You are on page 1of 28

Isi Kandungan

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1) ABSTRAK i
2) PENGHARGAAN ii
3) PENGENALAN 1
4) OBJEKTIF KAJIAN 4
5) LOKASI KAJIAN 5
6) METODOLOGI KAJIAN 8
7) DAPATAN DAN PERBINCANGAN 11
8) RUMUSAN DAN KESIMPULAN 21
9) RUJUKAN 24

Tajuk : Penggunaan Sains Dan Teknologi Dakan Membantu Peningkatan Hasil


Tanaman Padi Di Kuala Selangor

1
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji kesan-kesan
penggunaan sains dan teknologi pertanian yang dijalankan oleh petani di Kuala Selangor.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji kesan-kesan penggunaan
sains dan teknologi yang dijalankan oleh petani di Kuala Selangor. Bagi mengenal pasti
apakah kesan-kesan penggunaan tersebut, beberapa kaedah telah digunakan seperti temu
bual dan rujukan telah digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk graf
dan jadual. Daripada dapatan kajian, penggunaan teknologi baru lebih mendapat sambutan
berbanding penggunaan teknologi konvensional. Kajian ini turut menyingkap kesan-kesan
penggunaan yang turut mendorong para petani untuk memulakan aktiviti pertanian di Kuala
Selangor. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menarik lebih ramai
lagi pihak untuk memulakan serta memajukan lagi industri pertanian di negara kita.

Penghargaan

``Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah
SWT, Tuhan Pemberi Rahmat sekelian alam, selawat serta salam ke atas junjungan mulia,

2
Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat juga sesiapa yang mengikuti
ajaran mereka dengan ikhlas sehingga ke akhirnya. Setinggi-tinggi penghargaan saya
ucapkan kepada Puan Shamshul selaku pengetua Tingkatan 6 Sekolah Menengah
Kebangsaan Hulu Kelang atas sokongan beliau dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
guru pembimbing saya iaitu Puan Tuan Noorazuana binti Tuan Ibrahim yang merupakan
guru matapelajaran Pengajian Am yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar
kepada saya bagi menyiapkan kerja projek ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada
pihak sekolah yang telah memberi kemudahan untuk saya menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ibu saya iaitu Usni
Sabariah Binti Ujan, bapa saya Nor Hisham Bin Mohd Razali kakak saya Nor Diayana Binti
Nor Hisham kerana telah banyak memberikan sokongan dan bantuan terutamanya sekali
bantuan dari segi kewangan serta buah fikiran. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, projek
ini akan menjadi sesuatu yang sukar bagi diri saya. Terima kasih juga diucapkan kepada
kakak serta adik-adik saya. Kerana memberikan teguran serta memotivasikan saya disaat
saya untuk meneruskan perjuangan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan di tingkatan 6
Smk Hulu Kelang kerana sanggup meluangkan masa serta buah fikiran didalam
misi untuk mencari responden dan berjumpa responden.

Ucapan terima kasih saya tujukan khas kepada responden yang sudi meluangkan
masa bersama pengkaji untuk menjawab soalan yang telah disediakan. Segala maklumat
yang diberikan amat membantu pengkaji dalam menjalankan kajian ini.

Akhir kata, saya berharap agar kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada saya
dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa hadapan. Segala yang baik
itu daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

3
1.0 Pengenalan

Padi atau nama saintifiknya, Oryza Sativa merupakan makanan ruji bagi setiap
rakyat di Malaysia dan negera-negera Asia. Dianggarkan seorang dewasa di Malaysia
memerlukan hamper 77 kilogram (kg) beras setiap tahun. Menjadikan makanan asas tersebut
amat penting kepada Negara. Jelapang padi di Negara ini juga tidak kurang luasnya,
disamping penggunaan baka dan variety padi yang berkualiti tinggi standing dengan negara
luar. Kebanyakan kawasan padi di Malaysia berkembang hanya satu tanaman setiap tahun,
pada bulan-bulan mereka hujan tertinggi. bagaimanapun daerah utara dan tengah wilayah
seberangperai kawasan penanaman dua kali setahun. Pelbagai jangka pendek padi pada
musim off dari Febuari hingga Jun dalam musim hujan yang lebih tinggi daripada Julai
hingga Januari.

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara


membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan
status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang
telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas
merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi
berasaskan pertanian dan perlombongan.

Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian


beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja
tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis
yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke
bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih bermaruah dan menawarkan pendapatan
yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.

Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki
kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan dari

4
sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya pendapatan di sektor
pertanian tidak stabil.

Teknologi adalah kaedah saintifik untuk mencapaitujuan praktikal, ilmu pengetahuan


terapan dapat pula diterjemahkan sebagai keseluruhan cara untuk menyediakan barang-
barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan keselesaan hidup manusia. Secara ringkas
teknologi memudahkan industry yang menggunakannya seperti mesin cetak, telefon bimbit
dan computer. Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan
penyusunannya.

Perkataan sains dating daripada bahasa latin, Scinetia yang bermaksud mendapatkan
ilmu atau maklumat seperti mendapatkan maklumat yang lain. Sains bermula dengan
pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sains bertujuan
untuk memahami dunia di sekeliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam hidup aktiviti
sains iaitu penghuraian, mencari keseragaman dan pembentukan teori dan hokum.

