You are on page 1of 26

SUBJEK :

KBK 6014 - KANAK-KANAK BEKEPERLUAN


KHAS

TAJUK:
KAJIAN KES - MURID ACADEMIC DEFICIT

NAMA :
FATIHA BT AHMAD ZAINUL PARHI

NO. MATRIK :
M20152002564

NAMA PENSYARAH :
DR. HANIZ IBRAHIM

ISI KANDUNGAN
ITEM MUKA SURAT

ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PROFIL MURID 3

3.0 ISU YANG DIHADAPI MURID 5


3.1 MASALAH AKADEMIK
3.2 MASALAH KELUARGA
3.3 MASALAH SOSIOEKONOMI

4.0 KAJIAN LITERATUR 7

5.0 CIRI UTAMA PERMASALAHAN 9


5.1 ASPEK AKADEMIK
5.2 ASPEK KELUARGA
5.3 ASPEK SOSIOEKONOMI

6.0 AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT 15

7.0 PERANCANGAN INSTRUKSIONAL 18

RUMUSAN 20

RUJUKAN 21

SENARAI RAJAH

RAJAH ITEM HALAMAN


RAJAH 1 PROFIL MURID 3

ABSTRAK

Keciciran merupakan salah satu masalah utama yang berlaku di sekolah-sekolah di


Malaysia. Keciciran umumnya dikaitkan dengan pendidikan dan tahap pencapaian
akademik murid-murid di sekolah. Keciciran akademik atau academic deficit dikaitkan
dengan pelbagai faktor. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor
yang mendorong kepada academic deficit, ciri-cirinya dan langkah-langkah untuk
membantu murid yang mengalami academic deficit ini. Kajian dijalankan ke atas seorang
murid perempuan asli yang bersekolah dia Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan
yang mengalami keciciran dalam pelajaran disebabkan pelbagai faktor. Tiga instrumen
telah digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan iatu secara pemerhatian, temubual
serta ujian diagnostik. Hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati responden
mengalami keciciran academik disebabkan faktor sosio-ekonomi serta baka.

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan


pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek (JERI). Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan
bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta
mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras
dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya
saing di peringkat global. Hal ini selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan
generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia (Rasidah Rashid,
2009).

Walaupun begitu, keciciran merupakan salah satu masalah utama yang berlaku di
sekolah-sekolah di Malaysia. Keciciran umumnya dikaitkan dengan pendidikan dan
tahap pencapaian akademik murid-murid di sekolah. Dr. Zakiah Jamaluddin (2011)
mengatakan keciciran dalam pendidikan bermaksud seseorang yang tidak dapat
meneruskan persekolahan. Fenomena keciciran dalam pendidikan sudah dibincangkan
secara serius sejak tahun 1960-an lagi sehingga membawa kepada pembentangan
Laporan Murad 1972. Menurut kajian, 40% pelajar sekolah di Malaysia mengalami
keciciran. Manakala 35% pelajar sekolah yang berada di antara Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Tiga, tercicir dalam persekolahan (Murad Mohd Noor, 1973).

Kebiasaan bagi seorang murid yang keciciran akademik, biasanya akan mempunyai
pelbagai masalah dalam pembelajaran mereka sehingga ditempatkan di kelas
Pemulihan Khas. Terdapat beberapa definisi berkaitan dengan pendidikan pemulihan.
Antaranya, menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1983 : 371), pendidikan pemulihan ialah
satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang
diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh
guru pemulihan.

Menurut Collins (1961) pula, pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah
satu

1 murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran


kaedah pengajaran yang istimewa bagi
asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.
Tansley (1967) turut mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah satu bentuk
pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Definisi yang diberikan oleh Chua (1977) hampir menyamai konsep pendidikan
pemulihan pada masa kini. Beliau mendefinisikan pengajaran pemulihan ialah satu
bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Kajian kes yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti murid yang keciciran
akademik, faktor penyebabnya, ciri-ciri permasalahan yang dihadapi serta agensi-
agensi yang terlibat bagi membantu responden ini. Ini kerana banyak faktor penyebab
yang menyebabkan keciciran seperti taraf sosioekonomi, kumpulan minoriti, anak
jalanan, penyakit kronik dan lain-lain yang menjadi punca kepada masalah ini.

