You are on page 1of 5

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

TINGKAT 7 - 8, BLOK D4, KOMPLEKS D


PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
MC-024-3:2012SHIELDED METAL ARC WELDING (SMAW)
PROGRAMS CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C02 SHIELDED METAL ARC WELDING (SMAW) FOR 3G
COMPETENCY UNIT NO. AND 4G
AND TITLE
CARRY OUT SAFETY ASSESSMENT AT WORK AREA
COMPLY TO WORK INSTRUCTION AND RELEVANT
WELDING PROCEDURE SPECIFICATION (WPS)
VERIFY BASE METAL MATERIAL USED
VERIFY CONSUMABLE AS SPECIFIED
CHECK SMAW EQUIPMENT AND ACCESSORIES
NO. DAN PENYATAAN
FUNCTIONALITY
AKTIVITI KERJA / WORK
PERFORM SMAW PROCESS
ACTIVITIES NO. AND
PERFORM VISUAL INSPECTION AND
STATEMENT
TESTING(DESTRUCTIVE TEST)
CARRY OUT BACK GOUGING, GRINDING AND BACK
WELDING AS REQUIRED IN ACCORDANCE WITH TEST
SPECIMEN
COMPILE WORK COMPLETION CHECKLIST

NO. KOD /CODE NUM. MC-024-3:2012-C02/P(9/10) Muka : 1 Drp : 04

TAJUK/TITLE:
SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN DALAM KIMPALAN
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai senarai semak
dalam kimpalan.
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012-C02/P(9/10) Muka: 02 Drpd: 04

PENERANGAN/INFORMATION:
Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang disediakan untuk
mengenalpasti perkembangan dari segi kemahiran fizikal, kognitif, bahasa dan sosial.
Senarai item yang disediakan adalah untuk menguji pengetahuan kemahiran, sikap dan
kebolehan serta tingkah laku pelajar.

Panduan Menyediakan Senarai Semak


1. Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.
2. Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas.
3. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
4. Item disusun mengikut peningkatan.
5. Maklumat bagi melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada 1 atau 2
pemerhatian.
6. Dapat ditandakan semasa ataupun selepas pemerhatian.
7. Dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali.
8. Hanya kemahiran penting (pembelajaran/kemahiran) dinyatakan dalam senarai
semak.

Kekuatan Senarai Semak


1. Mudah dan praktikal.
2. Dapat digunakan oleh orang yang tidak mahir.
3. Dapat dilakukan semasa atau selepas pemerhatian dilakukan
4. Dapat dilakukan oleh beberapa orang pemerhati bagi menilai kesahihan
pemerhatian.
5. Dapat fokus kepada tingkah laku tertentu
6. Penting dalam merancang penilaian prestasi untuk pelajar

Kelemahan Senarai Semak


1. Mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa.
2. Melihat hanya pada penilaian tertentu dan bukan semuanya. Oleh itu, ada kalanya kita
terlepas daripada memerhatikan penilaian yang signifikan (penting).
3. Mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan borang senarai semak.

Kandungan Senarai Semak Pemeriksaan Dalam Kimpalan Ialah :

a) Peralatan kimpalan (kimpalan arka)


Mesin SMAW
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012-C02/P(9/10) Muka: 03 Drpd: 04

Pemegang elektrod
Elektrod
Pengapit bumi
Kabel
Tukul penyerpih
Berus dawai

b) Peralatan kimpalan (kimpalan gas)


Silinder gas oksigen
Silinder gas asetilena
Pengatur
Hos getah
Sumpitan api
Alat pencegah nyalabalas
Pemetik api
Pencuci muncung

c) Peralatan perlindungan peribadi


Pelindung mata
Pelindung muka
Pakaian keselamatan
Kasut keselamatan
Sarung tangan

d) Prosedur umum keselamatan dan kesihatan


Pengurusan keselamatan
Kebakaran
Elektrik
Penyimpanan bahan
Tempat bahan kimia
Pertolongan cemas
Pejabat
Pencahayaan
Laluan pejalan kaki
Mesin
Sampah
Meja kerja
Penanda keselamatan
Perlindungan persendirian

e) Prosedur kerja kimpalan


Buat persediaan bendakerja
Buat paku kimpal pada bendakerja
Kimpal bendakerja
Bersih dan periksa bendakerja
Periksa bendakerja
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012-C02/P(9/10) Muka: 04 Drpd: 04

SOALAN/QUESTION :

Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Semak?

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai semak yang baik.

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

Senaraikan panduan untuk menyediakan senarai semak?

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

RUJUKAN:
REFERENCE

1. Sue Clark Wortham (1995). Measurement and Evaluation in Early Childhood


Education. New Jersey : Prentice Hall.Inc
2. Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009). Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professsional Publishing Sdn.Bhd
NO. KOD / CODE NUM. MC-024-3:2012-C02/P(9/10) Muka: 05 Drpd: 04

You might also like