gegaran pada tayar kereta. (Biography of Percy Shaw,1972)
Manik kaca (glass beads) pada cat termoplastik yang dicat di kubah Cat Eyes
digunakan untuk menambahkan pencahayaan campuran cat tersebut. Pun demikian
factor ketidaklekitan manic kaca (glass beads) pada campuran cat termoplastik
menyebabkan tempoh jangka hayat Cat Eyes tidak bertahan lama.
Dalam kajian ini, spring telah digunakan sebagai bahan tambah pada
rekabentuk Cat Eyes yang sudah sedia ada untuk memastikan tayar kereta selamat
dan pemanduan lebih teratur. Cat Glow In The Dark juga telah digunakan untuk
memastikan penggunaan optimum pada pencahayaan Cat Eyes terutama pada waktu
malam.
PENJANAAN IDEA DAN PENAMBAHBAIKAN

MASALAH

Menyebabkan kerosakan tayar kenderaan


Keseimbangan tayar akan terjejas
Menjejaskan keselamatan kepada pejalan kaki, penunggang motosikal dan kenderaan
yang tidak mempunyai lampu
Kesukaran apabila bertembung kenderaan lain di selekoh jalan
Kesukaran pemanduan pada cuaca teruk
Manik kaca mudah pecah
Kekerapan penyelenggaraan
Kerap berlaku kemalangan di selekoh tajam
PENYELESAIAN MASALAH

MATA KUCING JENIS GLASS ROAD STUD

Mata kucing adalah kelengkapan jalan yang dilengkapi dengan pemantul


cahaya reflector berwarna putih, kuning, merah dan biru. Mata kucing biasanya
dipasang pada batas tepi jalur lalu lintas, membujur berupa garis putus-putus sebagai
tanda peringatan dan sumbu jalan sebagai pemisah jalan.

Bahan glass road stud daripada kaca temper 360 dan ketahanannya terhadap
tekanan ialah 35 hingga 45 ton. Ketahanan glass road terhadap lenturan sangat tinggi
apabila tiada keretakan setelah diuji dengan bola baja seberat 1.04 kg dijatuhkan dari
ketinggian 1.5 meter. Bagi daya pantulan glass road stud ialah 100% pada bahagian
yang menonjol. Diameter mata kucing ini 100mm manakala tingginya ialah 44mm.
Bagi pemantul mata kucing, diameternya ialah 60mm manakala tinggi pemantul ialah
19mm.

KAEDAH METODOLOGI PENGHASILAN CAT EYE

1. PENGHASILAN PELAN
Menghasilkan pelan merupakan langkah yang paling awal dalam menyiapkan
projek ini. Pelan The Flexile Cat Eyes telah direkabentuk menggunakan perisian
seperti AutoCAD dan SolidWork. Pelan dua dimensi dan tiga dimensi telah dihasilkan
untuk merekabentuk pelan The Flexile Cat Eyes.
AUTOCAD
Pelan dua dimensi The Flexile Cat Eyes telah dihasilkan menggunakan
perisian AutoCAD.

Lakaran Dua Dimensi


SOLIDWORK
Pelan tiga dimensi The Flexile Cat Eyes telah dihasilkan menggunakan

perisian SolidWork.

Rajah
3.2
:Lakaran Tiga
Dimensi

2. PENGHASILAN PROTOTAIP
Langkah seterusnya ialah menghasilkan prototaip The Flexile Cat Eyes.
Setelah menghasilkan pelan yang dikehendaki, proses pembuatan perlulah dijalankan.
Pembuatan adalah proses menukarkan bahan mentah, komponen, atau bahagian ke
dalam barangan siap yang memenuhi jangkaan atau spesifikasi pelanggan. Pembuatan
biasanya menggunakan persediaan manusia atau mesin .Terdapat tiga jenis pembuatan
iaitu subtractive, formative dan rapid prototype. Bagi menghasilkan prototaip The
Flexile Cat Eyes kaedah pembuatan yang telah digunakan adalah rapid prototype.
RAPID PROTOTYPE
Rapid Prototype adalah nama yang diberikan kepada pelbagai teknologi
berkaitan yang digunakan untuk mereka objek fizikal secara langsung dari
sumber-sumber data dari AutoCAD ataupun SolidWork. Kaedah ini sangat
unik kerana ia merupakan proses menambah bahan-bahan bon dalam lapisan
untuk membentuk sesuatu objek. Selain rapid prototype ia juga lebih dikenali
sebagai percetakan 3D.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PROTOTAIP MENGGUNAKAN RAPID