Nama : Assamanorlela a/p Musa

Umur : 10 tahun

Agama : Tiada

Bangsa : Asli

Jantina : perempuan

Anak : 1 dari 5 adik beradik

2.0 PROFIL MURID Alamat rumah : Kampung Kalong,


Sungai2Miang, Pekan

Alamat sekolah : SK Sinar Mutiara


Rajah 1 : Profil murid

Bagi menyiapkan tugasan yang diberi, saya telah memilih seorang sampel murid
perempuan berbangsa Asli. Latar belakang murid ini saya perolehi melalui temubual
dan pemerhatian bersama murid dan juga guru Pemulihan Khas iaitu Cik Ruzaini bt
Ramli.

Assmanorlela merupakan seorang pelajar perempuan berbangsa Asli yang berumur 10


tahun. Beliau merupakan seorang murid di dalam kelas Pemulihan Khas.Beliau
merupakan anak sulung dari lima adik beradik. Murid ini ditempatkan disini setelah
mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan. Beliau turut menghadapi masalah
dalam kehadiran ke sekolah kerana kerap ponteng sekolah tanpa alasan yang kukuh.
Murid ini kerap tidak hadir ke sekolah kadang-kadang hanya sehari dalam seminggu
hingga menyebabkan beliau banyak ketinggalan dalam pelajaran dan tidak memahami
apa yang diajar oleh guru. 3
Dari segi penampilan diri, murid ini seorang yang berpakaian lengkap namun berkedut
kerana tidak bergosok mungkin kerana ketiadaan seterika di rumah. Ikatan rambutnya
pula kurang kemas dan sedikit berfesyen. Manakala giginya berkarat, ini kerana beliau
dikatakan menghisap rokok daun di rumahnya serta sering makan sireh dan buah
pinang di rumah.

3.0 ISU YANG DIHADAPI MURID 4


Semasa menjalankan kajian kes keatas murid ini, terdapat beberapa isu dan masalah
yang dihadapi oleh murid ini terutamanya masalah akademik, masalah keluarga dan
masalah sosioekonomi.

3.1 Masalah Akademik

Dari segi akademik, murid ini kenal semua huruf namun hanya boleh mengeja suku
kata terbuka. Beliau tidak mampu untuk mengeja suku kata tertutup. Beliau boleh
membatangkan perkataan, namun sering kali terlupa dengan suku kata pertama yang
dieja. Hasilnya, ejaannya betul namun sebutan perkataan menyimpang dari perkataan
sebenar. Murid ini turut mengambil masa yang lama untuk mengenal huruf yang
ditunjukkan oleh guru. Apabila guru menunjukkan huruf secara rawak, beliau tidak yakin
dengan jawapan yang beliau sendiri berikan.

Di antara kelemahan yang paling ketara adalah dari segi tulisan. Murid ini menghadapi
masalah dalam menulis perkataan-perkataan dan mengambil masa yang lama untuk
menulis dan tulisan murid ini terlalu buruk dan amat tidak berpadanan dengan usia
murid ini. Tulisannya tidak jelas dan bersambung-sambung. Sesekali beliau menulis
huruf secara terbalik, contohnya b ditulis sebagai d. Dalam matapelajaran matematik
pula, beliau tidak begitu memahami konsep tambah dan tolak. Beliau mengira dalam
keadaan tergesa-gesa meskipun diberikan pembilang. Hasilnya jumlah kiraan beliau
menjadi salah.