Sains dari sudut pandangan Islam ialah sains merupakan cabang ilmu berkaitan
dengan alam tabii dimana terletaknya nilai-nilai keagamaan lanjaran Islam dan syariah
berlandaskan tauhid. Al-Quran juga tidak memisahkan antara ilmu wahyu dan akal. Sains dan
agama saling melengkapi . Agama menjadi peraturan kepada segala aktiviti sains dan
peradaban saintis. Sains juga tidak terhad kepada sains mengenai dunia bahan atau jasmani
sahaja malas juga terdapat sains sebagai ilmu pengetahuan yang lahir dari gabungan unsure
fizikal dan metafizikal atau gabungan akal dan ilmu wahyu dengan ajaran yang berkonsepkan
Islam.

Teknologi ialah pengkajian kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang


perindustrian penggunaan. Teknologi adalah pengetahuan yang sistematik untuk mencipta
barangan bagi memudahkan pekerjaan manusia.

Sains dan teknologi adalah hal yang tidak dapat lepas dari kehidupan manusia. Sians dan
teknologi ini akan terus berkembang seiring perkembangan peradaban manusia di dunia. Pada
hakikatnya sains dan teknologi merupakan dua hal yang tidak daoat dipisahkan.
Perkembangan sains sangat berpengaruh pada perkembangan teknologi begitu pula
sebaliknya. Perkembangan sains dan teknologi tidak hanya memberikan kemudahan bagi
manusia namun juga dapat menimbulkan dampak negative. Sains dan teknologi memainkan
peranan yang penting dalam kemajuan suatu bangsa. Sesiapapun yang ingin menguasai dunia

5
maka harus mampu menguasai sains dan teknologi. Dua hal ini (sains dan teknologi)
merupakan dua hal yang menentukan pertarungan dalam kompetiti global.

Rasional pengkaji membuat kajian tentang sains dan teknologi pertanian padi di
Kuala Selangor adalah kerana hasil tanaman padi di Kuala Selangor adalah pengeluaran padi
yang 3 terbesar di negara Malaysia ini. Pengkaji ini mengenal pasti teknologi yang digunakan
dalam meningkatkan hasil tanaman padi di Kuala Selangor. Selain itu, objektif yang kedua
adalah mengkaji kesan penggunaan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman di Kuala
Selangor. Pengkaji memilih Kuala Selangor sebagai lokasi kerana pengkaji mempunyai rakan
yang mempunyai kampung disana serta mudah untuk berurusan dengan penduduk disana.
Selain itu, pengkaji memilih lokasi kajian tersebut kerana tidak jauh dengan kediaman
pengkaji dan memudahkan untuk berurusan

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat 2 objektif kajian ini adalah :

6
1 : Mengenal pasti teknologi yang digunakan dalam meningkatkan hasil tanaman padi
di Kuala Selangor.

2 : Mengkaji kesan penggunaan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman.

3.0 LOKASI KAJIAN

Negeri Selangor juga dikenali Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada
tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah semenanjung
Malaysia di pantai barat dan mengilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

7
Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan negeri Perak di utara, Pahang di timur,
Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Peta 1 : Negeri Selangor, Darul Ehsan

Sumber : https://www.google.com/search?
q=peta+kuala+selangor&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiqrd7s5vnSAh
VLfrwKHTTyBQ0Q_AUICCgB&biw=1280&bih=894#tbm=isch&q=peta+daerah+kuala
+selangor&*&imgrc=VZKD-VegTofOTM:

8
Peta 2 : Daerah Negeri Selangor, Darul Ehsan
Sumber :
https://www.google.com/search?
q=peta+kuala+selangor&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiqrd7s5vnSAh
VLfrwKHTTyBQ0Q_AUICCgB&biw=1280&bih=894#tbm=isch&q=peta+selangor&*&
imgrc=Fspiyeo14rN9hM:

9
Peta 3 : Rumah encik Kamaludin Bin Hassan beralamat di 22 Parit 5 Timur Sungai Besar,
45400 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Sumber :

https://www.google.com.my/maps/place/Jalan+Parit+5+Timur,+45300+Sungai+Besar,
+Selangor/@3.6979598,101.0191188,14z/data=!4m5!3m4!
1s0x31cb6049ff27448d:0x132e8d0ebe95cc1f!8m2!3d3.694887!4d101.020181?hl=en

10
4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, metodologi ditakrifkan sebagai system yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan dan disiplin.
Menurut Sabitan Marican, metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuaanya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh sebab itu, pengkaji
mencuba sebaik mungkin untuk mempraktikkan teori tersebut dalam penghasilan kertas
projek ini.

Oleh yang demikian, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan tetang reka
bentuk kajian, sampel kajian, batas kajian, instrument kajian dan prosedur analisin data
bagi menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukan lebih awal. Selain itu,
metodolgi kajian juga digunakan untuk memastikan objektif kajian dicapai melalui
pengumpulan data yang sah dan tepat.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian deskriptif. Kajoan tinjauan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkar yang berkaitan persampelan, pengukuran dan analisis
data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan
menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengkaji
teknologi yang digunakan dalam meningkatkan hasil tanaman padi dan mengkaji
kesan penggunaan teknologi ke atas pendapatan hasil tanaman di Kuala Selangor.