PROTOTYPE
i. Merekabentuk pelan menggunakan perisian AutoCAD dan SolidWork
Objek yang akan dibina direkabentuk menggunakan perisian komputer seperti
AutoCAD dan Solidwork. Pereka model pepejal lebih cenderung untuk
menghasilkan objek tiga dimensi dengan lebih tepat daripada pereka model
rangka dawai seperti AutoCAD, dan oleh itu akan menghasilkan keputusan yang
lebih baik. Proses ini adalah sama untuk semua teknik rapid prototype.

ii. Penukaran ke STL format


Langkah kedua adalah untuk menukar fail dari AutoCAD ke dalam format
STL. Format ini mewakili permukaan tiga dimensi sebagai suatu kumpulan satah
segitiga. Fail STL menggunakan unsur-unsur satah, mereka tidak boleh mewakili
permukaan melengkung dengan betul. Meningkatkan bilangan segitiga
meningkatkan penghampiran. File STL merupakan nama singkatan dari
Stereolithography.

iii. Potongan fail STL


Langkah ketiga adalah program pra-pemprosesan menyediakan fail STL yang
akan dibina. Perisian pra-pemprosesan perlulah memotong model STL kepada
beberapa lapisan dari 0.01 mm hingga 0.7 mm tebal, ia bergantung kepada teknik
membina. Potongan fail ini juga boleh menghasilkan struktur yang membantu
kepada menyokong model semasa membina. Penyokong berguna untuk ciri-ciri
halus seperti unjuran, rongga dalaman dan bahagian berdinding nipis.

iv. Pindahan ke AM mesin dan STL fail manipulasi


Satu salinan pengguna fail STL akan diletak ke komputer yang mengawal
pencetak 3D. Pengguna boleh menetapkan saiz dan orientasi untuk mencetak.

Bahagian prototaip cat eye yang telah dipindah ke AM mesin


v. Persediaan mesin
Setiap mesin
mempunyai
keperluan
sendiri untuk
penyediaan
kerja cetakan.
Sebagai
contoh,
mengisi polimer, pengikat dan bahan lain pencetak yang akan digunakan. Ia juga
termasuk dengan meletakkan satu dulang yang akan digunakan sebagai asas atau
menambah bahan untuk membina sokongan larut air sementara.

Memasukkan dakwat
pencetak 3D
vi. Pembinaan setiap lapisan
Langkah keempat
adalah pembinaan
sebenar setiap bahagian model. Mesin rapid prototype membina satu lapisan pada
satu masa daripada polimer, kertas atau logam serbuk. Kebanyakan proses
pembinaan merupakan membina secara automatik yang akan dikendalikan oleh
komputer tersebut. Justeru, proses membina akan dibiarkan begitu sahaja untuk
komputer menyiapkannya. Setiap lapisan kira-kira 0.1 mm ketebalan. Proses ini
boleh mengambil masa beberapa jam atau hari untuk disiapkan bergantung kepada
saiz objek. Bagi satu prototaip The Flexible Cat Eyes, ia memakan masa hampir
satu hari untuk menyiapkan semua bahagian. Semasa proses membina prototaip
tersebut, pembuat harus menyemak mesin secara berkala untuk memastikan tiada
kesilapan yang berlaku.