Semasa di dalam kelas, saya perhatikan beliau banyak mengelamun dan tidak fokus
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Murid ini juga hanya
banyak tersenyum ketika menjawab soalan yang dikemukan oleh guru. Beliau tidak
agresif dan tidak banyak bertanya di dalam kelas. Ketika menjawab soalan beliau tidak
yakin dan ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan. Namun semasa bersama dengan
kawan-kawan beliau banyak bercakap dan bercerita. Beliau juga fasih dalam berbahasa
Melayu dan boleh bercakap Melayu dengan baik. Ini mungkin kerana keadaan
kampungnya yang bercampur antara kaum melayu dan asli sehingga menyebabkan
beliau tidak kekok.
5
3.2 Masalah Keluarga
Ayah beliau bekerja sebagai buruh dan telah bercerai dengan ibunya. Ayahnya juga
telah berkahwin lain dan dia serta adiknya telah diletakkan di bawah jagaan ibunya. Ibu
Assmanorlela pula bekerja sendiri. Ibunya mencari pucuk-pucuk daun yang dikeringkan
untuk dibuat rokok tembakau. Hasil pencariannya itulah sebagai punca rezeki mereka
sekeluarga. Murid ini juga sering ponteng sekolah kerana disuruh ibunya untuk
membantunya mencari pucuk. Assmanorlela juga selalu disuruh untuk membuat kerja-
kerja rumah, menjaga adik-adik bagi menggantikan ibunya yang keluar mencari pucuk.
Ini menyebabkan beliau selalu tidak hadir ke sekolah.

3.3 Masalah Sosioekonomi

Ibunya bekerja sendiri iaitu cuma mencari daun-daun yang dipanggil pucuk, dikeringkan
dan dibuat sebagai rokok daun. Hasil keringan ini dijual kepada peraih dan itulah yang
menjadi punca rezeki mereka sekeluarga. Ayahnya yang telah berkahwin lain cuma
sesekali datang menjenguk anak-anak.

Mereka juga tinggal disebuah rumah papan yang tidak terurus kawasannya. Ibunya
hanya mempunyai sebuah motorsikal lama sebagai kenderaan bergerak mencari
rezeki. Dengan motosikal inilah ibunya menghantar Assamanorlela dan adiknya ke
sekolah. Motorsikalnya juga selalu rosak yang selalu dijadikan alas an oleh
Assmanorlela apabila guru bertanya kenapa tidak hadir ke sekolah.

4.0 KAJIAN LITERATUR 6


Taraf sosioekonomi seringkali dikaitkan dengan permsalahan keciciran pendidikan.
Menurut kajian Norazlinda (2007), berdasarkan sistem meritokrasi pelajar-pelajar yang
sosioekonominya rendah kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dapatan
menunjukkan faktor-faktor seperti latar belakang ekonomi keluarga, sosial dan
pendidikan pelajar-pelajar kurang diberi perhatian. Sekiranya hanya kecemerlangan
diambil kira, maka ramai pelajar-pelajar dari kawasan mundur atau daripada keluarga
miskin tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain akan keciciran untuk
melanjutkan pelajaran mereka. Akibatnya jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dan
miskin akan bertambah lebar. Justeru, ukuran kecemerlangan (merit) dan kemampuan
sosioekonomi boleh digunakan untuk menentukan kemasukan pelajar ke IPTA.

Menurut Eamon (2005) dalam kajiannya, keluarga bersosioekonomi rendah


mencatatkan markah ujian rendah dan lebih berpotensi untuk berhenti sekolah. Murid-
murid tersebut dikenalpasti mencatatkan markah 10 peratus lebih rendah berbanding
pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan keluarga bersosioekonomi tinggi (Seyfried,
1998). Faktor sosioekonomi dilihat sesuai dalam menggantikan pengaruh-pengaruh
pendidikan yang lain antaranya seperti campurtangan ibu bapa (McNeal, 2001).

Kajian oleh Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang pelajar mendapati terdapat
perkaitan yang positif di antara pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibubapa dengan
pencapaian akademik anak. Berns (1993) pula menyatakan bahawa faktor pendapatan
menghalang ibubapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan kepada anak-
anak untuk belajar. Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat
menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan
mempengaruhi pencapaian akademik anak. Manakala menurut Kamarudin Husin
(1970), perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Seseorang
individu merupakan hasil daripada pengalaman sosio budaya persekitaran

Kajian yang dilakukan oleh Santha Kumar a/l Payani Yanai (2001) bertajuk Masalah
7
Keciciran Pendidikan di Kalangan Anak-anak Orang Asli di Melaka menjelaskan faktor-
faktor yang mempengaruhi masalah keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak
Orang Asli adalah berdasarkan aspek ekonomi, sosial dan persekitaran budaya.
Saranan beliau ialah untuk meneruskan usaha mempertingkatkan taraf pendidikan
anak-anak Orang Asli dalam menyelesaikan masalah ini.