4.2 Inturmen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alata pengumpulan alat pengumpulan


data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan keterangan latar
belakang. Kaedah ini digunakan dari kuantitatif dan instrument adalah temu bual.

4.21 Temu Bual

Instrument temu bual mempunyai 2 jenis iaitu formal dan tidak formal.
Kaedah ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan bantuan

11
komputer. Pengkaji menggunakan kaedah tidak formal iaitu dengan berkunjung ke
rumah Ketua kampung yang beralamat 22 Parit Timur 5 Sungai besar, 45400,
Kuala Selangor, Selngor Darul Ehsan. Pengkaji menjalankan sesi temu bual dalam
keadaan selesa, bukan sahaja pengkaji berawatak sebagai pendengar yang baik
malahan pengkaji mengajukan soalan yang penting dengan tepat dan ringkas.
Pengkaji mengemukan beberapa soalan bagi menjawab objektif kajian ini.

4.21 Rujukan

Instrumen rujukan utama pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti


buku-buku, kamus dan sumber internet yang berkaitan dengan pendefinisan tema
dan tajuk.

4.2 Sampel Kajian

Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang


mengkaji sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel
dalam kajian tinjauan adalah secara bertujuan daripada temu bual oleh Encik
Kamaludin Bin Hassan seorang pengusaha dan petani yang mengusahakan
kawasan sawah padi bertempat di Kuala Selangor. Pengkaji hanya memilih
seorang sahaja responden, kerana beliau adalah ketua kampung dan boleh
memberi maklumat yang diperlukan daripada pengkaji.

4.3 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan menggunakan dua cara seperti
dokumentasi dan temu bual.

4.41.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan ilmiah untuk


mendapatkan definasi yang tepat untuk tajuk kajian yang terpilih dalam pertanian.

4.4.3 Temu Bual

Pengkaji menumu bual seorang petani dan pengusaha yang mengusahakan


kawasan sawah padi bertempat di Kuala Selangor. Pengkaji menyediakan soalan
soalan untuk menemu bual yang terdiri daripada 7 soalan. Tujuan utama temu bual
ini adalah untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan dalam meningkatkan

12
hasil tanaman padi dan mengkaji kesan penggunaan teknologi ke atas pendapatan
hasil tanaman padi di Kuala Selangor.

4.4 Analisi Data

Pada peringkat akhir kajian ini telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
mengalisis data hasil diperolehi melalui temu bual. Soalan yang dikemukan
merupakan soalan terbuka.

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Pengkaji akan menerangkan tentang analisis data berdasarkan soalan yang dikemukan
terhadap responden melalui temu bual yang telah dijalankan berkaitan penggunaan sains
dan teknologi dalam membantu system tanaman padi di Kuala Selangor.

5.1 Kos pembelajaan jentera sawah padi

MESIN
MESIN MODEN
KONVENSIONAL

80% 20%

Jadual 1 : Kos pembelajaan jentera sawah padi


Sumber : Kajian Lapangan 2017

13
MESIN
KONVENSIONAL
MESIN MODEN
0

Carta 1 : Kos Pembelanjaan jentera sawah padi

Sumber : Kajian lapangan 2017

Jadual 1 menunjukkan kos pembelajaan jentera sawah padi mesin moden hanyalah
80% dan mesin konvensional adalah 20%. Sesebuah jentera sawah padi yang lengkap
dengan pelbagai peralatan untuk menuai adalah beharga sebanyak RM 10,200 ribu dan
jentera sawah padi yang kosong tidak mempunyai peralatan yang lengkap adalah berharga
sebanyak RM 4,050. Terdapat beberapa pesawah yang masih tidak mampu untuk
memiliki jentera sawah padi. Mesin konvensional atau tenaga kerja konvensional ini
adalah banyak menggunakan tenaga yang banyak dan waktu yang lama untuk
menghasilkan tanaman padi. Untuk menanam 1 hektar padi memerlukan tenaga kerja
sebanyak 10 orang dan waktu kira-kira 2 hari, itu belum termasuk tenaga ndaut
(memindahkan benih padi dari tapak semaian ke lahan persawahan). Industri pengeluaran
padi negara telah melalui perubahan daripada sistem penanaman secara subsisten kepada
pengeluaran seacara komersial. Bagi memastikan lagi perubahan ke arah
komersialisasi,pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan perlu diwujudkan dan
diamalkan. Faktor terpenting dalam pengeluaran padi yang sering diabaikan oleh petani
ialah pengerusan ladang. Secara tradisionalnya, peladangpeladang kawasan muda
mengusahakan penanaman padi secara sistem mengubah, tetapi memandangkan
kekurangan tenaga buruh dan peningkatan kos upah, kebanyakan peladang-peladang telah
bertukar kepada sistem tabur urus. Di samping penggunaan teknologi yang wajar dan

