You are on page 1of 5

PANDUAN MENULIS TESIS

MAKTAB RENDAH SAINS MARA


ALOR GAJAH, MELAKA

PANDUAN MENULIS TESIS

1. PENGENALAN

Panduan ini menjelaskan keperluan minimum bagi format dan bentuk akhir tesis pelajar.
Pelajar boleh menggunakan langkah-langkah penulisan ini bagi menghasilkan tesisnya

2. FORMAT

2.1 Penjilidan
Tesis hendaklah dijilidkan(comb-binding) dengan kulit jenis manila kad. Warna kulit
adalah seperti berikut:
Jenis tesis warna
Kajian Saintifik Hijau
Rekacipta Merah tua
Kajian Sains Sosial Biru tua
Sertakan logo maktab, tajuk yang lengkap, nama penulis, nama maktab dan tahun pada
kulit hadapan. Contoh di Lampiran A.

2.2 Kertas
Gunakan kertas saiz A4 ( 210 X 297 mm ) bermutu baik (75g/m2) berwarna putih. Cetak
sebelah muka surat sahaja.

2.3 Penaipan
Semua penaipan mestilah ditaip satu stengah jarak(1.5 spacing) dengan menggunakan
font Times New Roman. Saiz huruf yang dibenarkan ialah 12 poin. Semua penulisan
mesti menggunakan ayat-ayat yang lengkap dan bukan bentuk poin atau nota ringkas.

2.4 Birai ( Margin )


Tepi sebelah atas : 2.5 cm
Tepi sebelah kanan : 2.5 cm
Tepi sebelah kiri : 3.5 cm
Tepi sebelah bawah : 2.5 cm

2.6 Penomboran Muka Surat ( Numbering)


Nombor muka surat mesti dicetak sama ada di atas pertengahan atau di sebelah kanan
muka surat. Keseragaman tempat adalah perlu. Bahagian permulaan iaitu kandungan
diberi nombor kecil Roman secara berturutan( i, ii, iii dll).
Muka surat 1 (nombor Arab ) bermula daripada bab 1 ( Pengenalan ) sehingga tamat
senarai rujukan.
PANDUAN MENULIS TESIS

2.7 Jadual (Tables )


Jadual hendaklah diletakkan ditengah muka surat. Setiap jadual diberi angka rujukan iaitu
nombor bab diiringi dengan nombor jadual. Sebagai contoh , jadual yang terdapat dalam
3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2 dan seterusnya. Perkataan Jadual ________
hendaklah ditulis pada sebelah atas jadual itu.

2.8 Rajah ( Figures)


Rajah ialah ilustrasi, graf atau gambar sebenar yang dicetak. Perangkaan rajah juga diberi
angka rujukan iaitu nombor bab diiringi dengan nombor rajah. Sebagi contoh, rajah yang
terdapat dalam bab 2 diberi nombor Rajah 2.1, Rajah 2.2 dan seterusnya.

3 SUSUNAN KANDUNGAN
Tesis mengandungi empat bahagian : Permulaan, Teks, Senarai Rujukan dan Lampiran.

3.1 Permulaan
3.1.1 Muka surat Judul.
Muka surat ini mengandungi maklumat berikut ( Lampiran B) :
(a) Tajuk tesis
(b) Nama Penulis
(c) Nama pensihat
(d) Bulan dan tahun
(e) Ditulis makluman berikut:
Tesis ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat
kursus

3.1.2 Penghargaan
Ucapkan terimakasih kepada pihak-pihak yang telah membantu menjayakan
projek ini mengikut keutamaan seperti berikut:
- Ucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
- Pihak maktab/universiti
- Penasihat Projek
- Pihak luar
- Ibu dan Bapa
- Dan lain-lain.

3.1.3 Jadual Kandungan


Senaraikan tajuk-tahuk, subtajuk dan pecahan kecil serta dengan
mukasurat.