Kajian Siti Huwaina Bt Yaacob (1999) bertajuk Pencapaian Pendidikan di Kalangan


Orang Asli di Kelantan lebih menekankan pencapaian pelajar Orang Asli sebagai fokus
utama dalam kajiannya. Sekolah dilihat sebagai faktor utama dalam meningkatkan
pencapaian pelajar Orang Asli. Beliau telah menumpukan perhatian dalam aspek
pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar serta strategi
pelaksanaan program dan perkhidmatan pendidikan yang telah dilakukan oleh kerajaan
dan JHEOA (kini dikenali sebagai JAKOA) dalam mengkaji pencapaian pelajar-pelajar
Orang Asli.

Pada tahun 1991, seorang lagi penulis yang membuat kajian tentang Orang Asli iaitu
Mohamad Hanif Zakaria bertajuk Pendidikan Formal Orang Asli di Kuala Langat
Selangor. Beliau meneliti persoalan keciciran dengan melihat bilangan pelajar yang
mendaftar masuk ke sekolah dan aliran jumlah para pelajar yang dapat bertahan dari
setahun ke setahun. Beliau menekankan bahawa masalah keciciran kebanyakan
disebabkan oleh sikap Orang Asli itu sendiri iaitu sikap mereka yang malas. Walaupun
begitu, terdapat faktor-faktor lain yang mendorong kepada kecicirannya.

5.0 CIRI UTAMA PERMASALAHAN 8


5.1 Aspek Akademik

Bagi mengetahui kemahiran murid ini, satu ujian telah dijalankan bagi mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid ini. Ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan
beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid ini.

Semasa Ujian Diagnostik Lisan dijalankan, murid menghadapi masalah dalam


mengenal setiap huruf yang di tunjukkan oleh guru. Terdapat sesetengah huruf seperti
p, q, b dan d, murid ini menghadapi masalah dalam mengingat perkataan yang di
pamerkan secara rawak. Keyakinan diri murid ini juga agak rendah. Setiap kali guru
memberikan latihan yang melibatkan murid kehadapan, murid ini selalu akan
mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan serta tidak yakin dengan
jawapan yang diberi. Pada pemikiran murid ini, setiap jawapan yang diberi adalah
salah.

Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam
mengeja, murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di
dalam kelas. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini
menghadapi sering tertinggal di dalam pembelajaran, tidak seperti rakan-rakannya yang
lain. Guru-guru lain terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak
ketinggalan jauh di dalam pembelajaran.

Jika dilihat dari segi fizikal Assmanorlela, perwatakannya sama sama seperti murid-
murid yang lain. Cuma yang membezakannya adalah dari segi pelajaran dan tingkah
lakunya yang agak pasif. Pasif ini bermaksud tidak agresif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, lebih banyak mendiamkan diri, tidak banyak bertanya dan
sering hilang tumpuan. Murid ini diketegorikan sebagai murid yang lemah dalam
mengenal huruf, membatang suku kata dan mengeja perkataan atau juga dikenali
dengan murid yang lembam. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950)
yang menyifatkan murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam
persekolahannya tidak berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu
peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk
(1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid
yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya.
Jelas kita lihat Assmanorlela ketinggalan dari segi akademik berbanding rakan
sebayanya yang lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Giddard (1890),
Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.

Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana murid ini
menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil bahagian di
dalam aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan kerana
murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan. Menurut
Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri yang rendah menyebabkan murid kurang aktif
9
dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.