14
terkini, ketepatan pelaksanaan aktiviti adalah juga sangat penting dalam usaha
meningkatkan hasil padi. Manual ini yang dibentuk untuk sistem penanaman tabur terus
padi (basah), bertujuan mendedahkan prinsip dan teknologi yang terkini yang boleh
diguna untuk pengeluaran hasil tinggi dan seterusnya berdaya maju untuk pengeluaran
hasil yang tinggi dan seterusnya berdaya maju untuk pengeluaran secara komersial.
Manual ini amat sesuai digunakan oleh kakitangan pengembangan dan petani yang
berwawasan. Teknologi yang terdapat dalam manual ini telah diuji secara pakej di
beberapa kawasan utama tanaman padi dan telah terbukti boleh mengeluarkan hasil yang
tinggi menjangkau 10 tan sehektar sekiranya diamal dengan tepat dan betul. Faktor utama
yang menyebabkan peningkatan hasil ini ialah penumpuan terhadap penyediaan tanah
yang rapi, penggunaan kadar benih yang tinggi dan penggunaan baja tambahan selain
baja subsidi yang diberi oleh kerajaan.

5.2 Mesin yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasil

Mesin Moden Mesin Konvensional

Cepat Lambat

Jadual 2 : Mesin yang mengambil masa yang lama


Sumber : Kajian Lapangan 2017

Jadual 2 menunjukkan bahawa mesin konvensional yang mengambil masa yang lama
kerana ia memerlukan tenaga kerja yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Teknik tabur
terus yang diamalkan sejak tahun 1980 memberi banyak manfaat kepada pesawah. Sebelum
ini, mereka mengamalkan tanaman padi secara tradisional yang mengambil masa yang lama.
Padi merupakan tanaman dagangan di Malaysia dan tujuan ditanam adalah untuk
mendapatkan beras sebagai makanan ruji. Beras adalah bijian yang diperoleh daripada
tanaman padi yang telah dikupas kulitnya. Terdapat dua jenis beras iaitu beras biasa dan beras
pulut. Beras biasa menjadi sumber makanan utama,oleh itu beras ini lebih mendapat nilai
dagangan sementara itu,penggunaan beras pulut adalah terhad untuk membuat kuih-muih
sahaja. Terdapat dua jenis padi di negara kita iaitu padi sawah dan padi huma. Walau

15
bagaimanapun, hanya padi sawah yang diusahakan dan ianya amat sesuai diusahakan secara
meluas dan ianya amat sesuai diusahakan di dataran mendap dan di delta-delta yang subur.
Seperti yang kita tahu, tanaman padi banyak terdapat di Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
dan Perak. Tambahan lagi dataran Kedah dan dataran Kelantan sudah dikenali sebagai
jelapang padi negara. Antara jenis padi yang terdapat di Malaysia ialah Padi Mahsuri, Padi
Murni, Sri Malaysia, Setanjung, Sekembang, Seberang dan Makmur. Selain nilai
keperluannya tanaman padi juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi, seperti sudah diketahui
oleh masyarakat. Nilai jual beras sangatlah tinggi dan pasti tidak mungkin laku. Oleh kerana
itu diharapkan, semakin bertambah para petani yang mengembang penanaman tanaman padi
ini. Untuk mendapatkan tanaman padi yang berkualiti, tentu diperlukan cara tanam padi dan
proses penanaman yang baik dan benar. Beberapa cara yang berkualiti untuk penanaman padi
adalah memulakan langkah langkah persiapan media tanam. Media tanam untuk menanam
padi haruslah disiapkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum penanaman. Persiapan
dilakukan dengan mengolah tanah sebagai media tanam. Tanah harus dipastikan bebas
daripada rumpai dan rumput liar. Jangan sampai pertumbuhan tanaman padi terganggu kerana
perlu berkongsi nutrisi dan air dengan rumput-rumput liar. Jika sudah bebas dari tanaman liar,
basahi tanah dengan air lalu lakukan pembajakan. Rampasan dilakukan untuk
mempersiapkan tanah dalam keadaan lembut dan longgar serta sesuai untuk penanaman. Di
zaman moden ini pembajakan tidak lagi dilakukan dengan mencangkul tetapi dengan
menggunakan lembu ataupun traktor. Setelah melalui pembajakan, kembali genangi media
tanam dengan air. Air diberikan dalam jumlah banyak untuk menutupi seluruh tanah dengan
ketinggian sehingga 10 cm. Biarkan air pada media tanam terus bertakung. Air yang
menggenang selama dua minggu akan menyebabkan media tanam menjadi berlumbur dan
racun pun boleh hilang kerana ternetralisir.

Bibit pada tanaman padi perlu melalui ujian terlebih dahulu untuk menentukan
kualitinya. Ujian dilakukan dengan menenggelamkan kira-kira 100 butir benih padi dalam air.
Setelah dua jam periksalah benih tersebut. Cara menanam benih padi iaitu dengan
Pemeriksaan benih dilakukan dengan mengenal pasti perubahan pada benih. Jika terdapat
lebih dari 90 butir benih atau lebih dari 90% benih mengeluarkan tunas, maka ertinya benih
tersebut berkualiti unggul dan bermutu tinggi. Tentu benih yang berkualiti unggul dan
bermutu tinggi inilah yang layak untuk ditanam. Sedangkan jika benih tidak menunjukkan
tanda seperti yang disebutkan diatas, ertinya benih tersebut tidak disyorkan untuk ditanam.

