You are on page 1of 1

Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menjelaskan riwayat Hang Tuah bagi murid

Tahun 4 Cemerlang menggunakan teknik simulasi Hang Tuah The Legend.. Seramai empat orang
murid Tahun 4 Cemerlang yang terdiri daripada tiga murid lelaki dan seorang murid perempuan dari
salah sebuah sekolah daerah Bachok dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan maklumat awal dari
analisis dokumen dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh pengkaji. Model Kurt Lewin (1946) telah
dijadikan panduan dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan Instrumen temubual, analisis
dokumen, dan pemerhatian untuk dijadikan sebagai kaedah pengumpulan data. Tajuk yang digunakan
untuk kajian ini ialah Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Hasil dapatan daripada data
penelitian dokumen menunjukkan peningkatan peratusan markah bagi peserta 1 ialah 100%, peserta 2
ialah 85%, peserta 3 ialah 80%, peserta 4 ialah 100% dan Secara keseluruhannya, penggunaan teknik
simulasi Hang Tuah The Legend dapat meningkatkan kemahiran menjelaskan riwayat Hang Tuah bagi
Sejarah Tahun Empat.
Kata kunci : simulasi, Hang Tuah The Legend, kemahiran menjelaskan, riwayat Hang
Tuah.

You might also like