Sebahagian daripada murid-murid yang lembab atau mundur ini, sebahagian daripada
mereka bukan lemah disebabkan oleh fizikal atau mental tetapi disebabkan kurangnya
dalam mengulangkaji pelajaran, tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan
faktor-faktor persekitaran yang lain. Beberapa cara boleh digunakan oleh guru dalam
mengajar dan membantu anak murid yang lemah seperti Assmanorlela dalam
mengajarnya membaca dan mengingat huruf atau abjad.

Pelbagai kaedah asas yang boleh perkenalkan kepada murid ialah melalui kaedah fonik
yang memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan
bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf m disebut apabila memakan sesuatu makanan
yang sedap iaitu emm. Apabila murid sudah menguasai kemahiran mengenal huruf,
kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf
dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna. Kaedah ini telah saya
gunakan kepada Assmanorlela dan menampakkan keberkesanannya. Cuma ada
beberapa abjad yang murid ini menghadapi masalah dalam mengingat dan menyebut.

Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan


wujudnya masalah pembelajaran di kalangan murid, ibu bapa perlulah berusaha
menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama
lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan
dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya,
peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si
anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang
sekelilingnya.
10
Seperti yang diberitahu, murid ini masih tidak mengenali sesetengah huruf dan terpaksa
dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara boleh digunakan dalam mengajar supaya
mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf tadi. Teknik seperti kad imbasan
merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini kerana murid mudah untuk
memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah satu
perkara yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan
menjadikan satu permainan yang lebih menarik minat murid.

Saya merasakan murid ini boleh mengenal huruf dan membaca suku kata serta
perkataan jika murid ini diberikan perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang
menarik minat pelajar ini. Dari pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas
arus perdana murid ini menjadi pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini disebabkan
aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus kepada
murid yang agak bijak dan boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain itu, tiada
aktiviti yang boleh menarik minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama. Oleh
kerana itu, murid ini ketinggalan dalam pelajaran.

5.2 Aspek Keluarga

Kehidupan harian di rumah dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan,


perbalahan yang kerap berlaku, garang dan dominan ataupun terlalu mengongkong
atau gangguan neurotik, mereka akan membesar dalam suasana emosi yang tidak
dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk
mencapai kemajuan dalam persekolahannya. Murid yang lemah terlalu dimanjakan dari
lahir sehingga tidak pernah berpeluang untuk berusaha sendiri akan mengembangkan
sikap bergantung kepada orang lain dan tidak mempunyai inisiatif untuk memajukan
diri. Ini disemarakkan lagi dengan sikap negatif dari ibubapanya sendiri yang sambil
lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan tidak menunaikan tanggungjawab. Sikap
seperti ini akan menggalakkan murid tersebut menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu
mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-
kerja sekolah sehingga mengakibatkan kemunduran akademik. Dari keterangan di atas
jelas menunjukkan perkaitan dengan teori ahli psikoanalitik yang menekankan
kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa masa kecil
mempunyai kesan dalam perkembangan individu. Berbeza dengan murid cemerlang
yang sentiasa dididik dengan disiplin dan suasana keluarga yang harmoni. Peraturan
dan tanggungjawab di rumah sendiri telah
11 melatih murid ini untuk sentiasa mematuhi
peraturan sekolah. Tanggungjawab ibubapa dengan sentiasa membantu memberi
semangat kepadanya untuk maju telah meningkatkan dayausaha untuk berjaya.

Menurut Baumrind (Santrock,2001) terdapat empat bentuk asuhan keluarga yang


memberi kesan kepada proses pembelajaran anak-anak. a. Ibubapa yang autoritarian
Ibubapa yang sentiasa mengenakan peraturan dan mahukan anak mereka mematuhi
serta menghormati mereka. b. Ibubapa yang autoritatif Ibubapa yang sentiasa
menggalakkan anak-anak mereka berdikari dengans edikit kawalan serta diberi peluang
untuk berkomunikasi secara bebas dengan ibubapa. c. Ibubapa yang mengabaikan
anak Ibubapa jenis ini bersifat permisif iaitu melepaskan tanggungjawab dengan
membiarkan dan melepaskan kehidupan kepada anak mereka secara bebas. Mereka
lebih sibuk dengan hal sendiri dengan tidak memperdulikan anak dan keluarga. d.
Ibubapa pemanja Ibubapa ini masih bertanggungjawab tetapi kurang mendisiplinkan
anak-anak, mereka percaya dengan memberi kebebasan kepada anak-anak akan
melahirkan anak yang kreatif dan berkeyakinan tinggi.