16
Setelah menentukan benih yang akan dijadikan bibit, maka dapat dilakukan persemaian
segera.

Selepas beberapa langkah yang dilakukan, cara yang ketiga adalah persemaian.
Persemaian dilakukan setelah menentukan bibit yang unggul. Bibit unggul tersebut kemudian
akan disemai di bekas tapak semaian. Bekas tapak semaian terlebih dahulu perlu disiapkan.
Keperluan bekas semai diberikan dalam perbandingan sebesar 1: 20. Katakan akan
menggunakan lahan sawah sebesar 1 hektar maka bekas persemaiannya kira-kira 500 m2.
Lahan pada bekas tapak semaian haruslah juga berair dan berlumpur. Berikan pupuk urea dan
baja TSP pada lahan persemaian dengan dos masing-masing 10 gr per 1 m2. Jika lahan
persemaian sudah siap, sebarkan benih yang telah bercambah dengan merata. Menurut
sumber dari buku penanaman padi di atas tanag asid sulfat secara lestari, penulis Shamsudin
Jusop, Radziah Othman, Che Fauziah Ishak, Norsida Man, Nur Lyana Farhan Oslan dan
Mohd Fahmi Mohd Fesool dari terbitan penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.

5.3 Hasil Daripada Mesin Moden Memberi Hasil Yang Baik Seperti Mesin
Konvensional

Mesin Moden Mesin Konvensional

Sangat baik Baik

Jadual 3 : Hasil daripada tanaman padi


Sumber : Kajian Lapangan 2017

17
250

200

150

100

50

0
Mesin Moden Mesin Konvensional

Bar 3 : Hasil daripada tanaman padi


Sumber : Kajian Lapangan 2017

Jadual 3 menunjukkan mesin moden lebih member hasil yang bermutu daripada
mesin konvensional ini. Mesin moden memlalui proses dengan bibit pada tanaman padi perlu
melalui ujian terlebih dahulu untuk menentukan kualitinya. Ujian dilakukan dengan
menenggelamkan kira-kira 100 butir benih padi dalam air. Setelah dua jam periksalah benih
tersebut. Cara menanam benih padi iaitu dengan pemeriksaan benih dilakukan dengan

mengenal pasti perubahan pada benih. Jika terdapat lebih dari 90 butir benih atau lebih dari
90% benih mengeluarkan tunas, maka ertinya benih tersebut berkualiti unggul dan bermutu
tinggi. Semenjak tahun 1980, penanaman padi secara tabur terus telah meningkat dengan
pesatnya dalam kawasan tanah muda. Teknik-teknik tabur terus diamalkan dalam kawasan
muda boleh dibahagikan kepada tiga kaedah utama iaitu tabur terus basah, tabur terus kering
dan tabur terus dalam air. Tabur terus basah putaran tanah dilakukan dalam keadaan tanah
ditenggelami air. Kerja-kerja menabur benih padi dilakukan dalam keadaan tanah yang rata
dan lembab ataupun (air cap-cap). Selain itu, tabur terus kering adalah putaran tanah secara
kering dijalan pada musim pertama penanaman padi. Putaran tanah dilakukan dalam keadaan
kering dan kerja kerja menabur benih padi dilakukan di atas permukaan sawah yang kering.
Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan air dan tabur terus dalam air ialah kerja-kerja
menabur padi dilakukan di dalam petak sawah yang bertakung air 5-10cm. Kaedah ini dapat

18
membantu mengurangkan infestasi padi angin. Selain daripada menanam padi secara tabur
terus, kaedah menanam boleh digunakan. Kaedah konvensional menanam dengan tangan
tidak lagi digunakan sebaliknya menggunakan jentanam. Penggunaan jentanam dapat
mempercepatkan masa menanam dan menentukan bilangan anak benih padi yang ditanam
secara konsisten. Walaubagaimanapun, buat masa ini penanaman padi dengan jentanam
hanyalah tertumpu kepada kawan projek 10 tan yang terlibat di dalam pengeluaran benih
padi yang sah. Kaedah ini akan menjamin kualiti benih yang dihasilkan serta ketulenan
variety yang akan dihasilkan kelak. Selain daripada itu, kaedah ini akan berupaya untuk
memudahkan kawalan perosak dan penyakit yang terdapat di sawah. Menurut dari sumber
pengendalian lepas tuai dan pengilang padi dan beras berkualiti, diterbitkan daripada Institusi
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