3.1.4 Senarai Jadual dan Rajah


Senaraikan semua jadual dan rajah serta dengan mukasurat.
PANDUAN MENULIS TESIS

3.1.5 Abstrak
Huraian ringkas tesis yang mengandungi masalah yang diselidiki, tujuan, kaedah
dan ringkasan dapatan kajian. Panjang abstrak hendaklah diantara 200 hingga 300
patah perkataan yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Abstrak
mesti ditaip dengan satu jarak (single spacing)

3.2 Teks
Bab 1 : Pengenalan
-Latarbelakang kajian
-Bagaimana idea tercetus
-Pernyataan masalah
-Objektif kajian
-Hipotesis
-Kepentingan kajian

3.2.1 Bab 2 : Tinjauan bacaan/ Tinjauan Literature


-Subtajuk mengikut kesesuaian kajian. Bahagian ini perlu ditulis dengan
mendalam dan merupakan isi utama.
-Maklumat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal,
enskliopedia, majalah dan internet.

3.2.2.1 Cara Menulis Rujukan Yang Lengkap Untuk Buku


Berikan maklumat yang selengkap mungkin seperti berikut:
Nama Pengarang, noktah
Tahun penerbitan,noktah
Judul buku(condong),noktah
Penyunting,penyusun, penterjemah(jika ada),noktah
Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri
(jika ada),noktah
Edisi,selain daripada edisi pertama, noktah
Bilangan jilid, noktah
Tempat terbit, kolon
Penerbit, noktah
Contoh:
1.Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia.
Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Corcoran,K & Fischer,J. 1987. Measure for clinical pratice: a
source book. New York : The Free Press
3. Shaharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah
permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke-2. Bangi :
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.
PANDUAN MENULIS TESIS

3.2.2.2 Cara Menulis Makalah dalam Jurnal


Berikan maklumat yang selengkap mungkin seperti berikut:
Nama Pengarang, noktah
Tahun ,noktah
Judul makalah,noktah
Nama Jurnal(condong)
Nombor jilid (tebal)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung), kolon
Halaman seluruh makalah, noktah
Contoh
1.Proceedings of the London Mathematical Society Third Series
Volume XXXVI
Hendaklah ditulis seperti berikut:
Proc.London Math. Soc.36(3)
2. Mohammad Haji Alias. 1988. Pembinaan dan pemilihan model respon
penawaran pengeluar getah asli. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3 -25

3.2.2.3 Bahan Rujukan Elektronik


Berikan maklumat yang selengkap mungkin seperti berikut:
Nama Pengarang, noktah
Tahun ,noktah
Tajuk makalah,noktah
Nama Jurnal/Buku(condong)
Nombor jilid (tebal)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung)
Halaman seluruh makalah, noktah
Jenis media(dalam tanda kurungan)
Tapak/jejak/fail/alamat sesawang
Tarikh akses(dalam tanda kurungan)noktah
Contoh
Clark,J.K. 1999.Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9 13, (atas
talian) http://www.cit.edu/phys/sensor.html (20 Julai 1999)

3.2.2.4 Cara Menulis Catatan Bawah


a. Saiz huruf yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 9 poin
b. Satu langkau digunakan bagi menulis rujukan dan maklumat
c. Baris pertama setiap catatan bawah hendaklah bermula dengan
satu ensotan.
Contoh
1
P.J. Wilson, A Malay village in Malaysia: social values and rural
development, HRAF Press, New Haven, 1967, hlm.30.
PANDUAN MENULIS TESIS

3.2.2 Bab 3: Methodologi Kajian


a. Kaedah Penyelidikan( Kajian Saintifik,sains social )
Penulisan tentang kaedah kajian yang dijalankan seperti eksperimen,
soal selidik, temubual dan sebagainya
b. Kaedah Pembuatan(Rekacipta)
Penerangan tentang bagaimana hasil rekaan dibina.

3.2.3 Bab 4: Keputusan/ perbincangan


Persembahan hasil kajian berbentuk data, carta, jadual, gambar dan sebagainya
berserta ulasan. Analisis dan huraian kajian mesti memberi lebih kefahaman
kepada pembaca. Perbincangan mesti berdasarkan teori,objektif kajian,pernyataan
masalah dan pengujian hipotesis.

3.2.4 Penutup/Rumusan
Kesimpulan dari hasil kajian diterangkan secara terperinci. Cadangan untuk
pembaikan boleh dikemukakan supaya hasil yang lebih baik diperolehi pada masa
akan dating. Cadangan kajian akan dating boleh dikemukakan.

3.2.5 Lampiran
Contoh-contoh soal selidik, temu bual dan instrument kajian yang digunakan.
Gunakan abjad seperti: Lampiran A, Lampiran B dan sebagainya

You might also like