Jika dilihat kepada keadaan Assmanorlela ini, bimbingan untuk membaca hanya
diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada murid
ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa dan tidak mengambil tahu
perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di
rumah. Guru hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibubapa
atau keluarga murid ini haruslah memainkan peranan mereka sepanjang berada di
sekolah.
12
5.3 Aspek Sosioekonomi

Faktor ekonomi keluarga juga menjadi faktor yang mempengaruhi gaya belajar murid
tersebut. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan biasanya
rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk
perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau
penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-
anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta
kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi
masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan
memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik
mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan
peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan
memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal
dipenuhi.

Taraf kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid
ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang
berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak
mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya
perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang
memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa
tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan
seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari
yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam
Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu
jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi. Ini juga berlaku keatas Assmanorlela di mana
ibunya sibuk bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Di sini kita dapat lihat
pekerjaan ibunya sebagai pencari pucuk menyebabkan dia sendiri dipaksa membantu
bagi menampung perbelanjaan keluarga.
13
Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak
lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang
mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan
kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti
kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang tidak sesuai
terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah. Walaupun
kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada
hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil
gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan
yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu. Daripada kes Assmanorlela, faktor
persekitarannya mungkin antara penyebab kepada terjadinya murid ini lambat untuk
menerima isi pelajaran yang diajar. Faktor persekitaran seperti ibunya yang kurang
mengambil berat mengenai pelajaran murid ini menjadikan Assmanorlela sering
ketinggalan dalam pelajaran.
6.0 AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT
14
6.1 Badan Kerajaan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai
masalah pembelajaran.Setelah pihak sekolah mengenal pasti murid-murid yang
bermasalah pembelajaran yang memerlukan pemulihan khas,kanak-kanak ini dirujuk
kepada kementerian kesihatan untuk dikenalpasti masalah yang murid-murid dihadapi.

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


Menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar
di kawasan luar bandar bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras
dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan. Ianya
dilakukan melalui Program Tuisyen Rakyat.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan
kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah
pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui

1. Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas


bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
2. Elaun RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah Bagi pelajar
kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka diberi elaun sebanyak
RM 150.00 sebulan.
3. Bantuan KWAMP(Kumpulan wang amanah pelajar) mengikut tahap kemiskinan .
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
15
Antara tugas dan peranan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain dari
mendaftar kanak-kanak pemulihan khas seperti yang mempunyai masalah
pembelajaran disleksia atau kanak-kanak OKU,Jabatan Kebajikan Masyarakat juga
berperanan dalam memberi perkhidmatan :

1. Perkhidmatan institusi menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan


kepada kanak-kanak pemulihan seperti rumah perhentian untuk golongan
gelandangan atau sosio ekonomi rendah.

2. Perkhidmatan Kaunseling merupakan salah satu pendekatan atau strategi yang


digunakan untuk memperkasakan kanak-kanak pemulihan khas dan OKU dalam
masyarakat. Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk Kaunseling Pemulihan
yang khusus untuk Kanak-kanak pemulihan khas seperti kanak-kanak
gelandangan..