5.4 Masa yang diambil dari mesin moden untuk mendapatkan hasil

Mesin Moden Mesin Konvensional

Tidak terlalu lama Mengambil masa yang panjang

Jadual 4 : Masa diambil dari mesin moden


Sumber : Kajian Lapangan 2017

19
Mesin Konvensional

Column1
Mesin Moden

Mesin Moden

0 2 4 6 8 10 12 14

Jadual 4 menunjukkan penggunaan jentera dalam menyediakan semaian padi serta


kerja menyemai atau mengubah padi di sawah adalah satu kaedah yang boleh mendatangkan
hasil padi yang lumayan. Cara tradisional mencedung atau menanam/mengubah padi secara
manual memerlukan 20 30 hari bagi mengerjakan satu hektar sawah padi mengambil masa
dan kurang cekap lantas meningkatkan kos pengeluaran. Di senario kini yang mana masalah
tenaga buruh tidak mudah diperolehi, kaedah berjentera sesungguhnya satu solusi yang
baik.Sebenarnya, negara Jepun telah memulakan kaedah berjentera dalam penanaman padi
sejak tahun 1950-a. Di Malaysia pula, walaupun kaedah ini telah diperkenalkan sejak
pertengahan tahun 1970-an, sambutan terhadapnya masih kurang menggalakkan akibat faktor
persekitaran dan kos. Proses penanaman dilakukan setelah benih pada proses persemaian
telah tumbuh daun sempurna sebanyak tiga hingga empat helai. Jangka waktu dari tapak
semaian ke bibit siap tanam umumnya kira-kira 12 hingga 14 hari sahaja. Jika sudah siap
tanam, pindahkan benih dari tanah semai ke tanah tanam. Pemidahan dilakukan dengan hati-
hati dan tidak merosakkan tanaman. Penanaman dilakukan pada lubang-lubang tanam yang
telah disiapkan. Khas untuk tanaman padi dalam satu lubang dapat ditanam dua bibit
sekaligus. Penanaman dilakukan dengan memasukkan bahagian akar membentuk huruf L
agar akar boleh tumbuh dengan sempurna. Kedalaman benih ditanam pun ditentukan berkisar
pada julat 1 cm hingga 15 cm. Masa penanaman padi lebih baik dilakukan dua kali dalam
setahun berdasarkan masa penanamannya yang sesuai.

20
Rawatan dilakukan dengan tiga hal yaitu penyiangan, pengairan, dan pemupukan.
Penyiangan dilakukan dengan menjaga kebersihan lahan dari tanaman pengganggu.
Merumput perlu dilakukan rutin setiap tempoh masa tertentu. Boleh dilakukan dua minggu
sekali atau tiga minggu sekali. Pengairan diberikan mengikut keperluan. Seperti pada
tanaman lain, pastikan tidak ada kekurangan atau kelebihan air. Seterusnya untuk membaja,
dilakukan pertama kali selepas tanaman padi berusia satu minggu. Jenis baja yang diberikan
adalah baja urea dengan dosis 100 kg per hektar dan pupuk TPS dengan dosis 50 kg per
hektar. Pemupukan selanjutnya dilakukan selepas 25 hari hingga 30 hari selepas penanaman.
Diberikan kembali pupuk urea dengan dosis 50 kg per hektar dan pupuk Phonska dengan
dosis 100 kg per hektar. Selepas itu, pencegahan hama penyakit turut dicegah bagi dengan
memberikan pestisda.Selain itu, Tuaian dilakukan dengan tanda-tanda padi yang sudah
menguning dan merunduk. Gunakan sabit gerigi untuk menuai dan letakkan hasil tuaian pada
tikar dengan meruntuhkan beras dari dalam bulir-bulir padi yang ada. Jika dilakukan padi
yang baik dan benar, maka hasilnya pun akan memuaskan dan menguntungkan. Menurut dari
sumber internet iaitu daripada blog animhosnan.blogspot.com

http://animhosnan.blogspot.my/2011/07/penanaman-padi-berjentera.html

5.5 Pesawah yang mampu membeli jentera

Tidak mampu milik


Mampu milik
jentera
jentera

21
Masyarak
at

90% 10%

Jadual 5 : Pesawah mampu milik jentera


Sumber : Kajian Lapangan 2017

10%

Mampu Milik Jentera


Tidak Mampu Milik
Jentera

90%

Carta 5 : Pesawah mampu milik jentera


Sumber : Kajian lapangan 2017

Jadual 5 menunjukkan kegunaan traktor adalah untuk mengubah struktur tanah supaya
lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman ,menggembur dan melonggar tanah, mengawal
rumpai secara memotong dan menimbus, menggaul bahan seperti kapur dan kompos untuk
kesuburan tanah, mengawal serangga perosak dalam tanah secara pendedahan kepada
matahari dan mengawal kelembapan tanah. Traktor biasanya di bahagikan kepada dua
kategori iaitu dua roda dan empat roda.Traktor biasanya memiliki 4 roda dengan dua roda
yang lebih besar di belakang dan dua roda di hadapan lebih kecil. Walaubagaimanapun, para
pesawah yang tidak mampu untuk memiliki jentera hanya 10%. Untuk memiliki jentera ini
terbahagi kepada 2 cara untuk pembelian iaitu secara tunai ataupun secara bayaran beransur
ansur. Bayaran secara beransur-ansur ini akan mengambil risiko yang tinggi, ini kerana ia
boleh dibayar musim tetapi apabila pada musim pertama padi tidak akan mendapat sasaran