Proses Slicing dan Built

vii. Bersih dan Cantum


Langkah terakhir selepas pemprosesan adalah mengeluarkan prototaip dari
mesin dan menanggalkan sebarang penyokong. Kebanyakan pencetak 3D akan
memerlukan beberapa proses selepas pemprosesan (Post-processing). Ini
termasuk memberus menggunakan mana-mana serbuk baki atau mandi pada objek
yang dicetak untuk menghapuskan sokongan larut air. Bahan photosensitive
perlulah disembur sebelum digunakan. Prototaip yang sudah siap dibina
memerlukan pembersihan kecil dan rawatan permukaan. Selepas semua bahagian
siap dibina ia perlulah dicantumkan mengikut pelan yang telah disediakan. Objek
yang telah siap dicetak boleh digunakan terus sebagai prototaip.
Bahagian- bahagian
cat eye yang telah

dibersihkan

Hasil prototaip the flexile cat


eye

3. PENGHASILAN MODEL JALAN RAYA


Kayu jenis papan pais digunakan dalam menghasilkan model jalan raya. Model
ini berukuran 600mmx200mmx400mm. Saiz papan lapis yang digunakan ialah
1220mm x 2440mm dengan ketebalan 11mm. Hasil perbincangan jenis kayu yang
hendak digunakan, papan lapis telah dipilih sebagai model jalan raya. Hal ini kerana
papan lapis merupakan sejenis kayu yang ringan, kuat dan mudah dikerjakan. Ia juga
tidak mudah meleding, mengecut atau retak. Selain itu, permukaan papan lapis ini
tidak pecah apabila dipaku pada hujungnya. Peralatan yang digunakan untuk
memotong papan lapis ialah mesin gergaji jig. Papan yang telah dipotong mengikut
ukuran yang ditetapkan dipaku mengikut lakaran yang hendak dibuat.

4. MENGUJILARI
Selepas prototaip sudah siap dibina, proses seterusnya adalah mengujilari
prototaip tersebut. Prototaip tersebut perlulah diujilari. Terdapat tiga elemen penting
yang perlu diuji iaitu tahap fleksibiliti, pencahayaan dan pantulan.
TAHAP FLEKSIBILITI
The Flexile Cat Eyes ini perlulah diuji tahap fleksibiliti kerana ia adalah ciri
utama projek ini. Prototaip ini telah diuji dengan menggunakan kereta mainan
bersama beban. Ujian ini dijalankan bagi memastikan prototaip ini berfungsi
dengan baik.

TAHAP PENCAHAYAAN
Ciri tambahan yang terdapat dalam projek ini adalah Glow in the dark. Ujian
ini diambil setiap sejam selama 10 jam untuk menguji ketahanan cat Glow in the
dark tersebut. Bagi mengujilari prototaip ini ia memerlukan satu kawasan yang
gelap agar tahap pencahayaan yang dikehendaki tercapai. Bagi memudahkan
proses mengujilari, sebuah kotak untuk menguji telah dibina. Kotak menguji ini
diwarnakan dengan warna hitam agar pencahayaan yang diinginkan tercapai.

TAHAP PANTULAN
Pantulan ini merupakan ciri tambahan untuk cat eyes ini. Pantulan ini terhasil
oleh pelekat pantulan yang diletakkan pada kawasan kecondongan. Ujian ini
dijalankan di kawasan gelap dengan menghalakan lampu suluh pada cat eyes yang
telah diletakkan pelekat pemantul. Ujian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan
ciri pantulan.

CIRI-CIRI DAN SPESIFKASI MATA KUCING


1. MATA KUCING SWARFLEX (SEDIA ADA)

Mata kucing ini diperbuat dari Aluminium Aloy dengan sistem cor press.
Ditambah pemantul dari Swarflex, Switchzerland. Mata kucing ini tersedia dalam
ukuran kecil dan besar. Ianya digunakan untuk jalur 1 arah atau 2 arah. Mata kucing
biasanya dipasang pada batas tepi jalur lalu lintas, membujur berupa garis putus-putus
sebagai tanda peringatan dan sumbu jalan sebagai pemisah jalan.

You might also like