6.2 Badan Bukan Kerajaan Atau Ngo

Yayasan Ehsan
Program Jejak Kemiskinan adalah satu program gabungan 3 NGO dalam
melaksanakan 1 misi iaitu memberi sumbangan kepada golongan yang kurang
berkemampuan untuk meneruskan kehidupan. Di mana pihak yayasan akan
menyerahkan sumbangan kepada Northern Avanza Brotherhood (NAB) untuk diagihkan
kepada asnaf yang dipilih menerusi konvoi Avanza masuk kampung. Di dalam
menjalankan aktiviti ini pihak NAB akan merekodkan keperluan yang di perlukan
keluarga yang dilawati untuk di hantar ke pihak yayasan untuk tindakan lanjut.Selain itu
sukarelawan akan menjalankan khidmat masayarakat terhadap keluarga yang terpilih
dengan membantu keluarga ini membersihkan kawasan sekeliling,mengecat rumah dan
pelbagai lagi tugas bagi membantu golongan kurang kemampuan meneruskan
kehidupan.Ini termasuklah keluarga murid-murid yang mengikuti pemulihan khas yang
susah atau sosio ekonomi rendah.
Kolej Universiti HELP
HELP telah ditubuhkan pada 1986 untuk menyediakan peluang pendidikan yang
berkualiti dan mampu dinikmati bagi rakyat Malaysia. Pada 2004, ia telah dianugerahi
status universiti oleh Kerajaan sebagai pengiktirafan pencapaian akademiknya yang
cemerlang. UNICEF bekerjasama dengan Pusat Psikologi universiti ini untuk program
sokongan psikososial kepada kanak-kanak dan program pembasmian masalah buli di
sekolah; dan dengan Pusat Penyelidikan Asia untuk Perkembangan Kanak-kanak dan
Remaja (ARCCADE) bagi program kemahiran hidup selepas persekolahan untuk
kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah.

16
UNICEF Malaysia
UNICEF bekerjasama dengan kerajaan Malaysia sejak 1954 untuk memberi kanak-
kanak permulaan awal yang terbaik dalam kehidupan dengan memberikan sokongan
dalam kesihatan, pemakanan berkhasiat, air dan sanitasi, pendidikan formal dan tidak
formal dan juga perkhidmatan kepada kanak-kanak terpinggir yang berada di kawasan
bandar yang miskin.
6.0 PERANCANGAN INSTRUKSIONAL
17
RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

NAMA : TARIKH LAHIR : TARIKH MULA : TEMPOH


SEMAKAN :
ASSMANORLELA 19 FEBRUARI
A/P MUSA 2006

KOMPONEN : UMUR :

BAHASA 10 TAHUN
MELAYU

PENGETAHUAN - mengenali huruf


SEDIA ADA
- dapat membatangkan suku kata terbuka

- memahami arahan

MATLAMAT - boleh mengeja dan membaca


JANGKA
PANJANG - menambahkan kosa kata

- memberi respon yang baik dalam perbualan

- dapat membuyikan suku kata KV dan membaca perkataan


KVKV serta yangmudah dan cerita / petikan pendek

KEKUATAN / - mewarna
MINAT
- menonton video

KELEMAHAN / - tulis huruf secara terbalik


MASALAH YANG
DIKENALPASTI - tulisan tidak kemas

- tidak yakin ketika menjawab soalan

OBJEKTIF PENDEKATAN PENILAIAN /


JANGKA TARIKH /
PENDEK TANGGUNGJAWA

18
B

Dapat 1. Murid membaca ayat- Jangka masa :


membunyikan ayatmudah yang selepas sesi
suku kata KV dan melibatkansuku kata KVKV. pembelajaran
membaca
perkataan 1. Latihan ejaan.
KVKVKV dan
membaca ayat- 2. Murid menamakangambar yang 2. Latihan bertulis.
ayat mudah berkaitandengan
dengan sebutan perkataanKVKVKV (tomato , 3. Bacaan
yang betul. kereta,pelita, keladi, telaga dll)
4. Bertulis
3. Guru membimbing
muridmembatang 5. Lisan
perkataanyang melibatkan 3
sukukata. (to ma to ,ke re
ta , ke la di ,dll

Menggabungkan 1. Guru menyebut perkataan daripada Tarikh penilaian :


dan membunyikan suku kata KVKVKV secara
huruf konsonan berulang dan satu persatu agar Skor :
dan vokal. murid dapat mengamati dan
mendengar dengan jelas Tanggungjawab :

1. Kerjasama
Contoh: ba, ta, guru-guru lain
me 2. Murid akan menggunakan kod ajaib serta
yang memaparkan gabungan 2 Pembantu
suku katan KV yang mana murid Pengurusan
akan membulatkan 3 suku kata KV Murid