22
yang diperlukan maka hasil padi akan terjatuh. Padi yang elok dan mampu diproses biasanya
sekeping akan mendapat 10 tan dan padi yang rosak atau tidak layak untuk diproses, sekeping
hanyalah dalam 4 tan sahaja. Selain itu, apabila berlakunya musim banjir, para pesawah tidak
mampu untuk menjalankan kerja-kerja menyawah. Faktor-faktor sebegini menyebabkan para
pesawah yang membuat bayaran secara beransur akan mengalami kesukaran untuk membuat
pembayaran terhadap jentera. Semasa dalam musim banjir, padi kebiasaanya sekeping 3 ekar
akan boleh mencapai 10 tan ke atas tetapi disebabkan musibah ini, ia hanyalah diperolehi
hanya 4 tan sahaja. Bermakna didalam pengikaran ini, 6 tan sudah hilang disebabkan faktor
sebegini. Selepas itu, ada yang menjual sekeping penuh tetapi tidak laku kerana padi itu
sudah hampa. Padi yang sudah menjadi hampa itu diberi makan kepada itik, itik pun menolak
padi yang sudah hampa itu. Dari situ boleh dilihat bahawa itik tidak dapat makan padi yang
hampa itu apatahkan lagi dijual kepada manusia. Para pesawah yang memiliki jentera telah
mendapat beberapa kelebihan untuk bersawah, terutamanya dengan tiadanya jentera sawah
padi ini, tenaga kerja perlu banyak digunakan semasa didalam menyawah. Para pesawah yang
mempunyai jentera akan mendapat hasil yang lebih tinggi dan senang untuk bekerja di sawah
dengan menggunakan jentera dan mesin moden. Beberapa pihak tertentu perlu membantu
didalam mempromosikan teknologi ini seperti pihak PPK yang perlu menjadikan mesin
penanaman berjentera ini sebagai satu sumbangan khidmat sosial dengan caj penanaman
yang munasabah dikalangan pesawah-pesawah. Penggabungan tanah-tanah sawah milik
persendirian dan diluaskan setiap lot sawah secara mini estet padi adalah sangat perlu bagi
menjayakan sistem penanaman ini. Jika pesawah-pesawah masih membuat persendirian maka
teknologi ini agak sukar untuk dilaksanakan dilokasi tersebut. Pihak tertentu perlu mengatur
strategi dalam melaksanakan teknologi ini agar pada masa akan datang bilangan pesawah
padi dapat dikurangkan tetapi produktiviti padi dapat ditingkatkan berkali ganda agar bekalan
beras negara pada tahap yang selamat dan mencukupi.

23
6.0 Rumusan dan Kesimpulan

Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan mesin penanaman padi di
Kuala Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan
dalam meningkatkan hasil tanaman padi di Kuala Selangor serta mengkaji kesan-kesan
penggunaan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman.

Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji telah membuat keputusan untuk menemu
bual seorang responden petani dan pengusaha mengusahakan kawasan sawah padi di Kuala
Selangor dalam menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Terdapat 2 kaedah kajian yang
dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah temu bual dan kaedah rujukan. Bahagian ini
akan merumuskan hasil dapatan kajian.

Teknologi mesin padi yang digunakan di Kuala Selangor adalah jentera pembajakan
tanah. Jentera pembajakn tanah adalah jentera penanaman dan pembajakan adalah mesin
yang digunakan bagi menggantikan tenaga manusia dan haiwan untuk meningkatkan
produktiviti dan kualiti dalam sektor pertanian. Teknologi jentera ini amat perlu dalam
menentukan kesempurnaan tanah tapak tanaman untuk memusnahkan rumpai dan sarang
musuh tanaman, menggemburkan dan menyuburkan tanah serta meratakan tanah untuk
pengagihan air di ladang dengan sempurna.

Jentera yang kedua adalah jentera jentuai. Penggunaan jentera jentuai di Malaysia
sudah menjadi perkara lazim dimana mesin ini mengutamakan teknologi lama menuai padi
menggunakan sabit dan membanting. Jentuai yang ada digunakan apabila padi telah cukup
masak untuk dituai secara berkelompok melibatkan ramai petani dan pemilik sawah.
Pengaruh pengawasan oleh pesawah atau pemilik bendang ketika kerja-kerja menuai
dijalankan adalah penting. Masa penuaian perlu dijalankan selepas jam 11.00 pagi keatas
sehingga jam 5.00 petang. Pada jam 11.00 pagi didapati kadar kelembapan diantara 20-22%

24
sesuai dipotong sehingga petang. Kajian menunjukkan lagi banyak hasil padi dituai akan
banyak juga jadar kehilangan padi di sawah semasa menuai. Umur padi semasa dituai
didapati member kesan kehilangan dimana semasa umur 110 hari purata kehilangan sekitar
4% sementara umur padi 112 hari mencecah sehingga 13.3% kehilangan padi.

Selain itu, teknologi pembajaan tanaman adalah baja yang merupakan unsur yang
diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali
diberikan kepada tanah walaupun ada petani yang meletakkan terus pada akar atau disembur
pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua iaitu baja asli dan baja kimia. Baja asli
mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organismaa hidup. Baja kimia pula
adalah dipanggil sebagai baja tidak organisma atau naja buatan yang diperbuat dari bahan-
bahan organik dan mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak organic.

