You are on page 1of 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN

PONDOK BACAAN & RUANG MENUNGGU

SK LAGUD
PETI SURAT 284
89908
TENOM
1.0PENDAHULUAN
SK Lagud bercadang untuk membina 5 buah pondok bacaan untuk menjalankan
aktiviti di luar bilik darjah selain berfungsi sebagai tempat menunggu murid-murid
sekolah. Di samping itu, pembinaan pondok tersebut adalah bertujuan untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti-
aktiviti yang memerlukan murid-murid melakukan pergerakan di ruang yang lebih
kondusif.

2.0LATAR BELAKANG

2.1Cadangan tempat di mana pondok bacaan ini akan dibina ialah di antara
bangunan bilik guru dan berhampiran dengan bilik agama SK Lagud.
2.2Keluasan yang dicadangkan untuk membina pondok bacaan ini adalah
dalam anggaran 10x12 kaki
2.3Reka bentuk pondok bacaan yang dicadangkan adalah sebagaimana
contoh yang di lampirkan.
3.0OBJEKTIF

3.1Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti prasekolah yang dirancangkan


dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di luar kelas
3.2Mengeratkan hubungan mesra antara guru-guru dan murid-murid
3.3Menjaga keselamatan murid yang pulang lewat.

4.0RASIONAL

4.1Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid prasekolah pada waktu
yang terluang
4.2Dapat memberi perlindungan kepada murid sekolah yang lewat pulang

5.0PERANCANGAN
5.1Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk semua murid-
murid yang akan belajar di SK Lagud, Tenom
5.2Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti persekolahan seperti
latihan menari, latihan sukan dan juga kerja atau aktiviti berkumpulan
murid.
5.3Tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja
sekolah sementara menunggu kehadiran ibubapa atau bas sekolah.

6.0 ANGGARAN KOS BINAAN


Anggaran Kos binaan dan upah
I unit RM5000.00
Jumlah sumbangan yang di perlukan
5 unit x RM5000.00 = RM25000.00

7.0PENUTUP
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat
terhad. Justeru, dengan sukacitanya pihak pengurusan sekolah SK Lagud
memohon ihsan dan sumbangan daripada pihak Perbadanan Pinjaman Sabah
( Sabah Kredit ) bagi menjayakan projek kami demi kebaikan anak didik kita
pewaris pimpinan negara.

Di sediakan oleh
..

Di semak Oleh

Di sahkan oleh
..

You might also like