3. Murid mencantumkan semua suku Kerjasama ibu bapa


kata KV yang ditandakan sehingga yang memantau
membentuk suku kata KVKVKV murid membuat
kerja-kerja rumah
yang diberikan oleh
guru.
4. Murid menulis suku kata KVKVKV
yang telah dibulatkan
Murid diminta membaca suku kata
KVKVKV yang ditulis

7.0 RUMUSAN
19
Masalah keciciran sering dikaitkan dengan perbezaan kualiti dan kemudahan
pendidikan antara bandar dan luar bandar. Sementara kemiskinan pula dikatakan
sebagai punca utama berlakunya keciciran di kalangan para pelajar (Umar Bakhy bin
Ghazali, 2009). Kajian-kajian kemiskinan dan pembangunan desa sering menunjukkan
tahap pendidikan keluarga miskin adalah rendah (Fong Chan Onn dalam INTAN 1991;
Unit Penyelidikan Sosioekonomi Rakyat, 1990). Contohnya, Kajian Sosioekonomi
Rakyat Termiskin (Chamhuri, 2001) mendapati tahap pendidikan keluarga termiskin
adalah lebih rendah berbanding bukan miskin iaitu antara 65-92 peratus.

Kajian kes ini menyimpulkan bahawa anak yang berasal daripada keluarga yang
berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu
untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Taraf kelulusan ibu bapa yang rendah turut
mempengaruhi kesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan
anak-anak. Berdasarkan Laporan Murad, antara faktor keciciran dalam pendidikan ialah
status sosio ekonomi (taraf pekerjaan ibu bapa dan taraf kelulusan ibu bapa),
pendidikan dan pekerjaan, sikap guru terhadap pelajar, sikap pelajar terhadap subjek di
sekolah terutamanya subjek sains dan jarak dari rumah pelajar ke sekolah.

Sikap ibu bapa orang asli juga jangan dipandang enteng. Ada dikalangan ibu bapa tidak
memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak walaupun pelbagai usaha sudah
dilakukan oleh pelbagai agensi. Kanak-kanak Orang Asli ini suka membantu ibu bapa
mencari sumber pendapatan keluarga dengan bekerja di hutan atau di kebun. Ibu bapa
tidak memarahi anak-anak yang suka ponteng ini disebabkan pengaruh rakan sebaya.
(Laporan Status Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli, 2010)
Berdasarkan isi-isi di atas, keciciran kerap berlaku terhadap anak-anak yang datang
daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Kemiskinan menjadi punca utama
kepada keciciran kerana kemiskinan merupakan ibu kepada pelbagai lagi masalah lain
yang mana semuanya menyumbang kepada masalah keciciran dalam pembelajaran.

RUJUKAN
20

Abu Talib Bon (1984) Perkembangan Pelajaran di Kalangan Orang Asli. Rampaian
Pengajian Melayu. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Abdul Hamid Jaafar (2012) Transformasi Modal Insan melalui Peningkatan Pendidikan:
Kajian Kes Komuniti Orang Asli. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti
Kebangsaan Malaysia

Abdul Rahim Taib.2011.HBSL1103 Pengenalan kepada Kanak-Kanak Bermasalah


Pembelajaran.1:17-19.

Buku Malaysia, Kementerian Pendidikan (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program


Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas

Buku Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Program Pemulihan


Khas (2012). Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Chua Tee Tee & Koh Boh Bon (1992) Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (2012). Bahagian Pendidikan


Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) Kuala Lumpur JAKOA. 2011. Tiga
Kunci Elak Keciciran Pelajar Orang Asli PM.Buletin ASLI. www.jakoa.gov.my.

K.A Razhiyah (2006). Anak Istimewa : Panduan Ibu Bapa Membesarkan Anak Istimewa.
Kuala Lumpur. BS Print (M) Sdn. Bhd

Mohd Sharani Ahmad (2006). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala
Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd

Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad: Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak
Berkeperluan Khas: Universiti Sains Malaysia
Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad: Pengantar Pendidikan Khas: Universiti Sains
Malaysia

21

You might also like