Dalam menghasilkan padi yang berkualiti, salah satu faktor yang mendorong agar
padi terus berkualiti adalah sistem pengairan air. Sistem pengairan terkawal di kawasan
jelapang padi, dimana air dibekal dari tali air ditakung dalam lot sawah dan disalir keluar
kedalam parit pada masa tertentu. Sistem ini memerlukan batas lading untuk menakung air
didalam lot sawah dan parit lading untuk menyalirkan air keluar aras tanah yang rata.
Bekalan air ke sawah adalah terhad. Pengurusan air yang berkesan mengambilkira keperluan
air di sawah mengikut peringkat penyediaan tanah, peringkat pertumbuhan padi dan sistem
tanaman yang diamalkan. Antara faedah pengurusan air yang sempurna adalah dapat
menjamin bekalan air yang cukup mengikut jadual pesawahan. Selain itu, dapat mengelakkan
pembaziran air, dan memudahkan mekanisasi ladang.

Kesan-kesan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman padi telah mendapat hasil
yang berkualiti dan berkuantiti dari penggunaan teknologi yang baru. Teknologi baru telah
memberi kesan yang baik terhadap petani di Kuala Selangor. Selain itu, penggunaan
teknologi baru telah meringankan tenaga kerja manusia dan dapat menghasilkan tanaman
padi yang cepat dan bagus. Penggunaan mesin teknologi ini juga mendapat sambutan yang
positif dari masyarakat di sekitar Kuala Selangor khususnya para petani. Dalam penemeriaan
positif itu, mereka masih tidak membeli mesin itu sendiri malah mereka juga masih
bergantung kepada sumber-sumber kerajaan tetapi ada dikalangan mereka setakat ini mampu
membeli mesin yang bersaiz kecil dan sederhana sahaja. Seiring dengan matlamat kerajaan
Malaysia untuk memperbaiki taraf hidup petani-petani di negara ini, penggunaan teknologi
moden untuk pertanian padi sangatlah membantu dalam mencapai matlamat tersebut. Selain

25
daripada memainkan peranan penting didalam usaha meningkatkan kadar pengeluaran
tanaman padi, penggunaan masa yang lebih teratur boleh memberikan kesempatan kepada
petani-petani untuk mencuba benih-benih yang baru. Penanaman yang lebih intensif dapat
ditingkatkan lagi dengan adanya teknologi-teknologi ini. Kerja-kerja seperti pembajaan,
menuai tidak akan mengambil masa dan tenaga berlebihan berbanding dengan penggunaan
kaedah tradisional.

Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa penggunaan sains
dan teknologi pertanian yang baharu membolehkan para petani untuk menjalankan aktiviti
penanaman padi di Kuala Selangor. Secara peratus yang mampu memiliki jentera sawah padi
adalah sebanyak 90% dan yang tidak mampu memiliki jentera sawah padi hanyalah 10%
sahaja. Hal ini menyebabkan para petani akan menjadi lebih selesa untuk melakukan aktiviti
penanaman tersebut walaupun ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu untuk memiliki
penggunaan teknologi yang baru.

Rujukan

1) Pengendalian Lepas Tuai dan Pengilang dan Beras Berkualiti,jilid 1,tahun 2002,
edisi 1 / 2002, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

2) Manual Penanaman Padi Berhasil Tinggi, jilid 1, tahun 2002, Edisi 1 / 2002,
Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

26
3) Mohd Fahmi Mohd Fesool et al., 2015 Penanaman Padi Di Atas Tanah Asid Sulfat
Secara Lestari. Cetakan pertama. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

4) Pembetukan dan Prestasi Varieti Padi Baru MR 214, Jilid 1, tahun 2001,
InstitusiPenyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDA) Kementerian
Pertanian, Mlaysia (MARDA)

5) Utusan Online (2014). Teknologi Pertanian Tepat. Dicapai pada Mac 23,2017
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140825/ag_01/Teknologi-pertanian-
tepat

6) Anim Agro Technologu (2011). Penanaman Padi Berjentera. Dicapai pada Mac 23,
2017 http://animhosnan.blogspot.my/2011/07/penanaman-padi-berjentera.html

7) AgroStreet (2014). Penggunaan Jentera Pengubah Padi Banyak Kelebihan. Dicapai


pada 23 Mac,2017 http://my.agrostreet.com/penggunaan-jentera-pengubah-padi-
banyak-kelebihan/

8) Sains dan Teknologi (2012). Maksud sains dan teknologi. Dicapai pada 23
Mac,2017 http://iniblogsainsdanteknologi.blogspot.my/2012/05/maksud-sains-dan-
teknologi.html

9) Kepentingan Sains dan Teknologi kepada industry pertanian (2008). Penggunaan


jentera mesin juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil dengan cepat dan
mudah.Dicapa pada 23 Mac, 2017
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/11352-kepentingan-sains-dan-
teknologi-kepada-industri-pertanian-.html

10) Memproses padi (2012). Mmeproses padi. Dicapai pada 27 Mac, 2017
http://paddykelantan.blogspot.my/2012/04/memproses-padi.html

27
28

You might also like